Tuesday 12 June 2018

9 tanda-tanda kolesterol tinggi yang perlu kita ambil tahu

June 12, 2018 0 Comments
2 daripada 5 orang rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka sedang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Ini kerana, kolesterol tinggi tidak mempunya petanda awal hinggalah mereka jatuh sakit.

Bila sebut pasal kolesterol tinggi ni semua orang pun takut. Mana tak takutnya, kolesterol tinggi sangat berkait rapat dengan penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan banyak lagi.







Faktor gaya hidup dan gaya pemakanan menyebabkan ramai diantara kita terdedah dengan risiko menghidap kolesterol tinggi.

Kolesterol sebenarnya penting untuk tubuh kita. Kita perlukan kolesterol untuk:

  • Bina membran sel. Membran sel berfungsi melindungi sel-sel kita dan mengawal aktiviti keluar masuk pelbagai nutrien mahupun toksin ke dalam sel.
  • Metabolisme vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E & K)
  • Penghasilan hormon
  • Penghasilan jus hempedu

Oleh itu, badan kita tetap perlukan kolesterol tetapi dalam kuantiti tertentu sahaja. 

Kolesterol LDL (kolesterol jahat) ---> TIDAK MELEBIHI 2.6mg/dL
Kolesterol HDL (kolesterol baik) ---> MESTI MELEBIHI 1m/dL
Jumlah (LDL + HDL) ---> MESTI KURANG 5mg/dL




Camana nak tau bacaan paras kolesterol ni? Kena pergi buat blood test di klinik. Saiz badan tak menentukan kolesterol. Ada orang kurus kering tapi kolesterol tinggi, ada orang gemuk tembam tapi kolesterol rendah.









Jika ada rasa sihat dan tak pernah dapatkan pemeriksaan dari klinik, sila beri perhatian jika anda mempunyai ciri-ciri seperti dibawah


Ciri-ciri kolesterol tinggi


1.Berak cair

Masalah metabolisme lemak disebabkan penghadaman, penyerapan dan gangguan proses konsistensi tinja.


2. Hilang selera makan

Penghadaman makanan yang tidak betul menyebabkan makanan kekal lama dalam saluran usus. ini membuatkan pesakit sentiasa rasa perut penuh dan kenyang.


3. Sering keletihan, lesu dan mengantuk

Proses penyerapan pencernaan yang tidak betul pada tahap kronik menyebabkan tenaga berkurangan. Disebabkan oleh kekurangan tenaga yang diperlukan, pesakit akan rasa letih dan lesu.


4. Lemah daya ingatan, stress dan mudah emosi

Otak mengandungi 25% daripada jumlah kolesterol dalam tubuh. Otak mengandungi lebih banyak kolesterol daripada mana-mana organ lain. Kajian klinikal menunjukkan kecacatan metabolisme kolesterol yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer & keadaan neurodegeneratif yang lain. Kajian menunjukkan kemurungan, kehilangan memori & emosi yang dikaitkan dengan tinggi LDL-C atau HDL-C yang rendah.



5. Ketulan lemak pada area mata dan tahi lalat pada badan

Metabolisme lemak yang tidak betul membawa kepada pembentukan tahi lalat atau deposit yang dipaggil lipoma. Lipoma ini berkembang antara otot dan kulit. Ia boleh berkembang pada umur sekitar lewat 30an dan 40an di bahagian perut, leher, kaki dan lengan. Ada yang mempunyai masalah kolesterol tinggi membina tahi lalat di bahagian tubuh berlainan.



6. Berat badan berlebihan

Metabolisme lemak yang tidak betul menyebabkan penyimpanan lipid yang tidak lazim kebanyakan di bahagian abdomen. Oleh itu orang yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selalunya mempunyai berat badan berlebihan dan perut buncit


7. Mengalami sakit perut

Proses pencernaan yang tidak betul menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam saluran usus. Ini menyebabkan sakit perut dan dada.


8. Sering mengalami kebas-kebas kaki, sakit kepala dan sakit belakang

Kolesterol tinggi menyebabkan pembinaan plak bukan hanya pada jantung tetapi juga pada arteri. Plak menyebabkan peredaran darah yang lemah dan ganggu bekalan nutrien pada otot dan saraf.


9. Sakit dada atau berdebar-debar

Jantung terpaksa bekerja keras untuk memastikan aliran darah yang normal. Ini menyebabkan sakit dada dan berdebar-debar.



Ada juga yang langsung tiada petanda diatas. Perhatikan pula jika anda mempunyai faktor risiko seperti berikut.




Faktor yang menyumbang kepada kolesterol tinggi

1. Faktor pemakanan. (maklum lah, Malaysia ni kan katanya syurga makanan)

2. Tidak aktif secara fizikal

3.  Mempunyai masalah berat badan (obes)

4. Menghidap diabetes tahap 2

5.Mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kolesterol tinggi

6. Mempunyai hali keluarga terdekat yang mempunyai sejarah angina atau serangan jantung sebelum usia 50 (lelaki) atau usia 60 (wanita)

7. Stress

8. Merokok

9. Organ hati yang tidak sihat.

10. Pengambilan alkohol dan ubat-ubatan yang tidak dikawal (misalnya asal sakit je terus makan ubat walaupun tanpa preskripsi)




Gejala kolesterol tinggi 

1. Angina

Berpunca dari satu atau beberapa salur arteri yang membawa darah ke jantung menjadi sempit


2. Serangan jantung

Berpunca dari satu atau beberapa salur arteri yang membawa darah ke jantung tersumbat


3. Strok atau angin ahmar

Berpunca dari satu atau beberapa salur arteri pada bahagian leher atau otak tersumbat


4. Sakit kaki ketika berjalan


Berpunca dari satu atau beberapa arteri yang membawa darah kepada bahagian otot kaki tersumbat




Cara menurunkan dan mengawal paras kolesterol tinggi

Perkara utama yang perlu dilakukan ialah ubah tabiat pemakanan dan gaya hidup.

1. Kurangkan pengambilan makanan berunsurkan haiwan seperti lembu, organ haiwan, makanan laut, tepung proses dan makanan berminyak.

2. Mulakan gaya hidup aktif seperti naik turun tangga, berjalan kaki, bersenam dan bertani. Lakukan secara konsisten.

3. Amalkan gaya pemakanan sihat seperti makan dalam kuantiti yang sedikit, banyakkan pengambilan serat, sayur-sayuran serta buah-buahan segar setiap hari.

4. Kawal stress

5. Amalkan vitamin Vivix, Omega Guard dan Phytocol-ST yang berfungsi menurunkan serta mengawal paras kolesterol sihat.




Omega Guard adalah omega 3 tulen yang diekstrak dari ikan laut dalam berfungsi meningkatkan kolesterol HDL yang berfungsi mengangkut kolesterol LDL keluar dari arteri.

Phytocol-ST mengandungi fitosterol dari sumber tumbuhan yang berfungsi menyekat kolesterol dari menyerap kedalam salur arteri secara berlebihan. 









Cadangan cara makan vitamin serta konsultasi eksklusif disediakan bersama setiap pembelian. 


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================





Thursday 7 June 2018

7 Tanda-tanda awal kanser usus yang perlu diberi perhatian

June 07, 2018 0 Comments
Tahu kah anda, kegagalan mengesan tanda-tanda awal kanser usus menyebabkan ramai telah terlewat mendapat rawatan lalu menghadapi risiko usus dibuang atau lebih menakutkan, kematian.

Kanser usus juga dianggap sebagai pembunuh senyap kerana tanda-tanda tidak kelihatan pada peringkat awal.

kanser usus malaysia


Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 19,000 daripada 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser dengan wanita adalah golongan paling berisiko. Kanser usus adalah 1 diantara 5 jenis kanser yang paling kerap menyerang rakyat Malaysia.

Ya, kenyataan ini amat menakutkan bukan?


Apa itu kanser usus

Kanser usus ialah barah atau ketumbuhan tidak normal pada dinding saluran usus besar. Usus besar merupakan bahagian terakhir sistem penghadaman kita.

kanser usus


Kanser usus adalah pembunuh ketiga terbesar dikalangan kaum wanita selepas kanser payudara dan kanser pangkal rahim (kanser serviks).

Dikalangan kaum lelaki  pula, kanser usus adalah jenis kanser paling kerap berlaku.



Pada peringkat awal, kebanyakan pesakit tidak merasai kelainan atau kesakitan pada tubuh menyebabkan ramai tidak tahu mereka mempunyai penyakit kanser usus hinggalah pada tahap yang telah kronik.

Kanser usus dapat dicegah dan dibedung dengan lebih awal sekiranya dapat dikesan lebih awal. Perhatikan tanda-tanda awal kanser usus.



7 tanda-tanda awal kanser usus yang perlu kita beri perhatian


1. Perubahan pada tabiat membuang air besar

Perubahan tabiat membuang air besar contohnya cirit-birit, kemudian diikuti sembelit, atau kedua-duanya serentak secara berpanjangan melebihi 4 minggu.

Setiap individu adalah berbeza, jadi hanya diri sendiri yang mampu mengesan sebarang perubahan.


2. Berak berdarah

Najis bercampur darah atau berwarna hitam.

Selalunya ramai tidak memberi perhatian terhadap najis ketika membuang air besar. Mungkin selepas ini jangan lupa untuk memantau sebarang perubahan. Berak berdarah sering juga dikaitkan dengan masalah lain seperti buasir, ulser dan Chron Disease.


3. Sering sakit bahagian abdomen, sakit perut, rasa kembung


4. Rasa usus tidak dikosongkan sepenuhnya

Pesakit merasakan seperti masih ada najis walaupun telah membuang air besar. Namun, apabila ke tandas tiada apa-apa yang keluar.


5. Hilang selera makan dan hilang berat badan yang ketara dalam masa 6 bulan.

6. Sering berasa letih dan lesu

7. Tidak berak, tidak kentut, muntah

Ini menandakan usus sudah 100% tersumbat.



Sekiranya anda sendiri atau mengetahui ada ahli keluarga sedang mengalami tanda-tanda awal diatas, terus berjumpa doktor untuk mengesan sebarang masalah serta dapatkan rawatan yang betul.



Jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat yang mengalami kanser usus, mulai sekarang pastikan anda mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan tinggi antioksidan, kalsium dan magnesium untuk mencegah kanser usus.



shaklee kanser usus



Bagaimana Vivix bertindak dalam menghalang kanser


1. Resveratrol-polifenol

Vivix merupakan minuman botani dihasilkan dari 4 bahan utama sumber alam semulajadi dimana ia mengandungi resveratrol-polifenol dan bersifat sangat tinggi antioksidan.

Resveratrol yang merupakan salah satu bahan dalam Vivix telah dirujuk lebih dari 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk pelbagai kajian yang telah dijalankan di tempat-tempat seperti Harvard University, National Institute of Aging, National Instiute of Cancer dan banyak lagi.

Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh dibelakangnya menunjukkan bahawa ia berupaya menghalang atau menghentikan banyak peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghalang kanser malah ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan.
sumber; http://greenhealth4u.myshaklee.com/us/en/about_do_you_know.html

shaklee kanser usus



2. Asid ellagik

Salah satu bahan Vivix iaitu anggur muscadine mengandungi asid ellagik dalam kepekatan tinggi telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser. Asid ellagik merupakan satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai dalam mana-mana anggur jenis lain.


3. Memberi impak kepada mekanisme penuaan tahap sellular

  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA
  • Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular
  • Penuaan pada tahap sel telah menyebabkan pengeluaran tenaga sel makin menurun. Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
  • Melambatkan pembentukan protin AGE


kanser usus



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

Monday 4 June 2018

Testimoni Set Sakit Lutut Shaklee

June 04, 2018 0 Comments
Nama saya Hazana. Berusia 35 tahun. Ini adalah testimoni sendiri yang mengalami sakit lutut dan berjaya mengatasinya setelah menggunakan set sakit lutut Shaklee.



***

Sebelum tu jom tengok video ni dulu. Rasa cam bersungguh-sungguh saya cerita pengalaman saya ni..hehe. Ye lah, benda bagus mesti kena war-warkan. Tengok tau






Saya ingin berkongsi pengalaman sendiri mengalami sakit sendi lutut, sakit pinggang dan lenguh-lenguh. Alhamdulillah dgn izin-Nya telah berjaya diatasi dengan vitamin shaklee. 


Saya adalah seorang surirumah. Walaupun surirumah, tapi saya agak aktif. Selain dari membuat kerja-kerja rutin menguruskan rumahtangga, menjalankan bisnes online serta memandu kereta, setiap petang saya juga berkebun tanam bunga dan sayur dan membersihkan sekitar rumah serta setiap hujung minggu ikut kelas senamrobik.


Tapi dalam beberapa bulan sebelum ni tiba-tiba saya sakit lutut. Tiba-tiba je tanpa sebab yang jelas. Tiada insiden jatuh atau apa-apa kemalangan pun. 


Sendi bahagian lutut rasa ketat & sakit bila berubah posisi dari duduk mencangkung atau bersila hendak berdiri. Contohnya ketika solat, keluar dari kereta setelah memandu jauh, mandikan bayi atau bergerak aktif. Selain rasa sakit, lutut tak boleh diluruskan. Naik turun tangga juga menyukarkan.


Akibatnya saya susah untuk bergerak aktif dan pantas seperti sebelum ni. Mula-mula bangun lutut tak boleh lurus dan jalan pun terhencot-hencot. Nak dukung baby pun sakit. Saya amat risau. Dah serupa nenek usia emas pula rasanya.


Jadi dalam usaha untuk mengatasi masalah sakit sendi lutut ni saya cuba amal ESP, Vita C, Ostematrix & Omega Guard secara konsisten dengan dos tertentu.





Hasilnya Alhamdulillah, setelah beberapa hari rasa ketat serta sakit sendi lutut saya beransur kurang dan makin lega. Dah tak sakit walaupun duduk mencangkung, bersila atau solat. Lutut boleh lurus bengkok dengan lancar.


Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana kenal dengan produk Shaklee ni. Bila ada masalah dah tau nak ambil yang mana.


Oh ye, saya juga menyusu bayi. Selalunya waktu malam badan rasa lenguh lumpuh, sakit pinggang, rasa lesu dan mudah letih pada waktu siang sebab tidur kurang lena pada waktu malam.

Alhamdulillah, vitamin-vitamin ni turut membantu saya atasi sakit pinggang, rasa lenguh-lenguh lumpuh dan dapat tidur dengan lena. Walaupun masih perlu berjaga malam tapi masih dapat tidur yang berkualiti walaupun sekejap-sekejap. 



***

Sekiranya anda juga sedang mengalami masalah serupa, jom cuba set sakit lutut Shaklee ni. Jana sendiri dah rasa so Jana yakin boleh bantu anda pula. Jana akan beri nasihat dan konsultasi terbaik supaya anda dapat hasil yang optimum. 

Anda pasti puas hati.



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Saturday 2 June 2018

Promosi Shaklee Collagen Powder sempena Aidilfitri 2018

June 02, 2018 0 Comments
Dah masuk 17 hari Ramadhan berlalu. Tinggal  lagi tak sampai 2 minggu kita nak beraya kan? Apa persiapan yang dah siap? Baju raya dah ready? biskut raya? kulit muka dah ok?

Sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelma ni, Shaklee adakan promosi kaw-kaw punya. Salah satunya adalah promosi Shaklee Collagen Powder. Macam tahu je kan, time raya ramai yang nak tampil awet muda cantik berseri. 

Ye lah, takkan nak baju je cantik, kulit pun mesti la cantik jugak. Baru lah tak perlu nak cover dengan make up je sepanjang masa. Tak sempat kulit tu nak bernafas.


produk kolagen terbaik di malaysia

 Promosi Shaklee Collagen Powder ni ada 2 pilihan;
  • Beli 2 kotak dapat diskaun 5%
ATAU
  • Beli 6 kotak dapat PERCUMA 1 kotak (buy 6 Free 1) serta PERCUMA keahlian.

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder berbanding produk kolagen lain dipasaran ialah ia sangat rendah dalam berat molekular, iaitu hanya sekitar 1,000 dalton. Ini membolehkan ia diserap dengan mudah dan bantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis berbeza.

Shaklee Collagen Powder turut dilengkapi dengan 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak kekerang, kolagen dari sumber marin (ikan merah), Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B untuk mempertingkatkan keberkesanan.

No wonder kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder boleh dilihat dan dirasai seawal 3 sachet pertama!


Dah try baru boleh tau.


Kelebihan serta kebaikan Shaklee Collagen Powder ialah:
  • Memudarkan parut, jeragat
  • Mengecilkan liang pori
  • Melicinkan, melembapkan dan melembutkan kulit
  • Melebatkan dan menguatkan rambut
  • Menguatkan gigi, tulang, kuku dan otot
  • Mencerahkan dan menganjalkan kulit
  • Mengatasi masalah sakit sendi dan sakit-sakit badan
  • Mengatasi lingkaran gelap bawah mata (dark eyes) dan mata sembap (eye bag)


Semakin kita berusia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan kolagen mengakibatkan banyak kedutan serta garis-garis halus, kulit kering dan kusam berjeragat serta kendur.

Umur bukan faktor utama yang menyebabkan tubuh kekurangan kolagen. Kerosakan kolagen boleh terjadi akibat faktor luaran seperti pancaran sinaran matahari, radikal bebas, rokok, stress dan banyak lagi.



kolagen shaklee
Testimoni diri sendiri. Tak sempat habis 15 sachet Collagen Powder kulit dah nampak mulus.
Badan juga rasa ringan, sendi-sendi rasa licin.

produk kolagen terbaik di malaysia
Testimoni sendiri juga. Ketara sangat part liang pori yang seakan-akan tertutup terus berbanding sebelum
amalkan Collagen Powder.



Oleh itu, jika anda juga ingin tampil dengan lebih berkeyakinan jangan lepaskan peluang promosi Shaklee Collagen Powder ini, minuman kolagen terbaik di Malaysia.



Jana beri konsultasi terbaik untuk setiap pelanggan yang beli Shaklee Collagen Powder dengan jana. Jana sendiri ambil dan ada pengalaman selama hampir 4 tahun dengan Shaklee Collagen Powder. Kesannya memang terbaik dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Jana gerenti, anda pasti puas hati.

Maklumat tambahan; orang lelaki pun boleh amalkan Shaklee Collagen Powder. Selain untuk cantikkan kulit, ia sangat bagus untuk rambut, otot dan tulang.



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================







Follow Instragram Jana_Hazana