Friday 19 December 2014

TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER KESAN AWET MUDA DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI

December 19, 2014 0 Comments
Testimoni Collagen Powder ni nak tunjuk kat semua keberkesannya dan mengapa ia sangat dipercayai ramai. Ini kerana Shaklee Collagen Powder ni dapat beri kesan awet muda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Koleksi testimoni collagen powder Shaklee memang sangat banyak sebab ramai dah yang pernah cuba dan dapat hasil yang memuaskan. Maklumlah, Shaklee Collagen Powder ni mampu memberi kesan pantas dalam masa yang singkat. 

Saya akui ada juga yang ragu-ragu dengan produk kolagen Shaklee ni berkesan ke, tak berkesan ke...Tapi tak cuba tak tau ye,bila dah cuba baru tau. Saya sendiri pun masa mula-mula dulu tak berapa nak percaya jugak. Sebelum ni penah jugak try produk kolagen keluaran syarikat lain tapi takde kesan. 

Kat sini saya nak kongsi beberapa testimoni Shaklee Collagen Powder yang merangkumi seluruh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Rambut


testimoni collagen powder shaklee

Biasanya, untuk rambut adalah yang paling akhir untuk tunjuk kesan bila kita makan vitamin.. Tapi bestnya dengan Shaklee Collagen Powder ni, tak sempat habis 15 sachet pun dah boleh nampak hasilnya. Ni pengalaman saya sendiri sebahagian rambut hampir botak kerana gugur tumbuh semula selepas amalkan Shaklee Collagen Powder

Power tak power !


Kulit Muka, Liang pori



collagen shaklee


testimoni collagen powder shaklee

testimoni collagen shaklee


testimoni collagen powder shaklee


testimoni collagen shaklee

collagrn shaklee

collagen shaklee

Bagusnya liang pori mengecil ialah ia bukan je dapat buatkan wajah kita nampak lebih muda tapi dapat juga elakkan dari mengumpul kotoran. Ini sekaligus dapat elak dari masalah jerawat dan blackhead. Kita tak perlu dah nak tutup liang-liang pori tu dengan make up bagai yang boleh menghalang kulit dari bernafas.. Cara kecilkan liang pori dan hilangkan blackhead dengan berkesan

Tumit kaki


Shaklee Collagen Powder akan memelihara kulit seluruh badan tau termasuk yang keras dan tebal tu contohnya area lutut, siku dan lain-lain. Dari yg kering mengelupas boleh jadi lembut gebu gebas. 


Menyusu

kolagen untuk ibu menyusu

produk kolagen untuk ibu menyusu

produk kolagen untuk ibu menyusu


Shaklee Collagen Powder telah melalui banyak penyelidikan dan kajian klinikal untuk memastikan keberkesanannya dan tahap keselamatannya terhadap pengguna. So tak hairanlah mengapa ia sangat best !

Kenapa kita sangat memerlukan kolagen? Kolagen ni macam gam yang lekatkan lebih 60 trillion sel dalam tubuh kita. Bila kolagen kuat, utuh la struktur tisu-tisu tubuh kita. Tapi kena pastikan pilih kolagen yang tepat supaya dapat kesan yang terbaik. So, nak kulit cantik dan awet muda? Amal Shaklee Collagen Powder sokmo....

Berminat nak dapatkan Shaklee Collagen Powder? Anda boleh dapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Jemput hubungi saya ditalian berikut.





Tak Sangka Dulu-Dulu Aku Suka Kumpul Setem

December 19, 2014 2 Comments
Duk kemas almari buku kat rumah mak tiba-tiba terjumpa sebuah album lama. Masih berkilat, masih elok. Album setem. .Tang tu juga baru teringat dulu masa zaman sekolah saya ada hobi. Tapi tak sangka la pulak hobi saya dulu-dulu ialah kumpul setem. Apadaa.. camana boleh lupa hobi sendiri.

Masih terjaga dalam keadaan baik. Setem-setem kat dalam tu pun masih tersusun elok dan tak luak ditelan zaman, Cewah..padahal baru dalam 14-16 tahun kut usia album dan setem-setem tu. Apa? Dah belasan tahun?



Setem-setem ni ada yang dari US, UK, Mesir, Belanda, Bulgaria, Tanzania dan macam-macam lagi lahh...Boleh kata hampir dari seluruh dunia tu. Saya pun dah lupa camana boleh dapat semua setem-setem tu....

Bila jumpa balik album tu tetiba rasa hobi nak mengumpul setem tu kembali membuak-buak. Cuma masalahnya sekarang, orang dah tak pakai sistem surat-menyurat ni...tambah lagi ada ke orang kumpul setem zaman sekarang ni...Ntah-ntah budak sekarang tak kenal pun setem. Wassap, Telegram confirm diorang tau kan??

Bestnya kalau boleh jumpa geng yang sama-sama minat kumpul setem...

Salam sayang....Jana

Thursday 18 December 2014

MENYESAL AKU MAKAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE

December 18, 2014 0 Comments
Tiap kali pandang cermin, tergerak dihati menyesal aku makan Collagen Powder Shaklee. Liang pori yang besar-besar, kulit kusam, tona tak sekata, kulit kasar di tapak tangan dan tumit kini semua tinggal kenangan. Menyesal aku makan Collagen Powder sekarang, tak makan dari dulu lagi. Dulu, banyak dah wang dilaburkan untuk produk kecantikan dan alat kosmetik tapi satu pun tak beri kepuasan sebagaimana Collagen Powder. Sekarang, tak perlu susah hati nak fikir tentang alat kosmetik lagi dah untuk tutup tanda-tanda penuaan tu. Cukup sekadar bedak bayi atau tanpa apa-apa makeup. Ada kawan bagitau masalah mata panda yang beliau hadapi juga telah hilang. Aduhai, patutnya dari dulu lagi aku makan Collagen Powder  ni. Tapi takpe, bak kata orang putih, better late than never kan?

Saya percaya ramai yang masih ragu-ragu Collagen Powder Shaklee berkesan ke? atau Collagen Powder Shaklee tak berkesan? Saya tahu ramai juga yang tak percaya akan testimoni-testimoni yang telah dikongsikan oleh pengguna Collagen Powder malah ada yang sangsi dengan gambar-gambar yang diambil sebelum dan selepas guna Collagen Powder Shaklee. Takpe, itu hak mereka yang penting kami semua telah berkongsi kisah benar tanpa ada sikit pun unsure tipu helah….


collagen powder berkesan ke


Apa itu kolagen

Kolagen merupakan sejenis protin yang menyokong sel-sel dan tisu dalam tubuh kita yang merangkumi 30% protin keseluruhan dalam tubuh manusia. Ia berfungsi:
  • memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang
  • menstabilkan struktur kulit, melembap, menegang dan menganjalkan
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada tindakbalas enzim
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang lebih baik
  • melindungi organ, perut, hati, jantung, paru-paru, salur darah, sel dan otot

Kolagen terhasil secara semulajadi dalam tubuh manusia hingga usia 25 tahun. Bila usia makin meningkat, kolagen makin merosot. Apabila kolagen merosot, tanda-tanda penuaan seperti rambut gugur, liang pori membesar, kulit kasar, kusam dan kering, kulit berkedut dan menggelebeh, sakit sendi, otot kendur, ligamen mudah terkoyak mula muncul...Kita takkan sedar akan kemerosotan kolagen hinggalah kita berusia 35 tahun. Masa tu, dah ketara sangat kot tanda-tanda penuaan tu kan?

Pendek kata kolagen adalah sangat penting terhadap tubuh kita bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan juga.
  • 72% daripada kulit adalah kolagen
  • 80% daripada tulang adalah kolagen
  • Kornea mata adalah kolagen
Sekarang ni bersepah-sepah produk kolagen dipasaran. Mana satu yang terbaik yang boleh menjamin keberkesannya? Sebab tu pengetahuan tentang pemilihan kolagen juga sangat penting tau. Kolagen terdiri dari beberapa jenis iaitu jenis 1 yang merangkumi 90% daripada keperluan tubuh manusia dan jenis 2 yang bagus untuk tulang rawan sendi.


Collagen Powder Shaklee

Kolagen dari sumber sisik ikan merah laut dalam yang merupakan kolagen jenis 1. Mengapa sisik ikan merah? Menurut satu kajian, kolagen dari sumber ikan adalah yang terbaik dalam meningkatkan kandungan kolagen jenis 1. Sisik ikan merah digunakan kerana ia sangat berkualiti, elastik, tinggi daya kemampuan menahan kelembapan. Selain dari sisik ikan merah, kandungan Collagen Powder adalah:

collagen shaklee berkesan ke

  • Ekstrak biji benih Camelia ~ membantu lembapkan kulit dan tinggi antioksidan
  • Ekstrak Plaffia ~ sama macam Camelia..cumanya agak panas bagi bayi menyusu badan
  • Elastin dari kolagen ikan ~ untuk menganjalkan, menegang dan menggebukan kulit
  • Ekstrak kerang-kerangan ~ bagus untuk mata dan sendi. AWAS bagi sesiapa yang alah pada makanan laut kerana ia boleh mencetuskan alahan.
  • Lactobasilus Acidophilus ~ bakteria baik yang bagus untuk usus. Bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik atau penghadaman
  • Vitamin C ~ dari ekstrak jagung untuk melawan radikal bebas dan membantu tubuh merangsang pembentukan kolagen secara semulajadi.
  • Vitamin B2 dan B6 ~ menghasilkan tenaga penting untuk pengeluaran kolagen dalam sel
  • Turut dilengkapi asid hidraulik untuk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6L air. Sebab tu kesan utama pengambilan Collagen Powder adalah kulit yang lembap.

Kelebihan dan kebaikan Collagen Powder Shaklee

Saiz molekul yang sangat kecil iaitu hanya 1000dalton yang bersamaan dengan 3 molekul asid amino membolehkan ia menyerap dibahagian usus dengan optimum. Sebab tu ia mampu memberi kesan dengan sangat pantas. Biasanya dalam 3-4 sachet kita dah boleh nampak perbezaannya... Memang takkan menyesal makan Collagen Powder Shaklee ni...

kebaikan collagen powder shaklee


Amat disyorkan untuk mengambil Collagen Powder selama 8 minggu berturut-turut sebelum tidur bagi kesan awet muda yang terbaik. Ini kerana waktu tidur sel-sel tubuh aktif dibaiki atau diganti baru. Lepas tu untuk maintain boleh la amik selang sehari..

Bukan sebab saya ni pengedar Shaklee maka nak puji je Collagen Powder ni melambung-lambung Tapi sebab dengan kajian klinikal, dengan tahap keberkesanan, tahap selamatnya yang tinggi yang membuatkan saya mengesyorkan Collagen Powder tak kira lah anda lelaki atau perempuan.  Ramai pengguna tegar yang beli berkotak-kotak Collagen Powder setiap bulan ye untuk kesan awet muda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Harganya pun sangat berbaloi setanding dengan kesannya.

Ingin mengetahui lebih lanjut dan berminat nak beli Collagen Powder? Anda boleh mendapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah lagi profesional. Jemput hubungi saya ditalian berikut




Sunday 14 December 2014

SHAKLEE BUAT PROMOSI YEAR END SALE SEPANJANG DISEMBER 2014

December 14, 2014 0 Comments
Pengumuman ! Pengumuman !
Shaklee buat promosi year end sale sepanjang Disember 2014 Gamam sekejap bila Shaklee mewar-warkan bulan Disember 2014 ni ada 3 promosi hebat. Rasa cam nak melompat kegumbiraan. Mana tak gumbira nya, ke 3-3 produk promosi adalah kegemaran saya. Saya ni jenis yang pentingkan kecantikan semulajadi sebab tu tak berapa berminat nak berkosmetik, so takde cara lain dah yang boleh bantu saya jaga kecantikan semulajadi selain vitamin-vitamin ni. Bila lagi nak buat stok jika bukan waktu promosi macam ni kan? Memang tak patut terlepas peluang ni.

Jom tengok satu persatu promosi hebat yang ditawarkan sepanjang bulan Disember 2014.

1. Promosi SR Vita C & Vita E Complex



Vitamin C dan Vitamin E adalah sinomim dengan vitamin untuk kecantikan kulit. Selalunya penggemar vitamin C dan vitamin E adalah mereka yang ingin tampil cantik semulajadi tanpa perlu pakai alat-alat kosmetik bagi tutup cela pada wajah mereka. Apa yang best nya vitamin c dan vitamin e ni kesannya bukan hanya pada kulit wajah tapi secara menyeluruh termasuk memelihara kesihatan jantung dan menguatkan sistem imunisasi. Sebab tu amat berbaloi untuk anda memiliki vitamin c dan vitamin e sekarang.

Kelebihan SR Vita-C Plus (180 biji sebotol)
  • Merangsang tubuh menghasilkan kolagen semulajadi yang sangat penting untuk keutuhan kulit, otot, tulang dan banyak lagi.
  • Membantu mengatasi masalah kulit berminyak. Amat disarankan untuk diambil bersama ESP untuk kesan yang optimum. 
  • Mencerahkan kulit
  • Luka cepat sembut
  • Menghalang bintik penuaan
  • Bantu mengatasi masalah gastrik
  • Diperkayakan dengan bioflanovoid
  • Dibina menggunakan teknologi pelepasan berkala yang membolehkan vitamin C kekal lama didalam tubuh

Kelebihan Vita-E Complex (120 biji sebotol)
  • Tinggi antioksidan yang menghalang kerosakan akibat serangan radikal bebas dan bahan kimia reaktif.
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Memperbaiki parut
  • Menguatkan jantung
  • Membantu kaum lelaki meningkatkan ketahanan daya seksual
  • Melambatkan tanda-tanda penuaan
  • Mengandungi vitamin e semulajadi yang diperkaya dengan selenium dan ekstrak biji anggur.



2. Promosi Collagen Powder



Collagen berasal dari perkataan kolla yang bermaksud gam dan gen dari singkatan perkataan agen. Sesuai dengan fungsi kolagen untuk melekatkan lebih 60 trillion sel yang wujud dalam badan manusia. Tubuh manusia dapat menghasilkan sendiri kolagen namun berhenti apabila usia mencecah lewat 20-an.

Bila kolagen berkurang, tanda-tanda penuaan mula muncul seperti:
  • Liang pori besar
  • Kedutan halus disekitar mulut dan hujung mata
  • Rambut gugur dan nipis
  • Mata rabun
  • Sakit sendi
  • Otot kendur
  • Kulit hilang keanjalan
Tahukah anda;
1. Lebih kurang 72% kulit adalah kolagen
2. Lebih kurang 80% tulang adalah kolagen
3. Kornea mata adalah kolagen
4. Kolagen melindungi perut, jantung, otak, salur darah dan organ lain.


Kelebihan Collagen Powder (15 sachet)
  • Diperbuat dari kolagen sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang lasak, elastik, kepaduan dan kapasiti sel yang tinggi dalam mengekalkan kelembapan dan jisim molekul yang rendah.
  • Jisim molekul hanya 1000dalton iaitu bersamaan dengan 3 asid amino yang membolehkan penyerapan unggul didalam usus.
  • Disebabkan penyerapan unggul ia berkesan dengan cepat.

Berikut adalah pengalaman saya sendiri menggunakan Collagen Powder. 


Seriusly teruja.

Untuk kesan awet muda yang terbaik, amat disyorkan penggunaan selama 8 minggu berturut-turut iaitu bersamaan dengan 4 kotak Collagen Powder.

Jom tonton video testimoni pengguna Shaklee yang telah berjaya mengatasi masalah jerawat teruk dan parut.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan kelebihan vitamin-vitamin diatas jemput hubungi saya ditalian berikut.
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah lagi profesional.




Tuesday 2 December 2014

Diastasis Recti punca perut buncit macam orang mengandung 5 bulan

December 02, 2014 2 Comments
Masalah perut buncit macam orang mengandung? Ini pengalaman jana sendiri..Bila jumpa orang mesti orang akan tanya, "ni yang nombor 3 ke?" Sambil tangan tunjuk ke arah perut..tak pun diorang tanya "dah berapa bulan?". "Tak kak, saya tak mengandung" jawab jana sambil tersengih mesra sedangkan dalam hati mula gundah gulana. Ada juga yang kata jana bertudung labuh dan berbaju lebar sebab nak cover perut padahal niat jana nak berubah kearah kebaikan. Geram! Sedih! Namun apakan daya, dah memang daku perut buncit macam orang mengandung 5 bulan..uwaaa!!!

Masalah perut buncit macam orang mengandung ni bermula selepas jana hamil buat kali ke-2. Walaupun berat badan jana ideal, aktif, tiada masalah sista tapi setelah hampir 2 tahun perut jana masih buncit macam orang mengandung. Nekad nak kempiskan perut dan dapatkan semula pinggang yang ramping seperti dulu, jana mula mencari punca mengapa terjadinya masalah perut buncit macam orang mengandung.

Ye lah, nak merawat mesti kena tau puncanya kan?

Akhirnya, persoalan jana terjawab

Diastasis recti adalah punca mengapa perut boleh menjadi buncit seperti orang mengandung.



punca perut buncit wanita


Diastasis recti terjadi apabila otot abdomen yang selari telah terpisah ke kiri dan ke kanan disebabkan tisu penghubung (rectus abdominis) yang meregang dan lemah. Apabila tisu penghubung lemah, ia akan tertolak ke luar menyebabkan perut kelihatan membonjol.

Semasa kita hamil, rahim yang membesar telah memaksa tisu penghubung untuk meregang. Sebab tu kebanyakan wanita yang pernah hamil beberapa kali lazimnya memiliki perut buncit macam orang mengandung. Ini kerana mereka mengalami diastasis recti.

Kecenderungan untuk mengalami diastasis recti adalah dikalangan:

● Wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas

● Bayi dalam kandungan yang terlalu besar

● Kehamilan kembar

● Kehamilan yang kerap

● Senaman yang salah semasa dan selepas kehamilan


Untuk mengenal pasti sama ada puan juga sedang mengalami diastasis recti, jalankan pemeriksaan di klinik atau boleh buat pemeriksaan sendiri. Mudah je...

perut buncit bagi wanita


Ikut langkah berikut:
  1. Baring dengan lutut dibengkokkan macam dalam gambar diatas
  2. Angkat sedikit kepala dan tekan hujung jari-jari tengah melintangi bahagian atas pusat. Rasa ruang kosong disitu macam dalam gambar dibawah
             ♢ 1-2 jari ~ normal
             ♢ 3-4 jari ~ diastasis recti 



perut buncit selepas bersalin



Tiada ubat untuk merawat diastasi recti ni kecuali pembedahan 'tummy tuck' atau senaman yang betul. 3 perkara penting untuk baiki semula otot abdomen yang telah lemah dan terpisah ni serta kempiskan semula perut yang buncit macam orang mengandung ialah :

  • senaman yang betul WAJIB dilakukan secara konsisten
  • pakai bengkung semasa bersenam, berdiri supaya dapat bantu pegang otot abdomen supaya kuat dan kembali ke tempat asal. 
  • Kawal pemakanan, tingkatkan metabolisme tubuh dan kurangkan berat badan

Senaman untuk diastasis recti:
  1. Duduk dengan tegak (atas kerusi pun boleh, duduk bersila pun boleh)
  2. Tarik nafas dan hembus dengan panjang sambil tarik otot perut kedalam yang mungkin. 
  3. Tahan otot perut sambil teruskan bernafas lebih kurang untuk 10 saat (peringkat permulaan) untuk merangsang semula otot perut supaya lebih kuat.
  4. Lepaskan otot perut dengan perlahan-lahan dan ulang semula langkah 2 & 3
  5. Amalkan juga senaman joging, aerobik untuk rangsang otot seluruh tubuh.


Pantang larang

ELAKKAN dari melakukan senaman otot perut seperti sit-up, crunch, planks kerana ia boleh menyebabkan diastasis recti menjadi lebih teruk! Ini kerana senaman ini akan menolak otot perut keluar sedangkan diastasis recti perlu diatasi dengan menarik otot-otot ke dalam.

ELAKKAN juga dari mengangkat benda-benda berat



Dibawah adalah salah satu video senaman bagi mengatasi diastasis recti.





Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah perut buncit macam orang mengandung ialah gabungan Vivix, ESP & Cinch Shake

Otot kita terdiri dari gabungan trilion sel-sel yang bertenaga.
Sel-sel yang tidak bertenaga tidak berupaya untuk mengganti dan membaiki dirinya sendiri sebagaimana yang sepatutnya berlaku. Maka, sebarang masalah yang berlaku ia takkan sembuh dengan sendiri atau akan ambil masa yang sangat lama..

Vivix bertindak pada tahap yang paling jauh iaitu sel-sel tubuh. Vivix merangsang pembinaan semula mitokondria iaitu penjana tenaga dalam sel untuk menjadikan sel-sel lebih bertenaga dan sihat. Vivix juga tinggi dengan antioksidan, menghalang pembentukan protin AGE dan melindungi DNA yang membantu menjadikan body age kita 25 tahun lebih muda.

kempiskan perut buncit


Gabungan ESP & Cinch Shake dapat membantu merangsang otot dan meningkatkan metabolisme tubuh. ESP & Cinch Shake adalah minuman protin berkualiti bukan je dapat cantikkan otot tapi juga dapat mengembalikan keanjalan kulit supaya tak menggeleber.



Kunci utama untuk keberkesanan Vivix, ESP & Cinch Shake adalah konsistensi yang disertakan dengan senaman.

Baca: Perut buncit sebab suka makan banyak? Omega Guard boleh bantu

Perut yang kempis, pinggang yang ramping adalah antara aset penting wanita. Jom sama-sama kita atasi masalah perut buncit macam orang mengandung dan kembali ramping seperti dulu-dulu. Suami pun boleh kembali angau kat kita macam mulla-mula kawin dulu...

Ingat, sayangi dan hargailah diri sendiri sebelum menyayangi dan menghargai orang lain..

Salam sayang...Jana



Follow Instragram Jana_Hazana