Saturday 23 January 2016

Merawat ulser mulut tanpa rasa pedih dan cegah berulang

January 23, 2016 0 Comments
Jana ingat lagi, dulu-dulu masa sekolah selalu jugak kena ulser mulut. Masa tu kalu nak hilangkan ulser mulut mak tolong potong kulit delima pastu tempek kat tempat kejadian, fuh boleh tahan pedihnya. Tapi berkesan tau, sekejap je hilang ulser mulut ni. Pastu kadang-kadang kalu takde buah delima, letak garam. Pun berkerut muka menahan pedih. Dalam 2-3 hari menahan sengsara baru hilang ulser mulut tu. Hilang sungguh selera makan time tu.

hilangkan ulser mulut


Masa tu dengar je pasal ulser mulut memang jana cukup gerun. Kalu tak rawat, sakit.. kalu rawat, pun sakit jugak. Tapi sekarang jana tak risau dah kalu kena ulser mulut sebab jana ada cara untuk merawat ulser mulut tanpa rasa pedih malah boleh cegah ulser mulut dari berlarutan.

Kalu kat sesetengah tempat ulser mulut turut dikenali sebagai mata ikan. Kalu kat kampung jana ulser mulut dipanggil 'nepuh mulut'.


Punca ulser mulut ialah:

  • Tindakbalas tubuh terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kecederaan mulut akibat tergigit, terkena dawai ortodontik dan sebagainya.
  • Rawatan sinar-x atau ubat kimia khas (kemoterapi) pada pesakit kanser.
  • Akibat penggunaan steroid dan ubat-ubatan yang berpanjangan
  • Cuaca panas dan kurang minum air.
  • Lemah daya pertahanan tubuh.
  • Stress dan kurang tidur.
  • Tubuh kekurangan zat nutrisi seperti vitamin b6, b12, asid folik, vitamin c dan zat besi.

hilangkan ulser mulut mata ikan


Ulser mulut biasanya berlarutan 3-7 hari bergantung pada daya tahan tubuh dan cara yang digunakan untuk hilangkan ulser mulut. Yang penting, pastikan kebersihan mulut sentiasa dijaga bagi menghalang aktiviti bakteria, pengambilan air dan nutrisi yang sentiasa mencukupi.

Cara-cara lain yang boleh digunakan untuk merawat ulser mulut ialah dengan sapu madu, atau marjerin pada tempat ulser tersebut. Cara ni boleh merawat ulser mulut tanpa menyakitkan. Ada juga krim untuk hilangkan ulser mulut yang boleh didapati dari farmasi.

Jika ulser mulut terjadi dengan kerap, mencegahnya adalah lebih baik dari merawat. Vitamin Shaklee yang boleh merawat ulser mulut tanpa rasa pedih dan cegah dari berulang ialah Vita-C Plus. 

Vita-c Plus bantu cepatkan pemulihan membran mukosa mulut dan tingkatkan daya tahan tubuh.


vitamin untuk ulser mulut


Pastu bila kita amal makan vitamin, automatik kita akan minum air kosong dengan banyak. So, dah la ulser mulut cepat hilang, dapat juga mencegah ulser mulut dari berulang. Disamping tu, dapat juga efek kulit cantik, tahap stress menurun dan lain-lain.

Baca juga vitamin untuk atasi insomnia

Jangan biarkan ulser mulut mengganggu kualiti hidup anda. Jom dapatkan Vita-C Plus hari ni dan rawat ulser mulut tanpa rasa pedih dan cegah ulser mulut dari berulang.

Harga Vita-C Plus 180bj rm92.50
Harga belum termasuk pos

Untuk terus order, sila klik pada butang order berikut. Penghantaran mengambil masa 1-3 hari bekerja.



Untuk maklumat lanjut jemput ihubungi jana ditalian berikut. Setiap pembelian dengan jana akan disertakan nasihat cara makan dan konsultasi percuma sepanjang penggunaan vitamin.

pengedar shaklee machang



Monday 18 January 2016

Cuti-cuti: Mandi kolam di Putra Valley Resort Tanah Merah

January 18, 2016 6 Comments
Sabtu baru ni jana tunaikan hajat hero kuasa dua jana iaitu si kembar HazimHaziq untuk bawa diorang mandi kolam di Putra Valley Resort dekat Taman Kota Harmoni Tanah Merah Kelantan. Bagi yang tak tau, Putra Valley Resort tu sebelah jambatan Tanah Merah-Machang yang landmark dia bangunan macam istana tu. Tapi istana tu tak siap lagi tau..


kolam putra valley tanah merah
Sila ikut undang-undang hokeh ! Especially bab merokok tu

Untuk pengetahuan semua, nak mandi kolam kat situ ada bayaran tau:
  • RM12 untuk orang dewasa
  • RM10 untuk kanak-kanak umur 7 tahun ke atas
  • RM6 untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah
(Info: kalu baby, bayaran akan dikenakan keatas orang dewasa. Ye lah, mesti ibu/ayah yang pegang baby tu akan masuk sekali dalam air kan.)



mandi kolam putra valley
Dah bayar dapat tag. Pakai je lah....

Kolam renang tu dibahagi kepada 2 bahagian..untuk kanak-kanak dan dewasa. So mak ayah tak perlu risau sangat anak-anak nak main kat situ. Lagipun bahagian untuk kanak-kanak tu dasarnya landai. Sesuai sangat untuk yang acah-acah berani macam HazimHaziq ni.

putra valley resort
Sebelah kanan untuk dewasa, sebelah kiri untuk kanak-kanak

kolam putra valley taman kota harmoni
Mak ayah yang tak mandi boleh duduk pantau anak kat tengah2 tu

putra valley tanah merah
Seronok tak? Ni masa enjin tak panas lagi


mandi kolam putra valley
Bola-bola itu pihak pengurusan yang sediakan. Pelampung kena bawak sendiri tau

putra valley resort
Tempat berteduh

Best tau. Kawasan kolam tu luas dan disediakan gazebo, payung, kerusi. So boleh pilih nak duduk kat mana sambil tenangkan fikiran. Nak bentang tikar duduk bersila pun boleh. Soopa-doopa pun ada ye. Takde extra caj. Lepas main kolam boleh pegi main lompat-lompat pulak.


putra valley resort
Habiskan sisa sisa tenaga

putra valley tanah merah
Nasi tak dijual 


Bagi yang tak bawa bekal, ada gerai jual makanan ringan seperti jagung cawan, waffle, megi cawan dan cekedis. Boleh buat isi perut. Biasala, lama-lama main kolam buat kita rasa lapar.

Bagi yang nak buat event kenduri kahwin ke, hari keluarga ke, company team building ke, lawatan sekolah ke atau bercuti dan bermalam rehatkan minda memang sesuai sangat datang ke Putra Valley Resort ni. Aktiviti outdoor pun macam-macam hado.


putra valley resort tanah merah
Hijau yang menyegarkan.. ni chalet mengadap kolam. RM245/RM256 semalaman.

putra valley resort
Rusa oii ! Rusa ! 


HazimHaziq memang enjoy sakan. Next time nak datang lagi katanya. Jana bagi syarat, kalu rajin pergi sekolah dan qiraati nanti ummi bawak lagi. Nanti ada rezeki kami nak try menginap di chalet pula.

Hilangkan batuk dan selsema berpanjangan pada anak-anak

Kawan-kawan, jom lah datang ke Putra Valley Resort & Training ni. Berbaloi. 

Salam sayang, Jana

Sunday 17 January 2016

11 Tanda-tanda anak ada masalah cacing

January 17, 2016 0 Comments
Anak-anak memang berisiko tinggi kena masalah kecacingan dan ibubapa harus alert dengan tanda-tanda anak ada cacing. Biasa lah budak-budak, kalu tak jilat jari, tak jilat mainan tak sah. Belum lagi part main pasir, pegang benda-benda kotor dan macam-macam lagi pastu tak basuh tangan bila nak makan.

Contohnya macam sikembar Hazim & Haziq tu..selalu nak kena ingatkan supaya jangan jilat mainan, jangan gigit jari semasa bermain dan sentiasa basuh tangan bersih-bersih selepas bermain terutamanya di luar rumah atau di taman permainan! Tapi selalu jugak jana terlepas pandang. Adoii..


anak ada masalah cacing


Macam mana nak tau tanda-tanda masalah cacing pada anak? Jom semak :
  • Berat badan turun walaupun anak berselera makan.
  • Anak mengadu gatal pada lubang najis terutamanya pada malam.
  • Hilang selera makan, lemah badan, perut kembung dan cirit birit.
  • Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing dalam najis.
  • Muka pucat
  • Batuk-batuk berpanjangan.
  • Mengetap gigi ketika tidur malam
  • Hiperaktif, meragam
  • Selalu demam, alami masalah ruam dibadan, alahan, kudis dan gatal.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Sakit kepala.

Masalah cacing pada anak-anak jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan mendatang masalah kesihatan yang lebih teruk seperti anemia, kerosakan usus dan otak. NAUZUBILLAH...

Mengatasi masalah sembelit pada anak-anak dengan selamat dan berkesan

Masalah cacing bermula dari telur cacing yang masuk ke dalam sistem tubuh dan kemudian menetas, membesar dan membiak dalam usus. Ia akan terus hidup dan menyerap nutrisi dari makanan yang telah dihadam. Pernah tengok kanak-kanak yang kurus tapi perut buncit tak? Itu salah satu tanda anak tu ada masalah cacing.

Tangan kotor yang tak dibasuh bersih, minum air yang tidak dirawat, sayur dan buah yang tidak dibasuh bersih, makanan yang tidak dimasak sempurna, berkaki ayam atas tanah, tandas yang kotor dan haiwan peliharaan seperti kucing antara faktor yang menyebabkan anak-anak kita alami masalah cacing.

anak ada cacing



Tangan yang kotor dan tidak dibasuh bersih bukan je boleh menyebabkan anak-anak terdedah kepada telur cacing malah lebih teruk keracunan! Nauzubillah...


Untuk mencegah masalah cacing pada anak-anak mungkin agak sukar, oleh itu kita sebagai ibubapa perlu pastikan anak-anak kita diberi ubat cacing setiap setahun sekali seawal mereka berusia 1 tahun. Boleh beri ubat cacing 6 bulan sekali jika kat rumah ada banyak haiwan peliharaan atau anak sering terdedah pada kotoran.


Laporan UNICEF membuktikan kanak-kanak yang diberi ubat cacing mempunyai berat dan perkembangan fizikal yang lebih sempurna berbanding kanak-kanak yang tak diberikan ubat cacing.


Bagi jana, setiap kali birthday Hazim&Haziq, jana akan pastikan mereka makan ubat cacing. Memang akan ada adegan bergaduh, memujuk, menangis (sikembar jenis yang susah makan ubat!) tapi demi kesihatan dan perkembangan mereka yang sempurna jana tadah je semua tu. Mujur setahun sekali je.

Daddies & mommies lak camana? Bila last beri anak makan ubat cacing? Jangan lupa bagi tau.

Salam sayang, jana


Monday 11 January 2016

17 kepentingan mineral zink untuk lelaki mantap

January 11, 2016 0 Comments
Tiap kali jana consult customer lelaki tentang vitamin Zinc Complex, mesti ada yang akan tanya: "lelaki boleh makan ke ni?". Untuk pengetahuan tuan-tuan yang dihormati, Zinc Complex bukan sekadar untuk atasi masalah rambut gugur hingga hampir botak atau luka cepat sembuh je tapi lebih dari tu. Banyak kebaikan dan manfaat Zinc Complex terutamanya untuk lelaki. Kali ni meh jana explain secara panjang lebar tentang kepentingan vitamin zink untuk lelaki mantap.

makanan untuk lelaki mantap


Bagi yang belum tau, antara vitamin untuk lelaki yang bantu pelihara kemantapan dan kesihatan lelaki selain vitamin e dan omega ialah zink. Pada zaman kegemilangan Rom, makan tiram (oyster) ialah lambang lelaki sejati. Ini kerana tiram ialah salah satu sumber mineral zink yang tinggi.

17 Kepentingan zink untuk lelaki mantap:

  1. MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik daripada penggunaan antibiotik.
  2. EKZEMA atau ectopic dermatitis: antaranya disebabkan kekurangan mineral zink dalam badan.
  3. MENYEIMBANGKAN HORMON: Zink mengawal selia hormon TESTOSTERON dalam badan.
  4. KESIHATAN KULIT: Zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan minyak kulit dan memelihara kesihatan kulit.
  5. LUKA CEPAT SEMBUH: Kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink yang berfungsi menggalakkan sistesis kolagen seterusnya membantu luka cepat sembuh.
  6. CEGAH GANGGUAN PROSTAT: Kekurangan zink dalam tubuh boleh menyebabkan pembesaran kalenjar prostat menjadikannya terdedah kepada risiko kanser. Bagi mereka yang sedang mengalami masalah prostat, dinasihatkan mengambil 15mg zink setiap hari dengan pemerhatian rapi perubatan.
  7. MENURUNKAN BERAT BADAN: Zink turut memainkan peranan utama dalam menurunkan berat berat badan dan mengawal selera makan.
  8. KESUBURAN DAN SEKSUAL: Zink penting untuk meningkatkan bilangan sperma dan hasilkan sperma yang sihat dan sempurna dan juga bantu perkembangan organ seksual. Zink yang secukupnya meningkatkan libido (keinginan untuk seks) dan keupayaan seks yang bertenaga.
  9. FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, kawal tahap stress, tingkatkan imun, baiki deria bau & rasa, pertumbuhan fizikal, kawal selera makan dan proses penghadaman.
  10. MENGAWAL JANGKITAN: Zink membantu melindungi dari gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  11. ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam tindakbalas biokimia yang tegas termasuk sintesis protin, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.
  12. ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protin, tahap hormon DNA, mengawalselia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan banyak lagi faedah kesihatan.
  13. MENGATASI KELESUAN KRONIK: Mereka yang sering mengalami kelesuan kronik disarankan untukmengambil makanan yang kaya dengan zink seperti tiram, daging lembu, telur, kacang almond dan banyak lagi.
  14. RAMBUT BOTAK & MASALAH KELEMUMUR: Bagi pemulihan rambut botak disyorkan oleh doktor ialah mengamalkan pemakanan tinggi zink. Zink juga mencegah rambut gugur, kebotakan dan juga kelemumur kerana zink memainkan peranan penting dalam sistesis protin dan pembentukan kolagen.
  15. TULANG RAPUH: Penyakit tulang lemah dan rapuh menyebabkan kemerosotan tulang. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan ia membuat matriks tulang yang kuat dan sihat. Dengan ini, zink perlu ditambah dalam diet plan untuk mengelakkan tulang rapuh.
  16. RABUN MALAM: Pengambilan 150-450gm zink sehari boleh memperbaiki kadar penglihatan.
  17. PENYAKIT KENCING MANIS: Zink memainkan peranan penting dalam menghasilkan insulin yang berfungsi mengawal paras glukosa dalam darah. Paras glukosa yang tinggi adalah punca penyakit kencing manis

Haa.. tu dia, banyak betul kepentingan zink untuk lelaki mantap. Harap tuan-tuan jangan pandang sebelah mata. Antara makanan yang tinggi kandungan zink ialah tiram, daging lembu, ayam, yogurt, susu, kuning telur dan banyak lagi. Selain daripada makanan, tuan juga boleh ambil zink dalam bentuk suplemen.

vitamin untuk lelaki


Vitamin Shaklee Zinc Complex adalah suplemen zink yang menyediakan keperluan zink harian tuan dalam cara yang lebih mudah. Turut dirumus bersama kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zink yang mudah untuk diserap oleh tubuh. Dalam bentuk tablet dan mudah dibawa kemana-mana. 

Zinc Complex Shaklee sesuai untuk pengambilan jangkamasa panjang. Ia berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Zink adalah khazanah lelaki. Kekurangan yang serius akan menyebabkan masalah seperti kematangan organ seksual, mati pucuk, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, penuaan pra matang dan sebagainya. Oleh yang demikian, zink sangat diperlukan oleh lelaki dari peringkat remaja hingga ke tua.

Ketahui khasiat bawang putih untuk lelaki

Dengan hanya rm33 (belum termasuk pos) untuk 120 biji, ia terlalu murah berbanding kesihatan dan kemantapan tuan. Jom dapatkannya sekarang. Camana nak dapatkan Zinc Complex Shaklee?

Jemput hubungi jana ditalian berikut. Setiap pembelian akan disertakan nasihat cara makan dan konsultasi percuma sepanjang pengambilan vitamin.

pengedar shaklee



Wednesday 6 January 2016

13 Rahsia Kajol tampil kurus menawan pada usia 40an

January 06, 2016 3 Comments
Buntang mata jana masa kali pertama poster filem Dilwale 2015 muncul kat wall fb. Nyata konfius sekejap tengok Kajol dan SRK yang sangat menawan dan kacak tu. Hey, dua orang tu umur bukan muda lagi tau tapi dah masuk 40an hokeh! Kalu SRK tu, kita akan kata "biasala lelaki".. Tapi Kajol? Anak dah 2! Sungguh diluar tipikal wanita yang dah berkahwin, ada anak dan usia 40 an (mode dengki ;p )

Serius jana tertanya-tanya apa rahsia kajol hingga dia boleh tampil kurus menawan walaupun sudah berumur 40 lebih. Penampilan yang diidam-idamkan oleh hampir semua wanita pertengahan umur. Apa dia buat? Senaman apa? Makan apa? Macam mana diet dia?

Jana tau, jana tak keseorangan disini... puan-puan semua pun mesti nak tau jugak kan?

kajol dilwale 2015


Menurut sumber Kajol telah mengikuti diet sihat sepanjang masa, rejim senaman yang ketat dan dia sangat konsisten dalam menjayakannya sejak 3 tahun lalu. Dia juga melantik jurulatih peribadi yang sebelum ni melatih suaminya iaitu Ajay Devgan.


Jom semak 13 rahsia Kajol tampil kurus dan menawan walaupun pada usia 40an

  1. Kajol gemar latihan angkat berat. Dia lakukan latihan angkat berat asas, squat dan 200-300 tekan tubi

  2. Setiap latihan adalah latihan berat.

  3. Latihan selama 2 jam sehari 4-6 petang. Jika ada penggambaran, dia akan mulakan seawal jam 5.45 pagi
    .
  4. Tidak berlapar dan tidak lakukan diet kalori
    .
  5. Mengambil protin berkualiti tinggi dari pelbagai sumber seperti ayam, ikan, paneer, telur, kekacang dan banyak lagi.
     
  6. Kajol tak mengamalkan gaya pemakanan vegetarian.

  7. Turut amalkan makanan tinggi serat, lemak sihat, makanan rendah gula dan langsung tak amik makanan ringan

  8. Diet Kajol berubah ikut paras tenaga, rancangan perjalanan, jadual penggambaran dan perubahan musim.

  9. Tidak merokok dan minum alkohol

  10. Tidak makan lewat malam dan lewat pagi

  11. Tidak pernah ambil produk kurus

  12. Sangat menjaga jumlah pengambilan air

  13. Sangat berdedikasi adalah kunci utama kejayaan Kajol untuk berubah jadi kurus dan menawan pada usia 40an.

Itu lah dia rahsia kajol nampak macam tak lekang dek usia. Body solid, matang, nampak segar dan bertenaga walaupun telah menginjak 40an. Bagi Kajol, tiada jalan pintas, tiada gimik atau fad diets untuk dapatkan bentuk badan yang menarik. Singkirkan lemak dan pelihara otot adalah kunci utama.




Kita pun berpeluang untuk ubah penampilan macam kajol. Bila berusia bertambah tak semestinya kita perlu tunduk pada undang-undang alam. Bangkit lah dan berusahalah sekurang-kurangnya untuk sedapkan mata suami. Jagalah kecantikan, bentuk badan dan kesihatan kita. Suami mana tak bergetar tulang rusuk wey bila tengok body bini sendiri cantik menawan mengalahkan zaman anak dara...


Tak sabar rasanya nak tonton filem Dilwale 2015 kat pawagam. Suami jana tak minat hindustan jadi terpaksalah jana layan sorang-sorang atau ajak kawan untuk teman.

Salam sayang, Jana



Monday 4 January 2016

Kenali simptom fatty liver (hati berlemak) dan cara menanganinya dengan berkesan

January 04, 2016 0 Comments
Hati merupakan organ kedua terbesar dalam tubuh manusia yang mempunyai 500 fungsi termasuk menukar makanan kepada tenaga, menapis dan memproses darah yang mengalir dalam tubuh kita, menyahtoksik bahan berbahaya, mengawal atur hormon, tempat menyimpan sesetengah vitamin & mineral dan memproses nutrien.

Organ hati merupakan satu-satunya organ yang boleh membaiki dan membina dirinya semula dengan cepat ! Masalah hati berlemak jika tiada tindakan untuk menanganinya akan mengganggu sifat organ hati  yang sangat menakjubkan ini.

Hati berupaya menentang mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang berperanan utama dalam proses detoksifikasi dan metabolisme dan juga menapis dadah, alkohol dan segala toksin dari alam sekitar yang masuk kedalam tubuh kita.

mengatasi masalah hati berlemak


Hati yang bermasalah akan menganggu kesemua fungsi-fungsi enzim sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.


Menurut kajian, ramai orang tidak sedar mereka sedang mengalami masalah hati berlemak atau lebih dikenali sebagai fatty liver. Punca masalah hati berlemak dikesan berpunca dari penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.


Di Malaysia, 1 dari 20 penduduk mengalami penyakit berkaitan dengan hati. Tabiat suka makan lewat malam, makan makanan berminyak, tidak bersenam dan merokok adalah antara penyebab. Selain dari faktor gaya hidup, perubahan pada enzim hati yang tidak normal menyebabkan metabolisme tidak seimbang.

Mengenali simptom-simptom hati berlemak pada peringkat awal:
  • Lesu
  • Sering keletihan
  • Hilang berat badan
Simptom-simptom pada peringkat lebih kronik penyakit hati berlemak:
  • Jaundice (demam kuning)
  • Bengkak perut (busung)
  • Kekeliruan
  • Muntah darah
  • Saluran darah dalam esofagus membengkak

Gejala hati berlemak jika tidak ditangani lebih awal akan menyebabkan hati membengkak dan menular menjadi fibrosis seterusnya sirosis dimana fungsi hati akan terjejas dan susah untuk dirawat dan pulih seperti sediakala.

vitamin untuk fatty liver hati berlemak


Menangani penyakit hati berlemak

Cara yang paling berkesan untuk menangani hati berlemak (fatty liver) ialah dengan mengawal gaya hidup kita dan membekalkan nutrien yang secukupnya kepada organ hati.

Liver Aid Program Shaklee menawarkan penjagaan organ hati dengan gabungan eksklusif DTX Complex dan Nutriferon hanya dari Shaklee.


DTX Complex dengan formula yang dipaten mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed), dandelion, articok, kunyit, ling zhi dan schizandra berfungsi:
  1. Menyokong penjanaan semula sel-sel hati
  2. Melindungi hati
  3. Menangani masalah seperti hepatitis dan sirosis
  4. Mengekalkan aliran hempedu
  5. Membantu meningkatkan fungsi hati
  6. Merangsang sistesis protin, tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi dan perlahankan pembentukan toksin

Nutriferon mengandungi ekstrak biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflower berfungsi:
  1. Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan.
  2. Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  3. Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj bagi menentang pencerobohan dan memusnahkan virus dan kuman

vitamin untuk hati liver


Mencegah lebih baik dari merawat. Kos mencegah juga jauh lebih rendah dari kos merawat. Ayuh! Atasi masalah hati berlemak dan tingkatkan kesihatan hati anda sekarang.

Macamana nak kawal kolesterol tinggi dengan berkesan
Mengatasi masalah penyakit 3 serangkai

Masalah hati berlemak jika tidak diatasi pada peringkat awal boleh mengakibatkan penyakit hati yang lebih teruk seperti barah hati. Pada peringkat ini organ hati tidak lagi dapat membaiki dan membina sendiri dan rosak. Salah satu cara untuk merawatnya ialah melalui pemindahan hati.

Jom order DTX Complex dan Nutriferon terus dari shaklee hari ini dengan klik butang order dibawah

 Order via Shaklee


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut untuk order dan dapatkan konsultasi secara berterusan sepanjang pengambilan vitamin secara percuma.

pengedar shaklee machang


Follow Instragram Jana_Hazana