Showing posts with label Al-kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-kisah. Show all posts

Monday, 13 January 2020

Bawa Anak-Anak Main Kolam Di Tingkat 18. Ada Berani?

January 13, 2020 0 Comments
Jana jumpa port baik punya jika nak bawa anak-anak main kolam dan agak berbeza dari yang lain dalam negeri Kelantan ni.. Kolam outdoor yang best, bersih dan berada di tingkat 18. Ada berani?

Sambil main kolam, boleh layan view sawah padi yang mempesonakan tu. Syok kan..

Nama port baek tu adalah Hotel H Design, Tunjung Kota Bharu. Baru mula beroperasi tahun 2019.

Bagi yang datang bercuti ke Kota Bharu, boleh cuba hotel ni.. dekat sangat dengan dengan pasaraya G-Orange, RTC Tunjung dan Wakaf Che Yeh.


Kami datang masa cuti sekolah hujung tahun..musim tengkujuh. Sebab tu cuaca agak mendung. Main kolam pun sekejap je dah biru mulut sebab sejuk

Hotel sediakan 3 jenis kolam untuk pengunjung. Kolam untuk dewasa, untuk kanak-kanak dan untuk bayi (indoor). Masa kami datang, kolam untuk kanak-kanak sedang dalam maintenance jadi terpaksa la main kat kolam dewasa je.

Kolam kanak-kanak best sikit sebab nampak ada gelongsor.. mungkin kedalaman pun berbeza. Sayang betul anak-anak takde peluang nak main kat situ.

Untuk baby pula, ni jana intai dari luar je.. Guna kolam getah tu dan ada banyak bola-bola kecil warna-warni. Baby mesti suka punya.. mak-mak boleh pegang baby sambil bersila je.



Walaupun kolam dewasa, ada area cetek dan bertangga. Anak-anak main situ je.. 

Kat sini, pelampung dan pistol air macam dalam gambar atas disediakan oleh pihak hotel. Tapi kena sewa lah. RM3 sahaja per item. Setiap bilik dapat 2 item je. Macam tuala mandi tu lah..nak ambil kena tulis nama dan nombor bilik. Tapi tuala tu free je, tak payah sewa tau.



Coach kecik



Sambil berendam boleh layan pemandangan yang indah kat belakang tu...




Berlatar belakangkan sawah padi.. ni kalau datang musim padi menghijau atau musim menuai mesti cantik sangat



Sementara menunggu check out kat lobi hotel level 4








Bilik dia.. cun... kami dapat level 9.

Suka la dia datang hotel...




Sayangnya sarapan pagi jana lupa nak nak ambil gambar.. Biasalah bila dah jumpa makanan, fon dah simpan dalam beg. Tangan dah ready nak pegang pinggan cedok makanan..

Ada nasi kerabu, mee bandung, mee goreng, sosej, roti bakar dan beberapa pilihan lagi. Nasi kerabu dan mee bandung tersangat la sedap.. memang jana puji.

Ada rezeki, jana bagi review hotel lain atau port baek lain pulak ya


SEMOGA APA YANG JANA SHARE NI BERMANFAAT
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH !!



Thursday, 9 January 2020

Kenangan Banjir Kuning 2014 Kelantan, Kg. Kerilla Part 2

January 09, 2020 0 Comments
Ini rumah mak. Masa ni dah dalam proses pembersihan.

Hari pertama dapat balik, itu lah yang paling rasa nak gugur jantung. Tak nampak macam rumah. Segenap sudut dah bertukar warna coklat lumput, barang-barang saling bertindih, tercabut.

Nak melangkah masuk pintu pagar pun dah sukar sebab banyak lumpur. Lumpur paras atas buku lali dewasa. Pakai selipar jepun, selipar tenggelam dan lekat terus. Hampir jatuh tertonggeng dibuatnya. Nak tak nak kena pakai kasut but.

Jana geledah barang hanyut dalam parit besar depan rumah cari kasut but. Ntah siapa punya, ntah hanyut dari mana.

Sekeliling rumah macam-macam ada yang hanyut ntah dari mana. Ada basikal, mainan, reban ayam, kerusi sofa. Kasut, baju, bekas plastik tak payah cerita lah, banyak.



Nak buka pintu pun susah sebab dalam rumah, segala perabot bergelimpangan. Banyak barang dari dapur hanyut dan terdampar di ruang tamu. Peti sejuk mujur tersangkut pada plug. Itu pun dah separuh jalan menuju ke ruang tamu.

Sofa yang berat pun boleh teralih. Almari hilang rupa almari. Semua warna lumpur. Tak boleh nak bayang macam mana deras arus banjir kuning ni. Allahuakbar.



Barang dah dibawa keluar dari rumah.. penat namateyy..barang yang bercampur air dan selut akan jadi berganda-ganda lebih berat dari biasa. Buku pun boleh angkat sebiji-sebiji je.. 

Lumpur dah hampir kering jadi tanah... bekalan air belum ada susah betul nak membersih

Satu-satunya almari yang masih teguh. Almari hiasan dari zaman nyanya (nenek mak). Almari yang zaman sekarang dah jadi macam biskut meri celup air milo. Hancur.

Bahagian dapur berhubung billik air. Lumpur tebal bukan main.

Dalam lumpur ada berjuta-juta cacing sebesar jari kelingking orang dewasa. Berjuta-juta ekor bergelimpangan. Geli oi...

Ada juga kaca pecah, ada selumbar, macam-macam benda tajam... jana tersilap letak tangan untuk ambil parang sedar-sedar tangan dah berdarah.


Lumpur kering kat siling. Air tenggelam lebih aras siling dapur.

Bukan senang nak cuci hingga tahap macam ni..Lumpur tebal sangat

Ini kisah kami. Lepas episod banjir, datang pula episod cirit birit dan batuk. Pasca banjir katanya.

Walaupun banyak kerugian harta benda dan wang, namun kami tetap bersyukur sebab kami semua selamat.



Friday, 3 January 2020

Kenangan Banjir Kuning 2014 Kelantan, Kg. Kerilla Part 1

January 03, 2020 0 Comments
5 tahun dah berlalu.. tapi kenangan banjir kuning 2014 di Kelantan tetap terpahat dalam memori kami sekeluarga. Lama dah simpan dalam fon dan facebook je, tetiba terfikir nak simpan dalam blog juga. Suatu hari nanti, bila anak-anak dan besar diorang boleh baca kisah ni.

Kejadian banjir kuning 2014, tak disangka-sangka kampung kami pun kena. Masa ni, semua kampung yang terletak tepi sungai Kelantan memang terjejas teruk kecuali beberapa tempat yang sangat tinggi.

Rumah mak cuma lebih kurang 600 meter dari sungai. Tak pernah kena banjir. Tapi kali ni, berbeza.


Isnin 22 Disember 2014


Pagi ada temujanji dengan pakar tulang di hospital daerah Tanah Merah untuk rawat tangan Hazim patah. Kami selamat pergi dan balik walaupun ada area yang terpaksa harung air.

Petang tu hujan lebat agak reda, cuma hujan rintik-rintik jadi kami bawa anak-anak naik kereta kononnya nak tengok air sungai di jeti Temangan. Hazim dan Haziq umur 4 tahun.

Dalam perjalanan pergi, lebih banyak tempat yang kami terpaksa harung air lintas jalan. Air sikit punya laju, hingga kan kadang tu terpercik ke tingkap. Orang ramai keluar tengok air dah macam pesta. Budak-budak lagi la seronok dapat main banjir.

Masa tu langsung tak terfikir, yang mengalir deras atas jalan tu sebenarnya adalah air sungai yang dah melimpah!

Di jeti Temangan, kami dapat pemandangan yang sangat luar biasa. Pondok di atas tangga jeti dah tak kelihatan! Dah tenggelam dek air sungai yang sangat besar. Beberapa rumah, pasar dan lot kedai tepi jalan pun dah tenggelam.


Selasa, 23 Disember 2014


Jalan nak keluar ke bandar dah tertutup sepenuhnya. Semua penduduk kampung dah terkepung.

Malam tu tengok berita banjir makin teruk di negeri Kelantan. Rantau Panjang, Gua Musang. Ada juga disebut tentang fenomena air pasang. Tapi kami sekeluarga tengok berita macam tengok drama je lah. Langsung tak terfikir nak bertindak sebagai langkah berjaga-jaga.

Mak cakap, kampung kita tak pernah kena banjir. Paling teruk pun banjir 1960-an, rumah Nyanya (nenek mak) naik paras tangga je. Lega.

Malam tu kami tidur lena. Tapi terjaga sebab hujat lebat kedengaran lain macam.


Rabu 24 Disember 2014


Dalam pukul 6 pagi, nenek saudara Tokcik Nab datang rumah bagitau cepat-cepat pindah, air sungai naik!! Rumah jiran kami ada yang dah dinaiki air. 

Mak cakap, polis ada call suruh pindah pergi pusat pemindahan banjir iaitu di sekolah. 

What!!!

Macam mimpi... serius rasa macam mimpi. Solat subuh pun tak boleh khusyuk.

Dalam fikiran, banjir sikit je ni kot.. mungkin paras betis je. Kawasan ni tinggi, mana mungkin banjir. Takde dalam sejarah tempat ni boleh banjir macam dalam berita semalam tu.

Jadi, kebanyakan barang-barang kami cuma angkat letak atas katil, atas kerusi. Stok Shaklee jana letak dalam kotak, atas almari. Baju ambil 2-4 helai sorang, berus gigi dan beberapa dokumen penting. Macam nak pergi vacation tu. Ya, betul-betul macam nak pergi melancong.


Jam 7 pagi. 


Air dah sampai ke pintu rumah. Jana terperasan, separuh bahagian air warna kuning macam air teh separuh lagi air warna kehijauan. Mimpi ke aku ni? Nak tanya orang tapi mulut macam terkunci. Sibuk pulak alih barang rumah.

Sekarang baru tau, air yang warna macam teh susu tu air sungai melimpah manakala air kehijauan tuh tu air hujan yang melimpah dari parit bertembung di rumah kami. SUBHANALLAH

Bahagian porch rumah. Air diluar paras buku lali orang dewasa

Tepi dapur.. air kehijauan dah bercampur dengan air kuning

Belakang rumah



Masa ni duk fikir macam mana nak selamatkan anak-anak. Anak-anak dah jadi perkara utama. Jadi rasa macam nak cepat-cepat keluar dan pergi ke tempat pemindahan sementara.


Depan rumah lebih kurang jam 8.. air paras betis orang dewasa


Jam 10 pagi 


Kami semua dah selamat sampai di tingkat 2 bangunan sekolah. Masa kami naik ke situ, cikgu tempatkan kami di surau. Alhamdulillah. Anak-anak selamat tapi fikiran serabut fikirkan rumah dan kereta pulak.

Jam 11 pagi hujan berhenti.Suami balik sekejap sebab nak ambil beberapa lagi barang penting, tengok-tengok air dah paras dada. Cepat betul air naik walaupun tak hujan.

Hingga ke jam 6 petang, air terus naik ke paras bumbung.

Masa ni kami baru sedar, banjir kali ni bukan banjir biasa. Tapi luar biasa belum ada dalam sejarah.


Kereta dan nampak bumbung je..



Kami tinggal di pusat pemindahan ni selama 4 hari, bab makan minum malas nak cerita detail. Sangat daif dan menyedihkan. Takde letrik dan bekalan air bersih. Air kuning itu lah yang kami guna untuk makan minum, mandi, berwuduk, bersuci dan gosok gigi... sanggup?

Allah memang nak uji kesabaran.

Kami sekeluarga dan beberapa keluarga lain sama-sama masak, makan apa yang ada. Bila ingat balik, banyak sangat nikmat yang Allah dah beri. Dia nak uji sikit je berbanding orang lain di negara-negara bergolak nun..


Bersambung PART 2 DISINI


Sunday, 5 March 2017

Ada apa dengan Mr.Bean?

March 05, 2017 0 Comments
Perasan tak, movie 'Mr. Bean Holiday' tu sebenarnya penuh maksud tersirat??

HazimHaziq minat nau-nau movie tu. Sehari dlm 2-3 kali duk ulang (masa tu pakai astro byond-boleh rekod). Maka jana pun terpaksa la jugak layan sekali. Berulang-ulang kali sebab tak boleh tengok channel lain.. 

Sekali dua tengok, macam takde apa pun. Lawak je. Lama kelamaan, dah tengok dengan mata hati baru nampak maksud yg dibawa tu.

Antara maksud tersirat tu:

📍 Sentiasa ada target terhadal apa yang diingini dan yakin boleh. Mr. Bean ni memang target nak 1st prize je masa charity tu, dia datang pun tepat masa nak announce hadiah utama dah iaitu percutian ke Cannes di Perancis, duit poket dan kamera video..YAKIN.

📍 Buat vision. Sebelum start trip ke Italy dia dah siap lukis peta & pantai Cannes dalam buku nota kecilnya yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Lengkap dgn train tracks dan tempoh masa perjalanan lagi.. WELL PREPARED

📍 Tidak berputus asa. Walau terpaksa jalan kaki, naik basikal, melencong ke tempat lain, Mr. Bean tak habis2 dengan kompas hala ke Cannes..orang tanya la apa pun, jawapan dia; Cannes.. takdenye nak berhenti atau patah balik. KEINGINAN TIDAK BERUBAH-UBAH, KUAT SEMANGAT.

📍 Luaskan network. Dari pergi sorang-sorang, akhirnya sampai Cannes bersama ramai kawan2 baru. ENJOY EVERY MOMENTS UP & LOW.

Movie Mr. BEAN'S HOLIDAY ni beri inspirasi pada jana supaya sentiasa berfikiran positif, jangan pernah berputus asa walau halangan bertimpa-timpa, luaskan network, mesti rajin buat vision board, jangan takut/malu nak cuba benda baru & banyak lagi...

Lawak memang lawak. Tapi lawak ada isi, ada nilai2 moral. Gitchu...

#tsunamishaklee
#adrenalinG3
#liveamazing
#kerjadarirumah
#bisnesonline

Sunday, 26 February 2017

Syurga itu mahal

February 26, 2017 0 Comments
Bila disebut syurga itu mahal, bukan bermakna syurga itu hanya orang yang kaya je yg boleh masuk. Tapi itu bermakna, syurga itu standardnya sangat tinggi. Bukan mudah untuk masuk syurga

Oleh itu kita sebagai manusia;

Jangan buat kerja/urusan cincai2
Jangan buat ibadah sambil lewa
Jangan keliru akan tanggungjawab sendiri
Jangan jalankan tanggungjawab ala kadar

Jom kita buat yg terbaik, kusyuk & usaha sungguh-sungguh dalam segala urusan hingga layak masuk syurga Allah.. aamiin

#liveamazing #tsunamishaklee #shakleeeffects #adrenalinG3 #bisnesonline #kerjadarirumah

Sunday, 19 February 2017

Tip jadikan anak sebagai saham ibubapa diakhirat

February 19, 2017 0 Comments
Ada 1 kisah zaman purba, seorang pakcik ni kerap menipu isteri dia. Ajaibnya sekarang, anak dia pun suka menipu isterinya. Kesiannn...

Itulah anak-anak, mereka adalah cerminan kita.Umpama karma dalam hidup kita.
Kita tunjuk perangai pemalas, mereka pun ikut malas...
Kita tunjuk perangai sambil lewa terhadap tanggungjawab, mereka pun ikut sambil lewa terhadap tanggungjawab masing2...
Kita tunjuk tabiat suka tolong-menolong saling menghargai, itu juga lah yg mereka akan ikut..

Sebab tu dari mereka masih kecil kita dah kena tunjukkan cara yang betul dan bimbing mereka ke jalan yang benar kerana mereka lah penyambung legasi kita didunia, saham kita diakhirat. 
  • Tahu lakukan tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama..
  • Titipkan konsep ketuhanan dalam jiwa mereka dari awal dengan memperkenalan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W
  • Tunjukkan mereka tentang kasih sayang yang diredhai Allah.
  • Tetapkan disiplin dan mengutamakan keluarga


Dari kecil dan kena asuh dan beri tunjuk ajar. Bawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah, dekatkan mereka dengan komuniti dan kerja-kerja amal, latih mereka dengan kerja-kerja rumah dengan membantu ibu didapur atau ayah membaiki paip.

Bukannya;
"Biarlah.. nti dah besar tau la fikir sendiri"
"Ala.. nnti diorang dah bosan tau nak balik rumah"
Atau, dilatih untuk menjadi tuan kepada mak ayah sendiri termasuk isteri sendiri. Nauzubillah..

Jana bukan ustazah. Jana hanya seroang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Jana cuma nak kongsi beberapa tip yang tak seberapa untuk jadikan anak sebagai saham ibubapa diakhirat.

Melentur buluh biar dari rebung, bukan dah jadi buluh baru nak lentur. Takut nnti buluh terpelanting, kita pulok yg tercedera..

Friday, 17 February 2017

Sistem 7 Tabung: Cara menabung efektif elak hutang

February 17, 2017 0 Comments
Pernah dengar tak tentang sistem 7 tabung? Sistem 7 tabung atau dengan kata lain 7 jars System sebenarnya adaptasi dari 6 jars system iaitu tip untuk menabung secara efektif yang diperkenalkan oleh T.Harv Eker. Ia merangkumi semua aspek keperluan kewangan hidup kita dan bersesuaian dengan gaya hidup zaman sekarang.



7 jars System tersebut atau Sistem 7 tabung ialah 7 jenis tabung yang akan diisi dengan tujuan tertentu. Bak kata orang-orang kita, simpan atau asingkan ikut portion dari duit pendapatan:

1. NEC 50% - (neccessity) Tabung utk keperluan hidup: bil utility, belanja dapur harian, minyak kereta & tol..

2. EDU 5% - (education) Pembelajaran, buku, yuran kelas...

3. LTSS 10%- (long term saving for spending) untuk sesuatu yang perlukan banyak duit. Contoh: Simpanan untuk menunaikan haji, duit deposit untuk beli rumah atau beli kereta secara tunai...

4. FFA 5%- (financial freedom) simpanan untuk masa depan iaitu sebagai persediaan bila dah tak mampu nak cari duit untuk sara hidup...

5. PLAY 10% - (leisure) Hobi, hadiah, special event

6. GIVE 10%- (charity) Sedekah, kebajikan...

7. PARENTS 10%- (ibubapa) wang bulanan utk ibubapa tak kiralah walaupun diorang kaya. Jika sudah meninggal, guna duit tu untuk selesaikan urusan mereka seperti bayarkan hutang, upah haji atau sedekah bagi pihak mereka...


Perlukan pendapatan sampingan? Baca


Setiap tabung ni kita sendiri boleh tentukan berapa % dari pendapatan kita. Jadi kita boleh nampak dgn jelas, kemampuan kewangan kita untuk berbelanja sesuatu. Gunakan apa yang ada dalam tabung. Jangan berhutang. Mulai hari ini, jom kita menabung dengan cara 7 jars system ni. Kurangkan dan hapuskan hutang. Banyakkan duit dalam tabungan.


Duit tak cukup buat bayar hutang.. Camana nak menabung? Nak makan pun kena berjimat cermat inikan pula nak buat macam-macam.


tambah duit poket


Ini realiti.

Walaupun ada gaji, keperluan asas harian sudah cukup membebankan. Sebab tu ramai yang stress, mudah jatuh sakit, banyak jenayah, sosioekonomi tak stabil serta banyak lagi masalah.



Kalu macam tu jom berniaga. Buat side income. Side income sangat membantu dalam menggemukkan tabung-tabung kita. Bayangkan selama ni tabung kita 0, dengan adanya side income tabung kita boleh berubah jadi RM50, RM100, RM1,000..

Bayangkan kita boleh bebas hutang. Boleh gembirakan pasangan dan anak-anak. Boleh memberi dan gembirakan mak ayah dengan bebas.


Baca >> Panduan pilih bisnes dropship agar dapat keuntungan berganda


Jana dan beberapa orang mentor bisnes Shaklee ada buat program #projekbuatduitEF, khas untuk membantu rakyat Malaysia memulakan bisnes dengan Shaklee.


Dengan modal yang sangat rendah, silibus yang diajar adalah sangat bernilai. Takde kat tempat lain. Jika ada pun, kena bayar yuran kelas. Mahal tau. Tapi dengan program #projekbuatduitEF ni, semuanya free. Untung banyak dah kat situ.

Contact jana sekarang





Rasa memanggil-manggil? Rasa nak join tapi was-was? Jom Contact Jana sekarang dan kita boleh bincang dengan detail supaya boleh hilangkan rasa was-was itu.



Peluang ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Tak kira lah anda surirumah, atau pelajar, atau golong profesional, atau artis, anda dialu-alukan untuk menyertai program #projekbuatduitEF ni dan gemukkan tabung elak hutang.


Monday, 5 December 2016

Balada tukang masak amatur

December 05, 2016 0 Comments
Almost tiap kali nak masak masakan yang best jana mesti belek dia. Semua jenis masakan ada dari kuih tradisional ke western, lauk pauk ke masakan panas. 



Very well recommended untuk tukang dapur amatur macam jana ni. Resipi konpom jadi sebab senang nak ikut. Sedap pulak tu 😍

Macam sifu bisnes jugak. Kena pilih yang mudah nak diikut, versatile, yang byk pengalaman, yang tak mengarut merapu dan suka berkongsi tips dan konpom jadi.

#liveamazing
#ejazG3
#greatsid
#emeraldswift
#tsunamishaklee

Sunday, 27 November 2016

Kenapa saya pilih buat bisnes Shaklee

November 27, 2016 0 Comments
Demi keluarga & impian 

Jana pilih bisnes ni sebab ada beberapa kriteria yang sesuai dengan keperluan gaya hidup jana dan keluarga;

1. Bisnes yg tak mewajibkan kita keluar rumah unless pergi cod vitamin/kelas nutrisi. Update 'kedai', amik order pelanggan, pos order pelanggan, kelas marketing semua via online. So urusan rumahtangga, urusan anak-anak semua depan mata.

2. Bisnes yang tak memerlukan modal besar (tak sampai rm70 pun masa tu). Pastu modal berceloteh kat facebook/blog. Untung? Bisa.... Apa yang penting? Konsisten.

3. Tak payah pikir pasal stok, pasal kkm, pasal harga, pasal status halal, pasal untung, pasal bonus. Semua pihak syarikat dah tolong pikir, tolong buatkan dan tolong selesaikan. Kita cuma fokus untuk jual je.

4. Barang baik. Ada ujian klinikal, ada landmark study, dibangunkan berdasarkan sains, boleh contact nutritionist directly jika ada isu, dijamin berkesan, dijamin selamat & jaminan halal. Kesan yang dapat 200% beyond expectations. Syarat, dapatkan konsultasi yang betul dari pengedar yang terlatih. 

5. Jana pengguna, jana tau ia sangat bagus, so jana jual. Pasaran yang sangat luas. Golongan mak cantik, golongan mak hamil/berpantang/menyusu, golongan pelajar, warga emas dan banyak lagi. Ada pulok group support yang teguh,  sangat very positif. I loike 😍

Jika awak tengah survey2 produk suplemen semulajadi atau tengah survey bisnes part time, jom hubungi jana. 

Jom berbisnes shaklee!

#liveamazing
#shakleeeffect
#landmarkstudy
#tsunamishaklee
#greatsid

Monday, 18 January 2016

Cuti-cuti: Mandi kolam di Putra Valley Resort Tanah Merah

January 18, 2016 6 Comments
Sabtu baru ni jana tunaikan hajat hero kuasa dua jana iaitu si kembar HazimHaziq untuk bawa diorang mandi kolam di Putra Valley Resort dekat Taman Kota Harmoni Tanah Merah Kelantan. Bagi yang tak tau, Putra Valley Resort tu sebelah jambatan Tanah Merah-Machang yang landmark dia bangunan macam istana tu. Tapi istana tu tak siap lagi tau..


kolam putra valley tanah merah
Sila ikut undang-undang hokeh ! Especially bab merokok tu

Untuk pengetahuan semua, nak mandi kolam kat situ ada bayaran tau:
  • RM12 untuk orang dewasa
  • RM10 untuk kanak-kanak umur 7 tahun ke atas
  • RM6 untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah
(Info: kalu baby, bayaran akan dikenakan keatas orang dewasa. Ye lah, mesti ibu/ayah yang pegang baby tu akan masuk sekali dalam air kan.)



mandi kolam putra valley
Dah bayar dapat tag. Pakai je lah....

Kolam renang tu dibahagi kepada 2 bahagian..untuk kanak-kanak dan dewasa. So mak ayah tak perlu risau sangat anak-anak nak main kat situ. Lagipun bahagian untuk kanak-kanak tu dasarnya landai. Sesuai sangat untuk yang acah-acah berani macam HazimHaziq ni.

putra valley resort
Sebelah kanan untuk dewasa, sebelah kiri untuk kanak-kanak

kolam putra valley taman kota harmoni
Mak ayah yang tak mandi boleh duduk pantau anak kat tengah2 tu

putra valley tanah merah
Seronok tak? Ni masa enjin tak panas lagi


mandi kolam putra valley
Bola-bola itu pihak pengurusan yang sediakan. Pelampung kena bawak sendiri tau

putra valley resort
Tempat berteduh

Best tau. Kawasan kolam tu luas dan disediakan gazebo, payung, kerusi. So boleh pilih nak duduk kat mana sambil tenangkan fikiran. Nak bentang tikar duduk bersila pun boleh. Soopa-doopa pun ada ye. Takde extra caj. Lepas main kolam boleh pegi main lompat-lompat pulak.


putra valley resort
Habiskan sisa sisa tenaga

putra valley tanah merah
Nasi tak dijual 


Bagi yang tak bawa bekal, ada gerai jual makanan ringan seperti jagung cawan, waffle, megi cawan dan cekedis. Boleh buat isi perut. Biasala, lama-lama main kolam buat kita rasa lapar.

Bagi yang nak buat event kenduri kahwin ke, hari keluarga ke, company team building ke, lawatan sekolah ke atau bercuti dan bermalam rehatkan minda memang sesuai sangat datang ke Putra Valley Resort ni. Aktiviti outdoor pun macam-macam hado.


putra valley resort tanah merah
Hijau yang menyegarkan.. ni chalet mengadap kolam. RM245/RM256 semalaman.

putra valley resort
Rusa oii ! Rusa ! 


HazimHaziq memang enjoy sakan. Next time nak datang lagi katanya. Jana bagi syarat, kalu rajin pergi sekolah dan qiraati nanti ummi bawak lagi. Nanti ada rezeki kami nak try menginap di chalet pula.

Hilangkan batuk dan selsema berpanjangan pada anak-anak

Kawan-kawan, jom lah datang ke Putra Valley Resort & Training ni. Berbaloi. 

Salam sayang, Jana

Monday, 28 September 2015

Kisah Aidiladha 2015

September 28, 2015 0 Comments
Alhamdulillah..raya datang lagi. Walaupun dikenali sebagai raya korban tapi kami kat Kelantan ni panggil raya haji. Walaupun raya haji tapi kemeriahannya tetap sama macam raya puasa. Kisah kami sekeluarga di Aidiladha biasa-biasa je tapi tetap menjadi tanda ingatan buat seluruh ahli keluarga jana.

Lambat sikit jana nak kongsi cerita. Maklum la, banyak betul urusan yang perlu diselesaikan walaupun tengah cuti. Tambah pulak jalan jem yang amat, urusan yang singkat pun boleh jadi lama. Ada urusan cod yang jana terpaksa tolak sebab tak mampu nak redah jalan jem. Harap customer maafkan jana...

Menu kami di hari raya ialah Nasi Minyak Ayam Tomato, ketupat dakap, tapai, kek dan biskut raya. Macam biasa, tapai pulut jadi sebutan & igauan tetamu yang datang. Manis letting katanya!! Tapai pulut 5kg tu sekejap je dah habis..

Yang speselnya sikit raya kali ni ialah mak ajar jana cara buat ketupat dakap. Nampak cam mudah tapi susah jugak terutamanya bab membungkus. 

Jana salute golongan nenek-nenek yang berusaha keras sediakan ketupat dakap untuk anak-anak mereka yang dah besar panjang tu. Korang jangan tak tau, buat ketupat dakap pun pakai kudrat tau! Nak kacau pulut dengan santan 1 hal, nak bungkus & ikat tu pun 1 hal. So, bagi orang-orang muda yang gagah perkasa tu lepas ni sila belajar buat sendiri ketupat dakap. Tak perlu susahkan mak korang lagi ye! 

Dah namanya raya haji mesti banyak daging korban. Kebetulan kakak jana & suaminya buat korban kat sini tahun ni, alhamdulillah ada rezeki jana nak makan daging lembu korban. 

Korban itu menyucikan jiwa & harta. Tak semestinya korban lembu dan kambing je baru dikira korban. Pengorbanan isteri tinggalkan kerjaya demi menjaga suami & anak-anak dirumah, pengorbanan suami mengerah tenaga & fikiran demi sesuap makanan dan keselesaan keluarga, pengorbanan anak-anak dalam menimba ilmu dan meninggalkan dunia keseronokan demi membantu ibubapa. Itu semua juga dikira sebagai pahala disisi Allah s.w.t

Semoga keihklasan korban itu diterima oleh-Nya

Salam sayang, Jana


Thursday, 6 August 2015

Cerita kami di hari raya Aidilfitri 2015

August 06, 2015 0 Comments
Macam biasa tiap-tiap tahun mesti nak cerita pasal raya. Kenangan indah mesti nak simpan sampai bila-bila. Esok-esok senang anak cucu nak baca kisah camana nena jana masa muda meraikan hari raya.

Biskut Raya

Tahun ni special sikit sebab first time jana berpeluang buat biskut raya. Awal-awal dah ada buku resepi tapi bila nak start, hilang pulak buku tu. Menggagau la jana Google cari resipi yang simple tapi sedap. Maklum la, jana ni kira tahap amatur je. Tambah pula ada anak dara rajin menolong so jana jadi lebih bersemangat nak buat biskut raya.



Alhamdulillah, hujung puasa dan hari raya baru ni mak sempat sembuh dari masalah tulang retak. Mak sangat berdisiplin amal vitamin Shaklee untuk Set Tulang iaitu ESP, OSTEMATRIX & ZINC COMPLEX. Dengan izin Allah, cepat sembuh. Dah boleh berjalan pun cuma nak buat kerja berat tu masih tak boleh. Masak pun tak boleh lagi. Kena pula 2 orang adik beradik jana giliran beraya di rumah mertua masing-masing so tinggal la jana yang kena galas tanggungjawab sebagai ketua tukang masak! Tinggi betul pangkat tu ye..kikiki

Menu pilihan

Oleh kerana kekurangan ahli kabinet dapur, maka menu pilihan raya jana yang pilih. Plan untuk 3 hari terus sebab senang nak sediakan bahan-bahan. Menu pilihan pada hari raya pertama ialah mee kari 'bekeng'. Ada bekeng kat belakang tu sebab kuah kari terlebih cili kering so warna dia jadi terlebih merah! Pfftt..


Ni dia hah list menu raya pertama hingga raya ke-3. Tampal kat peti ais. Selain mee kari ada juga rendang ayam, lemang dan tapai. Alhamdulillah...nikmat rezeki....ada lagi jiran dan mak-mak sedara hantar ketupat dakap. 

Raya tu raya jugak, jana memang takkan tinggalkan lecithin, herblax dan bcomplex supaya badan sentiasa cergas bertenaga, cegah serangan migrain, taknak bagi lemak-lemak berkumpul dalam badan dan yang paling penting melawaskan pembuangan air besar.

Dalam duk happy tu jangan lupa pada yang serba kekurangan. Pergi la hulur makanan, duit dan rai kan hari raya bersama-sama. Lagi satu jana nak pesan time pergi beraya tu tak payah la bz sangat main fon. Macam la anda sorang je yang ada smart fon dan pandai main facebook dan wassap. Ahakss..

ok lah, jana nak mohon maaf jika ada tersilap bicara hingga menyinggung anda semua selama kita berblogging atau berurusniaga. Mohon dimaafkan jangan simpan dendam ye..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


P/s; tahun ni tak cukup bajet nak pasang pelita. Pasang lampu liplap pun ok lah

Salam sayang;
Jana

Saturday, 4 July 2015

Kali pertama buat biskut raya

July 04, 2015 4 Comments
Tahun ni tetiba jana rasa rajin nak buat biskut raya. Tambah pula ada dorongan dari anak dara yang darjah 6 tu, terus rasa semangat berkobar-kobar nak buat biarpun ni kali pertama buat biskut raya. Hasil dari mesyuarat anggota kabinet dapur, kami bersetuju nak buat 2 jenis biskut raya. 1 jana pilih resipi yang simple dan mudah je..pastu 1 lagi yang anak dara jana duk berkenan sangat tu: biskut raya tak kisah apa-apa pun asalkan bentuk love warna pink. Adoyyai, very the gigirl kan? Layan....

Jana belum ada keberanian nak try buat biskut raya yang komplikated tahap profesional contohnya macam biskut tat, red velvet cookies, biskut yang canggih manggih bagai tu. Itu nak kena masuk kelas kut. Maklumla, tangan keras bakat pun takde.

Jadi untuk hari pertama ni jana buat biskut Red Pearl. Kenapa red pearl? Sebab goggle resipi nampak cam simple je cara buat dan dengar cam best.

biskut red pearl


Ni dia!! Gambar sebelum masuk oven. Sori, ni versi derhaka sebab takde coklat cip. Lupa nak beli da pastu malas dah nak g kedai. Taram je mana yang ada dulu. Gambar yang dah siap bakar jana lupa nak snap sebab kekecohan telah berlaku, biskut jadi kembang semangkuk dan terlebih bakar! Ada gelap sikit rupa red pearl jana..hehehe

Dah siap solat maghrib tadi pakat-pakat rasa biskut raya homemade pertama jana tu. Ada yang kata sedap, ada yang dah telan biskut yang ke-6 baru boleh bagi komen.. boleh la, kali pertama buat biskut raya katakan.

Esok sambung edisi ke-2. Pagi-pagi nak kena pergi kedai beli coklat cip pastu resipi yang tadi tu ada nak kena ejas sikit supaya tak lagi kembang semangkuk dan gelap. Kalu orang yang kembang semangkuk dan gelap kusam tu memang jana suggest amik esp, vitamin c, alfalfa dan lecithin dah..tapi ni biskut raya, takkan nak campur vitamin kut. Ahaks.

Anak dara jana pun cakap seronok buat biskut raya, tak puas sebab sekejap je dah siap.

p/s: anak dara jana tu anak sedara lah



Saturday, 21 February 2015

Shaklee dapat anugerah

February 21, 2015 0 Comments
Tenangnya rasa bila si kembar dah pergi sekolah. Awal pagi je kecoh yang amat melayan karenah mereka. Sorang nak mandi bilik air sini, sorang nak mandi bilik situ, sorang nak makan sorang lagi nak susu, sorang nak bawa bekal roti sandwich bentuk bintang sorang lagi nak berak..aduh. Macam-macam. Bila dah pulang dari hantar diorang ke sekolah, keadaan dah tenang ni boleh la ummi nya nak update blog. Banyak benda nak cerita kat sini ni..

Tahu tak, baru-baru ni Shaklee dapat anugerah The Brandlaureate Awards. Nak sebut camana ntah,...Gembiranya dalam hati bila saya tahu, produk pilihan saya mendapat pengiktirafan yang sangat hebat. Bukan calang-calang syarikat yang layak dapat award ni tau tambah-tambah syarikat MLM.. Cuba perhatikan, Shaklee tak pernah keluar tv untuk iklankan produk-produknya, tak pernah lantik mana-mana artis yang memang dah sedia ada cantik menawan untuk jadi jurucakapnya tapi masih menjadi Jenama Terbaik..

shaklee best

the best suplements


Ada lagi sebab kenapa hati saya rasa senang dan tenang, Shaklee bukan setakat memberikan produk-produk yang bermutu tinggi malah juga boleh membantu kami untuk menjana pendapatan yang lumayan jika rajin dan berusaha. Tak pelik pun kalau surirumah mampu jana pendapatan bulanan 4-5-6 angka setiap bulan. Tak pelik juga kalu jadi jutawan pun. Anda rajin berusaha, anda dapat. Dalam Shaklee ni tak perlu jadi antara orang-orang terawal join baru boleh duit masyuk macam kebanyakan MLM tu...yang baru masuk baru bulan lepas pun boleh berjaya tau. Masuk awal ke, baru masuk semalam ke semua ada peluang yang sama..

Jangan terkejut, yuran daftar ahli hanya RM65 je untuk seumur hidup. Shaklee juga tak pernah mewajibkan untuk buat stok atau cari kaki sebagai permulaan bisnes. Mula je dengan apa yang kita ada iaitu; perkongsian.

Dipendek kata jika anda inginkan kesihatan, kecantikan dan kekayaan yang seiring jom bina empayar bersama Shaklee...

Jana Hazana
SidPRO 908814
Master Coordinator 2015
017-3125484
Janahazana@gmail.com


Wednesday, 4 February 2015

Banjir Besar 2014: ini kisah kami

February 04, 2015 0 Comments
Sedar tak sedar dah lebih sebulan saya tak berkongsi cerita kat blog. Sibuk punya pasal la ni. Apa tak sibuknya, mula-mula anak patah tangan, lepas 4 hari kemudian kampung dan rumah kami pula dilanda banjir besar! Besar tak besar banjir tu rumah mak saya yang tak pernah naik air tu tinggal bumbung je lagi yang tak tenggelam. Suatu pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila..


Ni pusat pemindahan banjir tempat kami sekeluarga menyelamatkan nyawa selama seminggu. Ni gambar beberapa jam sebelum air naik sehingga semua fasiliti setingkat tu hanya boleh nampak bumbung je. Malangnya keadaan tu saya takde gambarnya sebab fon habis bateri..nak charge takde letrik. Bekalan air bersih pun takde tau..terpaksala kami mandi dan berwudhuk dengan air banjir yang kuning tu...

Selepas 5 hari baru air surut dan kami boleh balik tengok keadaan rumah.



Masa ni proses pembersihan dan peringkat ke 4. Sebab tu boleh nampak ruang. Kalau tak, nak berjalan pun tak boleh sebab takde tempat nak berpijak. Barang-barang semua berselerak dan hampir 90% rosak tak nampak rupa asal. Datang pakai selipar memang silap besar sebab lumpur setakat atas buku lali, selipar melekat dalam lumpur. Pulak tu banyak kaca dan serpihan kayu dan CACING-CACING YANG SANGAT BANYAK DAN BESAR! tu yang paling saya tak boleh tahan....

Terpaksalah ambik je kasut but kat dalam parit depan rumah yang hanyut ntah dari mana buat pelindung kaki.

Ini kisah permulaan pasca banjir kami sekeluarga. Banyak lagi kisah nya...walaupun dalam keadaan duka, masih terlalu banyak nikmat, bantuan, pengajaran yang Allah beri tanpa disangka-sangka disaat kami sangat memerlukan.



Terima kasih kepada dermawan2 yang bermurah hati memberi bantuan makanan, pakaian, bekalan air bersih dan keperluan-keperluan asas yang lain..

Terima kasih sukarelawan2 yang datang bawa mesin generator dan water jet (dalam bahasa melayu ntah la apa namanya) tolong bersihkan ruang tamu rumah..

Terima kasih Alam Flora dan pasukan Bomba yang bersihkan sampah2 yang bertimbun dan clear kan lumpu dalam longkang..

Dan banyak lagi lah bantuan2 yang kami telah terima tak mampu saya nak sebutkan disini...Terima kasih

Syukur Alhamdulillah...




Friday, 19 December 2014

Tak Sangka Dulu-Dulu Aku Suka Kumpul Setem

December 19, 2014 1 Comments
Duk kemas almari buku kat rumah mak tiba-tiba terjumpa sebuah album lama. Masih berkilat, masih elok. Album setem. .Tang tu juga baru teringat dulu masa zaman sekolah saya ada hobi. Tapi tak sangka la pulak hobi saya dulu-dulu ialah kumpul setem. Apadaa.. camana boleh lupa hobi sendiri.

Masih terjaga dalam keadaan baik. Setem-setem kat dalam tu pun masih tersusun elok dan tak luak ditelan zaman, Cewah..padahal baru dalam 14-16 tahun kut usia album dan setem-setem tu. Apa? Dah belasan tahun?



Setem-setem ni ada yang dari US, UK, Mesir, Belanda, Bulgaria, Tanzania dan macam-macam lagi lahh...Boleh kata hampir dari seluruh dunia tu. Saya pun dah lupa camana boleh dapat semua setem-setem tu....

Bila jumpa balik album tu tetiba rasa hobi nak mengumpul setem tu kembali membuak-buak. Cuma masalahnya sekarang, orang dah tak pakai sistem surat-menyurat ni...tambah lagi ada ke orang kumpul setem zaman sekarang ni...Ntah-ntah budak sekarang tak kenal pun setem. Wassap, Telegram confirm diorang tau kan??

Bestnya kalau boleh jumpa geng yang sama-sama minat kumpul setem...

Salam sayang....Jana

Tuesday, 4 November 2014

Ummi, kenapa benda hitam tu ikut ummi?

November 04, 2014 0 Comments
Lama tak berkongsi kisah-kisah seram. Dulu masa tinggal di asrama, mesti akan ada satu sesi berkongsi kisah seram bersama kawan-kawan. Pastu bila malam masing-masing mula la takut nak pergi tandas sorang-sorang, mesti berteman. Berteman pula rasa tak cukup sorang, mesti 2-3 orang baru hilang rasa takut. Bila teringat rasa kelakar la pula...Masa belajar di universiti pula, kalau tak berkongsi kisah seram, pakat ramai-ramai tengok CD cerita seram kat komputer. Nak tengok sorang-sorang memang tak mungkin. So tunggu bila ada geng baru boleh tengok.

Bila dah jadi mak orang ni jarang benar berpeluang dengar kisah-kisah seram. Jangan kata nak dengar, nak tengok movie seram pun tak boleh. Bukan apa, dah anak-anak duk berkepit 24 jam takkan nak tengok juga kut. Layan kartun je la..

Tapi semalam, ada kisah seram jam 12.30. Ini benar-benar berlaku.

Dalam jam 11 saya ajak anak-anak masuk tidur. Si Haziq masa tu agak cranky. Faham-faham je lah, sepanjang hari bermain dalam dan luar rumah mungkin dia terlampau penat, tak sedap badan. Fikir saya. Tak nak tidur dalam gelap, merengek minta saya pasangkan lampu tidur. Saya pula tak berapa gemar lampu tu sebab agak terang. Tapi sebab malas nak layan rengekan mereka, saya pasang juga.

Mereka terus baring dan tidur. Hazim terus terlena. Tapi Haziq walaupun mata dah pejam sekejap pusing ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap menggaru..Tetiba dia bangun duduk.

"Kenapa ni Haziq? gatal ke?"..

sambil mata masih pejam,
"ummi, nak susu",
"OK"...saya suruh dia baring dulu sementara saya pergi buatkan susu.

Tak sampai 5 minit bancuh susu. Sebelum masuk ke bilik sambil mengocak botol susu ditangan, saya sempat menjeling nombor digital jam penggera waktu solat yang akan mengeluarkan bunyi azan. Waktu tu nombor menunjukkan 12.30am.."uish, dah lewat malam" saya berbisik sendirian. Patutlah suasana sunyi dan sejuk je..

Bila melangkah masuk, saya tengok Haziq duduk disisi katil sambil memandang ke arah saya. Bila saya hulurkan botol susu ke tangannya tiba-tiba,

"Ummi, kenapa benda hitam tu ikut ummi?"..

Benda hitam? Rasa macam nak melompat je masa tu. Jantung pun berdebar kencang, rasa kebas seluruh badan. Dalam otak duk proses ayat 'benda hitam'...sebelum hisap botol tu sempat lagi dia sambung, "benda hitam kat situ, kat situ, kat situ.." sambil jari tunjuk ke beberapa tempat didinding dan atas lantai.

Banyaknya! Getus hati saya.

Masha Allah.."Ni ke?" saya cuba dapatkan kepastian.
Haziq mengangguk.

Terus hilang rasa kebas-kebas seluruh badan. Degupan jantung pun mula kembali normal...

"Itu dipanggil bayang-bayang, sayang", 

"OOoo..." terkebil-kebil mata Haziq pandang saya. Sambung hisap susu sambil baring dan pejam mata. Tak sempat habis susu sebotol dah terlena. Alhamdulillah, lepas tu kami 3 beranak tidur lena hingga ke subuh..

Oh Haziq, dengan selamba kamu telah berjaya buat bulu roma ummi meremang..Lain kali jangan buat lagi ye...Pagi ni, bila dikenang rasa nak tergelak pun ada...



Saturday, 18 October 2014

Makan-makan: Restoran kegemaran saya

October 18, 2014 0 Comments
Sapa suka makan makanan Thai? Ni nak kongsi sikit tentang satu restoran masakan ala Thai kegemaran saya sekeluarga. Restoran ni terletak di batu 8, Gombak..bagi yang tak biasa dengan area Gombak, restoran ni terletak di tepi jalan lama yang menghala ke Karak..Senang je nak cam sebab kat situ ada juga restoran-restoran lain dan tempat parking yang agak luas. So walaupun malam, tempat tu agak meriah ditambah dengan hiasan lampu neon yang berwarna-warni.

Nama restoran tu ialah Wira Seafood. Menu kegemaran kami adalah Ikan Siakap Stim Limau, Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Poktek, Kerabu Suhun, Daging Masak Merah, ABC dan Pulut Mangga. Banyak lagi menu-menu lain yang ada tapi itu lah yang selalunya kami akan order..

makan

Sori la takde gambar yang saya boleh kongsi sebab selalunya bila makanan dihidangkan, baca doa makan dan terus NGAPP!! Gambar kedai lagi la takde..Mujur ada 1 gambar Pulut Mangga ni..

Dari segi harga, bagi kami berpatutan la dengan mutu makanan, suasana restoran dan servis yang disediakan. Cepat, sedap dan selesa. Sesuai untuk yang datang bersama kawa-kawan mahupun keluarga yang bawa anak-anak kecil...Makanan western pun ada ye..

Jika anda berjalan-jalan ke Gombak dan ingin mencari restoran masakan ala Thai untuk makan malam, singgah lah ke Restoran Wira Seafood.


Friday, 17 October 2014

HOMEMADE Resipi: Teresek Jantung Pisang

October 17, 2014 1 Comments
Teresek adalah masakan tradisional orang -orang negeri Kelantan dan biasanya dibuat pada waktu kenduri. Selain jantung pisang, kacang panjang dan kulat sisir pun boleh dimasak teresek. Bergantung pada bahan mentah yang ada..biasala kat kampung bahan-bahan mentah tu boleh dikutip dari kebun je, dalam kuantiti yang banyak pulak tu..

Teresek adalah salah satu makanan kegemaran saya sepanjang masa. Sebab dah makanan kegemaran haruslah saya belajar memasaknya. Tak payah tunggu kenduri, tiap-tiap hari pun boleh makan..Homemade resipi je..Oleh kerana kali ni ada banyak jantung pisang yang saya ambil sendiri dari kebun maka saya nak kongsi homemade resipi Teresek Jantung Pisang..

resipi teresek

Bahan-bahan;

4 biji Jantung pisang
1/2 Ekor ayam berserta kaki, leher, hati
2 cawan Santan pekat
1/2 cawan Kerisik kelapa
2 peket rempah kari daging Cap Orang Terbang
15 biji Cili kering
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia dan lengkuas
Asam keping
Gula dan garam

Cara-cara;

1. Hiris jantung pisang dan rendam dalam air garam buat seketika. Kemudian toskan.

2. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah dikisar bersama hingga naik bau.

3. Masukkan rempah kari dan kacau hingga wangi dan pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan kacau sebati dan tunggu hingga sedikit kering.

5. Masukkan jantung pisang, asam keping dan sedikit garam dan kacau hingga jantung pisang agak lembut.

6. Masukkan santan dan kerisik. Kacau hingga mendidih.

7. Rasakan gula dan garam.  Bagi saya, kalau nak lagi sedap tukar gula dengan gula melaka.

Kalau nak pedas, tambah beberapa cilipadi ke dalam teresek semasa sedang mendidih. Makan bersama nasi putih dan ikan kering panas-panas..perghh sangkut habis..mertua lalu depan mata pun tak nampak dah..hehehe

Senang dan mudah je kan?

Jom la cuba resipi Teresek Jantung Pisang...



Follow Instragram Jana_Hazana