Thursday, 20 September 2018

Masalah Kencing Kotor serius boleh jejaskan buah pinggang! Ini cara atasinya berkesan.

September 20, 2018 0 Comments
Masalah kencing kotor merupakan masalah jangkitan kuman pada saluran kencing yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang dan saluran kencing. Masalah kencing kotor turut dipanggil UTI (Urinary Tract Infection).

Bahaya masalah kencing kotor jika dibiarkan berlarutan boleh merebak dan menjejaskan buah pinggang mahupun seluruh sistem urinari.



atasi masalah kencing kotor




Wanita lebih berisiko untuk mengalami masalah kencing kotor berbanding lelaki sebab saluran kencing yang lebih pendek serta kedudukan salur kencing yang hampir dengan anus (dubur) memudahkan jangkitan kuman terjadi.

Risiko untuk terkena masalah kencing kotor lebih tinggi dikalangan wanita mengandung. Ini kerana ketika mengandung, perubahan hormon menyebabkan perubahan pada saluran kencing. 

Selain itu, kandungan yang semakin membesar akan menekan pundi kencing. Ini menyebabkan air kencing tak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Air kencing yang masih tertinggal dalam pundi kencing boleh menjadi tempat pembiakan kuman.

Masalah kencing kotor semasa mengandung boleh menyebabkan bayi lahir pramatang dan bayi kurang berat badan.




kencing kotor


Punca masalah kencing kotor
  • Paling kerap berlaku akibat jangkitan bakteria jenis Esherichia Coli (E.Coli)
  • Boleh terjadi dari hubungan kelamin
  • Pesakit batu karang atau menghadapi masalah pundi kencing
  • Pesakit kencing manis
  • Penggunaan sesetengah bahan kimia seperti pewangi, pencuci
  • Golongan yang mempunyai sistem imun lemah seperti pesakit HIV atau AID


Tanda-tanda masalah kencing kotor
  • Rasa terbakar serta pedih ketika buang air kecil
  • Sakit pada bahagian pelvis, bawah abdomen dan pinggang
  • Demam atau suhu badan meningkat, menggigil dan seram sejuk
  • Kencing tak lawas
  • Kerap ke tandas
  • Loya dan muntah
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Air kencing keruh, busuk dan berdarah

Jika anda mengalami tanda-tanda diatas, segera dapatkan rawatan.




Cara mengatasi dan mencegah masalah kencing kotor
  • Minum 6-8 gelas air kosong dalam sehari
  • Jangan biasakan menahan kencing kerana ia menggalakkan pembiakan bakteria dalam pundi kencing
  • Cara betul untuk bersihkan kemaluan selepas kencing ialah lap atau gosok dengan air bersih dari depan ke belakang untuk elak penyebaran kuman E.Coli dari dubur.
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan kerap
  • Tukar seluar dalam dengan kerap
  • Jangan pakai seluar dalam terlalu ketat
  • Buang air kecil sebelum dan selepas hubungan kelamin.

Jika masalah kencing kotor tak dirawat dengan betul dan berkesan, jangkitan kuman boleh merebak ke bahagian lain iaitu pundi kencing, testis, buah pinggang serta salur darah. Tanda buah pinggang telah dijangkiti ialah air kencing keruh. keadaan ini dipanggil pyelonephritis.

Jangkitan ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan organ-organ tersebut lalu membawa maut.

Masalah kencing kotor tak boleh dipandang ringan. Ia mesti dicegah dan dirawat dari peringkat awal.





Vitamin Shaklee yang boleh membantu untuk mencegah serta mengatasi masalah kencing kotor dengan berkesan ialah Vivix, Garlic Complex, Alfalfa Complex dan Vita C Plus



kencing kotor shaklee




Vivix berfungsi mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular.


Vita C Plus berfungsi mengasidkan air kencing menjadikan pundi kencing selamat dari pembiakan bakteria, mengukuhkan sistem imun tubuh.

Garlic Complex berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.

Alfalfa Complex berfungsi sebagai antikulat.

Baca: Sakitnya batu karang salur kencing macam dihiris pisau!
Harga set ini ialah RM686.25.
Pengguna kad kredit/kad debit boleh dapatkan segera set vitamin shaklee untuk kencing kotor ini dengan klik butang ESELL dibawah.


Atau lebih jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Hubungi jana ditalian berikut untuk daftar sebagai ahli dan dapatkan harga yang lebih jimat serta lebih banyak faedah.


Order

===========================
Hazana Binti Hamzah (908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Monday, 17 September 2018

Sakitnya kena batu karang salur kencing macam dihiris pisau. Ini cara merawatnya dan cegah dari berulang.

September 17, 2018 0 Comments
Berwaspada jika anda sering mengalami pengalaman yang menyakitkan setiap kali nak buang air kecil. Ia mungkin salah satu tanda penyakit batu karang buah pinggang.

Selain dari kesakitan yang melampau, simptom-simptom penyakit batu karang termasuk lah

  • Pesakit akan rasa sakit berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang teramat seolah-olah hendak bersalin. Orang yang pernah bersalin cakap, sakit batu karang lebih menyakitkan.
  • Loya hendak muntah dan berpeluh-peluh
  • Tidak boleh kencing/kencing tak lawass (bergantung pada dimana kedudukan batu karang)
  • kencing berdarah
  • Pada peringkat serius, pesakit akan demam, menggigil dan sakit yang teramat sangat jika bahagian terbabit disentuh.

merawat batu karang dengan berkesan



11 Fakta penyakit batu karang yang perlu diketahui

  1. Batu karang ialah kristal yang terbentuk dalam buah pinggang, pundi kencing atau salur kencing.
  2. Nama perubatan bagi batu karang buah pinggang ialah Nephrolithiasis
  3. 1 dari 20 orang akan terdedah dengan risiko penyakit batu karang.
  4. Batu karang mudah terbentuk apabila terdapat penurunan jumlah air kencing dan/atau terdapat unsur pembentuk batu karang yang berlebihan dalam urin.
  5. Badan kekurangan air (dihidrasi) ialah faktor utama pembentukan batu karang buah pinggang.
  6. Tanda-tanda penyakit batu karang termasuklah kesakitan yang melampau ketika kencing, tak boleh kencing/kencing tak lawas, air kencing keruh serta busuk dan kencing berdarah.
  7. Orang yang mempunyai keadaan perubatan tertentu seperti penyakit gout, dan mereka yang mengambil ubat-ubatan atau suplemen tertentu berisiko tinggi untuk mengalami batu karang.
  8. Diet dan faktor keturunan juga ada kaitan dengan pembentukan batu karang.
  9. Diagnosis batu karang dalam ginjal sebaiknya dilakukan menggunakan ultrasound, pyelography intravena (IVP), atau imbasan CT (CT scan).
  10. Lelaki lebih cenderung untuk mengalami batu karang berbanding wanita.
  11. Penyakit batu karang boleh berulang walaupun sudah sembuh. Cara paling berkesan untuk elak penyakit batu karang dari berulang ialah dengan menjaga pemakanan dan minuman.






Baru-baru ni jana teman mak dapatkan rawatan di bahagian kecemasan hospital. Sementara menunggu keputusan darah, sempat jana bertegur sapa dengan pesakit katil sebelah. Muda lagi. Sakit batu karang katanya.

Kesian tengok muka berkerut-kerut menahan sakit.

Adik tu bagitau, sebelum ni dia sangat gemar makan mee segera. Lagipun, mee segera sangat murah dan mudah disediakan. Setiap hari selepas balik kerja mesti makan mee segera. Dia percaya, itu lah punca dia dapat masalah batu karang ni.


Punca sebenar pembentukan batu karang buah pinggang:

  • Kurang minum air. Kekurangan air menyebabkan air kencing jadi pekat. Bila air kencing pekat, kristal mudah terbentuk dan terkumpul akhirnya jadi batu.
  • Sejarah keturunan atau diri sendiri pernah alami batu karang.
  • Penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelenjar yang terbabit dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar tiroid terlebih aktif)
  • Suplemen Vitamin D berlebihan tiada keseimbangan kalsium serta magnesium.
  • Kencing manis dan darah tinggi
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
  • Tabiat pemakanan. Pengambilan makanan tinggi purin seperti daging merah, organ hati, limpa dan jantung serta makanan laut bercengkerang.
  • Kurang aktif atau terlantar sakit.


Cara berkesan untuk hilangkan batu karang dan mencegahnya dari berulang ialah dengan mengamalkan Set vitamin Shaklee untuk batu karang serta VIVIX Shaklee.




TESTIMONI 10: PUAN AKMAL MUSTAFA
.

[SAKIT BATU KARANG SEMBUH SELEPAS AMALKAN VIVIX]








Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.
.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.
.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.
.

Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.
.

Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.
.

Doktor sarankan saya berhent dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.
.

Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.
.

Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah. Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang! Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.
.

Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. Antara hyling crysis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari. Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.
.

Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.
.

Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.
.

Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

  * * * * *

Jika anda penghidap penyakit batu karang atau ada ahli keluarga mengidap penyakit batu karang, apa kata berikhtiar dengan Vivix Shaklee juga. 

Setiap pembelian akan disertakan dengan nasihat cara makan vitamina dan konsultasi eksklusif









Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Saturday, 15 September 2018

5 Bahan Utama Shaklee Youth Skincare yang menjadikan ia sangat hebat

September 15, 2018 0 Comments
Youth Skincare Shaklee dah tunjuk belang. Makin mendapat perhatian ramai, makin viral dikalangan diva-diva yang sangat pentingkan kecantikan dan awet muda.

Hampir semua yang dah try skincare Youth Shaklee sangat berpuas hati dan kagum dengan hasilnya. Masing-masing bagi feedback positif. Ada yang berubah 180 darjah dari muka breakout jadi cantik berseri.

Jana sendiri pun sangat puas hati dengan Youth Shaklee ni. Selepas 3 bulan try, ternyata perubahan positif dah boleh dirasai. Antara perubahan positif yang jana lalui setelah guna Youth ialah:
  • Rasa berpasir area dahi, hidung dan dagu dan hilang.
  • Tona kulit lebih cerah
  • Kulit lebih moist
  • Jerawat cepat kecut
  • Parut jerawat cepat hilang



Jom semak apakah 5 bahan utama Shaklee Youth skincare ni yang menjadikan ia sangat unik, sangat berkesan dan sangat hebat.

1. Muscadine Grape


bahan youth shaklee


Bukan setakat ada dalam Vivix malah turut ada dalam Youth. Muscadine Grape menggandungi polifenol yang berfungsi melindungi dan baiki sel DNA kulit.

Dalam masa yang sama ia bersifat tinggi antioksidan berfungsi menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit.

Kita tau, vitamin C dan vitamin E adalah terbaik untuk kulit cantik. Vitamin C beri perlindungan lebih kurang 30%, vitamin E beri perlindungan 60% manakala polifenol resveratrol beri perlindungan 90%.

Jadi, mana yang terbaik untuk kulit cantik dan awet muda?



2. Lotus Japonicus



bahan utama youth shaklee


Aktifkan protin Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih banyak kolagen, elastin dan fibrilin.

Youth Complex dihasilkan bersama Lotus Japonicus dan Schisandra Chinasis Fruit Extract yang beri lebih banyak nutrien serta tenaga kepada kulit wajah secara berstruktur.




3. Apple Stem Cell Extract


bahan dalam youth shaklee


Kajian telah membuktikan, apple stem cell ekstrak mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lebih lembut berpanjangan.



4. Schisandra Chinensis Fruit Extract



bahan dalam Youth skincare shaklee


Telah digunakan secara tradisional di Jepun, China dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan kulit. Ia sangat bagus untuk masalah jerawat batu dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Ia menyokong struktur kulit awet muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan tinggi antioksidan.



5. Vital Repair Complex


Nutrien tinggi antioksidan dan vitamin-vitamin penting untuk halang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel-sel sihat.


bahan dalam youth skincare shaklee




Info Youth

Sebelum Youth mula dipasarkan, Shaklee mengambil masa 8 tahun untuk R&D. Shaklee turut mengadakan kajian klinikal keatas 100 orang wanita.

100 orang wanita tersebut terdiri dari 50 orang berketuruan kaukasian, 50 orang berketuruan asia. Sebelum mereka mula guna set Youth, mereka diuji guna index usia kulit yang mengukur saiz pori, tekstur kulit, tahap kekenduran, tona kulit dan 10 tanda penuaan..

Setelah 12 minggu mereka menggunakan Youth Starter Set, kulit mereka diuji lagi guna index usia kulit hasilnya 100 wanita tersebut mendapati kulit mereka 10 tahun lebih muda.


Kebanyakan titik-titik tersebut beralih ke garisan bawah


Ciri-ciri Youth

  • Beyond organic
  • Bebas dari 1,500 jenis bahan kimia terlarang yang sering digunakan dalam bahan kosmetik dan skincare. Antaranya hidrokuinon yang biasa digunakan dalam produk pemutih kulit. Paraben yang biasa digunakan sebagai pengawet.
  • 100% berasaskan tumbuhan
  • Hipoalergenik
  • Non-comedogenic (tak menyumbat liang pori)
  • Diuji oleh pakar kulit
  • Diuji oleh pakar mata
  • Dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia


Untuk dapatkan set penjagaan kulit Youth Shaklee ni, boleh hubungi Jana ditalian berikut. atau untuk dapatkan segera direct dari Shaklee, sila klik pada butang order berikut





Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)


Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Friday, 14 September 2018

Hilangkan sakit senggugut teruk dengan berkesan. Tak perlu MC setiap bulan lagi

September 14, 2018 0 Comments
Tiap kali datang bulan mesti sakit senggugut? Period pain?

Sakit pinggang, sakit bahagian abdomen, sakit otot, kebas, loya, cirit birit ringan. Rasa macam nak berak, tapi bukan. Seharian ulang alik pergi tandas.

Bayangkan tiap-tiap bulan kena senggugut macam ni, untuk 1-3 hari. Nak tak nak pil tahan sakit jadi teman karib. Macam mana lah orang perempuan ni tak garang bila datang bulan. Moody semacam.



hilangkan senggugut teruk



Ada yang senggugut teruk terpaksa dapatkan MC. Jika ada urusan, semua tergendala gara-gara senggugut. Camana jika sedang hadapi ujian penting? Atau temuduga?

Jana tau cara untuk hilangkan senggugut dengan berkesan, dalam masa sama baik untuk sembelit dan dapat bonus kulit cantik berseri, jerawat segan nak naik malah boleh atasi jeragat.



Kenapa senggugut

Dalam fasa kitaran haid, endometrium iaitu lapisan dalam dinding rahim akan menebal sebagai persediaan untuk penempelan zigot sebelum menjadi embrio. Jika tiada penempelan zigot berlaku dalam beberapa tempoh tertentu, endometrium akan runtuh dan keluar sebagai darah haid.

Proses untuk meruntuhkan endometrium ini lah punca kenapa senggugut terjadi dimana kontraksi yang kuat berlaku.

Sebab tu ada yang kata, sakit senggugut ni macam sakit kontraksi masa nak bersalin. Tapi sakit senggugut tu sikit je berbanding sakit bersalin.




Jana sendiri alami senggugut teruk sejak dari tingkatan 5. Hingga ke zaman bekerja, tiap-tiap bulan terpaksa dapatkan MC sebab sakit senggugut teruk. Jadi Jana memang sangat memahami masalah rakan-rakan seangkatan.



Cara berkesan untuk hilangkan senggugut.



hilangkan senggugut dengan berkesan


GLA Complex

Merupakan gabungan asid gamma linolenik (GLA) yang diekstrak dari bunga borage, minyak bunga matahari dan vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

GLA telah digunakan secara tradisioanl untuk mengawal kitaran haid, melegakan senggugut dan sindrom PMS, melegakan sindrom menopause.

Pengambilan GLA Complex turut memberi kesan untuk kulit sihat dan cantik. Ia mengurangkan keradangan kulit seperti ekzema, kurap, jerawat, jeragat dan jadikan kulit tampak berseri.



Ostematrix

Kajian telah membuktikan, pengambilan 400mg magnesium dan 1,000 hingga 1,300 kalsium dapat mengatasi sakit senggugut.

Ostematrix mengandungi magnesium dan kalsium, vitamin D, serta mineral yang membantu tingkat penyerapan kalsium.

Ostematrix membantu neringankan senggugut, memperbaiki masalah haid, mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung serta saraf, menggalakkan tidur yang selesa, mood swing, sakit kepala, migrain dan pitam.

BACA: 5 tip hilangkan senggugut

Sebab tu ramai yang amalkan GLA Complex dan Ostematrix akan bagi feedback, bukan senggugut teruk je dah hilang tapi masalah kulit dan sembelit juga turut hilang.

Mereka sangat berpuas hati.


Testimoni


testimoni senggugut shaklee


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 24 : HASMIMIE ARRFIN
.

[MASALAH SENGGUGUT SEMAKIN BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN OSTEMATRIX DAN GLA COMPLEX SHAKLEE]
.

Assalamualaikum. Saya hasmimie arrfin  saya nak kongsikan kisah mcmne saya bebas dari masalah senggugut yang sangat teruk.
.

Semasa bujang. Tiap-tiap bulan hari 1st datang haid memang  wajib dapat MC. Sampai muka ni dah naik malu mana tidak nya. Doc yang merawat tu lelaki sampai 1 tahap bila datang klinik doc cakap ye mimie,period paint ya...doc pun dh kenal..aduhh..merah muka.
.

Bile diserang senggugut memang tahap berguling,tido merengkuk menahan kesakitan yang amat sangat. Siapa yang pernah alami mesti tau macamana sakitnya tu. Kalau hari 1st kena  time dekat office mmg nak jalan pun pegang dinding  membongkok2 macam nenek sibongkok tiga..Sakittt..
.

Suatu hari alkisah bermula selepas officemate promot si putih putih melati Ostematrix kepada saya. Niat dia share pasal Oste tu sebab dia tahu saya ni jenis tak minum susu. Ingat lagi ayat dia,Adik,elok ambil kalsium ni. Sekarang masa bujang adik tak pikir lagi. Esok2 dah kawen baru adik tahu. Adik tu dah lah tak minum susu. Nanti adik menyusu baby,baby tarik semua kalsium adik adik plak tak minum susu so darimana adik nak dapat kalsium untuk adik plak?
.

Itu lah yang jadi reput gigi,reput tulang sbb baby dh tarik kalsium adik. Lagi 1 adik tu senggugut teruk bagus adik ambil oste ni. Sebab  kalsium membantu mengekalkan otot dalam badan yang menghalang daripada kekejangan. Adik pun selalu mengadu sakit-sakit badan kalau banyak jalan & naik tangga. Tu sebab  adik kekurangan kalsium la.
.

Saya pulak jenis kalau kawan berniaga memang senang nak tergoda untuk membeli. Hihi. So saya pun decide beli oste pada bulan itu. Selepas mencuba sebotol siputih Ostematrix alhamdulillah haid bulan berikutnya tu saya tak diserang senggugut lagi.
.

Menunggu2 jugak kononnya bila lah nak senggugut..hahhaa.. Waaahhh.. ini ajaib.. memang benar-benar berkesan. Badan pun dh takde sakit-sakit  sangat ulang alik turun naik tangga. Dan 1 lagi yang saya perasan saya dah tak perlu tunggu 3 4 hari atau kadangkala seminggu untuk membuang. Rupa-rupanya kandungan magnesium dalam Oste tu membantu otot usus menjadi lebih relaks & lancar. Najis juga lebih lembut & lebih mudah dikeluarkan.
.

Bulan seterusnya saya beli Oste dan tambah GLA untuk masalah senggugut saya tu. Dan saya serta merta join jadi ahli Shaklee kerana saya sudah merasai Shaklee Effect itu sendiri.
.

Alhamdulillah sehingga hari ini saya tidak lagi diserang sengugut yang sampai tahap bergulung-gulung mcm tikar mengkuang 😅😅😅. Terima kasih officemate merangkap mak shaklee ku kerana memperkenalkan oste kepada saya 😘😘
.

Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya iaitu 3S : Senggugut, Sakit2 Badan & Sembelit  dapatkan Ostematrix & GLA hari ini juga. Pastinya takkan sia-sia 💪💪💪



***

Berwaspada jika anda mengalami senggugut yang berpanjangan. Ini kerana ianya mungkin salah satu tanda fibroid atau endometriosis.

BACA: Ciri-ciri wanita yang berisiko hadapi masalah fibroid



Jaminan Shaklee ialah:

- 100% semulajadi dan beyond organik
- Sentiasa selamat
- Sentiasa berkesan
- Sentiasa mesra alam
- Lulus KKM
- Halal

Jangan biarkan senggugut menggangu lagi. Sekiranya anda, atau anda kenal mereka yang mengalami masalah senggugut teruk, jom dapatkan GLA Complex dan Ostematrix segera.


Order

===========================
Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Saturday, 8 September 2018

Cara atasi haid tidak teratur

September 08, 2018 0 Comments
Haid tak teratur merupakan antara dilema yang dihadapi oleh ramai wanita. Masalah haid tak teratur bukanlah penyakit tetapi sebenarnya gangguan hormon.

Kitaran haid yang normal untuk wanita dewasa ialah 21 hingga 35 hari manakala bagi remaja 21 hingga 45 hari. Haid normal mengambil masa 3 hingga 7 hari.

Haid tidak teratur adalah antara punca sukar hamil. Jika anda sedang ikhtiar untuk hamil tapi mengalami masalah haid tak teratur, jom semak punca haid tak teratur kemudian ikhtiar untuk mengatasinya dengan berkesan.





Tempoh haid tak sama antara setiap wanita. Jangan banding tempoh haid kita dengan orang lain tetapi bandingkan dengan kalendar haid sendiri.

Sebab tu lah setiap kali haid, kita perlu tanda serta catat tentang tarikh permulaan haid dan tarikh tamat haid. Tujuannya untuk memudahkan kita pantau sebarang perubahan.

Kitaran haid tidak teratur bermaksud, waktu dan tempoh haid yang berbeza-beza atau berubah-ubah dari sebelumnya. Contohnya kitaran haid terlalu kerap atau terlalu jauh jaraknya. Atau tempoh terlalu pendek, atau terlalu panjang.



Punca haid tak teratur:
  • Peringkat awal kehamilan
  • Menyusu bayi secara eksklusif
  • Tanda awal menapous
  • Masalah hormon tak stabil
  • PCOS
  • Masalah berat badan, obesiti atau terlalu kurus
  • Stress
  • Masalah kelenjar tiroid
  • Pengambilan ubat-ubatan


Kesan dari haid tak teratur ialah sukar hamil, mandul dan risiko untuk alami anemia (bagi yang haid keluar banyak untuk tempoh lama)

Bagi kes haid berpanjangan (prolong period), nak solat pun tak tenang kan? Haid melebihi 15 hari dah kena solat macam biasa. Sungguh leceh dan tak selesa.




Ada cara yang boleh bantu wanita untuk kawal kitaran haid dan atasi masalah haid tak teratur.

Vitamin Shaklee yang disyorkan untuk kawal dan atasi haid tak teratur ialah Vivix dan GLA Complex.

VIVIX




Kuasa polifenol dan resveratrolnya yang bersifat sangat tinggi antioksidan menghapuskan radikal bebas yang jadi penyebab masalah hormon.

Vivix memperbaiki kerosakan sel, mengawal kemerosotan genetik, menggalakkan penghasilan tenaga sel dan lambatkan penimbunan protin AGE (Advanced Glycation End Products)


GLA Complex




Mengandungi Gamma Linolenic Acid dari sumber bunga borage organik berkuasa:
2 x ganda lebih tinggi GLA
3 x ganda lebih bioavailibiliti
3 x lebih berkesan
berbanding produk gla lain.

Gla Complex mengawal selia hormon testosteron dan progesteron. Gla complex membentuk prostaglandin untuk kawal hormon, serta baiki simptom PMS dan pra-menapous.

Baca: Kelebihan GLA Complex








TESTIMONI 31: ROZILA RAMLI
.



[ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ]
.

Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa.
.

Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah.
.

Masalah ini memang mengganggu saya dan suami, maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun & masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala jenis ubat telah saya telan.
.

Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”.
.

Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang tau.
.

Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016,saya telah mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.
.

Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016(35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.
.

Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya,sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow.
.

Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar.
.

Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.
.

Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya,sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang.
.

Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!




*  *  *  *  *



Sekiranya anda sedang ikhtiar untuk atasi masalah haid tak teratur, jom dapatkan Vivix dan GLA Complex ini. Jana akan bantu anda.

Dapatkan segera Vivix dan GLA Complex secara online terus dari Shaklee dengan klik pada butang Esell berikut. Pembayaran melalui kad kredit/kad debit.

 Order disini


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Sunday, 2 September 2018

Cara hilangkan migrain ibu mengandung & cegah dari berulang

September 02, 2018 0 Comments
Aduhai.. dah lah tengah mengandung, kena migrain pulak tu.

Migrain itu memang sesuatu yang cukup menyakitkan. Sapa biasa kena migrain dia tau lah. Orang yang gagah perkasa pun boleh surrender, inikan pula ibu mengandung.

Dah la masa mengandung tak boleh telan sebarang ubat tahan sakit kecuali atas nasihat doktor yang merawat. Macam mana nak tahan sakit tu?



ubat migrain ibu mengandung



Jadi camana nak atasi dan hilangkan migrain ibu mengandung ? Tanpa dadah, selamat dan semulajadi?

Pengalaman jana sendiri sejujurnya mencegah lebih mudah dari mengubati.

Cara yang paling berkesan dan selamat untuk hilangkan migrain ibu mengandung ialah dengan amalkan Set Vitamin Shaklee.


ubat migrain ibu mengandung
"Saya dah makan vitamin yang klinik bagi, tapi tetap migrain"

Sebab tu kena makan vitamin jenama Shaklee. Vitamin Shaklee tak sama macam vitamin jenama lain.

Apa perbezaan vitamin Shaklee dengan vitamin lain
  • Kebanyakan vitamin dibuat dari bahan sintetik, manakala vitamin Shakklee 100% dibuat dari bahan semulajadi
  • Tinggi daya penyerapan. Badan mudah serap
  • Tiada pewarna & Perasa tiruan
  • Tiada bahan pengawet sintetik



Vitamin ini adalah vitamin yang turut terkandung dalam set vitamin ibu mengandung dan berpantang Shaklee.


Kira macam all-in-one. Selain dari hilangkan sakit migrain dan mencegah migrain dari menyerang, set vitamin ni juga


  • Mengandungi asid folic, kalsium, magnesium, DHA serta EPA
  • Bantu lengkapkan nutrisi ketika mengandung dan berpantang.
  • Mengatasi sembelit ketika mengandung dan berpantang
  • Mengatasi kekejangan otot dan sakit badan
  • Atasi masalah lesu letih melampau
  • Kuatkan imun 
  • Bekalkan nutrisi penting untuk perkembangan bayi.
  • Boleh diambil dari mengandung, berpantang dan menyusu.
  • Membantu menyediakan tubuh ibu untuk penyusuan bayi yang berjaya






Ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak pun sering diserang migrain. Jana sendiri pun pernah kena suatu masa dahulu. Tak terbangun dibuatnya. Dah la sakit czer pun belum hilang, nak berperang dengan migrain pula.

Berbeza dengan berpantang kali ni sebab jana dah amalkan Shaklee sejak dari tahun 2013.

!!Baca : Ini pengalaman jana sendiri hilangkan migrain

Jika anda sering diserang sakit migrain, sampai bila asyik nak bertahan dengan ubat tahan sakit? Kenapa tak bebaskan aje diri dari belenggu migrain yang menyeksakan itu.


Jom cuba set vitamin Shaklee untuk migrain 


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Thursday, 30 August 2018

Inilah cara saya ubati derita migrain sepenuhnya

August 30, 2018 0 Comments
Ini kisah jana sendiri mengalami sakit migrain sejak zaman sekolah hingga ke zaman bekerja. Boleh dikatakan hampir setiap bulan mesti kena migrain. Terpaksa MC.

Jana tak boleh cuaca panas, tak boleh stress, tak boleh tersalah makan.. tersilap sikit maka datanglah migrain. Walaupun dah kawal, berpantang sebaik boleh. Migrain tetap datang bila-bila masa ia nak datang. 

Bahagian tertentu kepala rasa sakit berdenyut-denyut, mata silau, pening berpusing rasa macam nak tumbang, badan rasa seram sejuk, loya & muntah, cirit birit semua datang sekaligus.





Bila sakit kepala migrain tu, bukan boleh makan ubat tahan sakit dan terus sambung kerja. Kesan ubat tahan sakit tu agak lambat jadi sakit migrain tak hilang sepenuhnya. Macam takde kesan sangat. Setiap 6 jam kena repeat telan ubat penahan sakit. 

Tiada pilihan, terpaksa jana hadap serangan migrain tu bertahun lamanya. Adakalanya sakit kepala migrain berlarutan hingga 2 hari. Hari ke 3 pun masih rasa berdenyut-denyut dan silau belum betul-betul hilang.

Serik. Memang jana taknak migrain. Tak suka. Tapi masa tu, apa boleh buat?

Terfikir juga, sampai bila asyik nak kena migrain dan terpaksa bergantung pada ubat tahan sakit je? 

Sakit kepala migrain ni sangat sangat dan menyeksakan ooii.. jangan main-main.







Untuk hilangkan migrain, bukan kena cari ubat migrain paling kuat. Tapi kena atasi dari puncanya. Selagi tak atasi migrain dari puncanya, selagi itu lah ia akan kerap menyerang.

Sebenarnya, punca migrain seperti

  • Kafein
  • Perubahan cuaca
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Resdung
  • Makan tak teratur
  • Angin
  • Perubahan hormon

Adalah pencetus terjadinya serangan migrain. Kita boleh cegah migrain dengan mengelak punca-punca migrain diatas tapi masalah migrain tetapi takkan hilang.




Ini punca sebenar migrain.


1. Ada doktor perubatan pernah bagitau, 

Dalam tubuh pesakit migrain selalunya mengandungi sejenis asid amino iaitu asid homocysteine yang tinggi.

Asid homocysteine ni terhasil akibat perubahan mutasi pada genetik. Asid homocysteine ni juga telah terbukti boleh menyebabkan salur darah tersumbat,seterusnya jadi punca strok dan penyakit koronari.



Kajian menunjukkan, pengambilan vitamin B6, B12 dan asid folik terbukti menurunkan paras asid homocysteine dengan berkesan hingga 40%.


2. Kekurangan magnesium punca migrain dan sakit kepala.


Dalam tak sedar, ramai diantara kita kekurangan magnesium dalam diet harian.

Kajian menunjukkan, pengambilan magnesium secara konsisten berkesan mengurangkan insiden migrain sebanyak 41%.


3. Keradangan pada salur darah

Ada pendapat dari pakar kesihatan, salur darah dalam kepala yang mengembang dan menguncup secara mengejut menjadi punca migrain.





Perasan tak, bila dah selalu sangat migrain lama-kelamaan ubat tahan sakit makin tak berkesan. 

Sebab tu ada makan ubat pun migrain tak sembuh. Makan ubat macam takde kesan. Tu yang ramai cari ubat migrain paling kuat. Hingga ada yang terpaksa masuk wad.

Ubat takkan sembuhkan migrain, ubat cuma menahan kesakitan migrain buat sementara waktu.




Cara untuk hilangkan migrain sepenuhnya ialah kita kena pastikan punca sebenar migrain ni terkawal.

Cukupkan keperluan tubuh terhadap vitamin B, Magnesium, serta banyakkan makanan bersifat antiradang seperti Omega 3 dan Polifenol.



ubat migrain


Sejak jana makan vitamin ni, serangan migrain tak datang langsung dah. Alhamdulillah. 

Jika dulu tak boleh panas, sekarang rilek je main panas. Cuma takut sunburn je.
Jika dulu bila dekat nak period mesti kena standby takut migrain datang, sekarang ok je.

Jika dulu tak boleh minum teh ais kaw, takleh minum nescafe, tak boleh makan terung, tak boleh tengok cahaya terang.. sekarang semua dah boleh. Alhamdulillah..

Bahagianya rasa.



Set Vitamin ini bukan setakat bantu atasi migrain, tapi banyak lagi faedah untuk kesihatan yang jana perolehi.  

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang sering diserang sakit kepala migrain juga macam jana. 


Jika anda sedang menderita sakit migrain atau kenal sesiapa yang sedang menderita migrain jana syorkan untuk amalkan Set Migrain Shaklee ini.




Order

===========================
Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================






Follow Instragram Jana_Hazana