Showing posts with label Keputihan. Show all posts
Showing posts with label Keputihan. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Hilangkan bau badan demi suami tercinta

November 22, 2014 0 Comments
Hilangkan bau badan adalah sangat penting terutamanya bagi kaum wanita. Mengapa? Percaya atau tidak bau badan boleh menjadi faktor kepada kebahagiaan atau punca keruntuhan sesebuah rumah tangga. Apa taknya bila badan berbau busuk sesiapa pun takkan berasa selesa untuk berada berhampiran kita termasuklah suami sendiri. Tiada gunanya berwajah cantik dan bersolek bagai tapi kalau badan berbau busuk. Ingatlah, jangan sampai isu bau badan menjadi punca suami menjauhkan diri. Suami duk jauh sikit takpe lagi, tapi jangan sampai badan berbau menjadi alasan untuk dia berlaku curang! Nauzubillah...

Wahai wanita yang berstatus isteri dan ibu, sayangilah diri sendiri. Sekiranya anda sedang mengalami masalah badan berbau, bertindaklah sekarang. Hilangkanlah bau badan demi suami tercinta..

hilangkan bau ketiak


Punca badan berbau

Selain dari faktor kebersihan punca badan berbau biasanya disebabkan oleh lambakan toksin dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan dengan sempurna. Toksin yang banyak dalam tubuh merupakan punca kepada masalah:

♢ Berat badan sukar turun
♢ Sistem pertahanan tubuh yang lemah
♢ Badan sentiasa lemah dan lesu
♢ Stress
♢ Sering pening/sakit kepala
♢ Kulit berjerawat
♢ Badan berbau busuk termasuk mulut dan peluh


Sekiranya anda sedang mengalami masalah-masalah seperti diatas, ketahuilah bahawa anda sedang mengalami masalah lambakan toksin. Cara untuk mengatasinya adalah dengan detoks.

Bagi wanita faktor masalah bau badan boleh menjadi lebih kompleks setelah mengandung dan melahirkan anak kerana perubahan hormon turut memainkan peranan. Masalah keputihan yang berbau pada alat sulit juga akan menyebabkan keadaan menjadi lebih kronik.

Jika anda sedang mencari cara untuk hilangkan bau badan dengan mudah saya syorkan anda mencuba vitamin Shaklee Alfalfa Complex dan Garlic Complex yang sangat berkesan untuk detoks iaitu meyingkirkan toksin yang menjadi punca badan berbau.


hilangkan bau ketiak


Mengapa Alfalfa Complex dan Garlic Complex

♧ Menyingkirkan toksin dengan berkesan. Melawaskan pembuangan, mencuci usus, mencuci darah, meneutralkan keasidan tubuh, menghilangkan bau badan.

♧ Alfalfa Complex menghilangkan masalah keputihan. Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi untuk mengatasi jangkitan bakteria yang menyebabkan keputihan berbau.

♧ Mengatasi bau ketiak dan kaki yang melampau

♧ Meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mengatasi alahan/alergi


Jangan biarkan masalah bau badan anda menjadikan hubungan mesra antara suami isteri semakin pudar. Nanti bukan suami je yang menjauhkan diri, kawan-kawan pun segan nak berada dekat.  Anda boleh mengubahnya dan pilihan ada ditangan anda sendiri.

Harga untuk vitamin yang boleh bantu hilangkan bau badan ialah RM100.50 sahaja

Bagaimana nak dapatkan vitamin Alfalfa Complex dan Garlic Complex dan hilangkan bau badan yang busuk? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh mendapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah dan terlatih. Hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan secara eksklusif





Monday, 6 October 2014

Ketahui punca dan cara hilangkan keputihan semasa mengandung

October 06, 2014 13 Comments
Pengetahuan tentang punca dan cara hilangkan keputihan semasa mengandung penting bagi setiap orang kerana dengan pengetahuan ini mereka boleh membezakan antara keputihan yang selamat dan keputihan yang boleh membahayakan dan cara-cara untuk mengatasinya.

Keputihan semasa mengandung mahupun dikalangan wanita yang tidak mengandung adalah normal kerana ia berperanan penting dalam penjagaan fungsi organ pembiakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar didalam rahim dan serviks berfungsi untuk membawa keluar bakteria dan sel-sel mati. Ini akan membantu organ pembiakan wanita sentiasa bersih dan mencegah serangan jangkitan. Sumber




Keputihan ketika mengandung (Leukorrhea) biasanya bersifat cair, berwarna putih susu dan bau yang tidak kuat (malah ada yang tidak berbau langsung). Semasa mengandung, penghasilan hormon estrogen akan meningkat maka ia menyebabkan keputihan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding sewaktu tidak hamil. Leukorrhea tidak membahayakan bayi dalam kandungan mahupun ibu.

Walaubagaimanan pun, apabila keputihan itu bersifat kekuningan atau kehijauan dan pekat, melibatkan gatal-gatal, sakit dan kemerahan, berbau hanyir dan sakit ketika bersama suami mahupun ketika membuang air kecil ini menandakan kemungkinan ada jangkitan kulat ataupun bakteria dan memerlukan rawatan segera. Jangkitan ini berisiko menyebabkan kelahiran pra-matang atau kematian bayi dalam kandungan.

Paras hormon estrogen semasa mengandung menyebabkan faraj menghasilkan lebih banyak glikogen dimana ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

Cara merawat keputihan semasa mengandung

Bawang putih dapat membantu merawat keputihan semasa mengandung kerana bawang putih mampu mencacatkan aktiviti dan membunuh bakteria, kulat dan virus. Allisin berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah terhadap kesihatan. Allisin tidak terdapat dalam bawang putih biasa tetapi terhasil apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Walaubagaimanapun, pengkaji telah menemui bawang putih akan kehilangan keberkesanannya pada suhu 100°C..

Shaklee Garlic Complex bertindak sebagai anti bakteria dan anti-kulat yang dapat menghilangkan keputihan semasa mengandung. Selain itu, ia juga membantu mengawal tekanan darah, menstabilkan glukos dalam darah dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh ibu mengandung.

keputihan semasa mengandung


Keistimewaan dan kelebihan Garlic Complex Shaklee ialah

  • Pengekalan 100% allisin aktif. Jarang suplemen bawang putih dipasaran yang mengandungi allisin aktif.
  • Dwi teknologi bagi mengawal bau 
  • Perisa semulajadi dari ekstrak Rosemarry dan Spearmint
  • Diperkayakan dengan vitamin E bagi meningkatkan sebatian aktif dan keberkesanan Garlic Complex pada tubuh
  • Setiap 2 tablet Garlic Complex membekalkan 1,000mg ekstrak bawang putih tulen
  • 100% antibiotik semulajadi. 
  • Tiada bahan kimia dan sintetik, perasa dan pewarna tambahan.

keputihan ketika mengandung


Keputihan semasa mengandung jangan diambil mudah. Segera lah dapatkan rawatan doktor bagi menjamin kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Garlic Complex juga boleh bantu mencantikkan kulit.

Harga sebotol Garlic Complex hanya RM59.63 sebotol, dengannya anda akan mendapat banyak faedah untuk kesihatan.

Baca: Keputihan antara punca suami menjauhkan diri
Baca: Mengatasi kencing manis semasa hamil

Bagaimana hendak mendapatkan Garlic Complex dan hilangkan keputihan ketika mengandung? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi dan nasihat cara makan secara eksklusif.




Friday, 17 May 2013

Keputihan: Antara punca suami jauhkan diri

May 17, 2013 0 Comments
Masalah keputihan pada wanita terutamanya bagi yang sudah berkahwin nyata boleh menganggu keharmonian rumahtangga apatah lagi bila ianya berkait rapat dengan keintiman suami isteri. Bau yang busuk serta rembesan yang tidak menyenangkan dari vagina si isteri menyebabkan suami hilang selera untuk bersama. Tambah pula dengan rasa tidak selesa dan gatal-gatal pada vagina menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Penghasilan lendir keputihan tidak semestinya menandakan jangkitan. Keputihan yang normal biasanya kelihatan jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Ia sering terjadi kerana wanita mengalami perubahan hormon iaitu ketika haid ataupun ketika hamil. Ia juga terjadi pad mereka yang sedang dalam keadaan stress, melakukan kerja-kerja berat dan kepenatan.



keputihan
Jangkitan kulat Trichomonas dan Monilial

Keputihan yang disebabkan oleh jangkitan biasanya disertai dengan rasa gatal didalam dan disekitar bibir vagina. Ia berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah dan berbau busukJangkitan ini boleh menjangkiti saluran kencing dan akan menyebabkan rasa pedih ketika membuang air kecil.

Antara penyebab keputihan wanita yang tidak normal ialah:-
  1. Jangkitan yang disebabkan oleh kulat. Keluar lendir berwarna putih ataupun kekuningan. Ia berlaku secara berterusan dan biasanya disertai dengan rasa gatal. Infeksi jenis ini kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia. 
  2. Jangkitan oleh kuman trichomonas. Keputihan wanita jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.
  3. Jangkitan oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda bagi situasi ini ialah keluar cecair yang berwarna kelabu serta berbau.
  4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang ditunjukkan dengan keluarnya cairan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah.
  5. Kanser pangkal rahim. Tandanya ialah keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal, disertai bau busuk
Beberapa contoh penyebab keputihan yang lain:-
  1. Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.
  2. Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.
  3. Pemakanan juga merupakan faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.
  4. Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.
  5. Terdapat benda asing seperti benang, kain ataupun benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja di dalam vagina.
Bagi wanita yang mengalami masalah ini, sila lah berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian dan  seterusnya rawatan. 

Saya sangat menggalakkan anda mengamalkan pengambilan suplemen Alfalfa bagi mencegah dan merawat keputihan sebelum ia menular. Alfalfa Complex Shaklee terbukti boleh mengatasi masalah keputihan malah ia amat bagus bagi wanita yang sudah berkahwin terutama yang pernah melahirkan anak. Jom baca antara testimonial pengguna yang menggunakan Alfalfa Complex


Alfalfa Complex juga berkesan mengatasi masalah bau badan.

Harga Alfalfa (330 biji) RM53.75
Harga Alfalfa (700 biji) RM97.50

Baca: Ketahui punca dan cara hilangkan keputihan semasa mengandung
Baca: Alfalfa Complex mengatasi masalah bau badan

Jika anda ingin menghilangkan keputihan dengan berkesan dan selamat jangan tunggu lagi, jom dapatkan Alfalfa Complex hari ini dengan menghubungi saya ditalian berikut:



Follow Instragram Jana_Hazana