Friday 24 January 2014

ESP & VITAMIN C ATASI KULIT GELAP, KUSAM DAN BERMINYAK

January 24, 2014 3 Comments
Ramai betul orang duk cari kat google, camana nak dapatkan kulit yang cantik. Ye lah, sapa-sapa pun akan kelihatan lebih cantik dengan kulit yang cantik. Penting tu...So, meh sini nak kongsi manfaat ESP dan vitamin C dalam mengatasi masalah kulit gelap, kusam dan berminyak

Ini lah dia, umpama rawatan dari dalam, bila amalkan ni tak perlu make-up tebal-tebal lagi dah untuk cover cela..Yang best ia bukan untuk kulit je, tapi untuk kesihatan juga seperti tingkatkan sistem pertahanan tubuh dan tingkatkan tenaga.

shaklee untuk kulit cantik

ESP+Vitamin C Plus membekalkan protin dan antioksidan yang penting untuk kesihatan dan kecantikan. Fakta ni semua orang pun dah tau kan??

Suplemen-suplemen ni bantu atasi masalah kulit kering, gelap, kusam, kasar, berminyak, parut kehitaman dan turut boleh kecilkan liang pori..Bahagian tumit yang kasar pun dah tak kasar lagi..Parut-parut hitam pun cepat hilang. Wajah lebih berseri.
Lagi ia tingkatkan sistem pertahanan badan. Bagi yang selalu bersin-bersin pada waktu pagi hidung berair dan tersumbat, bagus amik suplemen ni. Ia boleh bantu atasi resdung dengan berkesan.
Paling penting ia juga bantu tingkatkan tenaga.

Complete. Selamat & berkesan. CLINICALLY PROVEN tau!
Sapa yang dah pernah cuba pasti puas hati.

Bagi yang malas nak makan banyak-banyak vitamin tu boleh amik ESP+Vitamin C Plus ni. ESP tahan untuk 1.5-2 bulan manakala Vitamin C Plus pulak tahan 6 bulan...berbaloi. Sangat sesuai untuk mereka yang bajet terhad. Boleh share suami & isteri..biar sama2 sihat sama2 tampil sihat dan menawan..

Harga pasaran ESP (850g) RM150 WM/ RM155 EM
Harga pasaran Vitamin C Plus (180biji) RM92.50 WM/ RM97.50 EM
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi jom hubungi saya disini

ajen shaklee

COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran keseluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX





Thursday 23 January 2014

VITAMIN SHAKLEE BANTU ATASI MASALAH SEMBELIT

January 23, 2014 0 Comments
2-3 hari kebelakangan ni ramai pulak yang cari vitamin Shaklee untuk bantu masalah sembelit. Bagus tu, sembelit ni bukan boleh dibiar berlarutan, nanti lain pulak datang menjengah. Ye lah, bayangkan sisa-sisa buangan yang tidak dibuang untuk beberapa hari, apa jadi?? itu sebab yang ada perut buncit, badan berbau tengit, kulit berjerawat, mudah penat..macam-macam lagi lah.

Vitamin Shaklee yang disyorkan untuk bantu atasi sembelit ialah Lecithin & Alfalfa.

Lecithin ~~ Melembutkan najis, melembapkan usus
Alfalfa Complex ~~ Kandungan kaya dengan serat

Jika sembelit teruk, add-on
Herblax ~~ Detoks, mengandungi daun senna yang sememangnya digunakan untuk merawat masalah sembelit


vitamin shaklee atasi sembelit


Tak pasti sembelit tu macam mana???
Seseorang itu sedang mengalami masalah sembelit apabila membuang air besar LEBIH DARI 2 HARI SEKALI. Setiap kali membuang, disertai dengan MENERAN, KESAKITAN dan KESUKARAN. Najis biasanya BERKETUL-KETUL, KERAS dan KERING. Keadaan lebih parah jika pada najis terdapat kesan darah atau lendir kerana ia membawa petanda penyakit serius. So, sila amik perhatian ye..intai2 sikit takpe..

Untuk atasi sembelit pastikan MINUM AIR SEKURANG-KURANGNYA 2.5L sehari. Banyakkan pengambilan SERAT, BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN. Masalah sembelit juga ada kaitan dengan metabolisme tubuh tau..Sembelit biasa nya terjadi pada tubuh dengan metabolisme rendah...

Jika anda sedang hamil dan mengalami masalah sembelit, sila klik SINI

Lagi. Untungnya set vitamin ni ialah ia turut membantu menurunkan berat badan! SET KURUS BAJET yang tersohor tu lah... Jika berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi, jom hubungi saya


COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX


Saturday 18 January 2014

PENYAKIT DARAH TINGGI: MEMBUNUH DALAM DIAM

January 18, 2014 0 Comments
Tahukah anda;

1. Lebih dari 28 juta rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi dan 80% daripada mereka TIDAK MENGETAHUINYA!
(Persatuan Hypertensi Malaysia)

2. Lebih kurang 43% rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap tekanan darah tinggi.
(The National Health dan Morbidity Survey, Jan 2010)

Tengok tu, camana penyakit darah tinggi ni tak dikatakan pembunuh senyap. Ramai yang tak sedar pun mereka ada darah tinggi, tup-tup meninggal. Nauzubillah....

woh..Rileks2..sebelum nak panik jom kita tengok dulu apa tu darah tinggi



Tekanan darah penting bagi memastikan darah mengalir setiap kali jantung mengepam. Ia diukur berdasarkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah. Biasa tak tengok atau alami sendiri, nurse balut lengan kita pastu pembalut tu makin ketat & ketat........pastu keluar nombor kat mesin tu. Itulah cara nak ukur tekanan darah. dan nombor-nombor tu pulak, boleh rujuk kat dalam rajah diatas.

Tetapi, jika tekanan darah tinggi dan kekal buat jangka masa yang lama, ia boleh mendatangkan bahaya.

Kesan buruk akibat darah tinggi

Pada Otak

Tinggi risiko untuk dapat angin ahmar (strok). Ia boleh menyebabkan salur darah pada otak pecah lalu mengakibatkan pendarahan. Bila dah berlaku macam ni biasanya pesakit akan koma.

Pada mata

Boleh menyebabkan salur darah dalam mata pecah lalu mengakibatkan kabur malah boleh jadi buta

Pada salur darah

Salur darah boleh mengeras terutamanya dibahagian jantung, otak dan buah pinggang. Bila salur darah mengeras, ini akan membebankan jantung dan buah pinggang dan memerlukan ia bekerja dengan lebih keras.

Pada buah pinggang

Tekanan darah tinggi menyebabkan salur darah menyempit dan darah dalam buah pinggang menjadi pekat. Bila ini berlaku, buah pinggang tidak dapat menapis kotoran dengan lebih sempurna menyebabkan kotoran-kotoran tersebut berkumpul dalam darah. Pesakit Chronic Kidney Disease (CKD) biasa nya tidak sedar akan kehadirannya hinggalah sudah terlambat. Akibatnya pesakit terpaksa menjalani dialisis seumur hidup atau transplan.

Lebih buruk ia boleh merosakkan buah pinggang dan memerlukan proses dialisis untuk rawatan.

Pada jantung

Mendatangkan risiko yang tinggi untuk dapat serangan jantung.
Bila salur darah tersekat, jantung tidak dapat bekalan oksigen dengan cukup lalu menyebabkan sakit dada, 'angina'.

Jantung juga gagal membekalkan darah yang mencukupi untuk keperluan tubuh.

Sebab itulah kita amat disarankan untuk mencegah dari awal. Untuk mencegah dan mengatasi tekanan darah tinggi, perlulah

  • Kurangkan berat badan
  • Melakukan senaman berkala
  • Amalkan diet sihat
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Berhenti merokok
  • Jauhi alkohol

Suplemen Shaklee untuk mencegah & mengatasi tekanan darah tinggi ialah

>>Omega - Melancarkan darah dan mengelakkan dari tersumbat. Membekalkan lemak baik HDL dan menyingkirkan lemak jahat LDL, menurunkan kolesterol

>>Garlic - Merendahkan tekanan darah, mengawal jangkitan

>>Vitamin C, BComplex - Menghalang pembekuan darah, menguatkan dinding salur darah, mengekalkan kesihatan kardiovaskular


Facebook; Jana Hazana


Wednesday 15 January 2014

1st ANNIVERSARY GIVEAWAY BY JANAHAZANA.BLOGSPOT.COM

January 15, 2014 153 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera

Sempena ulang tahun pertama blog ini, dengan rasminya saya melancarkan
1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com
bermula 15 Januari 2014 hingga 31 Januari 2014



5 peserta bertuah akan memenangi hadiah
 bernilai RM450
+
Buku mini
+
Tasbih digital


Syarat-syarat penyertaan:

1. Buat entri bertajuk 1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.

2. Copy banner diatas kedalam entri tersebut dan linkkan semula ke entri ini

3. Follow blog janahazana.blogspot.com (@ klik di side bar)

4. Follow google Jana Hazana (@ klik di side bar)

4. Like fanpage Inspirasi Sihat Semulajadi (@ klik di side bar)


Sangat mudah. 
Jangan lupa tinggalkan link entri anda pada ruang komen dibawah ye.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2014 jam 12 tengah malam
Pemenang akan diberitahu pada 3 Februari 2014
Pemenang dipilih berdasarkan random.org

Terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat yang sudi join GA ini. 

Monday 13 January 2014

ALFALFA: RAJA SEGALA TUMBUHAN DAN KEBAIKAN ALFALFA SHAKLEE

January 13, 2014 0 Comments
Orang dulu-dulu dah tau kebaikan alfalfa dan menggunakannya sejak 2500 tahun yang lampau dalam bidang perubatan.
Antaranya ialah orang-orang Cina kuno menggunakan Alfalfa sejak 1500 tahun bagi merawat penyakit usus, ginjal, sendi dan sembap (bengkak yang disebabkan pengumpulan air)

Akarnya boleh tumbuh kedalam bumi hingga 20 kaki panjang berbanding tumbuhan lain, sebab tu ia boleh serap pelbagai nutrisi. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 jenis zat galian seperti kalsium, potassium, fosforus dan zat besi, 10 jenis vitamin termasuk vitamin A, C & E, 8 jenis enzim dan fitokimia.

SEBAB ITU LAH ALFALFA DIKENALI SEBAGAI 'RAJA SEGALA TUMBUHAN"


faedah alfalfa


Alfalfa Complex yang dibangunkan oleh Dr. Shaklee bermula tahun 1950-an dibuat dari Alfalfa jenis Medicago Sativa, iaitu dari gred paling tinggi dikalangan tumbuhan herba Alfalfa. 

Keistimewaan Alfalfa yang digunakan oleh Shaklee ditanam secara organik, bebas racun serangga dan bahan baja yang digunakan adalah bebas kimia. Proses pengeringan daun-daun matang yang kaya dengan klorofil tu pun hanya menggunakan udara secara semulajadi sebelum dihancurkan menjadi serbuk dan dikompres ke bentuk tablet.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom tengok kelebihan alfalfa Shaklee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

# Mencuci hati, darah & usus - Alfalfa merupakan makanan yang sangat beralkali oleh itu ia boleh meneutralkan keasidan dalam tubuh dan menghilangkan toksin. 


# Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang 
sensitif, kurap, bau badan & ulat air dengan berkesan.

# Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut - membaiki masalah penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik dan sembelit.

# Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal membuktikan penggunaan alfalfa dalam jangka masa panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa yang mengandungi saponin, seperti span yang berfungsi seperti serat yang menyerap kolesterol.

# Melawan tumor - Mengamalkan pengambilan alfalfa boleh mengalkalikan badan, dengan itu membaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

# Melegakan keletihan

# Mencegah & merawat arthritis

# Merupakan herba galactogogue yang membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu



# Membantu bagi pesakit kecing manis menstabilkan gula dalam darah selain mencantikkan kulit & otot.



Tengok tu betapa banyak kebaikan Alfalfa Complex Shaklee sesuai digelar Alfalfa raja segala tumbuhan. Sebab tu lah biasanya dalam kebanyakan penyakit atau masalah setiap kombinasi suplemen yang dicadangkan mesti ada Alfalfa Complec. Untuk kesan yang lebih menyeluruh. Contohnya;

1. Alfalfa + ESP = Milk Booster

2. Alfalfa + Vitamin E = Suplemen untuk asmara suami isteri

3. Alfalfa + Lecithin = Turunkan berat badan (Bajet)

4. Alfalfa + Omega Guard = Turunkan berat badan

5. Alfalfa + Omega Guard + Garlic = Turunkan kolesterol 

6. Alfalfa + Omega Guard + Bcomplex = Gout

7. Alfalfa + Vitamin C + Bcomplex = Alergi / resdung / perokok

8. Alfalfa + GLA = Tingkatkan kesuburan wanita

9. Alfalfa + Herblax = Sembelit

10. Alfalfa + GLA + Ostematrix + Bcomplex + Vitamin C = Kencing Manis

11. Alfalfa + Garlic = Rawat keputihan bukan waktu hamil

Pengalaman saya sendiri menggunakan Alfalfa Complex ni, memang best terutamanya bab-bab kewanitaan. Biasala kan, bila dah ada suami ni banyak benda yang perlu dititik beratkan dan mesti sentiasa dalam keadaan tip-top walaupun dah beranak 3..
Cerita banyak-banyak pun tak guna, meh baca testimonial mereka yang dah rasa kebaikan Alfalfa Complex ni.


kebaikan alfalfa complex

Oh ye, bagi yang ada masalah penyakit-penyakit jenis auto-imun seperti SLE tak boleh ambil Alfalfa tau. Takut penyakit mereka ni akan jadi lebih serius. Sila dapatkan pendapat doktor anda.

Harga pasaran Alfalfa Complex bagi 330biji ialah RM53.75
Harga pasaran Alfalfa Complex bagi 700biji ialah RM97.50

Jika berminat untuk dapatkan Alfalfa Complex berserta konsultasi sila hubungi saya disini. 






Saturday 11 January 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

January 11, 2014 3 Comments
First time nih nak join GA..

Sambil2 blogwalking tu dapat jugak lari dari kebiasaan, apa salahnya. 

Selain dari perfume Solat, ada handphone tau..Boleh buat koleksi..Menarik U Know!
Jika anda juga berminat, jom klik kat gambar ni --->



Dapat perfume Solat tu pun best jugak..Takpe, kita cuba dulu. Mana tau ada rezeki :)

Friday 10 January 2014

TIP TINGKATKAN DAYA INGATAN

January 10, 2014 2 Comments
Bila usia dah makin meningkat, memang tak boleh lari dari situasi 'lupa' kan..
Isteri kirim beli kunyit, lupa...
Tiap-tiap pagi kecoh serumah sebab lupa letak kunci kereta kat mana....
Baru je habis tengok berita, bila orang tanya tengok berita apa? dah pun lupa....

Sapa2 yang sedang mengalami situsi diatas, sila bertindak sekarang kerana masalah ini akan jadi lebih teruk jika tidak dibendung dari awal..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disini ada tip-tip untuk meningkatkan daya ingatan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Permainan minda

Permainan minda seperti Sudoku, Teka silang kata, Slitherlink dan sebagainya merupakan cara terbaik untuk melatih minda supaya lebih aktif dan berfikir kerana setiap permainan minda memerlukan kemahiran yang berbeza seperti imaginasi, logik dan kreativiti.

Tak perlu menyelesaikan teka-teki yang sukar yang melibatkan pengiraan kompleks atau tafsiran. Cukup hanya dengan suatu permainan minda yang mudah.

pengedar shaklee gombak


2. Minum Air

Dah tentu ramai yang mengetahui 60% komponen tubuh manusia ialah air bukan? Tapi tahukah anda, 75% komponen otak kita adalah air! Satu kajian perubatan telah menunjukkan walaupun hanya sedikit kekurangan air boleh menyebabkan tenaga mental kita menurun lalu mengakibatkan kekeliruan dan hilang ingatan.

Minum sekurang-kurangnya 2 Liter sehari atau minimum 8 gelas sehari untuk pastikan keperluan air bagi otak dan tubuh kita mencukupi.


3. Tulis diari

Menulis diari ialah salah satu cara yang berkesan untuk mengimbas kembali perjalanan hidup kita. Ia melatih otak kita untuk mengingati apa yang telah berlaku. Bagi tempoh masa tertentu, ingatan anda akan semakin baik.


4. Menjadi guru

Ada pepatah yang menyebut, "Cara terbaik untuk belajar ialah dengan mengajar."

Latihan ini bukan sahaja dapat membantu anda melatih otak untuk lebih aktif dan meningkatkan daya ingatan tetapi turut berkesan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran.


5. Belajar kemahiran atau benda baru

Otak manusia akan berada dalam keadaan terbaik selagi ia berada dalam mode pembelajaran.

Adakah anda pernah terfikir mengapa daya ingatan ketika zaman belajar adalah lebih bagus berbanding sekarang?
Ini kerana ketika sedang belajar, akan ada peperiksaan dimana otak kita dikerah untuk bekerja dengan mengingati, mengumpul data, memproses maklumat setiap masa setiap hari. Dengan itu secara semulajadi otak kita berfungsi pada tahap yang terbaik.
Berbeza dengan zaman sekarang, semua proses mengingati, mengumpul data dan memproses maklumat itu telah dikontrakkan kepada mesin seperti telefon pintar. Yang tinggal hanya perlu menekan butang-butang tertentu. Bukannya menekan butang itu bukan suatu pembelajaran, tetapi quantum pembelajaran itu adalah terhad.



Oleh itu selagi ada peluang belajar benda baru, belajar lah..jangan lepaskan peluang. Ia bukan sahaja bagus untuk pengalaman tetapi juga untuk otak anda supaya lebih aktif dan meningkatkan daya ingatan. Secara personal, saya sangat berminat belajar bahasa asing seperti bahasa Thailand dan Korea. Anda bagaimana???

Dengan Shaklee, Omega Guard membantu meningkatkan daya ingatan dengan membekalkan DHA yang membantu menghubungkan sel-sel otak.

Tuesday 7 January 2014

CABARAN HARI KE 17; PERSONALITI

January 07, 2014 1 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 17
*********************************************************************************

3 things you are proud of about your personality

Adeh, apa lah tajuk ni..tak pasal2 nak kene perasan sorang-sorang pulak..

Camni lah, tukar sikit. Bukan bangga, tapi berjaya latih diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik yang dijanjikan syurga..

1. Menepati masa

Saya adalah seorang yang menepati masa. Lain lah kalau yang tetiba nak jumpa, atau tiba2 sms cakap nak COD Shaklee, urgent katanya...memang ada gap masa sikitlah untuk saya bersiap, siapkan bodyguards (chewaahh..2 orang tu), nak drive.. Tapi kalau yang dah memang buat temujanji, memang saya akan ON TIME!

Saya cukup tak suka orang yang tidak menepati masa. Sebab saya tidak suka menunggu!!! So, saya anggap jika saya tak suka menunggu, orang lain pun sama lah kan..diorang pun mesti tak suka menunggu jugak..Being emphaty is rule no.1..


2. Sentiasa berfikiran positif

Untungnya menjadi orang berfikiran positif ni ialah ia akan menarik aura-aura positif juga. Sebab tu saya suka..Jika ada apa-apa halangan, saya takkan mudah melenting. Takkan mudah fikir yang bukan-bukan. Saya cuma tersenyum, dalam hati sebut 'Alhamdulillah' dan dalam fikiran bayangkan yang baik-baik je. Jangan tak percaya, lepas tu atau esok atau minggu depannya saya dapat apa yang saya bayangkan tu, malah jauh lebih baik!
Contohnya plan nak masak ikan besar untuk makan tengahari tapi bila pegi pasar ikan tu dah habis, daging je ada. Takpe lah, beli je apa yang ada, boleh tukar menu. Tengok-tengok bila masak apa yang ada tu, punye la sedap suami dan anak-anak makan hingga menjilat jari. Seronok disitu. Bila waktu makan malam pulak tiba-tiba je suami ajak pegi makan ikan bakar kat kedai seafood..tengok! kan lagi seronok tu..

Sapa penah baca buku 'The Secret' dia tau lah pasal 'Undang-undang daya tarikan' tu..Sangat best. Sangat bagus untuk dipraktikkan.


3.  Mengutamakan kebersihan

Memang mak saya dah latih anak-anak dia dari kecil untuk amalkan kebersihan. Rumah mesti kemas, terutamanya dapur dan tandas. Duk rumah buruk pun takpe asalkan kemas, dan kalau ada masa hias lah bagi cantik. So saya dah terbiasa dengan cara hidup camtu. 

Saya takde maid, semua pun buat sendiri je. Cuma sekarang ni bila dah ada hero-hero yang sedang membesar, tak boleh dah nak sentiasa kemas tersusun 24 jam. Kena bertolak ansur sikit bab ni..Berterabur dengan barang mainan boleh lagi..Tapi bab toilet dan dapur memang saya kawal ketat..Lipas pun tak selesa dah nak menumpang kat rumah saya ni..

Lagi. Saya suka mencuci guna produk penjagaan rumah Shaklee Get Clean iaitu Basic-H dan Dish Wash. Jimat, mesra alam, BEBAS TOKSIK. Bahan-bahan pun semulajadi je dan yang bestnya tangan saya tak jadi kering dan mengelupas langsung lepas guna produk Shaklee Get Clean ni.

Monday 6 January 2014

10 MAKANAN ELAK ARTERI TERSUMBAT PUNCA PENYAKIT JANTUNG

January 06, 2014 5 Comments
Arteri tersumbat ni kita perlu jauhi sebab ia boleh membawa penyakit jantung, darah tinggi, strok dan juga maut! Arteri kita akan tersumbat apabila lemak2 LDL terlalu banyak dalam darah lalu menempel pada dinding salur darah. Bila dah menempel lama kelamaan ia akan semakin banyak dan menimbun lalu mengeras. Bila dah sampai tahap ni, memang bahaya kerana darah tak boleh mengalir dengan lancar.

Itu yang kene strok, koma sebab salur darah tu dah tersumbat dan boleh pecah! Darah yang tak boleh mengalir dengan lancar pun sudah cukup untuk mengundang pelbagai jenis penyakit...Inikan pula bila salur darah pecah..

Oleh itu, amat penting untuk menjaga pemakanan kita supaya perkara2 ini boleh dielakkan.

cegah dan atasi strok, penyakit jantung


Jom tengok 10 makanan yang membantu untuk mengelakkan arteri tersumbat yang menjadi punca penyakit jantung;

1. Bawang putih
Bawang putih diketahui telah digunakan sejak zaman purba bagi merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan pada kajian, bawang putih mampu menghalang salur darah dari mengeras dan menjadi tempat pembentukan plak.

2. Anggur
Anggur sangat kaya dengan flanovoids, quercetin dan resveratrol. Flanovoid ditemui dapat menghalang proses okdidasi kolesterol jahat (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding salur arteri. Ia juga merendahkan risiko darah tersumbat yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.

3. Bayam
Bayam sangat kaya dengan potassium dan asid folik dimana ia bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, sejenis carotenoid yang mampu menghalang serangan jantung dengan melindungi arteri bebas dari pembentukan kolesterol.

4. Ikan
Satu kajian dari Southampton University telah menemui bahawa minyak Omega 3 yang terdapat pada ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pembentukan lemak dalam arteri. Asid lemak ini menghalang oksidasi kolesterol dan tragedi darah tersumbat.

5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksidasi akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.

6. Tomato
Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Korea, lycopene, kompaun dalam tomato yang memberikan ia warna membantu menghalang arteri dari mengeras.

7. Buah delima
Jus dan buah delima yang sangat tinggi dengan antioksidan bukan sahaja dapat menghalang arteri dari mengeras dan rosak malah dapat mengundurkan semula progres penyakit ini.

8. Kiwi dan cantaloupe (kalu kat pasaraya nama dia rock melon)
Makanan yang kaya dengan antioksidan ini mengurangkan kesan toksik kolesteol LDL, yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Kiwi dan cantaloupe ni mampu menghapuskannya malah menghalangnya dari merebak. Makanlah secawan cantaloupe atau kiwi sehari untuk mengawal masalah darah tersumbat.

Rock melon a.k.a Cantaloupe

9. Jus kranberi
Ia meningkatkan kebolehan sel-sel tubuh untuk menukarkan lemak kepada tenaga sekaligus menghalang ia dari menimbun dalam salur darah.

10. Oat
Oat mengandungi serat yang akan melekatkan dirinya pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem tubuh kita. Kajian menunjukkan, dengan memakan 1setengah hingga 2setengah cawan oat setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20%.


Vitamin Shaklee yang boleh bantu elak dan atasi masalah arteri tersumbat ialah


vitamin shaklee untuk strok

Nak tau kenapa rakyat perancis paling sedikit terkena serangan penyakit strok, jantung dan penyakit kardiovaskular walaupun makanan utama mereka ialah daging dan lemak?
Sebab mereka suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah peram yang mengandungi resveratrol yang boleh mencegah penyakit2 tersebut. Tapi, takkan orang islam nak minum wain kan? Haram wo...

Vivix kan ada..setiap hidangan (1 sudu teh) menyediakan 100mg resveratrol iaitu sama dengan 100 gelas wain. Tambah lagi kandungan resveratrol dalam vivix turut diperkayakan dengan poliphenol yang diekstrak dari sumber anggur muscadine yang menjadikan ia suplemen anti-penuaan yang terbaik didunia.

Vivix turut mengandungi carrot ungu, elderberry dan knotweed jepun yang menjadikan ia tinggi antioksidan yang mampu memberi perlindungan terhadap kolesterol tinggi, penyakit jantung dan strok selain meningkatkan sistem imun tubuh.

shaklee vivix


Baca: Manfaat resveratrol dalam Vivix untuk mengawal penyakit darah tinggi
Baca: Penangan Vivix hantu rokok insaf



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk mendapatkan VIVIX atau vitamin-vitamin Shaklee dan hindari penyakit-penyakit akibat arteri tersumbat, sila hubungi saya ditalian berikut.





Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju dan GDEX

Saturday 4 January 2014

TERBAIK PERNAH BERLAKU

January 04, 2014 0 Comments
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 16
*********************************************************************************

Duk di rumah, 
jaga anak2, 
jaga rumah tangga,
memasak untuk keluarga tersayang,
tak perlu bersesak dalam kesesakan lalu lintas, 
tak perlu bersesak dalam komuter 
tak perlu kejar2 masa
tapi 
income tetap MASYUKK!!..

Boleh tolong keluarga
Boleh bantu bayar bil
Boleh bantu mereka yang memerlukan
Sentiasa ada masa untuk bersama insan2 yang tersayang

THIS IS THE BEST JOB EVER!

Kawan-kawan pun makin ramai
Network makin besar
Ilmu makin bertambah (dunia&akhirat)
Keyakinan diri makin bertambah
Skill makin bertambah
Pengalaman bertambah

Banyak lah..
90% adalah yang positif...
Yang baki lagi 10% tu pun tetap ditafsir oleh minda sebagai positif.. 

Jana~MasterCoordinatorbyAug'14

Follow Instragram Jana_Hazana