Wednesday, 21 March 2018

# ESP # Kecantikan

7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja

Setiap tabiat ada kesannya. Tabiat yang buruk akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan kecantikan. Contohnya tabiat suka makan makanan manis buatkan wajah nampak berusia, tabiat merokok boleh mengganggu kesihatan keluarga.

Tabiat yang baik akan memberi kesan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Untung mereka yang ada tabiat begini, tanpa sengaja tubuh sentiasa sihat,  kulit cantik tanpa sebarang masalah dan sentiasa awet muda.

tip kulit cantik



7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja



1. Rajin pakai sunblock

80% punca kerosakan kulit disebabkan oleh sinar matahari. Sinar matahari mengandungi UVA dan UVB. UVA memberi kesan terhadap penuaan seperti kulit berkedut, jeragat dan UVB memberi kesan sunburn seperti kulit berbelang dan tona tak sekata.

Jam 10 pagi hingga 4 petang adalah waktu sinar UVA & UVB paling kuat dan banyak. Untung mereka yang ada tabiat rajin pakai sunblock sebab mereka boleh lindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.

Sunblock jenis 'broard spectrum' akan melindungi kulit dari kedua-dua sinar UVA & UVB. 




2. Suka minum air kosong

Lambakan sisa toksin dalam tubuh adalah antara punca masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat dan ekzema.

Air yang cukup dalam tubuh akan memastikan proses perkumuhan dapat berjalan lancar dengan itu lebihan toksin dapat disingkirkan dari tubuh.

Air sangat penting untuk melembapkan kulit dan buatkan kulit lebih glowing serta sihat. Air yang cukup dalam tubuh sangat membantu untuk mencegah jerawat dan lingkaran gelap bawah mata.





3. Suka makan sayur dan buah fresh

Sayur-sayuran termasuk ulam serta buah-buahan segar membekalkan vitamin, serat, antioksidan serta banyak lagi kebaikan untuk kulit cantik.

Ia bukan je bagus untuk kulit tetapi bagus untuk mengawal berat badan dan memelihara sistem penghadaman.





4. Suka tidur awal pada waktu malam

Pada waktu malam tubuh akan merembeskan sejenis hormon yang dinamakan melatonin. Melatonin buatkan kita rasa mengantuk dan beri signal pada sel-sel kulit untuk mula 'bekerja' membaikpulih kerosakan yang telah berlaku sepanjang hari.

Waktu terbaik untuk tidur ialah sebelum jam 11 malam dan bangun sebelum 6 pagi. Tidur yang berkualiti sangat penting untuk kulit cantik, mood yang baik serta kesihatan.





5. Rajin cuci muka dengan betul

Kerosakan akibat sinar matahari bukan satu-satunya faktor yang perlu dirisaukan. Tapi jangan lupa partikel-partikel mikro dari pencemaran sekitar turut boleh merosakkan kulit.

Tabiat rajin mencuci muka setiap malam akan menyingkirkan sisa-sisa kotoran serta bahan kosmetik yang boleh melemahkan dan merosakkan kulit. Kulit sentiasa bersih dan sihat.






6. Tidak gemar makanan tinggi gula

Makanan manis bukan setakat boleh menggemukkan badan malah turut boleh membuatkan wajah kita nampak lebih berusia. Melalui proses yang dipanggil 'Glycoslytion', gula akan terikat pada kolagen lalu melemahkannya.

Kolagen sangat penting untuk kulit yang tegang dan anjal serta awet muda. Kekurangan kolagen bukan je boleh sebabkan kulit kusam, kedutan dan kering malah turut menyebabkan sakit sendi, rambut kurang bermaya dan gugur, dan macam-macam lagi.







7. Suka minum ESP Shaklee

Ramai yang minum ESP pada asalnya untuk tenaga, tambah susu badan, gastrik. Tapi bila konsisten ramai pula yang dapat hasil kulit cantik tanpa sengaja.

ESP adalah minum protin dari sumber soya non-gmo. Cara pemprosesannya yang hanya guna air telah mengekalkan isoflavones.

Soya telah digunakan sejak berkurun lamanya oleh masyarakat Cina, Indonesia untuk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana soya sangat baik untuk
  • Tingkat metabolisme
  • Memelihara berat badan sihat
  • Perlindungan kepada jantung
  • Mencegah kanser
  • Kurangkan simptom menapous
  • Tingkat sistem penghadaman
  • Menjana tulang yang sihat
  • Mencegah kecacatan pada bayi dalam kandungan
  • Kurangkan risiko kencing manis

Terlalu banyak bukti melalui kajian saintifik yang menunjukkan kebaikan dan kepentingan soya terhadap manusia.


Apa kata mereka yang suka minum ESP


esp shaklee untuk kulit dan tenaga

esp shaklee untuk kulit

shaklee esp

esp shaklee untuk kulit


Setin ESP mengandungi 850gm. Cukup untuk keperluan sekeluarga. Bagi jana, ESP sangat sedap dicampur dengan susu segar dan kurma atau diblend bersama buah-buahan segar. Tak perlu tambah gula.

Jika ada bajet lebih, minum bersama Performance Orange & Shaklee Collagen Powder untuk lebih tenaga dan kulit cantik flawless.










Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana