Showing posts with label Loya & Muntah. Show all posts
Showing posts with label Loya & Muntah. Show all posts

Wednesday, 16 November 2016

10 tanda-tanda awal kehamilan

November 16, 2016 0 Comments
Kenalpasti tanda-tanda awal kehamilan supaya kita boleh bertindak dengan segera apa yang perlu dibuat pada awal kehamilan. Kita juga boleh ambil langkah-langkah untuk berjaga-jaga. Maklum lah, kadang-kadang tu sebab tak tau pun sedang hamil, taram juga buat aktiviti yang kurang sesuai. Akibatnya mungkin boleh berlaku keguguran. Nauzubillah...

Setiap pengalaman tanda-tanda awal kehamilan berbeza pada setiap individu ye. Tak semestinya exactly serupa. Ada yang langsung takde tanda-tanda awal kehamilan. Ini Jana kongsi yang kebiasaannya dialami sahaja. Mungkin ada sedikit perbezaan.

tanda awal mengandung


10 tanda-tanda awal kehamilan

1. Mabuk & muntah-muntah. Kebanyakan wanita akan mula alami morning sickness bermula 6 minggu kehamilan. Mungkin lebih awal. Ia boleh terjadi pada waktu pagi, tengahari atau petang. Morning sickness akan makin reda bila masuk trimester kedua.

Tips: Jangan biarkan perut kosong atau terlalu penuh. Sediakan snek bernutrisi sebagai kudapan. Amik Peppermint Ginger untuk legakan loya.



2. Mudah letih & lesu. Itu menandakan perubahan paras hormon yang mendadak. Kebanyakannya akan berlarutan sepanjang trimester pertama tetapi makin ok bila masuk trimester seterusnya.

Tips: Banyakkan rehat. Pastikan tidur yang mencukupi, kurangkan minuman bergula, banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang bernutrisi.



3. Sakit payudara. Payudara rasa bengkak dan tak selesa. Aerola juga lebih gelap.

Tip: Pakai bra yang boleh menyokong payudara dengan baik dan selesa (termasuk pada waktu tidur jika perlu)



4. Mudah mengah/nafas pendek. Ini berlaku sebab janin yang sedang membesar perlukan banyak oksigen lalu membuatkan ibu termengah-mengah. Perkara ni mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan terutamanya bila kandungan makin besar dan menghimpit paru-paru dan diafragma.

Tip: Pakai pakaian yang longgar. Jika perlu berjalan kaki dalam jarak jauh, ambil masa dan berhenti berehat sebentar.



5. Kerap kencing. Apabila mengandung tubuh secara sendirinya akan menghasilkan cecair tambahan, ini menyebabkan pundi kencing perlu bekerja dengan lebih kuat.

Tip: Teruskan pengambilan air kosong yang mencukupi.



6. Mengidam. Jika tetiba tekak nak makan yang masam-masam je, atau tetiba makanan kegemaran bertukar jadi tidak lagi digemari itu mungkin tanda-tanda awal kehamilan.

Tip: Berpada-pada terhadap pengambilan makanan tinggi garam/gula/asid sitrik. Kita tak nak nanti dapat efek lain pula.



7. Peubahan mood yang mendadak. Bila perkara kecil pun mula jadi isu, terlalu sensitif, mudah marah atau mudah ketawa itu juga antara tanda-tanda awal kehamilan. Ini kerana tubuh sedang bertindakbalas dengan hormon baru.

Tip: Beritahu suami & orang terdekat akan situasi sebenar. Mereka mungkin memahani.



8. Pening & pitam. Rendah gula dalam darah atau perubahan tekanan darah menyebabkan kita rasa pening dan pitam.

Tip: Jaga pemakanan, pastikan cukup makan makanan bernutrisi dan pastikan minum air yang mencukupi.



9. Tompok darah kecil. Biasanya warna coklat atau coklat cair dan lebih awal dari tarikh period yang sepatutnya. Ini kerana telur yang telah bersenyawa sedang dalam proses untuk menempel pada dinding uterus lalu menyebabkan sedikit pendarahan.



10. Haid tak datang. Bagi yang haid dia memang regular setiap bulan, ini adalah petanda awal kehamilan yang paling nyata. Ini kerana telur telah pun disenyawakan dan ia sedang dalam proses untuk berkembang jadi janin.




Jika puan ada salah satu atau beberapa tanda di atas, jangan panik. Bertenang dan jom semak apa yang perlu dilakukan jika ada tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas?

1. Dapatkan kit pemeriksaan kehamilan (UPT kit) untuk kepastian. 2 garisan untuk keputusan positif. Boleh didapati di mana-mana farmasi.

tanda awal mengandung


2. Cuba berehat buat sementara dari aktiviti-aktiviti lasak yang cenderung membuatkan kita terjatuh.

3. Untuk keselesaan, tukar dari kasut bertumit tinggi ke kasut bertapak rata.

4. Berhenti terus dari menghisap rokok dan mengambil alkohol.

5. Buka buku merah di klinik-klinik ibu berhampiran untuk dapatkan pemeriksaan berkala. Pada pengalaman Jana, bagi klinik kerajaan biasanya usia kandungan 2 bulan lebih baru boleh buka buku merah. Bagi klinik swasta, tak kisah.

6. Mula ambil vitamin untuk pastikan ibu dapat nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan dan perkembangan janin.


Sesetengah ibu mengalami tanda-tanda awal kehamilan yang sangat teruk. Keletihan yang melampau, morning sickness yang teruk dan berterusan. Ada juga yang bergelut dengan masalah migrain, gastrik dan sembelit.

Set vitamin ibu hamil Shaklee amat disarankan. Vitamin dibuat dari 100% bahan semulajadi yang tinggi daya serap dan dijamin selamat.

vitamin ibu mengandung

Klik pada butang order berikut untuk terus order set vitamin ibu hamil melalui Shaklee Esell (kad kredit/debit diterima). Harga Set Hamil Shaklee RM582 sahaja.
.
 Order disini


Kekurangan zat nutrisi semasa hamil boleh mengganggu perkembangan fizikal dan otak sihat janin.

ESP membekalkan protin berkualiti tinggi untuk pembinaan sel-sel organ yang sihat dan sempurna. Jantung, otak, hati dan kulit adalah binaan sel.

Omega Guard membekalkan omega 3 tulen yang lengkap termasuk DHA, EPA & ALA yang penting untuk otak dan retina.

Bcomplex membekalkan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic semulajadi yang sangat penting untuk pembinaan saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami kecacatan.

Vita C Plus SR membekalkan 553mg vitamin c & bioflanovoid yang penting untuk kuatkan imun ibu, cantikkan kulit dan menguatkan dinding salur kapilari darah. 1 biji vita c plus bersamaan dengan 7 biji oren.

Ostematrix membekalkan kalsium yang dilengkapi dengan magnesium untuk tingkat penyerapan kalsium dalam tubuh. Penting untuk perkembangan tulang dan otot bayi. Dalam masa yang sama bantu ibu atasi kekejangan otot, sakit-sakit badan dan atasi sembelit. 1 biji Ostematrix bersamaan 250mg kalsium, sama seperti segelas susu.

Vitalea ialah multivitamin membekalkan 24 galian zat mineral dari sumber semulajadi yang diperlukan tubuh termasuk zat besi. Zat besi penting untuk pembinaan sel-sel darah merah.


Antara pengguna Set vitamin ibu hamil Shaklee

tanda awal mengandung



Jika puan ada tanda-tanda awal kehamilan sebagaimana diatas, Jana nak ucapkan tahniah. Selamat menempuh alam kehamilan yang sangat indah ini.

Jangan lupa untuk ambil langkah seterusnya dan amalkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil.

Untuk lebih info mengenai produk atau berminat nak buat pendapatan sampingan dengan Shaklee, jemput hubungi Jana ditalian berikut

set vitamin untuk ibu hamil shaklee

Tuesday, 2 September 2014

6 CARA BERKESAN UNTUK KURANGKAN LOYA DAN MUNTAH KETIKA MENGANDUNG

September 02, 2014 2 Comments
Tahniah anda hamil! Mommy pandang daddy, daddy pandang mommy..mommy tersenyum daddy sengih sampai ke telinga..Dalam hati melompat-lompat kegembiraan. Takkan nak lompat depan doktor...Apa taknya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba..Tapi tak lama kegembiraan tu sebab sejurus kemudian terutamanya bakal mommy dah masuk fasa loya-loya-mabuk-tak-tahan-bau-rasa-nak-muntah...Sabar ye mommy..ni dia beberapa tip berkesan untuk kurangkan loya ketika mengandung


loya dan muntah ketika hamil


Mengapa loya dan muntah semasa mengandung?

Ada banyak teori yang menerangkan mengapa terjadinya loya dan muntah pada peringkat awal kehamilan.
Antaranya ialah mengatakan loya dan muntah terjadi kerana tubuh bertindak balas terhadap hormon kehamilan iaitu hormon chorionic gonadotropin (hCG) yang terhasil pada paras yang paling tinggi pada trimester 1 berbanding trimester 2 dan 3...

Dari sudut positif, simptom loya dan muntah mengingatkan bahawa anda sedang hamil..Makan tak lalu, nak bergerak pun tak larat..itu mungkin sebenarnya cara semulajadi tubuh untuk melindungi kandungan yang masih belum kuat...

Sumber: http://www.webmd.com/baby/features/battle-morning-sickness

Jom semak 6 cara berkesan untuk mengurangkan loya dan muntah ketika mengandung
  • Elak dari perut kosong kerana perut kosong boleh tingkatkan rasa loya dan mual. Makanlah dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan makanan mudah hadam. Elakkan makan makanan berat, berlemak, berempah dan bergoreng.
  • Elakkan stress dan dapatkan rehat yang secukupnya
  • Amalkan vitamin B complex kerana ia mengandungi vitamin B6 yang boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.
  • Amalkan Shaklee Peppermint Ginger Plus. Selain dapat mengurangkan loya ia juga membantu mengatasi masalah pedih ulu hati..
  • Buat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti jika terdapat masalah kesihatan seperti anemia dan tekanan darah rendah. Low Hb juga menyebabkan ibu sentiasa rasa loya dan muntah-muntah semasa mengandung

Ada orang tu suka sangat makan benda-benda masam seperti mangga muda, jeruk, asam boi bagi menghilangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung..Tapi harus berwaspada kerana dalam makanan seperti jeruk dan asam boi ada banyak bahan perasa dan pewarna. Makan banyak-banyak tak bagus untuk kesihatan ye terutamanya untuk perkembangan baby..Silap haribulan boleh menyebabkan cirit birit. Takpun paras gula dalam darah naik.

Jadi sebagai pilihan untuk rasa masam tapi selamat boleh lah kemam Vitamin C Chewable Shaklee...Selamat lagi berkhasiat. Gitu...

Lagi, biasanya bila dah loya sepanjang masa..muntah-muntah..makan pun tak lalu badan pun jadi lembik. Betul tak..Performance Orange Shaklee bila dicampur lemon adalah sangat sedap dan sangat bagus untuk kembalikan tenaga..Rasanya yang masam-masam oren dan ada wangian lemon dapat membantu mengurangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung..



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

So bagi mommies yang sedang mengalami loya dan muntah tu, jangan risau...JUST ENJOY THE MOMENT..Daddies pulak jangan tengok saja, tolong la mana yang patut..picit-picit bahu ke, gosok-gosok betis ke..dukung ke bila nak naik tangga. Dah kata cinta, sayang mestilah susah dan sakit sama dirasai..Gitu...

Vitamin yang saya sangat syorkan untuk ibu-ibu hamil kurangkan loya dan muntah-muntah ketika mengandung ialah Vitalea. Vitalea sangat berkesan untuk membantu kerana salah satu kandungannya ialah komponen vitamin B6 yang berkesan membantu kurangkan loya dan muntah. Vitalea juga ada asid folik dan zat besi yang berfungsi membina sel-sel darah merah yang sihat. Ibu-ibu yang ada masalah hb low sangat disyorkan amik Vitalea ni...Vitalea juga membantu memberikan tenaga dan menyediakan vitamin dan zat mineral yang seimbang. Bebas pewarna, perasa dan pengawet tiruan tau!! Semuanya organik dan semulajadi je




Harga sebotol Vitalea hanya RM88.75 sahaja

Vitalea juga termasuk dalam set vitamin untuk ibu hamil dan sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang ada kencing manis ketika hamil, low hb, anemia dan yang mementingkan nutrisi yang seimbang. Daddy pun boleh ambil atasi tubuh lesu.

Bagaimana nak dapatkan Vitalea Shaklee bagi hilangkan loya dan muntah semasa mengandung? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan hanya klik pada butang order berikut




Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan yang betul



Friday, 7 March 2014

VITALEA BANTU ATASI MASALAH LOYA DAN MUNTAH

March 07, 2014 0 Comments
Sapa pernah alami masalah sering loya & muntah-muntah? Bukan faktor cirit birit tau tapi contohnya macam sewaktu awal kehamilan, waktu tengahari cuaca panas terik atau tak kira masa, sikit-sikit loya, sikit-sikit nak muntah.. Kalau ada yang alami perkara tersebut maka penyelesaiannya ialah VITALEA! Ia boleh bantu atasi masalah loya dan muntah.

cara hilangkan loya dan muntah


Macam saya, pada waktu cuaca panas terik memang mudah loya dan mesti rasa nak muntah.  Mata pun berpinar je, tak boleh fokus..Tambah-tambah waktu tengah travel..HADOI..buat malu je kan...Jadi kalau nk picnic kat tepi pantai ke atau shopping di Jalan TAR waktu tengahari ke, memang NO NO NO.

Tapi itu dulu la, sebelum saya kenal vitamin Shaklee. Masa hamil anak ke -3, saya amalkan set hamil Shaklee. Masa tu memang nikmat habis sebab takde langsung masalah loya & muntah2. Makan apa pun takde masalah, bau ke, panas ke, memang tak bagi kesan pada saya. Pendek kata, 9 bulan kehamilan yang sangat indah.

Tapi bila dah habih pantang, saya mula mengelat. Skip vitamin tu, skip vitamin ni...maklumlah badan dah rasa sihat, dah slim, kulit pun dah cantik. Tapi selang beberapa bulan kemudian, tu dia...loya pastu muntah sewaktu majlis konvokesyen encik suami..kuang kuang kuang....sib baik tak pitam je..HADOI

Bukan saya je tau..ramai pengguna Shaklee Vitalea lain yang serupa macam saya. Makan Vitalea je, setle terus masalah loya2 tu.. Selain mengatasi loya dan muntah banyak lagi kebaikan Vitalea ni antaranya untuk atasi masalah darah rendah, hb rendah, kurang bertenaga dan penjagaan kesihatan

Anda juga, jika sedang mengalami masalah serupa, jom cuba Vitalea Shaklee ni..
Harga pasaran dia RM88.75 sahaja untuk 120biji..murah tu!!! Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi, jemput hubungi saya

  
atau pm di facebook Jana Hazana

Friday, 15 March 2013

Peppermint Ginger Plus untuk keselesaan perut

March 15, 2013 0 Comments
Peppermint Ginger Plus sangat membantu mereka yang mempunyai masalah ketidakselesaan perut seperti pedih hulu hati, gastrik, loya, mabuk laut, masalah penghadaman & cirit birit. Ia juga boleh menjadi alternatif kepada ibu-ibu dalam pantang untuk membuang angin dalam badan. Rasanya yang berangin dan nyaman bukan sahaja mendatangkan kelegaan pada perut malah membantu fikiran untuk lebih fokus.



Peppermint Gingerplus mengandungi ekstrak bahan2 herba iaitu pudina, halia, bunga cengkih (anise) dan fennel (jintan). 

Kebaikan:

Pudina
  • Mempunyai kesan penenang, ia memberi keselesaan pada perut. Ia membantu dalam proses penghadaman dan juga memberi kelegaan pada kesakitan seperti gastrik, pedih hulu hati & cirit birit. 
  • Ia melegakan kesan-kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah-muntah dan hilang selera makan.
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.
  • Rasa sejuk dan nyaman daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus.

Halia
  • Masyarakat China telah menggunakan halia sejak lebih 2000 tahun dahulu. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan mual ketika mengandung juga ketika dalam pantang.
  • Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi alternatif bagi merawat mabuk laut.

Jintan (fennel)
  • Orang-orang di Eropah mengambil biji jintan selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 
  • Ia melegakan sakit perut, gejala flu juga dapat membantu mengatasi masalah alergi pada usus perut.

Cengkih (Anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan kesakitan ketika haid, batuk & selesema.
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk percernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, menurunkan haba badan ketika musim panas dan lembap
  • Memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.

Untuk mendapatkan Peppermint Gingerplus ni, boleh lah hubungi saya disini ~~~>



Pengedar Shaklee Gombak, Taman Melati & Sentul


Follow Instragram Jana_Hazana