Tuesday 30 January 2018

Kecutkan jerawat & hilangkan parut bagi remaja/student : 100% selamat

January 30, 2018 0 Comments
Tengah cari vitamin untuk hilangkan jerawat dan parut yang sesuai untuk remaja/student? Produk jerawat yang dijamin berkesan dan selamat?

Usia remaja memang tak boleh lari dari masalah jerawat, parut jerawat hitam, kulit berminyak, blackheads (bintik-bintik hitam pada hidung) dan ekzema.

Bagi yang aktif bersukan, kulit sunburn akibat sering berjemur dibawah matahari terik. Hitam legam.


produk untuk hilangkan jerawat dan parut jerawat



Antara punca utama jerawat, kulit berminyak, blackheads tu adalah kesan dari perubahan hormon yang agak agresif, stress, tabiat pemakanan, alergi, pengetahuan tentang penjagaan diri dan faktor kebersihan.



Nak hilangkan jerawat dan parut dengan pantas bagi remaja ni mudah je

1. Tubuh mesti cukup antioksidan. Antioksidan melawan serangan radikal bebas yang jadi punca keradangan kulit iaitu jerawat.

2. Tubuh mesti cukup protin. Protin diperlukan untuk baiki dan bina tisu-tisu kulit. Protin juga penting untuk otot, tulang, rambut, enzim dan fungsi hormon.



Set vitamin untuk hilangkan masalah jerawat terbaik untuk kulit remaja adalah vita c plus dan ESP

produk untuk hilangkan parut


ESP diperbuat dari soya non-gmo yang membekalkan protin berkualiti tinggi. Lebih mudah dihadam oleh perut berbanding protin dari sumber haiwan, daya penyerapan yang tinggi. Rendah Index Glisemic.


hilangkan jerawat dan parut jerawat dengan berkesan


Vita-C lengkap dengan bioflanovoid yang berfungsi tingkat penyerapan vitamin c dalam tubuh. Vitamin c rangsang penghasilan kolagen semulajadi tubuh untuk kulit yang sihat dan cantik.

Antara kehebatan gabungan ESP dan Vita-C ialah ia berkesan
  • Kawal kulit berminyak 
  • Kecilkan liang pori halang kotoran dari berkumpul pada liang pori
  • Atasi alergi dan ekzema
  • Kuatkan sistem pertahanan tubuh
  • Kulit jadi glowing dan tampak cerah
  • 100% semulajadi


Testimoni

hilangkan jerawat dan parut jerawat

hilangkan jerawat dan parut jerawat

hilangkan jerawat dan parut jerawat




Kulit kita bukan macam body kereta. Bila berkarat boleh di polish dan cat semula secara luaran.

Tapi kulit kita apabila mengalami masalah mesti dirawat dari dalam. Kena baiki masalah dalaman dulu. Bimbang jika dibiarkan, masalah berlarutan dan parut kekal.


Jangan biarkan jerawat dan parut jerawat yang hitam dan blackheads mengganggu keyakinan adik-adik remaja untuk tampil berani dan bersemangat. Jaga kesihatan kulit supaya dapat kembalikan keyakinan diri untuk serlahkan bakat dan keistimewaan bagi capai cita-cita yang tinggi menggunung itu.

Lihat >> Vitamin untuk otak bijak dan tingkat daya kekuatan memori


Pertanyaan / Order
==============================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===============================



Saturday 27 January 2018

Nak tahu rahsia kulit glowing & awet muda?

January 27, 2018 0 Comments
Sudah tahu ke, manfaat menakjubkan Coq Trol Plus Shaklee terhadap kulit? Jika dah tau, biar lah ia menjadi rahsia kecantikan terbaik anda supaya dapat terus menyerlah dan terus berseri walaupun usia bertambah.

rahsia kulit licin, glowing dan awet muda usia 40-an


Tapi mengapa Coq Trol Plus? Ini kerana Coq Trol Plus membekalkan 100mg coq10 tulen yang menjadi kunci utama rahsia kulit licin, anjal dan glowing usia biarpun usia sudah mencecah 40-an.



Coq10 beri perlindungan optimum terhadap kecantikan kulit.

Coq10 bersifat tinggi antioksidan:

  1. Melindungi kulit dari mengalami penuaan pramatang akibat pancaran sinaran uv yang berlebihan dan menyebabkan keradangan.
  2. Meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan sinaran uv serta pencemaran yang memusnahkan kolagen dan elastin kulit yang menjadi punca penuaan pramatang.
rahsia kulit licin, glowing dan awet muda umur 40-an



Coq10 menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Kemusnahan kolagen dan elastin menyebabkan kulit kendur dan berkedut. Coq10 mengurangkan penguraian kolagen kulit. Dengan itu sekaligus dapat mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, menjadikan kulit licin, anjal, glowing dan awet muda.

rahsia kulit licin, glowing dan awet muda umur 40-an



Coq10 meremajakan kulit dan meningkatkan tenaga

Cara paling mudah untuk mengembalikan keremajaan kulit ialah dengan meningkatkan pengambilan coq10. Ia memelihara kulit dengan:
  • Menggalakkan pembaikpulihan sel
  • Meningkatkan pembentukan sel-sel yang sihat
  • Menyingkirkan toksin
  • Menghidupkan semula sel-sel baru dengan efektif

Lihat >> Coq Trol Plus Shaklee untuk badan cergas bertenaga


Walaupun tubuh kita dapat menghasilkan Coq10 secara semulajadi, namun bermula usia 20-an jumlahnya makin berkurangan. Pada usia 40-an jumlah coq10 dalam tubuh makin merosot. Sebab itu lah kulit menjadi kendur dan kedutan makin ketara.

rahsia kulit licin, glowing dan awet muda umur 40-an


Nak dapatkan 100mg coq10 setiap hari mudah aje. Ambil makanan berikut:

rahsia kulit licin, glowing dan awet muda umur 40-an


3kg daging merah sehari untuk 100mg coq10? Atau
100 cawan brokoli rebus? Mampu telan semua tu tiap-tiap hari?

Kan mudah kalu telan je sebiji Coq Trol Plus Shaklee ni. Terus cukup 100mg coq10 yang diperlukan.

Coq Trol Plus Shaklee bekalkan 100mg coq10 tulen, dilengkapi dengan polifenol, tocopherol dan minyak zaitun untuk kesan yang lebih optimum.

Lihat >> 11 makanan untuk kulit cantik, flawless dan glowing

Jom tampil dengan kulit yang licin, anjal dan glowing biarpun usia 40-an. Jika anda belum mencecah 40-an, bermula sekarang untuk pencegahan awal masalah penuaan pramatang. Jika sudah pun melepasi usia 40-an, anda masih ada peluang. Better late than never, right?

Tak perlu make up beria lagi dah.

Jom mulakan rejimen kulit glowing dan awet muda dengan Coq Trol Plus Shaklee hari ini.
Harga sebotol Coq Trol Plus Shaklee hanya RM157.67 (30biji)

Order segera secara online dengan Shaklee dengan klik pada butang order berikut.

 Order disini


================================
Atau hubungi:

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

================================


rahsia kulit licin, glowing dan awet muda usia 40-an


Nak beli produk Shaklee & jimat sehingga 25%?
ATAU
Nak jana pendapatan sampingan?


Sunday 21 January 2018

Set vitamin shaklee untuk asma atau lelah

January 21, 2018 1 Comments
Penyakit asma atau lelah adalah salah satu penyakit sistem pernafasan yang tak boleh diambil ringan. Mesti dirawat dengan cara yang betul dan efektif. Perlukan penjagaan yang rapi.



shaklee untuk asma



Serangan asma terjadi apabila berlaku keradangan pada saluran udara paru-paru. Otot pada saluran udara menjadi kejang. Lapisan dalam dinding saluran pernafasan membengkak dan menebal. Penghasilan kahak yang banyak. Saluran pernafasan jadi sempit.

Akibatnya kesukaran untuk bernafas.

Serangan asma terjadi apabila ada faktor pencetus seperti:
  • Asap rokok
  • Cuaca panas atau sejuk yang melampau
  • Alahan pada habuk, ubat-ubatan, makanan, debunga atau haiwan
  • Pencemaran alam sekitar dan jerebu
  • Tekanan emosi yang kuat
  • Senaman berat


Vitamin Shaklee untuk asma atau lelah ialah

cara mengatasi asma


1. Vivix
Peningkatan asma pada orang dewasa selalunya akibat dari pendedahan terhadap pencemaran alam sekitar. Jutaan serangan radikal bebas merosakkan keutuhan sel dan sistem pertahanan tubuh setiap hari.

Vivix membekalkan sumber antiosidan yang tinggi bagi melawan serangan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh hingga ke peringkat DNA.


2. Omega Guard
Omega 3 bersifat antiradang merendahkan insiden asma kerana ia mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menjadi faktor gejala asma.

Lihat >>  Lagi kebaikan Omega Guard untuk kesihatan


3. Vita C Plus
Tinggi antioksidan yang bertindak memperbaiki tisu-tisu badan, menguatkan sistem pertahanan tubuh dan mengawal keradangan. Vitamin c mencegah 'wheezing', menghalang penghasilan dan merendahkan paras histamine dalam tubuh. Histamine adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan apabila tubuh mengalami reaksi alahan.

Untuk keberkesanan yang maksimum, vitamin c terbaik diambil bersama bioflanovoid.


4. Garlic
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Melawan serangan bakteria dan baiki tahap sistem pertahanan tubuh. Bawang mengandungi antioksidan 'quercetin' yang berfungsi menghalang keradangan dan reaksi histamine.


5. B-Complex
Membekalkan 8 kumpulan vitamin B yang membantu meredakan stress. Stress atau tekanan emosi juga merupakan salah satu punca serangan asma.


6. Ostematrix
Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Melegakan kontraksi otot salur pernafasan, mengurangkan tahap sensitiviti terhadap bahan alergi dan menambahbaik tahap kesihatan paru-paru.


7. Nutriferon
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang lemah.


Lelaki ini pengidap asma tahap kronik. Apa dah jadi pada beliau setelah amalkan set vitamin shaklee untuk asma orang dewasa? [Video]

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.



Beliau dah mengidap asma sejak dari kecil. Apabila makin dewasa, inhaler tidak lagi berkesan dengan baik bagi beliau. Tapi setelah konsisten dengan vitamin untuk asma kini beliau tidak lagi bergantung pada inhaler. Kekerapan berulang ke hospital pun dah makin kurang.


Set vitamin untuk asma ni bantu melengkapkan keperluan nutrisi khusus yang selalunya kurang dalam tubuh penghidap asma. Pengambilan mengikut dos yang betul secara berterusan dapat bantu baiki tisu tubuh yang rosak, tingkatkan sistem pertahanan dan sekaligus mengurangkan insiden serangan asma.

Dengan ini, penghidap asma boleh jalani hidup dengan aktif dan sihat.

Penyakit asma bukan penyakit berjangkit namun ia boleh diwarisi turun temurun. Ia boleh dikawal dengan penjagaan kesihatan yang rapi serta nutrisi yang lengkap.


Untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk asma sila klik pada butang order online berikut



=============================================
Atau hubungi

Hazana Binti Hamzah (ID 908814)
Instagram: Jana_Hazana

=============================================


cara merawat asma


Nak beli produk shaklee dengan harga ahli
dan jimat sehingga 25%?
ATAU
Ingin menjana side income dengan shaklee?




Disclaimer: Vitamin Shaklee bukan ubat. Vitamin Shaklee bertujuan untuk tingkatkan prestasi kesihatan

Tuesday 16 January 2018

Mengidam cendol dan pasembor bawa kami cuti-cuti ke Alor Star dan Pulau Pinang

January 16, 2018 0 Comments
Masa mengandungkan Hasbi jana mengidam nak makan cendol. Bila pergi makan cendol mesti order pasembor sekali. Tapi frust sebab cendol tak sedap. Pasembor pun pelik. Tu yang datang ilham nak bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang. Dengar cerita kat sana cendol dan pasembor sangat sedap.

Kami fikir elok juga tu bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang. Sambil bawa anak-anak makan angin dan menziarah saudara boleh makan cendol dan pasembor sedap.

Di Alor Star, antara tempat yang kami pergi ialah Muzium padi, Galeri Sultan Abdul Halim dan Rumah Mahathir.



Muzium Padi

muzium padi kedah
Tangga macam gua tu. Kat atas tu kita boleh tengok view jelapang padi

cuti-cuti ke kedah
Tengok lah latar belakang tu. Real kan? Lukisan je tau

cuti-cuti kedah dan pulau pinang
Macam betul-betul. Siap ada pelangi

jalan-jalan kedah dan pulau pinang
Ralit abang Haziq tengok pemandangan jelapang padi

jalan-jalan kedah
Tempat kami berpijak ni berpusing sendiri tau. Kita boleh duk setempat je dan menikmati pemandangan sekeliling.

muzium padi
Anak-anak boleh timba pengalaman menjejakkan kaki ke sawah padi


muzium padi
Real kan? hahaha

Gambar tak banyak tapi cukup sebagai kenangan manis. Maklum la, pakai kamera fon. Ada masa malas nak pegang fon simpan dalam beg, takde dah nak ambil gambar.

Tapi memang tak boleh dinafikan, Muzium Padi ni sangat best. Kita boleh tengok macam-macam jenis beras dari serata dunia. Lain-lain tau bentuk dan warna beras tu.


Galeri Sultan Abdul Halim

galeri sultan abdul halim
Kasut dan aksesori klasik

galeri sultan abdul halim
Kena ingat tau, nanti nak belajar subjek sejarah kat sekolah

galeri sultan abdul halim
Kereta-kereta tu ada aircond tak?

galeri sultan abdul halim
kereta klasik. Selalu tengok dalam tv je. Ni real depan mata. Kagum 

galeri sultan abdul halim
Dekat je dengan masjid Zahir. Lawa tau masjid ni


Rumah kelahiran Dr.Mahathir

rumah kelahiran dr.mahathir

Dalam rumah tak dibenarkan ambil gambar. Siap ada guard lagi. Tu yang ada 1 ni je gambar. Anak-anak memang kagum habis. Selalunya diorang nampak dalam tv je. Versi dah beruban. Kat sini boleh tengok gambar-gambar zaman Tun masih muda segak bergaya.


Esoknya kami ke Pulau Pinang.



Naik feri. Yeayy. Lama tak naik feri. Part paling gayat ialah nak naik tangga. Aduhai. Memang curam. Kena pegang betul-betul. Hati-hati tau.

jalan-jalan pulau pinang
Sorang pekena laksa, sorang pekena char kuey tiaw. Sedap!


Mula-mula sampai cara makanan dulu. Kami pergi makan dekat stadium. Dekat pasar karat tu. Kami makan laksa, char kue tiaw & karipap gergasi. Memang sedap. Karipap tu nenyesal beli 1. Asalnya kitorabg beli 1 je sebab saiz dia besar. Risau tak habis. Tengok-tengok berebut laki bini.

Lepas tu kami pergi melawat Muzium pulau pinang. Biasa lah, konsep kami berjalan-jalan tambah ilmu pengetahuan. Tapi sayangnya tak ambil gambar. Sebab? malas nak pegang fon. Rugi betul. Nampak gaya memang kena melabur ongkos untuk beli kamera. Gantung kat leher terus senang nak ambil gambar.




Rumah P.Ramlee

rumah p.ramlee
Excited tau terutamanya anak-anak. Kami memang peminat p.ramlee

rumah p.ramlee
Cantik rumah dia. Tapi ni versi galeri, memang dah renovate

rumah p.ramlee
Teringat dapur arwah nenek. Tiap kali masak, asap berkepul-kepul

Kami ada juga melawat Aquarium. Takde gambar jugak nak dijadikan kenangan. Sayang betul. Anak-anak memang seronok dapat tengok ikan yang pelbagai saiz, bentuk & warna.

Waktu lunch kami singgah di restoran nasi kandar di Little India. Tapi lupa lak nama kedai dia. Memang takde yang boleh lawan lah. Sedap bangat! Mesti repeat!

Kemudian cari cendol di area Pantai Miami sambil menikmati keindahan pantai.

pantai miami pulau pinang



Kat sini ada cendol Haji yang sangat sedap. Cendol dah la sedap gila, banyak pilihan pulak tu. Ada cendol ori, cendol mangga, cendol durian (ikut musim) dan macam-macam lagi. Yang pasti memang tersangat puas hati. Hajat tercapai akhirnya. Alhamdulillah.

Terima kasih yang tak terhingga buat kakak & abang ipar yang sediakan accomodation, transportation malah bawa kami jalan-jalan pusing Alor Setar dan Pulau Pinang.

Layanan baik Kak Ti dan abang Mazlan sekeluarga memang sangat kami hargai.



Ada rezeki, jana nak repeat lagi trip ke Kedah dan Pulau Pinang ni. Tunggu adik Hasbi besar sikit. So kena usaha gemukkan tabung travel.

Masa ni pergi bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang ni jana pregnant 6 bulan. Tak sangka gagah jugak jalan sana sini, naik turun tangga. Kesihatan pun ok je. Yang penting badan cergas dan happy. Baru lah dapat enjoy the trip.

Lihat >> vitamin terbaik untuk ibu mengandung cergas


Saturday 13 January 2018

Coq-Trol Plus Shaklee terbaik untuk tenaga dan tingkat kecergasan

January 13, 2018 0 Comments
Ramai yang cari suplemen untuk tambah tenaga, tingkat kecergasan. Tak kira lelaki atau wanita. Maklum la sekarang saingan sangat sengit. Semua orang kena bekerja keras untuk hasil yang terbaik. Mesti konsisten. Tenaga mesti sentiasa tip top.

Tapi kita bukan robot kan?
Lama kelamaan kita akan rasa penat, lesu dan mudah mengantuk. Badan mudah letih, emosi mudah terganggu. Faktor usia, gaya hidup & pemakanan memainkan peranan. Contohnya seperti pencemaran alam sekitar, makanan tinggi gula dan lemak, stress dan kurang aktif.

Tingkatkan tenaga dan kecergasan dengan Coq Trol Plus Shaklee yang membekalkan coq10.

tingkat tenaga dan kecergasan



Mengenai coq10

Coq 10 ialah singkatan bagi Coenzyme Q10.
Coenzyme Q10 (coq10) adalah komponen didalam mitokondria iaitu penjana tenaga dalam sel-sel tubuh kita. Coq10 berfungsi sebagai:
  • Komponen penting dalam penghasilan tenaga.
  • Menukarkan lemak dan gula kepada tenaga untuk diguna sepanjang hari.
  • Antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan akibat serangan radikal bebas.

Jumlah Coq10 sangat tinggi pada sel-sel bahagian otak, jantung dan hati.

Namun, jumlah coq10 akan menurun mengikut pertambahan usia. Makin kita tua, coq10 makin kurang.



tingkatkan tenaga dan kecergasan



Menurut kajian, penggunaan ubat statin untuk turunkan kolesterol juga menyebabkan jumlah coq10 menurun sebanyak 40%!


Coq10 untuk tenaga yang berpanjangan

Lebih tinggi jumlah coq10, lebih banyak tenaga dihasilkan dan membekalkan tenaga ke seluruh tubuh dengan lebih cekap. Peningkatan coq10 membantu:
  • Tingkatkan kekuatan otot
  • Cepatkan pemulihan luka


Coq10 untuk peredaran darah yang sihat

Coq10 sangat banyak pada organ yang memerlukan lebih banyak tenaga seperti jantung. Jantung yang sihat dan kuat dapat memastikan peredaran darah yang baik. Penambahan coq10 akan membantu:
  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  • Meningkatkan tenaga bagi mereka yang mengambil ubat statin


Coq10 untuk tingkat sistem reproduksi (kesuburan)

Selain bertindak sebagai antioksidan yang melawan tindakbalas oksidatif, coq10 turut menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan tingkatkan tenaga dalam sperma dan ovum:
  • Meningkatkan jumlah bilangan sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum


Coq10 untuk kulit glowing berseri-seri

Coq10 terdapat pada permukaan luar kulit untuk melindungi kulit dari pancaran sinar UV yang merbahaya. Coq10 berfungsi dengan membekalkan tenaga kepada sel-sel kulit yang rosak untuk memperbaiki diri sendiri. Hasilnya kulit glowing dan awet muda. Peningkatan coq10 membantu:
  • Anjalkan kulit dan kurang kedutan.
  • Baikpulih tekstur kulit.


Coq10 untuk fungsi kognitif

Sebagai antioksidan yang melindungi saraf, coq10 bantu mengurangkan pembentukan plak amiloid. Dipercayai plak amiloid adalah salah satu punca penyakit alzheimer (nyanyuk). Coq10 membantu:
  • Pelihara kesihatan sel-sel otak
  • Tingkat daya memori, tumpuan dan minda.
  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Tingkat daya fokus dan fungsi sel-sel otak.


Menurut kajian, setiap hari kita memerlukan 100mg coq10. Walaupun tubuh manusia dapat menghasilkan coq10 secara semulajadi namun penghasilannya akan merosot seiring dengan usia dan gaya hidup bermula seawal usia 20 tahun.

Untuk memastikan kita mendapat 100mg coq10, kita boleh dapatkannya dari:

makanan untuk tingkatkan tenaga dan kecergasan


Mampu?

Cara paling mudah nak cukup 100mg coq10 setiap hari ialah dengan mengambil makanan diatas dalam portion yang sesuai berserta 1 tablet Coq Trol Plus Shaklee.



Keistimewaan Coq Trol Plus Shaklee berbanding produk coq10 lain ialah, ada tambahan polifenol.


Polifenol bina stesen janakuasa.
Coq10 adalah pekerja.

Apabila lebih banyak stesen janakuasa dibina, lebih ramai pekerja boleh bekerja. Maka lebih banyak tenaga dihasilkan.

Selain itu, Coq Trol Plus Shaklee turut dikuasakan dengan 2mg tocopherol serta minyak zaitun untuk penyerapan unggul.

Shaklee Coq-Trol Plus adalah suplemen paling bagus untuk tenaga dan tingkat kecergasan lelaki mahupun wanita. Tengok ni, baru ambil dalam seminggu. Ada yang 4 hari je tapi dah dapat kesan yang best.

Testimoni Coq Trol Plus Shaklee

coq trol shaklee


tingkat tenaga dan kecergasan

coq trol plus shaklee

coq trol baru shaklee untuk apa





Bila pulang dari mencari rezeki, normal la badan rasa penat. Sepatutnya bila selesai bersihkan diri dan berehat buat seketika badan rasa segar sikit. Dah boleh sambung uruskan rumahtangga pula.

Tapi walaupun dah rehat badan tetap rasa lesu, atau buat kerja sikit dah rasa penat, itu tanda vitamin tambah tenaga diperlukan. Jangan biar lama-lama. Cepat cari cara untuk mengatasi badan lesu dan mudah penat. Jom dapatkan Coq Trol Plus Shaklee ni.

Nak cuba Coq Trol Plus Shaklee?
Jom cuba dan rasai perbezaannya.

Harga sebotol Coq Trol Plus Shaklee hanya RM157.68. Sebotol ada 30 biji.

Order Coq Trol Plus segera dari Shaklee secara online dengan klik pada butang order berikut.

 Order disini


Atau order Coq Trol Plus Shaklee dengan ikut langkah-langkah mudah berikut

tingkatkan tenaga dan kecergasan


Nak beli produk Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Ingin menjana pendapatan sampingan
dengan modal rendah?




Disclaimer: Vitamin bukan ubat. Ia bukan tujuan merawat tetapi digunakan untuk meningkatkan prestasi kesihatan.

Wednesday 10 January 2018

Kenapa Omega Guard dikatakan suplemen minyak ikan terbaik di dunia

January 10, 2018 16 Comments
Ramai yang bertanyakan tentang suplemen minyak ikan ni. Ada yang tanya untuk otak bijak, ada yang tanya untuk sakit-sakit sendi, ada yang tanya untuk kuruskan badan. 

Ye lah, minyak ikan ni kan bekalkan omega 3 yang memberi banyak faedahnya untuk kesihatan kita.

Jika anda sedang mencari suplemen minyak ikan terbaik untuk dewasa dan kanak-kanak, jana sangat syorkan Omega Guard Shaklee. Omega Guard adalah suplemen minyak ikan. Kenapa Omega Guard dikatakan suplemen minyak ikan terbaik di dunia?


cara memilih minyak ikan yang bagus



Sebelum tu biar jana rungkai fungsi dan kebaikan minyak ikan dulu.

Minyak ikan adalah sumber asid lemak omega 3 (DHA dan EPA) yang sangat bagus untuk kesihatan sejagat. Omega 3 sangat penting namun tubuh kita tak dapat hasilkannya secara semulajadi. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. 

Selain minyak ikan, ada juga Omega 3 dari sumber tumbuhan. Namun begitu, Omega 3 dari asas tumbuhan tak dapat ditukarkan kepada DHA dan EPA secara berkesan oleh badan manusia.



Fungsi dan kebaikan Omega 3 untuk perkembangan otak


suplemen untuk otak


60% binaan otak manusia terdiri dari lemak. 20% darinya adalah DHA. DHA paling banyak terdapat pada neuron. Neuron adalah sel dalam sistem saraf yang bertanggungjawab menghantar signal ke seluruh tubuh. Sebab itu lah Omega 3 sangat penting untuk perkembangan otak manusia.

Ibu mengandung dan ibu menyusu amat disyorkan untuk mengambil omega 3 secara konsisten bagi memenuhi keperluan tumbesar janin dalam kandungan dan bayi yang menyusu.

Kajian ada menunjukkan, bayi dilahirkan oleh ibu yang mengambil omega 3 secara konsisten:
  • Mempunyai daya pemikiran (IQ) yang lebih tinggi.
  • Perkembangan daya kognitif dan daya fizikal yang lebih baik.
  • Mempunyai daya penglihatan yang lebih baik.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi sosial yang lebih baik.
  • Kurang masalah kelakuan.
  • Mengurangkan risiko ADHD, autisme dan celebral palsy.
  • Mengurangkan risiko perkembangan terbantut

Omega 3 sangat berkesan dalam membantu masalah mudah lupa dan mengurangkan risiko Alzheimer.



Fungsi dan kebaikan Omega 3 untuk masalah kolesterol, penyakit jantung dan strok


shaklee omega 3


Punca utama kepada masalah kolesterol, penyakit serangan jantung dan strok adalah kolesterol LDL (low density lipoprotien cholesterol) dan paras trigleserida yang tinggi yang menyebabkan radang arteri (artherosclerosis).

Trigleserida adalah lebihan lemak, alkohol dan gula yang disimpan dalam sel-sel lemak seluruh tubuh.

Omega 3 meningkatkan kolesterol jenis HDL (kolesterol baik) yang akan merendahkan paras trigleserida sebanyak 15-30%. Selain merendahkan paras kolesterol jahat, Omega 3 juga boleh  mencegah pembekuan darah dalam pembuluh darah, mengatasi artherosclerosis, melancarkan peredaran darah dan mengekalkan tekanan darah unggul.

Pengambilan Omega 3 secara konsisten dapat merendahkan risiko serangan penyakit jantung dan strok.




Fungsi dan kebaikan Omega 3 untuk kurus dan perut kempis


omega guard untuk kurus


Omega 3 berupaya menggalakkan pembakaran lemak dalam tubuh.

Dalam satu kajian dimana subjek mengambil 2g Omega 3 selama 6 minggu. Hasilnya beliau telah kehilangan 0.9kg. Tanpa menukar diet dan melakukan sebarang senaman.

Omega 3 meningkatkan tahap sensitiviti sel-sel  tubuh terhadap insulin. Sel-sel tubuh yang sensitif terhadap insulin akan meminimumkan penyimpanan lemak yang diambil dari makanan.

Omega 3 juga mengurangkan selera makan dengan merangsang penghasilan hormon leptin. Hormon leptin dihasilkan dalam sel-sel lemak badan, bergerak melalui peredaran darah dan beri signal kepada otak.

Apabila otak mengesan paras hormon leptin yang tinggi, otak akan set tubuh cukup bekalan tenaga. Kesannya, selera makan normal. Mudah kenyang.

Jika tubuh kekurangan hormon leptin, otak fikir tubuh kita dalam keadaan kebuluran. Bimbang tubuh akan kekurangan tenaga maka otak akan hantar signal supaya rasa lebih lapar dan menyimpan lebih banyak lemak. Kesannya selera makan bertambah-tambah. Susah kenyang.

Oleh itu, jika anda merancang untuk kurus pastikan Omega 3 diambil secara konsisten.




Fungsi dan kebaikan Omega 3 untuk kecantikan kulit dan awet muda

Jurnal of Lipid Research (2005). Dalam satu penemuan, EPA berkesan menghalang penghasilan enzim yang boleh memusnahkan kolagen dalam tubuh manusia. Enzim tersebut dirangsang oleh sinaran UV.

Kemerosotan kolagen adalah punca kulit berkedut dan menggeleber.

EPA bersifat antioksidan dan antiradang. Ia berupaya memelihara dan melindungi kulit dari kerosakan akibat pancaran sinaran matahari dan membaiki semula tisu kulit yang rosak.

EPA melambatkan kesan penuaan pada kulit dengan
  • mengawal penghasilan minyak pada kulit
  • mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang jerawat
  • menyeimbangkan asid lemak bawah kulit sekaligus mengurangkan kedutan halus.
  • Mencegah tanda-tanda penuaan pramatang.




Fungsi dan kebaikan Omega 3 untuk masalah sendi

Omega 3 mempunyai sifat antiradang. Ia membantu mengurangkan kesakitan dan sendi kaku (selalunya dihadapi apabila cuaca sejuk)

Omega 3 melambatkan degradasi tulang rawan sekaligus mengurangkan gejala penyakit sendi. Ia juga bertindak sebagai pelincir pada sendi yang melancarkan pergerakan


suplemen omega 3 untuk orang dewasa






Fungsi dan kebaikan Omega 3 untuk depression, gangguan mental

Kajian menunjukkan, penduduk Taiwan dan Jepun mempunyai purata pesakit mental yang 10 kali lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Ini berikutan diet penduduk Taiwan dan Jepun yang tinggi dengan Omega 3 iaitu ikan.

Penyelidik dari Belgium yang menjalankan kajian di Antmep's University Hospital telah menemui, pesakit mental yang serius mempunyai paras Omega 3 yang sangat rendah berbanding pesakit mental tahap sederhana..

Kajian lain menunjukkan pengambilan omega 3 mengurangkan kekerapan perubahan mood dan kes berulang dikalangan pesakit skizofernia dan bipolar disorder.

Pengambilan omega 3 juga mengurangkan kelakuan ganas.




Fungsi dan kebaikan omega 3 pada asma kanak-kanak

Asma ialah penyakit peparu kronik dengan ciri-ciri seperti batuk, pernafasan pendek dan nafas berbunyi. Asma disebabkan oleh keradangan dan bengkak salur pernafasan pada peparu.

Beberapa kajian telah menunjukkan omega 3 berkesan mengurangkan risiko asma pada kanak-kanak dan remaja.

Lihat >>> Hilangkan batuk & selsema anak-anak



Lagi fungsi dan kebaikan omega ialah merendahkan lemak dalam hati bagi pesakit hati berlemak, melawan penyakit autoimun (SLE), mencegah kanser, meredakan senggugut, memperbaiki masalah tidur seperti mencegah insomnia, berdengkur dan tingkatkan tempoh serta kualiti tidur.



minyak ikan yang bagus untuk orang dewasa


Cuba cek, berdasarkan gambarajah ni yang mana satu paras omega 3 dalam tubuh anda?


Banyak betul fungsi dan kebaikan omega 3 ni.
Namun kita harus bijak memilih sumber atau suplemen omega 3. Harus pastikan pilih minyak ikan omega 3 yang benar-benar tulen sahaja. Baru lah dapat manfaat yang terbaik.

Jika anda belum pernah mengambil suplemen minyak ikan, jadikanlah ia rutin harian mulai hari ini.

Jika selama ni anda adalah pengguna tegar suplemen minyak ikan omega 3, adakah anda dapat manfaat kebaikan seperti diatas? Jika TAK, ini lah masanya untuk bertukar jenama suplemen minyak ikan anda.


Kenapa Omega Guard Shaklee dikatakan suplemen minyak ikan omega 3 paling bagus di dunia?

Keistimewaan dan kebaikan Omega Guard Shaklee

1. Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ikan yang digunakan antaranya sardin, mackerel, herring dan ikan billis. Ikan-ikan kecil digunakan kerana ia kurang kandungan pencemaran.




produk omega 3 paling bagus



2. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia lengkap 7 spektrum asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk DHA, EPA dan ALA.

3. Proses penyulingan proprietari 3 molekul digunakan untuk ekstrak omega 3 yang paling tulen. Proses ini memastikan nutrien penting minyak ikan terpelihara dan dalam masa yang sama menyingkir bahan pencemaran berbahaya seperti plumbum, merkuri, arseni dan polychlorinated biphenyl (PCB iaitu bahan kimia industri yang sangat bertoksik.

Omega 3 dalam Omega Guard bukan dari sumber hati ikan.


4. Setiap tablet mengandungi mengandungi 1,000mg omega 3 yang tulen lagi pekat. Paling tinggi berbanding produk terpilih lain.
suplemen minyak ikan omega 3


5. Diiktiraf sebagai 'Friend of the sea' kerana dalam penghasilan sumber minyak ikan shaklee yang berkualiti tinggi, tetap memastikan sumber laut dan alam sekitar kekal terpelihara. Shaklee guna satelit dalam proses penangkapan.


shaklee friend of the sea



Selain atas faktor ketulenan, kualiti dan kuantiti. Omega Guard Shaklee dijamin sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam. Sebab tu lah Omega Guard Shaklee adalah suplemen minyak ikan terbaik di dunia.

Nak cuba minyak ikan Omega Guard Shaklee?
Harga Omega Guard Shaklee hanya rm136.25 sahaja (90 biji).

Jika anda menggunakan kad kredit/kad debit, anda boleh beli Omega Guard segera secara online terus dari laman web Shaklee dengan hanya klik pada butang Esell dibawah


Order Omega Guard disini

Atau tuan boleh order Omega Guard Shaklee dengan ikuti langkah-langkah mudah berikut







Nak beli produk Shaklee dengan
harga ahli?
ATAU
Ingin menjana pendapatan sampingan
dengan modal rendah?




Disclaimer: Vitamin bukan ubat. Ia bukan tujuan merawat tetapi digunakan untuk meningkatkan prestasi kesihatan.

Follow Instragram Jana_Hazana