Thursday 9 August 2018

# Kesihatan Anak-anak # Set Menyusu

Risaunya bayi tersedak susu. Ini cara betul beri susu yang wajib diketahui sebelum terlambat

Perkara paling merisaukan, lebih menakutkan ialah bayi kecil tersedak susu. Bahaya bayi tersedak susu ia boleh membawa maut.

Betapa luluhnya hati setiap kali jana dengar berita tentang kematian bayi akibat tersedak susu. Amat menyedihkan.






Tak semestinya bayi yang hisap susu botol je boleh tersedak susu. Bayi yang menyusu direct breastfeeding pun ada risiko tersedak susu.



Kejadian tersedak susu terjadi apabila aliran susu masuk ke mulut terlalu laju menyebabkan bayi terkejut lalu saluran pernafasan terbuka. Akibatnya susu masuk ke bahagian salur pernafasan (trakea) lalu masuk ke paru-paru. Bayi tak dapat bernafas.

Lagi keadaan fizikal bayi yang masih kecil terutamanya yang berusia bawah 6 bulan belum mampu mengawal ritma pernafasan dan menelan dengan baik. Apatah lagi nak kawal aliran susu yang laju. Posisi bayi ketika menyusu juga mesti betul.



Boleh ke tersedak susu dielakkan?


Ye, boleh. Ada cara yang betul untuk beri susu kepada bayi untuk elak kes tersedak susu.


Cara betul beri susu kepada bayi kecil yang perlu diketahui terutamanya ibu, ayah dan pengasuh ialah:

1. Jika boleh beri susu kepada bayi menggunakan sudu plastik atau cawan kecil untuk elak keliru puting.

2. Pangku bayi di atas peha dengan tubuh bayi condong 45°.

3. Sentuh cawan kecil ke bibir bawah bayi.

4. Jangan tuang susu terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biar bayi menjilat atau menghirup sendiri. Normal jika susu tumpah sedikit.

5. Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri.


Selalunya ramai yang lebih gemar guna botol susu kan?


elak tersedak susu


Jika guna botol, tolong pastikan saiz lubang puting yang sesuai digunakan. Paling kecil, susu keluar sikit demi sikit.

Jangan sesekali beri susu kepada bayi dalam keadaan baring atau mengiring lepas tu sendal botol guna bantal. Ini sangat bahaya.

Pantau bayi ketika hisap susu. Jangan tinggal bayi menghisap susu berseorangan dan jangan biar bayi tertidur semasa hisap susu atau dengan botol susu dimulut.


Sendawakan bayi. Ingat. WAJIB sendawakan bayi setiap selesai menyusu tak kira lah bayi hisap botol atau menyusu badan.

Letak bayi dalam posisi duduk diatas paha dengan tapak tangan kita support bahagian dagu, dada dan perut bayi. Sebelah tangan lagi usap atau tepuk belakang bayi dengan lembut hingga bayi sendawa.

Andainya baby tertidur, tetap kena sendawakan dia terlebih dahulu.

Ini kerana ketika menyusu bayi turut tertelan banyak udara. Jika tak disendawakan akibatnya bayi akan muntah semula atau lebih teruk, muntah termasuk ke saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak.

Bayi yang tak disendawakan berisiko untuk alami masalah kembung dan kolik.



Jom tonton video cara beri bantuan kecemasan sekiranya bayi tersedak susu. Tindakan yang betul dan pantas dapat menyelamatkan nyawa.





Beringat lah selalu. Jangan sebab kecuaian kita, ada nyawa yang tak berdosa terkorban.

Ibubapa yang ada anak usia 6 bulan ke bawah, atau babysitter yang mengasuh bayi usia bawah 6 bulan perlu sentiasa berhati-hati. Belajar lah cara betul beri susu kepada bayi elak tersedak susu sebelum terlambat.


Baca >> Petua demam anak cepat kebah


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana