Saturday 14 April 2018

Masalah resdung sembuh cepat dengan petua moden

April 14, 2018 0 Comments
Camana nak tau sekiranya kita ada masalah resdung?

Tanda-tanda kita ada masalah resdung antaranya ialah setiap pagi mesti akan bersin berulang-ulang kali. Hidung sering rasa tersumbat. Hingus meleleh-leleh. Bila bercakap suara sengau. Waktu malam terasa gatal-gatal dalam hidung mata serta telinga.

Camtu lah tanda-tanda orang ada masalah resdung. Setiap pagi akan alami benda sama.


petua mujarab rawat resdung



Jana sendiri ada pengalaman mengalami masalah resdung. Pada satu tahap, jam 2 pagi tersedar dari tidur sebab rasa gatal merenyam belakang mata, serentak dengan gatal telinga dan hidung hingga air mata serta hingus mengalir deras macam orang menangis.

Gatal yang amat rasa macam nak garu dengan berus.


Orang ada masalah resdung juga selalunya:

  • Akan ada masalah jerawat. Tapi tak semua.
  • Sering sakit kepala
  • Alergik dengan seafood. Bila makan seafood, gatal merenyam menjadi-jadi atau naik jerawat.
  • Sensitif dengan habuk, debunga, bulu binatang
  • Deria bau kurang berfungsi
  • Tidur berdengkur
  • Mudah demam



Punca masalah resdung bukan disebabkan oleh ulat atau cacing dalam rongga hidung tapi disebabkan oleh bakteria ataupun kulat, jangkitan atau alahan pada dinding rongga hidung-telinga-tekak (sinus). Pencemaran alam sekitar serta sistem pertahanan tubuh lemah juga boleh menjadi punca masalah resdung.

Sistem pertahanan tubuh lemah adalah kaitan antara masalah resdung dengan masalah kulit seperti jerawat dan mudah demam.

Ada juga masalah resdung disebabkan oleh struktur fizikal pada rongga sinus.


merawat resdung


Secara normal rongga sinus akan kosong. Bila masalah resung sedang meradang, rongga sinus dipenuhi dengan mukus. Sebab tu pesakit resdung sering sakit kepala, sakit muka. Mukus yang berkumpul dalam rongga sinus lama-kelamaan akan menjadi tempat pembiakan kuman bakteria serta kulat.


Aktitivi menyelam dan berenang boleh menyumbang kepada masalah resdung sekiranya air terperangkap dalam rongga sinus.




Masalah resdung biasanya akan hilang dalam masa sebulan. Jika masalah resdung berlarutan hingga 4 bulan dan lebih, itu dikatakan masalah resdung kronik.

Masalah resdung kronik dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kemudaratan. Antara masalah lain yang boleh timbul ialah jangkitan nanah sekeliling mata, jangkitan tulang muka, memburukkan lagi keadaan asma, tonsil membengkak termasuk jangkitan telinga.





petua moden hilangkan masalah resdung



Ramai nak tahu tentang merawat masalah resdung sembuh cepat dengan cara moden ni. Sebab cara ini sangat mudah, selamat, berkesan.


Jana sendiri pun dah tiada lagi masalah resdung selepas guna cara ni. Setelah amalkan Vivix, Vita C, Bcomplex dan ESP masalah resdung jana dah hilang. Sangat mudah dan efektif. Selain masalah resdung dah hilang, jana juga dapat manfaat lain untuk kesihatan tubuh dan kulit cantik.


Antara pengguna yang telah berjaya mengatasi masalah resdung dengan Set Resdung Shaklee 

set resdung shaklee
Testimoni set resdung shaklee




testimoni shaklee resdung
Testimoni set resdung shaklee




set resdung shaklee
Testimoni set resdung shaklee




Kebaikan Set Resdung Shaklee antaranya:
  • Menguatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan pembiakan bakteria dan kulat.
  • Lengkap dengan antioksidan untuk melawan agen radikal bebas dari pencemaran persekitaran.
  • Mencegah keradangan 
  • Mengatasi masalah alergi
  • Merawat masalah jerawat bernanah
  • Baiki parut
  • Baiki masalah penghadaman
  • Atasi stress
  • Atasi masalah bau badan


Jika anda juga sedang mengalami masalah resdung, sembuhkannya cepat dengan petua orang moden ini. Jangan biarkan masalah resdung anda berlarutan hingga menjadi lebih kronik dan lebih sukar untuk dirawat.



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================





Friday 13 April 2018

Bisnes dropship : 5 ciri-ciri syarikat bagus supaya dapat untung berganda dan bertahan lama

April 13, 2018 0 Comments
Sekarang ni kos keperluan hidup makin tinggi, tak boleh berharap sepenuhnya pada gaji bulanan. Dari itu ramai dah mula keluar dari zon selesa untuk cari side income. Dengan adanya side income sekurang-kurangnya boleh la buat cover mana patut. Tambah-tambah musim tamat cuti persekolahan dan musim perayaan. Time ni duit banyak nak pakai kan?


bisnes dropship jana side income



Tapi nak buat bisnes side income pun bukan senang. Masa dan tenaga banyak diperlukan. Risiko tetap ada. Mesti pandai balance antara kerja hakiki, tanggungjawab pada keluarga serta bisnes side income.


Ada banyak cara, ada banyak jenis side income kita boleh buat. Ada yang boleh dibuat dari rumah, ada kena keluar rumah, ada dibuat sendiri, ada buat dengan syarikat. Selalunya side income paling menjadi pilihan ramai ialah buat bisnes dropship. Sebab bisnes dropship hanya perlukan modal kecil, risiko nak rugi tu hampir tiada, masa fleksibel. Hampir semua orang boleh buat bisnes dropship ni.



Tak kisah lah macam mana cara kita pun asalkan hasil dari side income kita buat tu halal lagi suci. Jangan sampai lari dari tujuan asal kita buat side income. Betul tak?



bisnes dropship




Jika anda tengah cari idea, atau tengah survey nak buat side income melalui bisnes dropship, sebelum start nak melabur wang, masa dan tenaga tolong konsider ciri-ciri syarikat yang terlibat. Ini supaya bisnes dropship kita buat ni bertahan lama, ada jaminan pulangan setimpal dengan wang, tenaga dan masa kita.


Taknak lah nanti tiba-tiba syarikat lingkup ke, pengurusan larikan duit ke, rupa-rupanya scam ke. Mintak jauh. Sebab tu kena survey, study dan selidik dulu betul-betul bisnes dropship yang bakal kita buat ni


Baru ni jana join kelas #projekbuatduit oleh Master Tuan Haji Roslan. Beliau dah hampir 30 tahun dalam bidang 'bisnes dropship' hingga dah jadi jutawan. Tahap otai. Apa rahsia yang bukan lagi rahsia hingga beliau boleh bertahan dengan lama dan berjaya walaupun dengan hanya bisnes dropship?


Ini ialah apa yang telah dikongsikan oleh beliau.



Ciri-ciri syarikat yang bagus untuk bisnes dropship sebagai penjana side income.

1. Syarikat yang kukuh

Syarikat yang kukuh mampu bayar bonus dan insentif kepada ahli tanpa gagal walaupun zaman ekonomi meleset. Pengurusan mesti jujur, kuat dan kukuh.

2. Produk repeatable, berkualiti dan selamat

Produk yang dijual mesti repeatable, berkualiti dan selamat juga sentiasa ramai orang nak beli tak kira musim. Orang memang suka dan sebut.

3. Pelan mudah diajar dan buat

Pelan mudah, tulus, jujur supaya ahli mudah faham dan mudah capai. Logik. Pengurusan dan ahli boleh berbincang untuk penambahbaikan.

4. Ada sistem mudah tiru

Sistem mudah tiru, duplicate supaya lebih ramai ahli boleh berjaya. Setiap ahli ada peluang yang sama.


5. Ada mentor & team

Mentor yang melatih protege untuk menjadi mentor dengan istilah lain "Teach to teach".


"Bisnes dropship je pun.. takkan la sampai nak pilih-pilih camtu sekali? Asal masuk duit cukup lah. Lagipun saja nak suka-suka"

Bisnes dropship pun sejenis bisnes ye. Kita nak bisnes yang boleh kekal beri kita income hingga boleh diwariskan ke anak cucu.



Jana sendiri buat bisnes dropship sebagai cara untuk dapatkan side income. Bisnes dropship jana buat ni sama dengan bisnes dropship yang Tuan Master Haji Roslan tu buat.

Bisnes dropship ini modal tak sampai rm80. Tapi peluang pendapatan tanpa limit. Tak perlu simpan stok sebab syarikat sediakan kemudahan penghantaran produk terus kepada customer. Paling bagus, sistem yang mudah difahami, sesiapa pun boleh buat, adil lagi saksama.

So, jana pergi mana pun, sakit nak beranak ke atau dalam pantang, bisnes dropship jana tetap jalan. Income tetap masuk. Nak tau lebih lanjut tentang bisnes dropship jana ni? Contact jana sekarang.

projek buat duit dengan bisnes shaklee
Program #projekbuatdui untuk latih pelapis baru dalam bisnes dropship 


Aktiviti terkini kami ialah #projekbuatduit bertujuan melatih protege-protege baru dalam menjana side income dengan bisnes dropship. Apa pun impian mahupun tujuan contohnya nak ubah ekonomi keluarga, nak langsai hutang-hutang lama, nak sponsor mak ayah pergi umrah atau apa saja, anda boleh bermula disini.


Baca sini : Kenapa ramai pilih Shaklee


Bisnes dropship jana buat ni ada sistem reward tersendiri iaitu 3C:

  1. Cash ~ ada 2 jenis iaitu cash untung runcit dan cash bonus yang dikira melalui kutipan point.
  2. Car bonus ~ cash juga tapi khas untuk kereta. Tapi nama je car bonus, katalah kita tak nak beli kereta tapi nak beli rumah guna duit ni. Boleh je.. dah duit kita kan...
  3. Convention ~ dalam negara dan luar negara serta pakej umrah. Convention ni paling disebut-sebut sebab ianya percutian 6 bintang. Boleh bawa suami/isteri, anak-anak mahupun mak ayah.


bisnes dropship untuk side income




Jika anda sedang pening dengan masalah kewangan keluarga anda. Bangkit lah untuk berniaga.
Jika anda sedang cari bisnes dropship yang paling best, berminat nak sertai kami. Jangan tangguh lagi. Contact jana sekarang.


Tak perlu risau sebab syarikat kami ni menepati semua 5 ciri-ciri syarikat bagus untuk bisnes dropship.

Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

Wednesday 11 April 2018

Kenapa ramai rakyat Malaysia pilih Shaklee

April 11, 2018 0 Comments
Pernah dengar nama Shaklee? Sekarang ni Shaklee dah macam jadi trend. Kat facebook, kat IG, kat Google bersepah nama Shaklee serta gambar-gambar produk. Ramai golongan profesional pilih Shaklee. Ramai artis mula pilih produk Shaklee. Pengguna produk Shaklee makin ramai. Sebut nama Shaklee mesti ramai dah tau. "oooo.. shaklee..."

Tapi kenapa Shaklee popular walaupun tak pernah masuk tv, tak pernah masuk majalah, tak pernah upah mana-mana artis atau model untuk jadi duta produk mahupun duta syarikat?

Kenapa ramai rakyat Malaysia pilih produk Shaklee?
Kenapa Jana pilih Shaklee?
Kenapa pilih Shaklee?


peluang bisnes dengan shaklee




Latar belakang syarikat

Seperti yang telah diketahui umum, Shaklee adalah nama syarikat yang menjual produk kesihatan dan produk mesra alam. Uniknya produk Shaklee ialah, tatkala orang lain mengamalkan penggunaan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada alam semulajadi iaitu dengan menghasilkan vitamin dan produk-produk dari bahan-bahan alam semulajadi yang tulen dan berkualiti tinggi.

Produk Shaklee bukan sekadar organik tetapi lebih dari organik (beyond organik). Setiap bahan baru akan diuji dengan lebih 350 ujian untuk menguji kehadiran logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar lain yang berbahaya.

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan sesiapa sahaja. Apabila anda memilih Shaklee, anda akan tahu 3 perkara benar.

  1. Ia sentiasa berkesan
  2. Ia sentiasa selamat
  3. Ia sentiasa mesra alam

Dr Shaklee percaya, alam semulajadi dan pemikiran kita ada kebolehan untuk merawat.

Ini terbukti apabila Dr Shaklee sendiri pernah mengalami penyakit tibi dan kanser. Beliau sembuh dari penyakit-penyakit tersebut melalui pemakanan dan persekitaran sihat.

peluang bisnes modal sikit tapi pulangan besar





Produk yang bermutu dan berkualiti tinggi

Legasi Shaklee bermula pada tahun 1915 Dr. Shaklee telah mencipta "Vitalized Minerals" iaitu multivitamin yang pertama di dunia. Perkataan vitamin adalah singkatan kepada nama Vitalized Minerals. Lebih kurang 40 tahun dijual barulah Syarikat Shaklee ditubuhkan. Shaklee Corporation merupakan syarikat jualan langsung yang pertama di dunia.

Dr. Shaklee juga antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah mesra alam yang pertama di dunia iaitu Basic H. Pencuci yang bersifat biodegradasi yang bebas bahan toksik dan tidak mencemarkan alam.

Ketika kebanyakan syarikat lain melaburkan wang juta-juta dolar untuk marketing dan upah duta, Shaklee melaburkan juta-juta dolar untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan produk.



shaklee bagus ke


Fakta

Untuk memastikan produk Shaklee sentiasa selamat;
  • Lebih dari 83,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun
  • Lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani baru
  • Jaminan kesucian
  • 100% kepuasan dijamin

Untuk memastikan produk Shaklee sentiasa berkesan;
  • 300juta USD telah dilaburkan dalam R&D
  • Lebih 100 kajian klinikal telah diterbitkan
  • 55 paten
  • 54 pingat emas olimpik (yang dimenangi oleh atlet-atlet yang guna produk Shaklee)
  • Landmark Study untuk pengguna lebih 20 tahun

Untuk memastikan produk Shaklee sentiasa mesra alam;
  • Tiada perasa, pemanis dan pewarna tiruan 
  • Tiada ujian haiwan
  • Tiada bahan kimia 
  • Pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates dan dakwat bertoksik
  • Pembungkusan guna bahan yang dikitar semula

produk shaklee bagus ke





Selain menawarkan produk yang berkualiti tinggi bertaraf dunia, Syarikat Shaklee turut menawarkan peluang bisnes. Bisnes Shaklee menggunakan sistem Multi Network yang membolehkan sesiapa saja jadi pengedarnya dan akan diberi tawaran ganjaran 3C.




Tawaran 3C untuk ahli berdaftar Shaklee

Setiap ahli Shaklee akan dapat hak samarata tak kira dah berapa lama join. Apa yang membezakan antara ahli adalah berapa banyak perkongsian yang telah dilakukan. Perkongsian yang bagus bermakna berapa ramai orang mula sedar akan kebaikan produk dan bisnes Shaklee.

3c ni kira macam 'upah' sebab memperkenalkan dan ajak orang jadi pengguna Shaklee.

peluang jana pendapatan sampingan



Apa tu 3C?

1. Cash bonus

Terbahagi kepada 2 iaitu untung runcit dari jualan produk dan bonus bulanan dari point yang dikumpul selama sebulan.

2. Car bonus

Dibayar dalam bentuk tunai. Car bonus dan cash bonus adalah 2 perkara yang berbeza. Car bonus dibayar dalam bentuk tunai, dengan car bonus kita ada pilihan nak beli kereta apa. Kalau taknak buat beli kereta pun takpe, nak simpan ke, nak buat pergi melancong pun boleh. Duit kita kan..

3. Convention

Insentif khas percutian tempatan, luar negara dan pakej menunaikan umrah dengan layanan percutian 6 bintang.


Untuk modal permulaan hanya RM80, rewardnya adalah sangat lumayan kan?
Ini kerana syarikat tak perlu labur juta-juta untuk iklan produk kat tv, tak perlu bayar duta produk. Jimat dah kat situ. Jadi keuntungan syarikat dikongsi bersama dengan pengedar-pengedarnya.



Secara keseluruhan, Shaklee menawarkan 3 perkara iaitu
  1. Jaminan nutrisi yang mencukupi dalam pemakanan seharian. Nutrien dalam sepinggan sayur sekarang tak sekaya nutrien dalam sepinggan sayur zaman dulu.
  2. Peluang bisnes untuk bantu manusia capai impian dalam hidup. Ada yang nak naik taraf ekonomi keluarga, nak belanja mak ayah pergi umrah & pelbagai lagi
  3. Penyelesaian moden terhadap masalah moden. Apa masalah moden?
  • Terlalu sibuk untuk jaga pemakanan yang betul. 
  • Peningkatan kos sara hidup sedangkan pendapatan statik. 
  • Keinginan dan impian yang tak terhad.

Ini lah sebabnya kenapa pilih Shaklee. Anda juga patut pilih Shaklee. Ada pepatah berbunyi; 
"Bertukar jenama boleh menukar masa depan"

Dengan Shaklee, ia ternyata benar. 


peluang jana pendapatan sampingan lumayan
Nak buat pendapatan sampingan dengan Shaklee? Sertai pasukan kami hari ni.




Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Tuesday 10 April 2018

Cara mudah nak kulit awet muda 10-20 tahun & cantik semulajadi

April 10, 2018 0 Comments
Bagaimana cara nak dapatkan kulit awet muda cantik semulajadi. Semulajadi tu sampai tahap awak berani lah keluar rumah pergi kerja, pergi zumba tanpa secalit bedak pun kat muka, kulit awet muda cantik licin sampai orang tak percaya umur sebenar awak.

Jangan tak percaya, dah terbukti pun. Ramai dah berjaya dapatkan kulit awet muda cantik semulajadi.

kulit awet muda dan cantik



Leceh betul nak sentiasa makeup siang malam supaya kulit nampak cantik licin flawless kan? Nak solat kena cuci, pastu pakai balik. Kalau tak make up karang terserlah kulit muka yang kusam berjeragat, kedut halus lagi kasar dan tona tak sekata tu. Serba salah jadinya.

Sebab tu sekarang ramai yang mula cari cara nak dapatkan kulit awet muda cantik, halus lagi licin, nampak segar dan bersih secara semulajadi. Cantik dari dalaman gitu. Tak mustahil walaupun usia dah cecah 40an, 50an kulit masih awet muda remaja, cantik licin nampak segar walapun baru bangun tidur.

Baca: 7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja


Bagaimana cara nak dapatkan kulit awet muda dan cantik secara semulajadi?

atasi kulit kusam usia 40an


Amalkan Set Radiat 5, Dijamin berkesan. Dijamin selamat. Dah terbukti.

Kelebihan dan kebaikan set Radiant 5:
  • Kulit cantik, licin, halus, tegang dan lebih cerah
  • Dapat topup kolagen tubuh yang makin berkurangan
  • Tegangkan kulit kendur
  • Dapat hilangkan sakit lutut, sakit sendi, sakit badan dan lenguh
  • Rambut sihat, kuat dan cantik
  • Badan lebih bertenaga dan sistem imun lebih kuat
  • Baiki daya ingatan dan daya fokus

Nampak tak?

Set Radiant 5 bukan setakat menjadikan kulit lebih awet muda dan cantik semulajadi malah turut jadikan seluruh tubuh turut dapat kesan awet muda. Termasuk fungsi organ-organ dalaman dapat berfungsi secara optimum.

Kesan yang menyeluruh.

Takkan nak kulit muka je awet muda cantik licin tapi kulit tangan dan kaki kering berkedut?

Takkan nak kulit muka je awet muda cantik licin tapi sakit lutut jalan terhencot-hencot?

Takkan nak kulit muka je awet muda cantik berseri tapi asyik jatuh sakit?

Tak sesuai kan?



Alang-alang kulit muka awet muda cantik macam orang muda, biar seluruh badan pun tip top macam remaja.


atasi kulit kusam usia 30-an 40an
Macam pelik kan? Makin ramai anak kulit makin awet muda remaja.

atasi jeragat dan kulit kusam
Gundah gulana wey bila muka breakout kes produk kosmetik beracun.
Takkan nak biar lama-lama. Mujur tergerak hati nak try Set Radiant

atasi kulit kusam dan jeragat
Tersenyum girang. Puas hati betul ni kulit dah cantik awet muda.
Siap buat orang lain tersalah sangka.


Bukan perempuan je boleh amik Set Radiant 5 ni. Lelaki pun boleh. Lelaki pun nak tampil kulit awet muda remaja jugak kan?

Manusia cenderung untuk menilai sesorang yang mereka tak kenal dalam 2 saat pertama saja. So, sekali imbas je. Tengok kat mana? Mesti la kat muka dulu.

Sebab tu kulit awet muda cantik semulajadi memainkan peranan penting untuk membina keyakinan diri. Tak banyak pun, mesti ada. Apatah lagi yang berkarier, ada perniagaan, ahli politik yang nak kena jumpa ramai orang.

Set Radiant dijamin selamat. Bahan-bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi..Bebas dari bahan sintetik, beracun dan bertoksik. Dijamin berkesan. Sentiasa mesra alam. Syarikat dah labur lebih 350juta USD untuk R&D.


atasi kulit kusam dan jeragat




Sampai bila kena ambil set radiant ni?
Selagi cukup keperluan sel-sel, selagi itu lah kulit kita boleh tampil awet muda cantik glowing. So sampai bila? Awak sendiri yang tentukan nak kekal awet muda dan cantik sampai bila. Takkan nak cantik untuk 2 minggu je? Mesti lah nak sampai bila-bila kan...

Kita memang tak boleh hentikan usia yang makin bertambah, tapi kita boleh ikhtiar untuk lambatkan proses penuaan.

Jom order Set Radiant Shaklee ni dengan Jana. Order & konsultasi penting supaya pengguna dapat kesan yang optimum.


Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

Follow Instragram Jana_Hazana