Resepi pulut mangga simple tapi sedap

Tiap kali pergi makan kat Wira Seafood atau mana-mana kedai makan yang ada jual pulut mangga memang saya takkan miss untuk beli. Maklumla, makanan kegemaran saya tu. Saya mula kenal pulut mangga ni masa Thai Food Festival kat KL Sentral. Masa tu kerja kat Plaza Sentral sebelah tu je..tiap2 hari sanggup menapak ke KL Sentral semata-mata untuk lunch makanan thai. Mula-mula tu tak pandang pun..apa pulut makan dengan mangga, macam tak kena je...pulut durian ok la. Tapi bila dah pekena sekali perghhh...baru ku tau betapa syoknya pulut mangga tu. Sejak dari tu memang asyik terbayang-bayang je pulut mangga tu di mata dan anak tekak. Memang tervaik!

Setelah agak sekian lama, pada suatu hari yang damai..tiba-tiba ada orang mengidam nak makan pulut mangga. Patut la siap order Harum Manis sekali. Ingatkan nak makan camtu je Harum Manis tu rupanya nak kena masakkan pulut pulak. Maka bermula lah episod pencarian resipi pulut mangga yang paling mudah tapi sedap.


Cerita pasal Harum Manis ni, memang sesuai benar dengan nama yang diberi. Sebagaimana namanya sebegitulah rasanya. Tapi ni bonus lah..kalu takde Harum Manis, pakai mangga lain pun boleh dengan syarat mangga tu ranum dan manis.

Meh saya kongsi sikit resipi pulut mangga yang simple lagi sedap yang telah diejas mengikut kesesuaian tahap skill memasak saya.. Maklum la, saya ni skill masih ditahap protege. Nak mengukus bagai memang tak dapat lah..sebab tu saya pilih cara yang lebih simple. Janji sedap.

Step 1. Masak pulut
Saya masak pulut cara tanak pakai rice cooker je. Beras pulut tu biar sedang elok tenggelam. Air tak boleh banyak ye sebab nanti nak kacau dengan santan pulak. Pulut tu pulak taknak keras, nanti tak sedap. Biar lembut.

Step 2. Santan
Sementara pulut sedang ditanak, sebatikan santan dengan sedikit garam atas api kecil. Santan tu jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Kacau hingga agak-agak masak.

Step 3. Gaul pulut dengan santan
Sebaik butang rice cooker pulut tu naik, ambil sedikit santan tadi dan gaulkan sebati dengan pulut. Banyak mana santan tu agak-agak lah supaya pulut tu ada rasa lemak-lemak sikit. Tutup semula rice cooker dan biarkan.

Step 4. Masak santan
Baki dari santan masak tadi tu masukkan gula, garam dan tepung jagung secukup rasa biar cukup rasa manis masinnya. Letak tepung jagung sikit supaya santan tu mudah melekat kat pulut dan mangga tu nanti..

Step 5. Buah mangga
Kopek kulit mangga pastu hiris potong sesedap rasa dan hidang bersama pulut.

TADAA!!


Presentation memang kelaut..malas nak menghias menyusun bagai. Masa ni tak sabar sangat dah nak NGAPP!! Hehehe...

Ketahui cara kawal kolesterol dan cegah penyakit darah tinggi penyebab strok

Perut buncit macam orang mengandung 5 bulan sepanjang tahun?

Bagi saya, cara makan pulut mangga yang paling sedap ialah pulut dan santan tu dimakan pada suhu bilik dengan mangga yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Nikmatnya sungguh tak terkata.

Jom try ♡ resipi pulut mangga yang simple tapi sedap..

Salam sayang, Jana




2 comments:

  1. Mmg tgh mencari resepi ni Jana....anak request...

    ReplyDelete
  2. Mmg tgh mencari resepi ni Jana....anak request...

    ReplyDelete

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...