Thursday 26 July 2018

Anak kena hfmd. Apa ibubapa harus lakukan untuk mengawalnya?

July 26, 2018 0 Comments
Sekarang musim penyakit HFMD sedang menular di negara kita. Menurut rekod KKM, 35,000 kes telah direkodkan seluruh Malaysia.


cara rawat hfmd

Apa itu HFMD?

HFMD adalah singkatan bagi Hand Foot Mouth Disease atau Penyakit Tangan Kaki Mulut yang berpunca dari jangkitan virus jenis coxsackie dan enterovirus.

HFMD sering tular dikalangan anak-anak kecil berusia 5 tahun ke bawah. Ini kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang untuk melawan serangan virus.

Penyakit HFMD turut boleh menjangkiti kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa yang mempunyai sistem pertahanan badan lemah.


Jom tengok Video ni dulu



Jika anak kena HFMD, apakah yang ibubapa harus dilakukan?

Sebelum tu, periksa anak-anak sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD. Tanda-tanda HFMD ialah:

  • Demam
  • Meragam
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Muncul biji-biji gelembung pada sekitar mulut, telapak tangan dan kaki
  • Terdapat ulser didalam mulut dan lidah.
  • Kurang selera makan


rawatan hfmd malaysia



Ibubapa perlu alert dengan perubahan serta tanda-tanda HFMD pada anak supaya langkah sewajarnya boleh diambil segera.

Jika anak terkena jangkitan HFMD, berikut adalah 6 perkara yang perlu di lakukan iaitu :

  • Bawa anak segera berjumpa doktor di hospial/klinik untuk dapatkan rawatan.
  • Jangan hantar hantar anak ke pusat asuhan atau sekolah untuk mencegah dari menjangkiti orang lain.
  • Berehat dirumah. Elak dari bawa anak ke tempat awam terutamanya tempat sesak seperti pasaraya, kedai makan, atau menziarahi saudara mara.
  • Amalkan kebersihan. Cuci tangan dengan antiseptik atau sabun setiap kali menguruskan najis, hingus dan blister anak. Tisu yang diguna mesti dibuang dengan cara betul
  • Basuh pakaian, mainan serta perkakasan anak guna sabun pencuci dengan kerap. Elak dari berkongsi dengan orang lain.
  • Anak yang dijangkiti akan mengalami kurang selera makan. Ibubapa perlu pastikan anak tetap makan dan minum air secukupnya.




HFMD sangat mudah berjangkit. Ia boleh tersebar melalui bersin, sentuhan langsung dengan cecair badan pesakit seperti hingus, air liur, cecair dari biji-biji gelembung (blisters) termasuk najis.

Penyakit HFMD juga boleh tersebar melalui permukaan objek seperti pemegang troli pasaraya, barang mainan, kerusi makan bayi dan banyak lagi.



Cara merawat HFMD

HFMD tiada rawatan mahupun ubat khusus ataupun vaksin. Proses penyembuhan hanya bergantung pada kekuatan sistem pertahanan individu untuk melawan jangkitan.

Bagaimana nak membantu melegakan kesakitan anak serta cepat sembuh?

Berikan anak-anak kita Set HFMD Shaklee supaya cepat sembuh dengan membantu tingkatkan kekuatan sistem imun serta sapu krim Herbal Blend.

merawat hfmd malaysia


Fungsi set vitamin ini adalah untuk tingkat sistem pertahanan tubuh anak, beri kelegaan segera serta cukupkan nutrien harian yang diperlukan kanak-kanak.

Mealshakes 
Kaya dengan protin untuk pembinaan sel-sel tubuh serta mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen antioksidan dimana ia berfungsi melawan jangkitan virus. Juga membantu tingkatkan selera makan anak.

Nutriferon 
Merupakan interferon semulajadi hasil dari ekstrak biji labu, bunga safflower, Japan Honeysuckle dan biji Plantago berfungsi mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari.

Omega Guard 
Membekalkan omega 3 tulen dari sumber ikan laut air sejuk berfungsi meningkatkan sistem imun dan bersifat antiradang, bengkak cepat surut.

Vitalea for Children 
Multivitamin kanak-kanak mengandungi 19 vitamin serta mineral untuk kesihatan anak-anak secara menyeluruh.

Krim Herbal Blend
Krim serbaguna dari rumusan herba sage, rosemary, yarrow serta horse chest nut mempunyai ciri-ciri antiradang yang membantu melegakan gatal-gatal dan kesakitan serta menghilangkan biji-biji gelembung dengan lebih cepat.

Sensasi mentol serta bau segar semulajadi membantu menenangkan si kecil.


Baca >> Hilangkan batuk berkahak dan selsema anak-anak dengan cepat


Set shaklee untuk HFMD ini juga sangat membantu dalam mengatasi dan mencegah masalah kesihatan lain seperti ekzema, asma, batuk, selsema, alergi,sembelit dan banyak lagi.


cara kawal hfmd


Kisah penuh testimoni Set HFMD Shaklee


[ HFMD SEMBUH SELEPAS AMALKAN PRODUK SHAKLEE ]
.

Assalamualaikum,

Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.
.

Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.
.

Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.
.

Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.
.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.
.

Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.
.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.
.

Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.
Membesar menjadi anak yg soleh & solehah. 

Aaminnn. 



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Monday 23 July 2018

Tanda-tanda HFMD dan cara mencegahnya yang ibubapa perlu tahu

July 23, 2018 0 Comments
HFMD adalah singkatan bagi Hand, Foot, Mouth Disease atau dalam bahasa Malaysia, Penyakit Tangan Kaki Mulut.

HFMD berpunca dari jangkitan virus diberi nama coxsackievirus (A16) dan enterovirus (EV71). Anda mungkin akan dengar doktor menyebutnya sebagai virus coxsackie.

HFMD selalunya menyerang kanak-kanak kecil berusia bawah 10 tahun.


tanda-tanda hfmd malaysia



Cara penyakit HFMD berjangkit


Penyakit HFMD akan berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cecair badan seperti hingus, air liur, lepuh serta najis kanak-kanak yang dijangkiti

Penyakit HFMD juga boleh berjangkit melalui sentuhan dengan permukaan atau alat permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Risiko untuk dapat jangkitan HFMD sangat tinggi di pusat penjagaan kanak-kanak serta sekolah termasuk tempat sesak seperti taman permainan dan kedai makan

Orang dewasa juga berisiko untuk mendapat jangkitan sekiranya mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.



Simptom-simptom HFMD


penyakit tangan kaki mulut hfmd




Anak-anak yang telah dijangkiti HFMD akan menunjukkan satu atau lebih simptom-simptom berikut:
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Meragam
  • Ulser didalam mulut serta lidah
  • Ruam atau lepuh pada sekitar mulut, telapak tangan serta kaki. Ada juga muncul pada siku, lutut dan punggung.
  • Kurang aktif
  • Kurang selera makan. Ulser pada mulut menyebabkan kesakitan ketika hendak menelan, Pastikan dia makan dan minum secukupnya.

HFMD akan menyebabkan jangkitan ringan, selalunya akan sembuh dengan sendiri selepas 7 hingga 10 hari.

Walaubagaimanapun, ada juga jangkitan HFMD dari EV71 menyebabkan komplikasi seperti keradangan otak dan jantung.


Cara mencegah dan mengawal jangkitan HFMD

Cara yang terbaik dalam menangani penyakit HFMD adalah dengan mencegah dan mengawalnya dari merebak. Berikut merupakan antara langkah-langkah yang disarankan:


1. Periksa anak-anak kita sekiranya mempunyai tanda-tanda awal jangkitan HFMD

Sekiranya anak mempunyai tanda-tanda HFMD, terus bawa berjumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.



2. Pembersihan premis dan saringan

Pengurus pusat asuhan mesti melakukan aktiviti pembersihan premis serta saringan terhadap anak-anak dibawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam "Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah" serta "Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit Tangan Kaki dan Mulut"

Semua dokumen rujukan ini boleh didapati di laman web KKM.



3. Elak dari membawa anak-anak ke tempat awam

Sekiranya anak terkena jangkitan HFMD jangan hantar ke pusat asuhan dan sekolah termasuk membawanya ke tempat awam atau melawat rumah saudara mara.

Jika ada baby atau anak kecil usia bawah 10 tahun sebaiknya kurangkan aktiviti luar terutamanya ke tempat yang sesak.



4. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran dilakukan dengan teliti

Amalkan kebersihan mencuci tangan dengan sabun secara kerap. Amalan ini sangat membantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD.

Latih anak-anak kita untuk mencuci tangan guna sabun setiap kali selepas menggunakan tandas, sebelum makan serta setiap kali pulang dari tempat awam.


5. Jangan letak tangan dalam mulut

Ajar, kawal dan ingatkan anak-anak supaya tidak memasukkan tangan dan objek ke dalam mulut atau sekitar mulut mereka.


6. Sentiasa bersihkan barang mainan dan permukaan

Basuh barang anak-anak seperti mainan, puting dan lain-lain dengan pencuci yang membunuh kuman. Bersihkan juga permukaan tempat yang mungkin dicemari oleh virus HFMD.


7. Tidak berkongsi minuman, makanan, mainan atau peralatan

Penyakit HFMD sangat mudah berjangkit. Elak sama sekali berkongsi barangan dan makanan anak-anak dengan sesiapa sahaja di pusat asuhan, sekolah atau ditempat awam.


Baca >> Anak kena HFMD. Apa yang ibubapa perlu lakukan untuk mengawalnya





Ibubapa memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam langkah-langkah mencegah serta mengawal penularan HFMD.

Tindakan pantas dalam mengesan, membendung juga mencegah adalah bermula dari rumah. Ini boleh menjauhkan anak-anak dari terkena jangkitan dan menghalang virus dari menjangkiti mangsa lain.





Sunday 22 July 2018

Cara atasi sembelit ketika berpantang dengan cepat

July 22, 2018 0 Comments
Perkara yang paling ditakuti oleh ibu berpantang adalah sembelit.

Dalam keadaan masih lemah emosi dan fizikal, sembelit ketika berpantang cukup menyeksakan. Sembelit ketika berpantang bukan je boleh menyebabkan jahitan terbuka, malah boleh mendatangkan tekanan emosi.

Bukan itu sahaja, sembelit berpanjangan juga boleh mendatangkan masalah lebih besar jika tak diatasi dengan segera seperti buasir.


sembelit ketika berpantang



Punca sembelit ketika berpantang

  • Perubahan hormon serta penggunaan bius semasa dalam proses kelahiran boleh menyebabkan pergerakan usus besar menjadi perlahan. 

  • Kurang pengambilan air serta serat dari makanan disebabkan menu berpantang yang terlalu ketat dan tidak betul.

  • Pengambilan pil iron (pil tambah darah) boleh menjadi punca sembelit ketika berpantang

  • Duduk atau baring terlalu lama juga boleh menyebabkan sembelit ketika berpantang. Sebab itu lah ibu-ibu yang baru bersalin digalakkan untuk terus bergerak.



Proses kelahiran, perubahan hormon dan bius adalah perkara diluar kawalan, memang tak dapat dielakkan. Ikut nasihat doktor.

Bagi mengatasi serta mencegah sembelit ketika berpantang ibu-ibu mesti pastikan sentiasa minum air secukupnya dan makan banyak sayur-sayuran hijau serta buah-buahan. Ini bagi memastikan badan sentiasa cukup air dan serat.

Nasi putih, roti putih dan minuman coklat dikatakan boleh menyebabkan sembelit.



Pastikan juga ibu-ibu banyak bergerak sebaik selepas bersalin. Bergerak dari katil kemudian berjalan lah secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Berbeza sikit bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.

Pengalaman jana sendiri bersalin secara pembedahan, 6 jam pertama memang kena baring je. Selepas 6 jam tu selalunya doktor akan suruh kita bergerak. Mengiring ke kiri atau ke kanan pun cukup dah.

Tujuannya untuk merangsang pergerakan usus besar kita. Ini memang sangat membantu dalam mengatasi sembelit ketika berpantang



Cara mudah dan berkesan atasi sembelit ketika berpantang



ubat sembelit ketika berpantang



Ostematrix

Merupakan vitamin yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron.

Ostematrix adalah vitamin kalsium yang paling seimbang kandungannya dan menjamin kadar penyerapan 99%, menghalang endapan sesetengah mineral. Ibu-ibu dah boleh merasakan kesan Ostematris pantas atasi sembelit hanya dalam masa 12 jam.

Telan sebelum tidur, esoknya waktu subuh dah boleh membuang air besar dengan lawas. Selagi tubuh cukup nutrien ini, selagi itu lah pembuangan air besar lawas sekaligus dapat mengatasi sembelit.

Nutrien-nutrien diformulasikan dalam Ostematrix membantu ibu-ibu berpantang mengatasi sembelit dengan:

  • Memudahkan proses pembuangan air besar dengan melembutkan najis dan melembapkan usus besar.
  • Mengawal pengecutan saraf dan otot
  • Membantu sel-sel menyerap nutrien dengan efektif

Selain dari itu, banyak lagi kebaikan serta manfaat Ostematrik bagi ibu-ibu antaranya:

  • Membekalkan kalsium yang mencukupi
  • Mengatasi kekejangan otot (cramp/simpul mengkarung).
  • Memperbaiki sakit-sakit sendi, sakit belakang, sakit pinggang.
  • Menggalakkan tidur yang berkualiti
  • Kawal tekanan darah
  • Badan rasa bertenaga
  • Atasi migrain, depresi, mood swing



Testimoni OSTEMATRIX untuk ibu sembelit ketika berpantang

sembelit ketika berpantang

ubat sembelit ketika berpantang

ubat sembelit ketika berpantang

Jana sendiri adalah penggunan Ostematrix sejak 2013 hingga sekarang. Ostematrix amat membantu dalam memelihara kesihatan dan mengekalkan kecergasan jana terutamanya ketika hamil, berpantang dan menyusukan bayi.

Jika ibu-ibu turut mengalami masalah sembelit ketika berpantang. Dapatkan Ostematrix dan nikmati kelegaan dalam membuang air besar tanpa sebarang masalah lagi.


Baca : Punca luka bersalin bernanah dan lambat sembuh


Jom tonton video tentang mengatasi sembelit bagi ibu menyusu cara shaklee. Pantas lagi berkesan.






Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



shaklee untuk sembelit


Friday 20 July 2018

Pencuci muka paling berkesan untuk semua jenis kulit - review Youth Shaklee

July 20, 2018 0 Comments
Jana ni sejenis yang setia dengan pencuci muka. Sejak dari sekolah menengah, jana guna 1 jenis pencuci muka sahaja hingga ke zaman universiti. Tak pernah tukar walaupun blackhead dan whitehead tak pernah hilang.

Bila bekerja baru jana tukar pencuci muka jenama lain kononnya nak upgrade la sikit ke jenama lebih 'mahal' kan. Setia juga hingga beberapa tahun. Sempat ternak jeragat juga tu. Haha..

Kemudian bila umur makin bertambah, berkecimpung pula dalam bisnes Shaklee mula terbit kesedaran untuk elak penggunaan produk skincare terutamanya pencuci muka yang guna bahan kimia berbahaya. Jana beralih kepada rangkaian Nutriwhite.

Bila Youth Shaklee muncul, jana bertukar pula ke Youth Shaklee. Lagipun sebab Nutriwhite dah takde, nak tak nak memang kena tukar juga lah kepada rangkaian Youth Shaklee.


Setelah hampir sebulan jana guna Youth Shaklee, kali ni jana nak review pencuci muka Youth Shaklee.

Biar semua orang pakat tahu, biar semua orang tertarik nak pakai pencuci muka Youth Shaklee juga dan biar semua orang dapat kulit cantik dan awet muda 10 tahun.

pencuci muka youth shaklee


1. Pencuci muka Youth Shaklee tak berbuih. Yes, lebih kurang macam pencuci muka jenis gel tu. Ini kerana ia tidak mengandungi sabun.

Sebelum ni jana paling tak suka bila pakai pencuci muka jenis gel. Dah la tak berbuih, kesan gel tu rasa macam susah nak dihilangkan walaupun bilas dengan banyak air. Kulit wajah rasa berminyak.

Tapi berbeza dengan Youth Shaklee, walaupun ia jenis gel namun ia sangat best dan amat mudah hilang bila dibilas dengan air. Serta-merta kulit muka rasa bersih dan segar langsung tiada rasa berminyak. Yes, serta-merta. Memang benar-benar berbeza dengan pencuci  muka jenisa gel yang lain.



2. Kulit muka langsung tak rasa kering dan ketat selepas bilas. Kulit terasa sangat lembut, ringan dan segar. Langsung takde kesan mengelupas walaupun guna 2 kali sehari.

Beza dengan pencuci-pencuci muka yang jana pernah pakai sebelum ni, masa tengah keringkan dengan tuala pun dah rasa kulit tegang. Bila dah lama sikit muncul kesan mengelupas halus pada area hidung dan tepi mulut. Walaupun selepas tu jana pakai moisturizer, masih terasa ketat tu.

Sapa ada pengalaman macam ni? Cepat-cepat lah bertukar kepada Youth Shaklee ye.



3. Bau yang semulajadi menyegarkan. Pencuci muka Youth Shaklee ni takde pewangi dan pewarna tambahan tau. Semua semulajadi je.


4. Menjimatkan. Pakai sikit je sebesar saiz kacang pun dah cukup untuk mencuci seluruh wajah dan dapatkan kesan yang terbaik. Tak payah picit banyak-banyak.


5. Paling berkesan untuk hilangkan masalah blackhead dari yang sekasar-kasar kertas pasir hinggalah ke sehalus-halus debu serta kotoran yang melekat pada liang pori terutamanya area hidung dan dahi.






Perhatikan cara betul bila kita pakai pencuci muka dalam video ni. Tak boleh sental sebarang sental tau sebab nanti kotoran takkan hilang tetapi kulit kita pula yang kendur.






Anda sedang mencari pencuci muka yang paling berkesan, paling bagus untuk semua jenis kulit? Jom guna Shaklee Youth Skincare.


Baca: Set Rangkaian Shaklee Youth Skincare


Ciri-ciri rangkaian penjagaan wajah Youth Shaklee yang menjadikan ia eksklusif dan terbaik ialah

  • Lebih dari sekadar organik
  • 100% dibuat dari tumbuh-tumbuhan
  • Tidak menyumbat liang pori
  • Tiada paraben serta lebih 1500 bahan kimia terlarang yang sering diguna dalam produk skincare 
  • Dibangunkan oleh saintis secara klinikal 
  • Diuji oleh pakar mata & pakar kulit






Sedang mencari skincare yang terbaik untuk semua jenis kulit?

Berminat untuk dapatkan Youth Shaklee?



Pertanyaan/order hubungi


===========================


Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

017-312 5484

Facebook : Jana Hazana

Page : Inspirasi Sihat Semulajadi

Instagram : Jana_Hazana


===========================


Follow Instragram Jana_Hazana