Wednesday 21 March 2018

7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja

March 21, 2018 0 Comments
Setiap tabiat ada kesannya. Tabiat yang buruk akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan kecantikan. Contohnya tabiat suka makan makanan manis buatkan wajah nampak berusia, tabiat merokok boleh mengganggu kesihatan keluarga.

Tabiat yang baik akan memberi kesan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Untung mereka yang ada tabiat begini, tanpa sengaja tubuh sentiasa sihat,  kulit cantik tanpa sebarang masalah dan sentiasa awet muda.

tip kulit cantik



7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja



1. Rajin pakai sunblock

80% punca kerosakan kulit disebabkan oleh sinar matahari. Sinar matahari mengandungi UVA dan UVB. UVA memberi kesan terhadap penuaan seperti kulit berkedut, jeragat dan UVB memberi kesan sunburn seperti kulit berbelang dan tona tak sekata.

Jam 10 pagi hingga 4 petang adalah waktu sinar UVA & UVB paling kuat dan banyak. Untung mereka yang ada tabiat rajin pakai sunblock sebab mereka boleh lindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.

Sunblock jenis 'broard spectrum' akan melindungi kulit dari kedua-dua sinar UVA & UVB. 






2. Suka minum air kosong

Lambakan sisa toksin dalam tubuh adalah antara punca masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat dan ekzema.

Air yang cukup dalam tubuh akan memastikan proses perkumuhan dapat berjalan lancar dengan itu lebihan toksin dapat disingkirkan dari tubuh.

Air sangat penting untuk melembapkan kulit dan buatkan kulit lebih glowing serta sihat. Air yang cukup dalam tubuh sangat membantu untuk mencegah jerawat dan lingkaran gelap bawah mata.





3. Suka makan sayur dan buah fresh

Sayur-sayuran termasuk ulam serta buah-buahan segar membekalkan vitamin, serat, antioksidan serta banyak lagi kebaikan untuk kulit cantik.

Ia bukan je bagus untuk kulit tetapi bagus untuk mengawal berat badan dan memelihara sistem penghadaman.





4. Suka tidur awal pada waktu malam

Pada waktu malam tubuh akan merembeskan sejenis hormon yang dinamakan melatonin. Melatonin buatkan kita rasa mengantuk dan beri signal pada sel-sel kulit untuk mula 'bekerja' membaikpulih kerosakan sels-sel tubuh yang telah berlaku sepanjang hari.

Waktu terbaik untuk tidur ialah sebelum jam 11 malam dan bangun sebelum 6 pagi. Tidur berkualiti sangat penting untuk kulit cantik, mood baik serta kesihatan.





5. Rajin cuci muka dengan betul

Kerosakan akibat sinar matahari bukan satu-satunya faktor yang perlu dirisaukan. Tapi jangan lupa partikel-partikel mikro dari pencemaran sekitar turut boleh merosakkan kulit.

Tabiat rajin mencuci muka setiap malam akan menyingkirkan sisa-sisa kotoran serta bahan kosmetik yang boleh melemahkan dan merosakkan kulit. Kulit sentiasa bersih dan sihat.






6. Tidak gemar makanan tinggi gula

Makanan manis bukan setakat boleh menggemukkan badan malah turut boleh membuatkan wajah kita nampak lebih berusia. Melalui proses yang dipanggil 'Glycoslytion', gula akan terikat pada kolagen lalu melemahkannya.

Kolagen sangat penting untuk kulit yang tegang dan anjal serta awet muda. Kekurangan kolagen bukan je boleh sebabkan kulit kusam, kedutan dan kering malah turut menyebabkan sakit sendi, rambut kurang bermaya dan gugur, dan macam-macam lagi.







7. Suka minum ESP Shaklee

Ramai yang minum ESP pada asalnya untuk tenaga, tambah susu badan, gastrik. Tapi bila konsisten ramai pula yang dapat hasil kulit cantik tanpa sengaja.

ESP adalah minum protin dari sumber soya non-gmo. Cara pemprosesannya yang hanya guna air telah mengekalkan isoflavones.

Soya telah digunakan sejak berkurun lamanya oleh masyarakat Cina, Indonesia untuk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana soya sangat baik untuk
  • Tingkat metabolisme
  • Memelihara berat badan sihat
  • Perlindungan kepada jantung
  • Mencegah kanser
  • Kurangkan simptom menapous
  • Tingkat sistem penghadaman
  • Menjana tulang yang sihat
  • Mencegah kecacatan pada bayi dalam kandungan
  • Kurangkan risiko kencing manis

Terlalu banyak bukti melalui kajian saintifik yang menunjukkan kebaikan dan kepentingan soya terhadap manusia.


Apa kata mereka yang suka minum ESP


esp shaklee untuk kulit dan tenaga

esp shaklee untuk kulit

shaklee esp

esp shaklee untuk kulit


Setin ESP mengandungi 850gm. Cukup untuk keperluan sekeluarga. Bagi jana, ESP sangat sedap dicampur dengan susu segar dan kurma atau diblend bersama buah-buahan segar. Tak perlu tambah gula.

Jika ada bajet lebih, minum bersama Performance Orange & Shaklee Collagen Powder untuk lebih tenaga dan kulit cantik flawless.




Syarat kulit cantik bukan hanya wajah yang putih melepak berkilat tapi kulit cantik merangkumi :

  • kulit yang sihat bebas masalah jerawat, panau serta parut. 
  • Bersih dari cacat cela tak perlu pakai make up sepanjang masa.
  • Cerah berseri secara semulajadi


Amalkan 7 tabiat diatas dan hasilnya tanpa sengaja anda akan kulit jadi cantik. Senang sahaja kan??








Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Tuesday 13 March 2018

Bagaimana hilangkan jeragat degil lebih cepat tapi selamat?

March 13, 2018 0 Comments
Salah satu dilema wanita berusia 30 tahun ke atas ialah nak hilangkan jeragat dengan cepat. Jana tau betapa susahnya nak cari produk yang betul-betul berkesan. Ada yang cuba pelbagai produk untuk hilangkan jeragat, tapi sebaliknya jeragat makin menjadi-jadi. Ada juga yang menjanjikan kesan cepat tapi bahaya sebab ada racun.

Jadi bagaimana nak hilangkan jeragat degil lebih cepat tapi selamat?


hilangkan jeragat


Jana juga salah seorang yang mengalami masalah jeragat. Jadi jana sangat faham situasi ini.

Jeragat bukan macam cat pada dinding yang kita boleh sapu atau kikis untuk dihilangkan. Jeragat terbentuk pada lapisan epidermis iaitu bahagian dalam kulit. Jadi untuk menghilangkannya kita kena atasi secara dalaman.



Punca jeragat terjadi

Jeragat terjadi hasil dari stimulasi melanocytes apabila kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Melanocytes menghasilkan melanin yang berfungsi melindungi. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinaran matahari menyebabkan hiperpigmentasi.

hilangkan jeragat dengan berkesan


Oleh kerana jeragat berkait rapat dengan hormon wanita, maka kehamilan, penggunaan alat pencegah kehamilan dan terapi hormon boleh menjadi punca jeragat.

Kemurungan atau stress yang teruk juga boleh menyebabkan hormon stimulasi melanocytes terhasil dengan banyak lalu menyebabkan jeragat muncul.

Penggunaan alat kosmetik dan penjagaan kulit yang mengandungi bahab kimia merbahaya menyebabkan keradangan kulit. Hasilnya jeragat boleh menjadi makin teruk.

Terdedah kepada haba atau bahang api dalam tempoh yang lama seperti memasak pun boleh menyebabkan jeragat.

Lihat >> 8 punca jeragat pada usia 20 & 30 an


Nak hilangkan jeragat yang baru muncul lebih mudah berbanding nak hilangkan jeragat yang sudah lama. Oleh itu, rajin-rajin lah belek muka setiap hari. Jeragat muncul dari bawah kulit, kita mungkin tak perasan jeragat sedang terbentuk. Jika terdapat tanda-tanda awal jeragat segeralah cari jalan untuk menghilangkannya.

Tapi hati-hati, produk yang mengandungi bahan kimia bahaya boleh menyebabkan iritasi pada kulit lalu menyebabkan masalah jeragat jadi makin teruk.



Bagaimana menghilangkan jeragat degil lebih cepat dan berkesan tapi selamat? Set Jeragat Premium

set hilangkan jeragat shaklee




1. GLA Complex - Stabilkan hormon

Gangguan hormon adalah punca jeragat. Oleh itu, hormon mesti stabil untuk elak jeragat baru dari terus muncul dan dalam masa yang sama pastikan jeragat sedia ada tidak membesar.


2. ESP - Protin untuk sel-sel baru

Dalam tempoh tertentu sel-sel kita akan 'bertukarganti'. Secara semulajadi sel kita akan mati dan ditukar dengan sel yang baru. Protin merupakan bahan utama dalam pembinaan semula sel-sel baru dan juga komponen utama hormon. Protin sangat diperlukan untuk baiki pigmentasi.


3. Vivix - resveratrol

Resveratrol menghalang enzim tyrosinase. Enzim tyrosinase menyebabkan jeragat terbentuk dengan banyak apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari.

Resveratrol dalam Vivix telah diuji berupaya menghalang pembentukan jeragat dengan memberi perlindungan optimum terhadap sinar uv iaitu sebanyak 93% berbanding vitamin E 65% dan vitamin C 37%.

Komponen dalam Vivix menjadikan ianya bersifat sangat tinggi antioksidan yang berfungsi melawan serangan radikal bebas yang merosakkan dan melemahkan fungsi sel.


4. Collagen Powder - mencerah dan menyerikan

Kolagen memudarkan jeragat, mencerahkan dan melembapkan kulit. Kolagen dari sumber sisik ikan dapat memegang air dengan lebih lama menjadikan kulit kekal terhidrat dalam jangka masa lebih lama .


5. Vita C - pembetukan kolagen semulajadi

Bertindak sebagai agen antioksidan yang melindungi dari sinaran UV. Vitamin C halang pembentukan jeragat dan juga membaiki pigmentasi dengan berkesan dan membantu dalam proses sintesis kolagen tubuh.


6. Shaklee Youth Skincare - perlindungan dan baikpulih dari luar

Youth adalah rejim penjagaan luaran yang 100% terbukti selamat serta berkesan secara klinikal. Bebas dari 1,500 bahan kimia bahaya. Ini bagi memastikan kulit benat-benar bebas dari risiko mengalami iritasi.



Lihat >>Shaklee Youth Skincare tu apa?


Jeragat boleh ditutup dengan alat kosmetik. Tapi takkan setiap masa nak pakai makeup?
Bebaskan kulit dari masalah jeragat dan berani lah tampil cantik secara semulajadi tanpa perlu makeup tebal lagi. Set premium untuk hilangkan jeragat degil.


Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Tuesday 6 March 2018

Cara hilangkan parut jerawat berlubang di muka dengan mudah, cepat, berkesan

March 06, 2018 0 Comments
Jerawat dah hilang tak semestinya melegakan hati. Sebab selalunya jerawat akan meninggalkan parut. Ada yang parut hitam dan ada parut berlubang. Paling ditakuti parut jerawat berlubang sebab memang sangat mengganggu penampilan seseorang tak kira lelaki mahupun wanita.

Perut jerawat berlubang sukar hilang dan mengambil masa yang sangat lama untuk hilang. Bagi wanita, selalunya mereka tutup dengan kosmetik tebal, tapi masih boleh dilihat dengan jelas. 

Parut jerawat berlubang sebabkan solekan sukar nak diratakan dengan baik dan mudah nampak bercapuk. Silap haribulan, kesan pemakaian kosmetik pula jadi penyebab jerawat makin meradang.

hilangkan parut jerawat berlubang dengan cepat dan mudah




Macam-macam cara dah nak hilangkan parut jerawat berlubang tapi kesan tak seberapa. Frust kan? 

Jana tau cara nak hilangkan parut jerawat berlubang. Ia mudah, cepat berkesan dan selamat. Anda tak perlu merisikokan kesihatan untuk tampil cantik. Tak perlu menghadapi sebarang kesakitan juga.

Cara hilangkan parut jerawat berlubang dengan mudah, cepat dan berkesan ialah penjagaan secara dalaman dan luaran. Salah satu saja memang tak cukup.



1. Ambil Vivix. Mengapa?

(a) Sel-sel pada parut jerawat berlubang adalah sel-sel yang rosak tetapi amat lemah dan tidak mampu untuk bertukarganti dengan baik dan efektif. Kita perlu pastikan sel-sel sihat dan bertenaga.

Vivix meningkatkan penghasilan mitokondria dalam sel-sel lalu meningkatkan tenaga sel. Sel-sel yang sihat dan bertenaga berupaya mengatasi keradangan dan membaikpulih dengan sendiri lebih cepat dan efektif.

shaklee untuk parut jerawat berlubang


(b) Vivix membekalkan antioksidan yang tinggi yang amat berkuasa untuk melawan serangan radikal bebas yang melemahkan, mengganggu fungsi dan merosakkan sel-sel kulit.

(c) Vivix bersifat antiradang, antiviral dan antimikrobial yang meredakan keradangan kulit, cegah jangkitan kuman serta bakteria dan menguatkan sistem pertahanan tubuh.




2. Ambil Collagen Powder dan Vita C. Mengapa?

Kolagen sangat penting untuk kukuhkan struktur kulit dan pastikan kulit cantik yang licin rata. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kurang elastisiti dan kendur. Struktur kulit yang kendur menyebabkan parut jerawat berlubang nampak lebih dalam dan ketara.

kolagen untuk parut jerawat berlubang


Collagen Powder meningkatkan paras kolagen dan elastin tubuh. Vita C merangsang penghasilan kolagen semulajadi tubuh.

Kolagen yang mencukupi akan bantu parut cepat hilang menghasilkan kulit yang licin, tegang dan anjal.



3. Juga mesti ambil  ESP. Mengapa?

hilangkan parut jerawat


Protin sangat diperlukan ketika dalam proses pembinaan blok-blok sel seluruh badan termasuk sel kulit. Untuk sembuhkan parut jerawat berlubang dengan cepat, sel-sel baru perlu dibaiki dan dibina secara agresif, jadi protin sangat diperlukan.

Protin ESP adalah dari protin berkualiti tinggi dari sumber tumbuhan yang lebih mudah dihadam berbanding protin dari sumber haiwan.



4. Guna skincare Shaklee Youth

skincare untuk hilangkan parut jerawat berlubang


Skincare Shaklee Youth mengandungi bahan aktif dan tulen yang menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan sel secara kritikal.

100% terbukti secara klinikal berkesan dalam pembaharuan sel sebanyak 10x lebih cepat.

Shaklee Youth 100% berasaskan tumbuhan, tiada paraben dan SLS serta 1,500 bahan kimia terlarang lain.



Testimoni hilangkan parut jerawat berlubang.

testimoni produk untuk hilangkan parut jerawat berlubang


testimoni shaklee youth

testimoni shaklee youth untuk parut jerawat

testimoni shaklee youth skincare



Jana percaya, ramai yang ingin hilangkan parut jerawat berlubang dengan mudah, cepat dan berkesan. Penat dah cuba macam-macam tapi tak berkesan sebab belum tahu dan belum cuba produk shaklee untuk hilangkan parut jerawat berlubang ni.

Sekarang dah tahu. Tak perlu ragu-ragu sebab produk-produk Shaklee ni dibangunkan melalui kajian saintifik dan diuji secara klinikal untuk menguji tahap keselamatan dan keberkesanan.

Jika anda betul-betul dah jemu dengan parut jerawat berlubang yang tak hilang-hilang, dan serius inginkan perubahan drastik, klik butang order di bawah.




Jana beri nasihat cara makan vitamin dan konsultasi terbaik supaya anda dapat kesan yang optimum dan berbaloi dengan pembelian produk shaklee untuk hilangkan parut jerawat berlubang ni.




Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

Follow Instragram Jana_Hazana