Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

Dah dekat nak bersalin? Jom semak senarai keperluan bayi baru lahir dan ibu berpantang

May 31, 2017 1 Comments
Penting untuk mommy & daddy buat senarai keperluan bayi baru lahir dan keperluan ibu berpantang dari awal supaya mommy & daddy boleh tau mana yang lebih utama, mana yang boleh dibeli kemudian, malah boleh pastikan yang mana yang tidak perlu sebagai salah satu persediaan untuk menerima cahaya mata baru.

Pendek kata, dengan adanya senarai keperluan menyambut bayi baru lahir dan keperluan ibu berpantang, sedikit sebanyak boleh membantu bakal mommy dan daddy berbelanja dengan lebih berhemat dan berjimat.

barang bayi baru lahir


Senarai keperluan bayi baru lahir ni termasuklah senarai barang-barang yang diperlukan ketika dihospital. Baru lah nanti tak payah kelam kabut ini tertinggal, itu lupa nak beli.

Bagi yang baru nak keluar shopping tu, jom semak senarai keperluan bayi dan ibu berpantang ni


Senarai keperluan bayi baru lahir;
1. Receiving blanket/Selimut bayi
2. Baju lengan panjang & seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Lampin pakai buang
5. Kain lampin/napkin
6. Barut perut baby
7. Cotton ball
8. Tisu basah
9. Peralatan mandi/toiletteries
10. Besen mandi
11. Tempat simpan pakaian
12. Tempat tidur (kelambu, baby cot, bantal, tilam)



Senarai keperluan untuk ibu berpantang;
1. Stokin tebal pendek/sederhana panjang
2. Kain sarung
3. T-shirt longgar. Jika boleh yang berbutang didepan untuk mudahkan penyusuan
4. Sweater
5. Maternity pad
6. Batu tungku, bengkung
7. Bengkung (bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, rutin berbengkung biasanya hanya setelah luka pembedahan sembuh)
8. Pakaian yang sesuai untuk menyusu
9. Vitamin postnatal



Senarai diatas ni adalah keperluan asas. Kuantiti pun tak perlu banyak sebab nanti bila baby dah keluar boleh shopping lagi ikut keperluan dan kemampuan. Lagi pun baby cepat membesar. Nanti pakai sekejap je dah tak muat.

Apabila usia kandungan dah mencecah 7 bulan, mommy disarankan sudah bersedia dengan keperluan untuk ke hospital. Letak segala keperluan ibu & bayi dalam beg siap-siap dah letak ditempat yang mudah dicapai bila datang tanda-tanda nak bersalin. Contohnya tepi pintu, dalam kereta.


barang untuk dibawa ke hospital bersalin


Senarai keperluan bayi dan ibu di hospital;


Bayi:
1. Receiving blanket/bedung
2. Baju & seluar
3. Lampin pakai buang
4. Kain lampin/tuala
5. Tisu basah
6. Topi & stokin

Ibu:
1. Buku rekod kesihatan (buku merah)
2. Tuala mandi
3. Selipar jepun
4. Peralatan mandi
5. Maternity pad
6. Seluar dalam & nursing bra
7. Stokin
8. Sweater
9. Kain sarung
10. Pakaian. Biasanya ada 'uniform' wad hospital. Cuma bawa 1 pasang untuk dipakai ketika pulang ke rumah.
11. Sedikit makanan untuk kudap-kudapan
12. Gelas, sudu, tisu muka
13. Vitamin



Bagi ibu-ibu yang bersalin normal, biasanya tempoh tinggal di wad hanya semalaman. Bagi ibu-ibu bersalin secara pembedahan pula tempoh tinggal di wad ialah selama 3-4 hari. Jika tiada sebarang komplikasi.

Ketahui punca luka bersalin lambat sembuh, berair dan bernanah. Cara untuk mengatasinya

Oleh itu, pandai-pandai lah bajet kuantiti keperluan yang perlu dibawa.

Tips:

Pakaian bayi sebaiknya perlu dibasuh terlebih dahulu terutamanya yang baru dibeli atau yang telah lama tersimpan untuk menjamin kebersihan. Ini boleh mengelakkan kulit bayi yang extra sensitif dari mengalami masalah gatal-gatal.

Sekarang dah tau apa yang perlu dibeli? so bermula usia kandungan 6/7 bulan mommy & daddy dah boleh mula shopping. Tak perlu beli semua sekaligus. Utamakan yang hendak dibawa ke hospital terlebih dahulu. Yang lain boleh dibeli secara beransur-ansur.

Selamat menimang cahaya mata !


Saturday, 18 February 2017

7 punca luka pembedahan czer berair, bernanah dan lambat sembuh

February 18, 2017 0 Comments
Setiap ibu yang bersalin ada risiko yang tersendiri. Ada cabarannya yang tersendiri. Tak kira lah bersalin normal atau bersalin secara pembedahan czer (caesarean). Ketahui 7 punca risiko luka bersalin pembedahan czer berair, bernanah dan lambat sembuh.

Tanda-tanda luka bersalin czer bermasalah:
  • kesakitan teruk pada bahagian abdomen
  • kemerahan pada kawasan pembedahan
  • bengkak/berair/bernanah
  • demam
  • sakit ketika kencing
  • discaj bau busuk melalui vagina
  • pendarahan teruk (pad penuh dalam masa 1 jam)
  • pendarahan yang disertakan ketulan darah yang besar
  • bengkak atau sakit pada kaki




Sebab itulah penjagaan dan pemantauan yang kritikal diperlukan sejak dari hamil untuk pastikan semua proses bersalin berjalan dengan lancar. Hingga lah waktu berpantang, penjagaan dan pemantauan tak boleh diabaikan. Ini adalah untuk elakkan sebarang masalah seperti meroyan, luka bersalin lambat sembuh malah kematian mengejut ibu baru melahirkan anak.

Paling kerap kita dengar ialah luka bersalin czer yang lambat sembuh, luka jahitan terbuka, berair, bernanah, masih sakit walau parut dah lama.



7 punca risiko luka pembedahan bermasalah seperti lambat sembuh, berair dan bernanah:
  • Sejarah penyakit kencing manis. Antara komplikasi penyakit kencing manis ialah luka sukar untuk sembuh. Sedangkan luka kecil pun boleh berlarutan ini kan pula luka pembedahan bersalin.
  • Gangguan imun seperti penyakit HIV
  • Obesiti
  • Faktor pemakanan dan kurang nutrisi dimana keperluan tubuh terhadap vitamin, zat & mineral untuk proses penyembuhan tak mencukupi. Sesetengah makanan pula boleh mencetuskan tindakbalas yang mengganggu proses penyembuhan luka.
  • Kebersihan yang diabaikan boleh menyebabkan pembiakan bakteria di kawasan luka.
  • Faktor fizikal seperti kurang bergerak atau pergerakan terlebih lasak. Sewaktu batuk atau bersin bahagian perut perlu ditampung. Bongkokkan sedikit badan dan gunakan selimut tebal yang dilipat kecil atau bantal untuk menampung bahagian perut.
  • Penggunaan steroid untuk jangka masa panjang (sebelum hamil)

Masalah luka bersalin czer lambat sembuh, bernanah atau jahitan terbuka bukan sahaja menyebabkan kesakitan yang amat tetapi juga turut boleh mempengaruhi kestabilan emosi ibu dalam pantang yang boleh mengganggu penyusuan. Ia akan menyebabkan trauma dan perlu diatasi dengan segera.

Bersalin secara pembedahan juga boleh mendatangkan risiko pembekuan darah.

Luka bersalin pembedahan atau caesarean cepat sembuh dengan Vivix.

Bagi yang mengalami masalah luka bersalin pembedahan lambat sembuh iaitu berair dan bernanah, disarankan mengambil Vivix Shaklee beserta Set Berpantang Shaklee.






Vivix membekalkan resveratrol dan polifenol yang berkuasa meningkatkan kekuatan sistem pertahanan tubuh, menjana tenaga dari peringkat sel serta memperbaiki dan melindungi sel-sel yang rosak.

Vivix bersifat tinggi antioksidan dan antibakteria yang menggalakkan tubuh melawan sebarang jangkitan. Vivix juga bersifat antiradang yang membantu memgurangkan kesakitan, mengurangkan bengkak.

Vivix diperbuat dari 4 bahan semulajadi utama iaitu;
1. Anggur Muscadine
2. Elderberi
3. Lobak Ungu
4. Japanese Knotweed


Apa itu Vivix? < Baca untuk lebih info tentang Vivix


Set Berpantang Shaklee Premium

Set Berpantang Shaklee sangat berkesan dalam bantu ibu-ibu dalam pantang elak stress, beri tenaga, elak sembelit & bantu proses penyembuhan luka luaran dan dalaman secara optimum. Set Berpantang Shaklee juga mesra penyusuan ibu. Banyakkan susu badan dan mesra bayi.





Kebaikan Set Berpantang Shaklee Premium:
  • Bekalkan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan ibu berpantang dan dalam masa yang sama menyusu bayi.
  • Luka bersalin cepat sembuh luaran dan dalaman.
  • Atasi masalah sembelit
  • Badan ibu berpantang bertenaga dan elak kelesuan.
  • Bantu menstabilkan emosi ibu-ibu berpantang sekaligus dapat atasi stress dan elak meroyan.
  • Mengatasi kekurangan kalsium dan zat besi yang telah hilang dengan banyak sewaktu proses bersalin.
  • Penyusuan ibu lebih meriah dan lancar terutamanya bila disertakan dengan teknik-teknik yang betul

Baca:
Ketahui 11 risiko meroyan dikalangan ibu berpantang


Sewaktu dalam pantang adalah waktu paling kritikal untuk ibu-ibu sembuh dari segi emosi, mental dan fizikal. Masa yang diperlukan untuk betul-betul sembuh amat panjang.

Pengalaman jana sendiri masa bersalin kali pertama, area czer masih sakit dan kebas walaupun anak dah umur setahun lebih. Lain sungguh kesannya untuk kali kedua dan ketiga sebab jana berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.

Jika ibu nak kembali slim, cantik dan cergas dalam masa yang singkat, jaga betul-betul luka pembedahan atau luka bersalin semasa dalam pantang lagi. Jaga nutrisi biar cukup untuk jamin kesihatan fizikal dan mental.

Tak usah ragu-ragu dengan Set berpantang Shaklee.





Daftar sebagai ahli untuk nikmati lebih banyak faedah termasuk penjimatan dan pulangan tunai serta peluang menjana pendapatan sampingan secara online bersama Shaklee.

Wassap Jana di 017-312 5484 untuk maklumat lanjut mengenai Set Berpantang Premium Shaklee atau Vivix untuk luka bersalin pembedahan agar cepat sembuh..




Friday, 20 November 2015

Cuti bersalin: 5 persedian WAJIB sebelum kembali bekerja

November 20, 2015 0 Comments
Persediaan untuk kembali bekerja selepas habis tempoh cuti bersalin amat penting terutamanya bagi ibu dan bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar. Tidak dapat dinafikan, kehadiran orang baru dalam rumah tangga sedikit sebanyak akan mengubah rutin harian tambah lagi jika ibu merupakan seorang yang berkerjaya. Persediaan yang wajib dilakukan sebelum kembali berkerja akan dapat membantu ibu & bapa dalam merancang kewangan & ekonomi keluarga.




5 persediaan WAJIB sebelum kembali bekerja
  1. Tempat jagaan bayi
    Tentukan dimana atau siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga bayi kita sepanjang kita keluar bekerja. Jika di rumah pengasuh, pastikan; kita kenal pengasuh dan keluarganya dengan baik, struktur keluarga yang baik, pentingkan kebersihan, tiada penyakit bahaya seperti sawan & hiv dan bilangan bayi jagaannya tidak lebih 3 orang termasuk bayi kita. Jika pusat penjagaan bayi, sila pastikan: ada sijil dan diiktiraf jkm, mempunyai pekerja yang terlatih, tidak terlalu padat,

  2. Gajet penyusuan susu ibu.
    Bagi ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu, tambah ilmu pengetahuan tentang cara mengumpul dan menyimpan susu ibu. Sediakan kelengkapan seperti pam, pakaian mesra penyusuan, beg/tempat penyimpan susu yang mudah alih yang sesuai untuk dibawa ke pejabat dan botol untuk ditinggalkan bersama bayi. Beritahu pengasuh tentang niat untuk memberikan bayi susu ibu sepenuhnya. Sediakan susu ibu dalam botol mengikut sukatan dan jika menggunakan alat pemanas jangan lupa ajar pengasuh untuk menggunakannya dengan betul.

  3. Sokongan suami.
    Berbincang dan beritahu suami dengan jelas tentang tugas-tugas harian dirumah
    yang perlu dikongsi bersama seperti siapa yang akan mengambil & menghantar bayi, membasuh & menjemur pakaian, bergilir-gilir berjaga malam jika baby menangis & banyak lagi. Jika perlu sediakan jadual supaya dapat membantu melancarkan urusan seharian. Saling bantu membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain amat penting bagi mengelakkan stress, salah faham dan sebagainya.

  4. Berlatih menjalani rutin baru sekurang-kurangnya untuk 2-3 kali.
    Kepentingan latihan menjalani rutin baru adalah supaya ibu dan bapa dapat membiasakan diri dengan suasana baru agar tidak kelam kabut pada minggu-minggu pertama yang boleh menyebabkan stress. Suami juga perlu terlibat sama dalam menjayakan rutin baru ini.Contohnya, bangun lebih awal untuk menyediakan baby dan diri sendiri, menyediakan sarapan, barang bayi yang perlu dibawa, membiasakan diri memandu di jalan ke tempat penjagaan bayi dan seterusnya ke tempat kerja, jam berapa perlu keluar supaya tak terlambat masuk pejabat dan banyak lagi.

  5. Bersedia dari segi mental dan fizikal.
    Ibu mungkin akan rasa bersalah dan sangat risau untuk tinggalkan bayi dalam jagaan orang lain. Ingat, perasaan begini cuma untuk sementara. Percayalah, dalam beberapa waktu semuanya akan menjadi semakin baik. Pastikan kita jalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh anak supaya kita akan rasa lebih terjamin.
    Dari segi fizikal, selepas berehat lebih kurang 2 bulan otot-otot kita mungkin agak lemah lalu menyebabkan badan cepat penat dan kurang bermaya. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 20minit sehari. Kebaikannya selain dapat merangsang otot, dapat juga melancarkan aliran darah sekaligus menjadikan badan rasa lebih sihat dan bertenaga. Badan yang sihat dan cergas membawa minda yang tenang. Tip atasi badan lesu, letih dan mudah penat

Sentiasa lah belajar untuk seimbangkan antara kerjaya dan keluarga. Sebaiknya berbincang dengan ketua di tempat kerja jika perlukan sedikit kelonggaran.

Berhenti kerja selepas bersalin? Sila jangan terburu-buru buat keputusan ye darlingss.. Ada senarai yang sangat panjang yang perlu diambilkira jika awak rancang nak berhenti kerja. Fikirkan untuk jangka masa panjang, jaminan masa depan diri sendiri dan jaminan masa depan anak. Mungkin kita merancang untuk bergantung penuh pada suami tapi bukankah kita sebagai manusia hanya boleh merancang? Tak siapa boleh menduga apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Bak kata pepatah, 'sediakanlah payung sebelum hujan'.

Dulu, bos jana pernah kata, "jika nak masa depan anak yang cerah, pastikan jaminan masa depan kita terlebih dahulu". 

Set berpantang terbaik luka cepat sembuh, badan bertenaga

Jangan lemah semangat, jangan cepat putus asa. Segala yang kita miliki adalah rahmat dan tak patut dipersiakan. Kita wanita & kita adalah istimewa. Susah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Apa-apa pun, jana nak ucapkan Tahniah & selamat menjadi supermak!

Love, Jana

Thursday, 29 October 2015

Ketahui 11 fakta risiko meroyan dikalangan ibu-ibu selepas bersalin

October 29, 2015 3 Comments
Sehingga kini sebab atau punca meroyan masih tidak dapat dikenalpasti secara saintifik. Dulu pendapat umum mengatakan 1 daripada 10 ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami meroyan, namun kini ada pendapat yang mengatakan 1 daripada 7 ibu yang baru melahirkan anak berisiko tinggi untuk mengalami meroyan. Adakah peredaran yang makin canggih dan moden yang menyebabkan gejala meroyan semakin meningkat?

Baru ni kecoh dimedia pasal isu meroyan yang telah meragut nyawa seorang ibu yang baru 10 hari bersalin. Ketika ini, jika ada yang buka mindanya akan sedar bahawa meroyan bukan sekadar masalah kecil yang boleh dilupakan atau disembunyikan sendirian, tetapi ia boleh melibatkan nyawa! Pada jana, jangan duk seronok sangat judge orang lain. Meroyan adalah sesuatu yang diluar jangkaan.



Apa itu meroyan

Kebanyakan ibu baru bersalin akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan emosi. Perasaan bercampur baur seperti rasa gembira, ada rasa takut, ada rasa trauma, ada rasa penat dan macam-macam lagi. Biasanya mereka akan mengalami perubahan mood, keliru, sering muram, tak lena tidur, hilang selera makan dan kadangkala menangis tanpa sebab. Ini biasanya akan berlaku sehari dua selepas bersalin dan hilang dalam masa yang singkat. Ini lebih dikenali sebagai baby blues.

Namun sesetengah mereka ada yang mengalami tekanan perasaan yang lebih teruk dan berpanjangan. Ini lah yang dipanggil meroyan atau postpartum depression. Ia sama macam baby blues tapi lebih parah hingga menganggu kemampuan ibu untuk menjaga bayi sendiri.

Simptom-simptom meroyan

Biasanya bermula seawal beberapa minggu selepas bersalin. Namun boleh juga bermula lebih lewat iaitu hingga ke 6 bulan selepas melahirkan.
  • Tekanan perasaan dan perubahan mood yang keterlaluan
  • Sering menangis dengan teruk
  • Sukar/tak boleh bersama bayi yang baru dilahirkan
  • Mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan
  • Hilang selera makan. Atau terlalu berselera makan lebih dari kebiasaan.
  • Tak boleh tidur. Atau terlalu banyak tidur lebih dari kebiasaan.
  • Rasa teramat letih, fatigue
  • Makin kurang berminat atau menikmati perkara-perkara yang sebelum ni amat digemari
  • Mudah berasa kecewa, mudah marah dan mengamuk
  • Perasaan takut tak mampu jadi ibu yang baik terlalu berleluasa
  • Memikirkan perasaan diri tak berguna, malu, rasa bersalah, tak mampu jadi ibu yang baik
  • Kebolehan untuk berfikir dengan jelas, fokus dan membuat keputusan mula semakin lemah.
  • Kekeliruan yang teruk dan serangan panik.
  • Cenderung untuk mencederakan bayi dan diri sendiri.
  • Sering memikirkan tentang kematian dan bunuh diri

Gejala meroyan jika tak dirawat dengan sempurna boleh berlarutan hingga kebeberapa bulan, malah lebih lama.


Ada juga keadaan yang dikenali sebagai depression psychosis yang terjadi dalam masa seminggu selepas melahirkan anak. Situasi ini jarang berlaku namun ia jauh lebih parah dari meroyan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:
  • Keliru dan keadaan mental tak stabil
  • Terlalu obses memikirkan tentang bayi yang dilahirkan
  • Berhalunisasi dan percaya sesuatu yang tidak benar. Contoh: ada orang nak ambil baby dia
  • Gangguan tidur
  • Paranoia
  • Cuba mencederakan diri sendiri dan bayi

Depression psychosis boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berlarutan dan memerlukan rawatan dengan segera.


Meroyan boleh terjadi pada mana-mana kelahiran, tak semestinya pada ibu yang melahirkan anak pertama saja. 11 fakta risiko meroyan dikalangan ibu-ibu baru bersalin:
  1. Ada sejarah masalah tekanan mental. Samada semasa hamil atau sebelum.
  2. Ada masalah bipolar diorder.
  3. Pernah mengalami masalah meroyan ketika kelahiran sebelum ini.
  4. Ada ahli keluarga terdekat yang mengalami meroyan atau masalah mental/mood tak stabil.
  5. Pernah mengalami stress yang melampau sebelum ini seperti kompilasi ketika hamil, penyakit, kehilangan kerja
  6. Anak yang dilahirkan mengalami masalah kesihatan atau cacat.
  7. Mengalami kesukaran menyusukan bayi.
  8. Mengalami masalah rumahtangga atau dengan pasangan hidup.
  9. Tidak mempunyai sokongan yang sewajarnya.
  10. Sedang mengalami masalah kewangan
  11. Kelahiran yang tidak dirancang atau tidak diingini.

Tidak diketahui punca khusus mengapa atau bagaimana meroyan terjadi. Namun, emosi dan perubahan fizikal sedikit sebanyak turut memainkan peranan
  • Emosi. Bila seseorang mengalami masalah tak cukup atau terlebih tidur, ia akan mengganggu keupayaan mereka untuk menangani walaupun masalah kecil. Mereka akan keliru tentang keupayaan sendiri untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan. Mereka ini juga merasakan diri tidak lagi menarik, bergelut dengan perasaan sendiri dan rasa hilang kawalan dalam kehidupan.
  • Perubahan fizikal. Selepas melahirkan bayi, akan berlaku perubahan hormon (progesteron dan estrogen) yang mendadak, hormon-hormon lain yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid mungkin turut menurun dengan mendadak sekaligus menyebabkan rasa letih dan lesu, tidak bertenaga seterusnya mengundang rasa tertekan.

Nasihat jana, jika ada ibu-ibu bersalin yang rasa tertekan atau mengalami simptom-simptom tadi, segera lah dapatkan bantuan. Berbincang lah dengan suami, ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja yang terdekat atau berjumpa doktor. Jangan malu untuk berterus terang. Suami dan keluarga juga perlu faham keadaan ibu yang baru bersalin adalah sangat fragile emosi dan fizikalnya.

Baca: Tip luka bersalin cepat sembuh

Pastikan ibu-ibu berehat dan tidur secukupnya. Ada pentingnya mengapa ibu-ibu perlu berpantang dalam segala benda, tak boleh itu tak boleh ini. Tak perlu lah menyibukkan diri dengan facebook atau media social lain yang mungkin boleh menyebabkan ibu-ibu rasa tersinggung atau tertekan. 

Akhir sekali yang paling penting, jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita miliki seadanya. Bangga lah kerana memiliki, tak perlu tunggu orang puji.

Salam sayang, Jana



Friday, 18 September 2015

Set bersalin Shaklee bantu banyakkan susu ibu hingga boleh buat stok ebm

September 18, 2015 1 Comments
Pening nak pilih set bersalin mana yang paling bagus? Apa susah-susah, set bersalin shaklee kan ada. Apa yang bestnya tentang set bersalin shaklee ni ialah, ia merupakan set bersalin yang boleh banyakkan susu ibu buat baby cepat kenyang. Bukan tu je, set bersalin ni juga boleh banyakkan susu ibu hingga boleh disimpan sebagai stok ebm.

Bila baby kenyang, baby mudah tidur, tak menangis dan tak perlu menyusu lama-lama. Menyusu kerap tapi sekejap-kejap. Ibu pun boleh berehat betul-betulkan badan lama sikit.

Bila dah kembali kerja, ibu pun tak perlu susah hati, pening fikir nak topup susu formula ke tidak. Sememangnya tak perlu.

set bersalin banyakkan susu ibu


Tip-tip menyusu bayi dari ketika berpantang hingga berusia 2 tahun dan buat stok ebm:

  1. Mula dengan persediaan awal iaitu sejak dari hamil dari segi pemakanan dan niat serta azam. Beritahu suami tentang niat untuk menyusukan bayi hingga berusia 2 tahun dan minta sokongan darinya..
  2. Tambah ilmu pengetahuan tentang dunia penyusuan ibu seperti banyakkan membaca, menyertai perbincangan ibu-ibu menyusu, buat kajian sedikit sebanyak dan sebagainya.
  3. Bersedia dengan dengan gajet yang membantu penyusuan ibu seperti breastpump, botol penyimpan susu dan deep freezer.
  4. Beritahu doktor/bidan dalam dewan bersalin supaya terus bawa bayi disusui sejurus dilahirkan.
  5. Pam susu jika bayi tidur/berjauhan untuk pastikan penghasilan susu ibu.
  6. Jangan sesekali beri botol/puting kepada bayi kerana itu akan menganggu penyusuan ibu.
  7. Amalkan set bersalin banyakkan susu ibu, selain untuk penyusuan ia akan banyak membantu dalam kesihatan ibu

Pemilihan set bersalin yang paling bagus akan beri banyak faedah terhadap ibu dalam pantang yang dalam pada masa yang sama menyusukan bayi malah baik untuk bayi tu sendiri.

Tengok ni testimoni mommy Khadijah yang alami pengalaman berbeza selepas guna set berpantang shaklee ketika lahirkan anak ke-2. Badan tak menggigil, tiada lagi sembelit teruk


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Kebaikan set bersalin shaklee selain dari bantu banyakkan susu badan ialah:
  • Atasi sembelit
  • Atasi keletihan melampau
  • Atasi badan menggigil
  • Atasi kebas-kebas hujung jari
  • Atasi rambut gugur
  • Bantu luka luaran & dalaman cepat sembuh
  • Bantu lengkapkan keperluan nutrisi ibu

Istimewa set bersalin Shaklee ialah ia diperbuat dari 100% bahan organik dan terbukti secara klinikal dapat menyerap dengan pantas di dalam tubuh. Tiada pewarna dan perasa tiruan dan yang paling utama ialah dijamin halal.

Set bersalin Shaklee juga boleh diamalkan oleh ibu yang melahirkan bayi pramatang. Masa ni, susu ibu adalah kunci utama yang dapat membantu baby mencapai berat optimum sebelum dibenarkan dibawa pulang ke rumah.

Bayangkan ibu sendiri masih dalam keadaan kurang sihat, terpaksa pula menunggu dan menjaga baby di wad. Bukan sehari 2 tapi berminggu-minggu ! Dalam masa yang sama perlu berpantang, perlu menyusu bayi..ye lah, baby mana boleh makan ubat kan? Satu-satunya cara untuk berat baby naik dengan cepat ialah dengan berikan susu ibu yang mencukupi.

Jom saksikan kisah ibu yang lahirkan bayi pramatang menggunakan set bersalin shaklee bagi bantu banyakkan susu ibu. Hasilnya memang menakjubkan.



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Set bersalin banyakkan susu ibu hingga boleh buat stok ebm terbukti telah membantu ramai ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan 100% susu ibu walaupun mereka bekerja.

Set bersalin banyakkan susu ibu shaklee terdiri dari gabungan hebat 6 jenis vitamin yang menyediakan protin berkualiti tinggi, milkbooster, multivitamin, kalsium dan banyak lagi.

set bersalin paling bagus



Jom tengok satu persatu fungsi setiap vitamin dalam set bersalin Shaklee


ESP (Energizing Soy Protien)

Selepas bersalin, tubuh sangat perlukan protin untuk baiki semula sel-sel, otot, kulit, organ rahim dan bantu ibu berpantang tanpa perlu berlapar.

Membekalkan protin berkualiti tinggi dari sumber soya terbaik non-gmo yang penting untuk jana tenaga segera, bahan utama binaan sel-sel tubuh seperti otot, kulit dan rambut, mudah dihadam dan diserap oleh tubuh dan bantu memekatkan susu ibu. ESP berkesan mengurangkan kesan stretchmark.


Alfalfa Complex

Herba alfalfa telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu sebagai milkbooster. Selain banyakkan susu ibu, alfalfa complex berkesan bantu singkir angin dalam badan, singkir lemak berlebihan malah boleh baiki kesihatan dalaman kewanitaan.



Ostematrix

Membekalkan kalsium, magnesium dan vitamin d yang sangat penting untuk ibu dalam pantang. Ia menyerap lebih banyak air kedalam usus besar menjadikan najis lebih lembut dan mudah untuk disingkir. Ini akan mengelakkan masalah sembelit ketika berpantang. Ostematrix juga mengatasi kejang-kejang, kebas-kebas hujung jari dan sakit-sakit badan.



Vitalea

Mencukupkan keperluan nutrisi harian ibu dalam pantang yang menyusu bayi terutamanya. Lengkap dengan mineral dan zat seperti asid folic, zat besi, zink, vit e dan sebagainya. Kajian menunjukkan pengambilan vitalea secara konsisten dapat mengurangkan risiko jatuh sakit. Vitalea juga membekalkan zat besi yang penting untuk membina sel-sel darah merah..


Vita C Plus

Meningkatkan imun, tinggi antioksidan untuk mengawal serangan radikal bebas, baik untuk jantung dan paras kolesterol, mencantikkan parut dan mengurangkan stress. Vitamin c Shaklee tidak akan menyebabkan gastrik sebagai vitamin c lain kerana ia dibuat dari ekstrak jagung yang bersifat low acidic.


Omega Guard

Membekalkan asid lemak omega-3 lengkap dengan DHA, EPA & ALA yang bagus untuk otak dan retina mata ibu dan bayi. Omega Guard bersifat anti-keradangan bantu mencegah bengkak pada bahagian luka, mengatasi depresi, tingkatkan sistem pertahanan badan malah tingkatkan metabolisme tubuh. Dengan Omega Guard dalam set bersalin banyakkan susu, ibu mampu kembalilan tubuh ke bentuk asal dengan lebih cepat.


Jom dapatkan set bersalin shaklee sekarang. Jadi lah pengguna yang bijak dan sihat. Berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi sepanjang masa.

Berminat nak dapat set bersalin shaklee, set bersalin banyakkan susu ibu hingga boleh buat stok ebm jemput hubungi jana ditalian berikut. Jana adalah pengedar shaklee yang sah dan terlatih



Friday, 8 May 2015

Set bersalin terbaik yang bantu luka cepat sembuh, badan cepat kurus dan banyakkan susu badan

May 08, 2015 1 Comments
Ciri-ciri set bersalin terbaik ialah yang dapat membantu luka cepat sembuh, badan mampu kembali ke bentuk asal, cegah stress, atasi sembelit dan dalam masa yang sama tidak ganggu penyusuan malah bantu banyakkan susu badan.

Masalah yang biasa dihadapi oleh ibu baru lepas bersalin antaranya ialah luka lambat sembuh, stress sebab tak cukup tidur bayi berjaga malam dan kuat menangis dan yang paling menggerunkan ialah sembelit. Belum lagi masuk bab bayi demam kuning, tak selera makan, kebas-kebas hujung jari, sakit-sakit belakang dan banyak lagi kalau nak saya senaraikan kat sini memang berjela-jela lah entri kali ni jadinya.

Semua orang pun tau tempoh berpantang adalah tempoh yang paling memenatkan dari segi emosi, mental dan fizikal. Bersediakah anda? Dengan adanya set bersalin yang baik boleh bantu luka cepat sembuh, badan cepat kurus malah bantu banyakkan susu badan.




Sebab itu lah set bersalin yang bagus amat penting bagi membantu anda elak & cegah masalah-masalah diatas jadi berlarutan. Set bersalin sepatutnya boleh membantu anda cepat sembuh, tenang, bertenaga dan dalam pada masa yang sama tidak mengganggu proses penyusuan. Tapi ada pelbagai pilihan dipasaran, mana satukah set bersalin yang paling bagus? Jom saya bantu anda buat pilihan set bersalin terbaik yang bantu luka cepat sembuh, badan cepat kurus dan dalam masa yang sama bantu banyakkan susu badan.

Untuk makluman, bukan semua ibu berpantang dan menyusu boleh ambil jamu dan tidak memberi kesan sampingan terhadap bayi. Setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza sebab tu ada yang ok ada yang tak sesuai akibatnya seperti luka bernanah, bayi tak boleh menyusu dan sembelit.

Set bersalin Shaklee menggunakan konsep pemakanan seimbang untuk ibu dalam pantang. Maklum la makan pun berpantang camana nak dapat zat dan mineral secukupnya sedangkan selepas bersalin tubuh ibu dalam fasa perubahan hormon, penyembuhan dan penyesuaian tubuh untuk menyusu bayi. Jika tubuh tak mampu sediakan keperluan yang secukupnya, segala proses tersebut boleh tergendala menyebabkan masalah berat badan, masalah penyusuan malah masalah bahagian keintiman juga.

Jom semak bagaimana set bersalin Shaklee bantu ibu dalam pantang luka cepat sembuh, badan cepat kurus malah lebih mantap dari sebelum hamil dan banyakkan susu ibu.


set berpantang shaklee


Esp membekalkan sumber protin berkualiti tinggi yang bantu bina & baiki semula sel-sel yang rosak. Antara bahagian yang paling teruk alami perubahan sewaktu hamil dan bersalin adalah kulit, hormon dan otot contohnya kulit yang menggeleber dan organ peranakan. Sekiranya sel-sel tidak dibaiki dan dibina semula secara progresif, maka bahagian-bahagian tersebut susah nak sembuh dan kembali seperti sedia kala. Protin juga adalah komponen penting dalam penyusuan ibu.

Vitalea membekalkan vitamin, zat dan mineral yang seimbang yang takkan mampu disediakan melalui makanan. Ia menyediakan 30 nutrisi yang diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitalea Shaklee turut diperkayakan dengan zat besi yang menggalakkan pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Memberi tenaga dan elak lesu.

Ostematrix memastikan keperluan ibu berpantang terhadap kalsium mencukupi. Ibu yang sedang menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 1,000mg kalsium setiap hari. Kalsium sangat penting untuk gigi dan tulang yang kuat serta sistem saraf, otot dan kawal tekanan darah. Sebab tu dengan Ostematrix ibu berpantang dapat elak dari masalah kekejangan, kebas-kebas hujung jari dan masalah sembelit.

Zinc Complex membantu regenerasi sel-sel tubuh. Ia membantu luka cepat kering dan sembuh malah memudarkan parut. Ini sangat penting terutamanya dikalangan ibu bersalin secara pembedahan. Zinc Complex juga berkesan mengurangkan masalah rambut gugur, mencantikkan kuku kerana zink berperanan penting dalam pembentukan protin.

B-Complex sangat penting dalam membantu ibu-ibu berpantang cegah stress sekaligus menghindarkan masalah meroyan kerana ia berfungsi memelihara kesihatan fungsi saraf. Berkesan atasi masalah sakit kepala dan tingkat metabolisme.

Vitamin C penting untuk tingkat sistem pertahanan tubuh, merangsang pembinaan kolagen secara semulajadi dan mencegah masalah pendarahan dalaman seperti gusi berdarah dan lebam-lebam. Vitamin C diperkayakan dengan bioflanovoid yang bantu tingkatkan penyerapan vitamin c selain melegakan kesakitan dan mencegah jangkitan.

Omega Guard asid lemak omega-3 yang mengandungi DHA & EPA yang penting untuk otak dan memori ibu serta perkembangan otak, saraf refleks dan penglihatan bayi. Selain untuk otak, ia amat berkesan dalam membantu ibu menurunkan berat badan dengan cepat dan kembali ramping.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


Set bersalin terbaik yang berkesan luka cepat sembuh, badan cepat kurus dan susu badan banyak akan membantu ibu lebih bersedia untuk meneruskan rutin seperti sedia kala sebaik sahaja habis tempoh berpantang. Ada juga yang belum sempat habis berpantang lagi dah kena jalankan tugas hakiki iaitu tugas sebagai ibu dan isteri seperti memasak untuk suami dan anak-anak, hantar dan ambil anak sekolah. Malah ada yang perlu duduki peperiksaan dan urusan rasmi yang tak dapat dielakkan. Sebab tu pilihan set bersalin yang terbaik amat penting.

Kelebihan set berpantang Shaklee ialah:
  • Diperbuat dari bahan organik dan semulajadi
  • Terbukti menyerap didalam tubuh manusia dengan pantas
  • Tiada unsur dadah, tiada steroid, tiada pewarna, pengawet dan perisa tambahan
  • Telah melalui ujian-ujian klinikal bagi memastikan ia berkesan dan selamat diambil untuk jangka masa panjang
  • Selamat diambil oleh ibu walaupun sedang menyusu bayi demam kuning

Namun jangan pula keperluan seperti berbengkung dan mengurut diketepikan. Berbengkung sangat penting untuk elak masalah perut buncit iaitu diastesis recti yang boleh menyebabkan anda kelihatan seperti ibu mengandung 5 bulan sepanjang tahun.

Bagaimana nak dapatkan set bersalin shaklee yang berkesan untuk luka cepat sembuh badan cepat kurus dan banyakkan susu badan? Anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta cara makan yang eksklusif



Thursday, 18 September 2014

SET BERSALIN SHAKLEE PASTIKAN KEPERLUAN NUTRISI IBU MENCUKUPI AGAR LUKA CEPAT SEMBUH DAN BERTENAGA

September 18, 2014 1 Comments
Set bersalin Shaklee ni berbeza dari set-set bersalin lain yang ada di pasaran. Biasanya set bersalin lain akan dilengkapi dengan minyak urut lah, minyak panas lah, bengkung dan sebagainya tapi set bersalin Shaklee ni cuma ada vitamin-vitamin untuk dimakan sahaja. Maklum la kan, Set bersalin Shaklee ni lebih menekankan konsep memenuhi keperluan nutrisi ibu dalam pantang. So minyak-minyak ke bengkung ke memang takde...

Sepertimana yang semua orang tahu, semasa dalam pantang hampir semua makanan tak boleh diambil oleh ibu berpantang. Ini sebenarnya bukan dari segi perubatan tapi dari segi kepercayaan dan adat tradisional mengikut kaum..Kalau ikutkan kat hospital tu menu tomyam ayam pun ada dihidangkan tau...Bila balik rumah berpantang dengan mak dan nenek mula ni tak boleh makan, tu tak boleh makan..Dari pengalaman saya sendiri, dalam pantang ni lebih menyeksakan dari berpuasa sebab apa pun tak boleh makan..Cuma boleh makan ikan bakar dan sup sayur..Tiap-tiap hari makan menu sama boring jugak kan? Lagi, mana nak dapat nutrisi yang penting untuk keperluan tubuh?

Sebab tu dengan adanya set bersalin Shaklee ini ia boleh pastikan keperluan nutrisi ibu dipenuhi..Biasala, sewaktu berpantang badan rasa lemah, muka pucat, stress lagi sebab baby tak nak tidur malam dan macam-macam lagi lah..nak menyusukan baby lagi..sebab tu keperluan nutrisi yang lengkap adalah sangat penting bagi ibu dalam pantang.


Kelebihan set bersalin Shaklee
  • Boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada bersalin normal atau pun secara pembedahan.
  • Membantu ibu lebih cergas, sihat, luka cepat sembuh, cegah stress, elak sembelit
  • Mesra bayi 
  • Berkesan mengatasi masalah sembelit - ramai dah yang cuba dan sangat berpuas hati
  • Harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM268.75 dan tahan untuk 2-4 bulan
  • Set bersalin Shaklee ini turut boleh dikongsi oleh suami (maklumlah suami pun kena bantu isteri)
  • Boleh bantu kualiti penyusuan ibu

set berpantang



Zinc Complex

Nak tahu kenapa ikan haruan sangat popular dalam membantu luka cepat sembuh?
Kerana ikan haruan sangat kaya dengan zink. Namun bukan semua orang boleh makan ikan haruan kan? Tambah pula zaman sekarang agak sukar nak dapatkan bekalan ikan haruan. Mujur ada Zinc Complex. Ia berfungsi membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Tambah pula Zinc Complex dapat membantu mengatasi sembelit dan rambut gugur berlebihan

Vita-Lea

Multivitamin Shaklee yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral termasuk zat besi. Ibu berpantang biasanya mengalami kehilangan darah semasa proses bersalin, oleh itu mereka amat memerlukan zat besi bagi membina semula sel-sel darah merah yang telah hilang. Oleh itu, badan akan cepat rasa cergas dan sihat.

SR Vita-C Plus

Vitamin C meransang pembinaan kolagen secara semulajadi dalam tubuh. Oleh itu ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sekaligus bantu pudarkan parut luka. Vitamin C juga bersifat tinggi antioksidan yang boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Ia bantu mencegah batuk, selsema dan demam.

B-Complex

Lengkap dengan kumpulan vitamin B yang membantu mencegah stress dan tekanan perasaan yang sangat berbahaya kepada ibu ketika dalam pantang. Ia juga bantu mencegah alergi dan memberikan tenaga kepada ibu berpantang walaupun terpaksa berjaga malam.


Ostematrix

Membantu ibu dalam pantang mendapatkan kalsium yang mencukupi iaitu 1,000-1,300mg setiap hari. Kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi yang kuat, otot dan sistem saraf. Bantu ibu elak sembelit dan atasi kebas-kebas hujung jari. Keperluan kalsium adalah teramat tinggi ketika mengandung dan menyusu hinggakan jika tak cukup kalsium akan diserap dari tulang si ibu. Ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan dikemudian hari.

Oleh itu, bagi ibu-ibu terutamanya yang terpaksa berpantang sendiri sambil kena jaga anak-anak yang dah besar Set Bersalin Shaklee adalah yang paling bagus untuk anda. Banyak manfaat yang anda akan perolehi bukan sekadar pada kesihatan malah kecantikan juga tau...

Harga untuk set bersalin Shaklee adalah RM329.75

Baca: Cara bantu luka pembedahan agar cepat sembuh
Baca: Set vitamin lengkap untuk ibu hamil, berpantang dan Menyusu

Berminat nak mendapatkan set bersalin Shaklee, anda boleh order terus dengan klik pada butang berikut



Atau anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta cara makan secara eksklusif. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah

set bersalin


COD area: Greenwood, Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via Poslaju dan GDEX



Thursday, 7 August 2014

Tip pantang ibu keguguran bayi

August 07, 2014 0 Comments
Selepas mengalami keguguran, ibu juga perlu mengambil langkah penjagaan yang sama macam ibu selepas bersalin. Ini adalah penting bagi memastikan tubuh ibu kembali kuat dan pulih seperti sedia kala. Bagi ibu yang mengalami keguguran, tempoh berpantang adalah sebaiknya 2 minggu ke 20 hari. Masa tersebut adalah sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menguatkan kembali rahim ibu, melengkapkan keperluan nutrisi dan mengelakkan dari sebarang tekanan.

Kepentingan berpantang bagi ibu keguguran bayi

Bagi ibu yang berkerjaya, biasanya doktor akan bagi MC untuk hanya 2 minggu. Selama 2 minggu dalam pantang tu, jangan pula pergi melancong atau melakukan kerja-kerja berat. Sebaiknya berehatlah dan berpantang sahaja dirumah. Ibu yang mengalami keguguran juga perlu melalui sesi berpantang supaya;

  • Badan kembali sihat, kuat dan cergas seperti sediakala
  • Menyembuh dan menguatkan semula rahim
  • Elak masalah kedinginan terhadap hubungan suami isteri dikemudian hari
  • Elak dari kekecewaan dan tekanan perasaan
  • Menurut petua orang-orang lama, ibu yang tidak berpantang walaupun keguguran akan mengalami masalah angin, lemah dan sakit-sakit badan.


Tip pantang ibu keguguran bayi

  • Elakkan dari mengangkat benda-benda berat
  • Elakkan dari minum ais dan bergas
  • Bertungku amat digalakkan bagi melancarkan aliran darah dan dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.
  • Pakai stokin kerana ia membantu menghangatkan kaki
  • Amalkan pengambilan suplemen bagi memastikan keperluan nutrisi yang mencukupi bagi membantu proses penyembuhan luka dalaman, mengembalikan tenaga dan menguatkan semula rahim

Vitamin terbaik untuk ibu yang mengalami keguguran

vitamin untuk keguguran kandungan


ESP

Membekalkan sumber protin yang mudah dihadam yang penting untuk otot, kulit, rambut darah dan lain-lain. Ia membantu menguatkan otot rahim supaya ia lebih bersedia untuk kehamilan seterusnya. Ia juga menbantu membekalkan tenaga segera dan 

Tahukah anda, protin sangat sensitif pada haba dan ia hanya boleh bertahan hingga 36°C sahaja? Pada suhu yang lebih tinggi, asid amino yang terkandung akan rosak dan terhapus. Dengan yang sedemikian, bagaimana anda akan mendapat bekalan protin dari sumber seperti telur, daging, ayam malah air soya yang telah dimasak pada suhu yang lebih tinggi??


Vita-lea

Multivitamin yang dilengkapi dengan formula zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah hb rendah, kulit yang pucat dan tubuh mudah penat. Lebih teruk kekurangan zat besi boleh menyebabkan pitam. Vita-Lea juga membantu melengkapkan keperluan nutrisi kerana ia turut mengandungi 12 vitamin dan 7 zat mineral yang disarankan oleh RDA.


Vitamin C Plus

Sangat berkesan dalam membina dan mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Ia akan menghalang serangan virus atau jangkitan yang boleh menganggu kesihatan ibu yang sedang berpantang. Ia juga meransang tubuh menghasilkan kolagen secara semulajadi dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka. 


B-Complex

Membantu melawan tekanan perasaan, kemurungan dan insomnia. Ia juga lengkap dengan asid folik semulajadi yang membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.


Zinc Complex

Zink membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Salah satu sumber zink yang tinggi ialah ikan haruan. Sebab tu ikan haruan sangat popular dikalangan ibu-ibu dalam pantang. Tapi bagi anda yang tidak gemar makan ikan haruan, Zinc Complex boleh membantu membekalkan keperluan zink anda. Ia juga membantu mencegah dari masalah keguguran rambut kronik.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan vitamin untuk ibu yang mengalami keguguran, atau sebarang pertanyaan jemput hubungi saya melalui



Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via Poslaju & GDex


Follow Instragram Jana_Hazana