Tuesday 16 February 2016

Manfaat resveratrol dalam vivix untuk kawal penyakit darah tinggi

February 16, 2016 0 Comments
Semalam jana dapat wassap dari seorang lelaki tanya tentang suplemen untuk penyakit darah tinggi. Terkejut betul bila dapat tahu umurnya baru 31 tahun. Muda sangat lagi kan? Zaman sekarang, kita boleh dapat banyak perkara dengan segera dan cepat termasuklah penyakit.. Nauzubillah. Jana pun cerita la kat dia tentang manfaat resveratrol yang ada dalam vivix untuk bantu dia kawal penyakit darah tinggi tu.

Tahukah anda, penyakit darah tinggi boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik lain seperti kerosakan buah pinggang, diabetes, strok dan penyakit jantung. Ia boleh menular dengan senyap dalam tubuh tanpa disedari. Tau-tau tumbang masuk wad sebab dah teruk.

Sebab tu penyakit darah tinggi ni diberi jolokan; PEMBUNUH DIAM

penyakit darah tinggi

Fakta:
Lebih 28juta rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan darah tinggi 8% dari mereka tidak mengetahuinya. (Sumber: Persatuan Hipertensi Malaysia)

Lebih 43% dari rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi. (Sumber: The National Health & Morbidity Survey, Jan 2010)

Jika tuan berusia 30 tahun ke atas dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, tuan mungkin termasuk dalam golongan 43% diatas. Penyakit darah tinggi biasanya tidak menunjukkan simptom awal. Bila dah sampai satu tahap yang bahaya, antara tanda-tanda penyakit darah tinggi ialah;
  • Sering sakit kepala atau pening
  • Jantung berdebar-debar (degupan jantung laju)
  • Rentak jantung tak sekata
  • Lemah atau sering keliru
  • Sakit dada dan nafas pendek
  • Masalah penglihatan

Satu-satunya cara untuk mengesan penyakit darah tinggi dari awal ialah dengan menjalankan pemeriksaan dihospital secara berkala.


Kesan penyakit darah tinggi terhadap organ-organ tubuh

Jantung
Menyebabkan kegagalan jantung berikutan kekurangan aliran bekalan oksigen. Jantung menjadi lemah dan tidak mampu mengepam darah secara efektif. Ini akan mendatangkan risiko yang sangat tinggi untuk dapat serangan jantung.

Jantung yang lemah tidak mampu menghantar oksigen dan bekalan nutrisi keseluruh tubuh dengan baik.

Otak
Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah pecah. Paling merbahaya jika salur darah pada otak pecah kerana ia akan menghalang aliran darah yang membawa oksigen dan glukosa ke otak lalu menyebabkan serangan angin ahmar (strok). Serangan strok yang tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan kerosakan otak yang berkekalan atau kematian.

Buah pinggang
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan salur darah dan penapis pada buah pinggang lalu menyukarkan kerja-kerja untuk menapis sisa buangan. Bahan sisa buangan yang tidak ditapis dan dibuang dengan baik akan berkumpul dalam darah.

Akibatnya, jika pesakit didiagnosis dengan CKD (Chronic Kidney Disease), maka pesakit perlu menjalani dialisis iaitu pembersihan darah untuk seumur hidup atau pemindahan buah pinggang.

Mata
Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah dibahagian retina mata.


Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Namun, bagi yang sedang bergelut untuk mengawal dan mengubati penyakit darah tinggi jangan berputus asa. Jangan lupa bahawa setiap penyakit ada penawarnya.

rawatan darah tinggi


Ketahui manfaat resveratrol dalam mengawal dan bantu merawat penyakit darah tinggi.

Didalam meta analisis terkini menunjukkan resveratrol memainkan peranan penting dalam:

  • Menyokong tekanan darah yang sihat dengan mengawal tekanan darah sistolik.
  • Mengurangkan keradangan dan mampu memperbaiki kelancaran aliran darah.
  • Menyokong hormon-hormon yang memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah.
  • Makanan yang mengandungi tinggi kandungan resveratrol turut mengandungi kompoun dan nutrisi seperti antioksidan yang berupaya menyokong kesihatan tekanan darah tinggi.


Vivix adalah suplemen resveratrol yang diketahui sebagai suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee. Bahan-bahan utama Vivix ialah;

vivix shaklee untuk darah tinggi


  1. Anggur muscadine yang kaya dengan asid ellagik berkepekatan tinggi (polifenol) iaitu phyto-nutrient yang tak terdapat dalam mana-mana jenis anggur lain.
  2. Purple Carrot iaitu sumber terbaik vitamin A, dan phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, juga anthocyanins yang bersifat sangat tinggi antioksidan.
  3. Elderberry yang mengandungi flanovoids, vitaminA, B, C dan nutrien seperti asid amino, tannin dan rutin.
  4. Knotweed Jepun yang merupakan sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah.


Menurut kajian, vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting proses penuaan pada tahap sel iaitu melindungi kerosakan DNA, mengawal kemerosotan genetik, menjana pengeluaran tenaga oleh sel dan melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products).

Manfaat resveratrol dalam vivix untuk kawal penyakit darah tinggi telah dirasai oleh ramai rakyat Malaysia dan berikut adalah diantara testimoni vivix untuk penyakit darah tinggi





Jika tuan atau ahli keluarga sedang mengalami masalah penyakit darah tinggi, cuba vivix hari ini dan nikmati perbezaannya. Bak kata salah seorang customer jana yang tiap-tiap bulan beli 2 botol vivix; "duit boleh dicari, tapi saat berharga bersama keluarga takboleh ditukar ganti..."

Baca: Vivix bantu lelaki ini berhenti merokok

Vivix berupaya membantu kita meningkatkan kualiti hidup dengan kesihatan tubuh badan dan minda yang optimum.

Jom dapatkan vivix hari ini. Untuk order dengan segera terus dari Shaklee, tekan butang esell berikut

 Order Vivix Disini


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut untuk order, promosi YES Twinpack dan maklumat lanjut mengenai vivix




Friday 12 February 2016

Kasut getah punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator?

February 12, 2016 0 Comments
Sejak kebelakangan ni, banyak betul kes kaki kanak-kanak kudung akibat tersepit kat eskalator. Bukan kat negara luar je tapi termasuk juga negara kita. Jana tak tengok pun video atau gambar-gambar kejadian tu sebab tak sanggup. Memang cukup mengerikan dan meruntunkan jiwa. Nauzubillah..... Semoga mangsa dan keluarga tabah menghadapi cabaran.

Bila diselidik, antara persamaan semua mangsa ialah memakai kasut getah. Betul ke kasut getah yang dipakai punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator? Jom tengok sekejap rakaman pendek ni





Nampak kan? mudah nak tersepit kat celah tu. Secara fizikal sandal atau kasut getah adalah lembut sebab tu mudah melekat dan disedut ke dalam celahan eskalator yang sedang bergerak. Jangan sesekali biarkan hujung kasut  anak bergesel dengan panel tepi eskalator.

Sekarang ramai mak ayah yang belikan dan pakaikan anak-anak mereka sandal getah sebab memang trendy, banyak betul design kasut getah kanak-kanak yang comel-comel, tahan lasak, selesa dan mudah dipakai.

Walaubagaimana pun, malang tak berbau yang selesa, yang comel, yang tahan lasak dan yang fofular itu lah yang selalunya dipakai oleh mangsa ketika kejadian. Kebetulan kah?

crocs punca kaki tersepit pada eskalator
Gambar google

Oleh itu, adakah sandal getah punca kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator? Boleh dikatakan benar. Tapi kena ingat, kasut atau sandal jenis lain pun tetap berisiko untuk tersepit pada eskalator. Bukan kanak-kanak je malah orang dewasa pun turut berisiko.

Ada kes dimana seorang wanita terpaksa kainnya dipotong sebab tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak !

Pendek cerita, bahaya eskalator bukan untuk kanak-kanak yang pakai sandal getah je tapi juga untuk mereka yang tidak berwaspada. Apa yang utama, sentiasa utamakan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan eskalator. Antaranya :
  • Jangan pijak garisan kuning. Pada sesetengah eskalator takde garisan kuning tapi ada bulu-bulu melintang pada bahagian tepi.
  • Jangan benarkan anak-anak bermain semasa naik atau berdekatan eskalator.
  • Pastikan tali kasut atau sandal diikat dengan kemas.
  • Jangan leka semasa menggunakan eskalator TERUTAMANYA yang bawa anak (main telefon, usha awek, jeling abang sado).
  • Jangan pakai pakaian atau skirt yang terlalu labuh hingga terseret atas lantai.
  • Patuhi arahan dan tatacara yang telah disediakan.

cara betul guna eskalator


Bagi jana, anak-anak kecil tu lebih baik dukung je. Baik penat, asal selamat. Jika berdiri sendiri pun makayah wajib pimpin anak dan mata mesti kena perhati kedudukan kaki anak semasa guna eskalator. Jika anak ramai dan ada lif, gunakan lif.

Apa yang dah berlaku kita jadikan pengajaran supaya tiada lagi kes yang sama berulang. Nak sangat pakaikan kaki anak dengan sandal getah? Tak salah.. untuk jalan-jalan atau bermain kat taman tu sesuai la tapi bila nak guna eskalator, sila beringat.

Bagitau semua orang pasal ni..biar sama-sama ingat-memperingati.
Tip atasi anak batuk berkahak berpanjangan


hati-hati guna sandal crocs


Salam sayang, jana


Wednesday 10 February 2016

Bahaya virus zika pada bayi dalam kandungan. 7 langkah untuk mencegahnya

February 10, 2016 2 Comments
Seram pulak jana rasa bila dengar pasal virus zika ni. Sebab, ia bukan setakat boleh jangkiti manusia, tapi turut boleh bahayakan bayi dalam kandungan !

Virus zika ialah sejenis virus bawaan nyamuk aedes iaitu spesis nyamuk yang sama yang membawa virus denggi, chikunguya dan demam kuning. Virus zika telah ditemui sejak tahun 1947 di Uganda dan kekal di Afrika hingga 20017 namun mula merebak dengan pantas sejak May 2015 di Brazil. Sepertimana denggi, belum ada ubat atau vaksin yang boleh merawat jangkitan virus zika.



WHO telah mengisytiharkan penularan virus zika sebagai darurat kesihatan antarabangsa apabila ia dikaitkan dengan kerosakan otak bayi dalam kandungan ibu yang dijangkiti.

Microcephaly merupakan kondisi dimana saiz kepala bayi tidak normal iaitu lebih kecil dan perkembangan otak tak sempurna. Bayi turut akan mengalami masalah kognitif dan penglihatan sepanjang hidupnya. Microcephaly juga boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi semasa dilahirkan (stillbirth)



Fakta virus zika
  • Merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu aedes aegypti yang turut membawa virus denggi, chikunguya dan demam kuning. Nyamuk spesis aedes aegypti ini biasanya menggigit pada waktu siang.
  • Setakat ini tiada rawatan spesifik atau vaksin bagi membendung jangkitan virus zika.
  • Virus telah diketahui menular di negara Afrika, Amerika, Asia & Pasifik.

Mengikut kajian, hanya 1 daripada 5 pesakit yang dijangkiti virus zika menunjukkan simptom-simptom. Selebihnya langsung tidak sedar mereka sedang dijangkiti. Simptom-simptom demam akibat jangkitan virus zika sama dengan simptom-simptom demam denggi termasuk
  • Demam
  • Ruam/bintik-bintik merah pada kulit
  • Konjunktivitis (mata merah)
  • Sakit otot, sendi dan pinggang
  • Sakit kepala
  • Simptom-simptom jangkitan virus zika biasanya tidak teruk dan mengambil masa 2-7 hari.

Dalam kes yang jarang berlaku, serangan virus zika boleh mencetuskan sindrom Guillain-Barre iaitu keadaan dimana sistem imun menyerang sel saraf yang menyebabkan pesakit mengalami separa atau lumpuh sepenuhnya. Sindrom ini boleh berlanjutan selama beberapa minggu, bulan malah bertahun.


Di Malaysia, walaupun belum ada laporan mengenai kes virus zika masyarakat perlu sentiasa berwaspada berikutan iklim dan cuaca negara sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes dan berisiko untuk virus zika menular.


Satu-satunya cara terbaik untuk memerangi dan mencegah virus zika adalah dengan mengelak dari dijangkiti. Langkah-langkah untuk mencegah virus zika:

  • Elakkan dari berkunjung ke negara-negara yang sedang dilanda virus zika seperti Amerika Latin (Brazil, Columbia dan lain2), Kepulauan Pasifik dan Afrika.
  • Pihak CDC (Centre of Desease Control & Prevention) menekankan mereka yang baru pulang dari melawat negara-negera tersebut yang pasangan mereka sedang hamil, supaya menggunakan kondom ketika seks atau elak dari melakukannya berikutan ada kes jangkitan virus zika melalui cecair badan.
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan memastikan tiada air bertakung di sekeliling tempat tinggal.
  • Gunakan ubat nyamuk yang selamat
  • Pakai pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti baju dan seluar panjang dan sebaiknya pilih pakaian yang berwarna cerah jika berada diluar rumah.
  • Gunakan pelindung fizikal seperti skrin pada tingkap dan kelambu. Tutup pintu & tingkap terutamanya pada waktu nyamuk aedes aktif iaitu sekitar 5.30 - 8.00 malam & pagi.
  • Pakai krim anti-nyamuk. Pastikan krim anti-nyamuk yang bebas bahan kimia bahaya.

Cerita pasal krim anti nyamuk, jana tau krim yang berkesan halau nyamuk supaya tak gigit anak kecil kita. Maklum la, diorang kecil lagi tak reti nak tampar nyamuk sendiri. Kita pun kadang-kadang terlepas pandang. 

Mak-mak hamil pun digalakkan guna krim ni untuk precaution. Ia selamat, bebas bahan kimia dan 100% organik. Jangan lupa untuk kuatkan imuninasi semasa hamil dan ikut saranan doktor.



Kita tak tau, sekecil-kecil nyamuk boleh memberi efek yang sangat besar kepada tamadun manusia. Pesanan buat mereka yang merancang untuk hamil dan ibu-ibu yang sedang hamil, sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dan kuatkan imunisani anda. Jangan abaikan langkah-langkah untuk mencegah virus zika walau seketika.

Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda atau ada ahli keluarga tetiba demam.



Monday 8 February 2016

Tanda-tanda demam denggi dan langkah mengatasinya

February 08, 2016 0 Comments
Nak tau tak? Serangan demam denggi menjadikan tubuh kita imun terhadap serangan yang seterusnya oleh nyamuk aedes yang sama spesis. Namun, kita kena tau bahawa nyamuk aedes ada 4 spesis. Jika kita tinggal di tempat yang ada keempat-empat jenis nyamuk aedes ni maka tetap akan berisiko untuk terkena serangan denggi lagi.

Risiko untuk dapat serangan demam denggi berdarah bagi pesakit yang demam denggi kali kedua adalah tinggi. Demam denggi berdarah sangat merbahaya hingga boleh meragut nyawa !

Banyak petua-petua yang boleh digoogle untuk merawat demam denggi dengan berkesan agar cepat sembuh. Tapi ingat, bila muncul tanda-tanda demam denggi jangan sesekali menangguhkan dan abaikan rawatan dari hospital. Segera dapatkan rawatan.

demam denggi simptom


Virus denggi yang masuk kedalam tubuh manusia akan memusnahkan sel-sel darah putih dan platelet. Jika pesakit demam denggi didapati plateletnya kurang dari 100bpl, dia akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian rapi.


Tanda-tanda demam denggi
  • Demam mengejut disertai dengan sakit kepala
  • Sakit dibelakang bebola mata
  • Sakit sendi & otot
  • Sakit abdomen
  • Sakit pinggang yang teruk
  • Gatal-gatal kulit
  • Bintik-bintik merah terang biasanya pada hari ke-3. Bagi sesetengah orang bintik merah muncul pada keseluruhan tubuh
  • Warna kulit berubah kemerah-merahan dan diselangi tompok-tompok warna asal kulit.
  • Ada juga yang mengalami gastritis disertai dengan sakit perut, mual dan cirit birit.
  • Demam ini biasanya suhu boleh mencecah 40-41° celcius dan boleh menyebabkan serangan sawan pada kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.


Tanda-tanda demam denggi berdarah
  • Demam yang sangat panas
  • Pendarahan seperti bintik-bintik merah, pendarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadangkala haid berlebihan.
  • Kegagalan atau gangguan peredaran darah. Pesakit akan mengalami kesejukan, kulit kebiruan dan kadar nadi meningkat. Lemah dan resah malah mudah mengalami renjatan atau sawan.
  • Pembesaran organ hati

Penting untuk semua orang tahu tentang tanda-tanda serangan demam denggi supaya boleh dapatkan rawatan dihospital dengan segera.


Rawatan demam denggi;
  • Menurunkan suhu badan (kurangkan demam)
  • Banyak minum air. Suhu tinggi, hilang selera makan dan muntah akan menyebabkan dehidrasi (tubuh kehilangan air)
  • Demam dengan suhu yang sangat tinggi dikawal dengan antipiretik.
  • Bagi pesakit yang tak mampu minum air sendiri atau mengalami renjatan, tambahan melalui cecair intravena akan diberi.


Langkah pencegahan adalah jauh lebih baik dari merawat demam denggi. Kita boleh mengurangkan risiko demam denggi malah boleh mengelakkan kematian dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes secara berterusan.


Tip mencegah serangan demam denggi:
  • Sentiasa pastikan kawasan tempat tinggal bersih dan kemas. Pastikan tiada air bertakung yang menjadi tempat pebiakan nyamuk aedes.
  • Nyamuk aedes aktif disekitar jam 7 pagi dan 7 malam. Tutup pintu dan tingkap, pastikan ahli keluarga berada di dalam rumah.
  • Pakai pakaian yang menutup sebahagian besar kulit seperti baju lengan panjang dan seluar panjang ketika berada diluar rumah.
  • Pasang ubat nyamuk atau kelambu.
  • Guna losen anti-nyamuk terutamanya pada anak-anak kecil. 

krim anti nyamuk
Mengandungi tumbuhan menghalang nyamuk seperti
lemon balm, rosmary, horse chestnut

Krim Herbal Blend Shaklee diperbuat dari tumbuh-tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia bahaya. Ia juga turut berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dengan cepat. Krim Herbal Blend Shaklee selamat digunakan oleh bayi.


Vitamin Shaklee yang sesuai digunakan oleh pesakit demam denggi ialah vita c plus, Shaklee Performance dan Nutriferon. Set vitamin ini berkesan membantu mengatasi demam denggi dengan cepat dan berkesan.

vitamin shaklee untuk demam denggi



  1. Vita-C Plus membantu mengukuhkan kapilari darah disamping bertindak sebagai imun booster.
  2. Shaklee Performance berfungsi sebagai minuman isotonik yang bantu memelihara komponen elektrolit yang penting yang menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.. Bagi pesakit demam denggi, kekal terhidrat adalah sangat penting.

    Shaklee Performance tidak bergas dan rendah gula berbanding minuman isotonik lain dipasaran.
  3. Nutriferon merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh, mengaktifkan sel-sel imun, menentang pencerobohan virus dan kuman dan menguatkan keupayaan makrofaj untuk musnahkan virus dan kuman.

    Nutriferon diekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantiago. Formula yang digunakan untuk membina Nutriferon adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.



Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi, cepat-cepat lah dapatkan rawatan di hospital dan pastikan juga untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk demam denggi dengan segera.

Untuk order atau maklumat lanjut mengenai vitamin sila hubungi jana ditalian berikut. Dengan setiap pembelian vitamin akan disertakan dengan nasihat cara makan dan konsultasi sepanjang penggunaan vitamin.

pengedar shaklee


Follow Instragram Jana_Hazana