Tuesday 12 June 2018

# Kolesterol Tinggi

9 tanda-tanda kolesterol tinggi yang perlu kita ambil tahu

2 daripada 5 orang rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka sedang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Ini kerana, kolesterol tinggi tidak mempunya petanda awal hinggalah mereka jatuh sakit.

Bila sebut pasal kolesterol tinggi ni semua orang pun takut. Mana tak takutnya, kolesterol tinggi sangat berkait rapat dengan penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan banyak lagi.







Faktor gaya hidup dan gaya pemakanan menyebabkan ramai diantara kita terdedah dengan risiko menghidap kolesterol tinggi.

Kolesterol sebenarnya penting untuk tubuh kita. Kita perlukan kolesterol untuk:

  • Bina membran sel. Membran sel berfungsi melindungi sel-sel kita dan mengawal aktiviti keluar masuk pelbagai nutrien mahupun toksin ke dalam sel.
  • Metabolisme vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E & K)
  • Penghasilan hormon
  • Penghasilan jus hempedu

Oleh itu, badan kita tetap perlukan kolesterol tetapi dalam kuantiti tertentu sahaja. 

Kolesterol LDL (kolesterol jahat) ---> TIDAK MELEBIHI 2.6mg/dL
Kolesterol HDL (kolesterol baik) ---> MESTI MELEBIHI 1m/dL
Jumlah (LDL + HDL) ---> MESTI KURANG 5mg/dL




Camana nak tau bacaan paras kolesterol ni? Kena pergi buat blood test di klinik. Saiz badan tak menentukan kolesterol. Ada orang kurus kering tapi kolesterol tinggi, ada orang gemuk tembam tapi kolesterol rendah.









Jika ada rasa sihat dan tak pernah dapatkan pemeriksaan dari klinik, sila beri perhatian jika anda mempunyai ciri-ciri seperti dibawah


Ciri-ciri kolesterol tinggi


1.Berak cair

Masalah metabolisme lemak disebabkan penghadaman, penyerapan dan gangguan proses konsistensi tinja.


2. Hilang selera makan

Penghadaman makanan yang tidak betul menyebabkan makanan kekal lama dalam saluran usus. ini membuatkan pesakit sentiasa rasa perut penuh dan kenyang.


3. Sering keletihan, lesu dan mengantuk

Proses penyerapan pencernaan yang tidak betul pada tahap kronik menyebabkan tenaga berkurangan. Disebabkan oleh kekurangan tenaga yang diperlukan, pesakit akan rasa letih dan lesu.


4. Lemah daya ingatan, stress dan mudah emosi

Otak mengandungi 25% daripada jumlah kolesterol dalam tubuh. Otak mengandungi lebih banyak kolesterol daripada mana-mana organ lain. Kajian klinikal menunjukkan kecacatan metabolisme kolesterol yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer & keadaan neurodegeneratif yang lain. Kajian menunjukkan kemurungan, kehilangan memori & emosi yang dikaitkan dengan tinggi LDL-C atau HDL-C yang rendah.



5. Ketulan lemak pada area mata dan tahi lalat pada badan

Metabolisme lemak yang tidak betul membawa kepada pembentukan tahi lalat atau deposit yang dipaggil lipoma. Lipoma ini berkembang antara otot dan kulit. Ia boleh berkembang pada umur sekitar lewat 30an dan 40an di bahagian perut, leher, kaki dan lengan. Ada yang mempunyai masalah kolesterol tinggi membina tahi lalat di bahagian tubuh berlainan.



6. Berat badan berlebihan

Metabolisme lemak yang tidak betul menyebabkan penyimpanan lipid yang tidak lazim kebanyakan di bahagian abdomen. Oleh itu orang yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selalunya mempunyai berat badan berlebihan dan perut buncit


7. Mengalami sakit perut

Proses pencernaan yang tidak betul menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam saluran usus. Ini menyebabkan sakit perut dan dada.


8. Sering mengalami kebas-kebas kaki, sakit kepala dan sakit belakang

Kolesterol tinggi menyebabkan pembinaan plak bukan hanya pada jantung tetapi juga pada arteri. Plak menyebabkan peredaran darah yang lemah dan ganggu bekalan nutrien pada otot dan saraf.


9. Sakit dada atau berdebar-debar

Jantung terpaksa bekerja keras untuk memastikan aliran darah yang normal. Ini menyebabkan sakit dada dan berdebar-debar.



Ada juga yang langsung tiada petanda diatas. Perhatikan pula jika anda mempunyai faktor risiko seperti berikut.




Faktor yang menyumbang kepada kolesterol tinggi

1. Faktor pemakanan. (maklum lah, Malaysia ni kan katanya syurga makanan)

2. Tidak aktif secara fizikal

3.  Mempunyai masalah berat badan (obes)

4. Menghidap diabetes tahap 2

5.Mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kolesterol tinggi

6. Mempunyai hali keluarga terdekat yang mempunyai sejarah angina atau serangan jantung sebelum usia 50 (lelaki) atau usia 60 (wanita)

7. Stress

8. Merokok

9. Organ hati yang tidak sihat.

10. Pengambilan alkohol dan ubat-ubatan yang tidak dikawal (misalnya asal sakit je terus makan ubat walaupun tanpa preskripsi)




Gejala kolesterol tinggi 

1. Angina

Berpunca dari satu atau beberapa salur arteri yang membawa darah ke jantung menjadi sempit


2. Serangan jantung

Berpunca dari satu atau beberapa salur arteri yang membawa darah ke jantung tersumbat


3. Strok atau angin ahmar

Berpunca dari satu atau beberapa salur arteri pada bahagian leher atau otak tersumbat


4. Sakit kaki ketika berjalan


Berpunca dari satu atau beberapa arteri yang membawa darah kepada bahagian otot kaki tersumbat




Cara menurunkan dan mengawal paras kolesterol tinggi

Perkara utama yang perlu dilakukan ialah ubah tabiat pemakanan dan gaya hidup.

1. Kurangkan pengambilan makanan berunsurkan haiwan seperti lembu, organ haiwan, makanan laut, tepung proses dan makanan berminyak.

2. Mulakan gaya hidup aktif seperti naik turun tangga, berjalan kaki, bersenam dan bertani. Lakukan secara konsisten.

3. Amalkan gaya pemakanan sihat seperti makan dalam kuantiti yang sedikit, banyakkan pengambilan serat, sayur-sayuran serta buah-buahan segar setiap hari.

4. Kawal stress

5. Amalkan vitamin Vivix, Omega Guard dan Phytocol-ST yang berfungsi menurunkan serta mengawal paras kolesterol sihat.




Omega Guard adalah omega 3 tulen yang diekstrak dari ikan laut dalam berfungsi meningkatkan kolesterol HDL yang berfungsi mengangkut kolesterol LDL keluar dari arteri.

Phytocol-ST mengandungi fitosterol dari sumber tumbuhan yang berfungsi menyekat kolesterol dari menyerap kedalam salur arteri secara berlebihan. 









Cadangan cara makan vitamin serta konsultasi eksklusif disediakan bersama setiap pembelian. 


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================





No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana