Thursday 19 September 2013

VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT GOUT

September 19, 2013 3 Comments
Penyakit gout biasanya dikaitkan dengan faktor usia, obesiti, kencing manis & darah tinggi kronik, kerosakan ginjal, hipertensi dan karang ginjal. Pesakit gout mengalami peningkatan aras asid urik atau pun masalah untuk menyingkirkan asid urik dari tubuh. Vitamin Shaklee untuk penyakit gout membantu mengurangkan keasidan dan melegakan keradangan.

Orang-orang yang pernah alaminya je lah yang tahu betapa sakitnya bila gout menyerang. Kita tengok pun dah tau kan, betapa seksanya pesakit-pesakit gout bila mana mereka nak bergerak, bangun tidur, nak solat dan sebagainya. Ada yang jenis gout akut iaitu hanya menyerang satu sendi sahaja dalam satu masa, ada juga yang kronik iaitu menyerang beberapa sendi-sendi tubuh..Aduh, akak memang tak nak bayangkan betapa ia menyakitkan..


atasi gout


So, untuk mengelak dan mengatasi masalah penyakit gout ni, kita mesti tahu apakah ia, bagaimana ia terjadi, cara untuk mengelakkannya, pantang larangnya, tip-tip dan rawatannya.

***********************************************************
Macamana penyakit gout terjadi?
Ia terjadi apabila kandungan asid urik yang tinggi dalam darah lalu membentuk kristal dan seterusnya berkumpul dibahagian-bahagian sendi. Pada kebanyakan kes ia terjadi pada sendi ibu jari kaki namun, ada juga yang terjadi pada bahagian-bahagian lain seperti jari-jemari tangan.

Mana datangnya asid urik ni?
Asid urik merupakan bahan kumuh dari protin jenis purina. Protin ni ada dalam kebanyakan jenis makanan harian kita, cuma bezanya adalah tahap ketinggian kandungan purina tersebut. Makanan yang tinggi purina adalah seperti organ (hati), daging merah, kekacang dan alkohol.

penyakit gout dan cara mengatasinya


Amalan diet sihat untuk pesakit gout ialah;

  1. Buah-buahan segar. Amat disarankan pengambilan buah ceri dan strawberi yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.
  2. Sayur-sayuran segar.
  3. Pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh kekurangan air. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu merendahkan paras asid urik melalui pembuangan air kecil.
  4. Mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dan B complex.
  5. Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi tinggi purina iaitu daging, kekacang, cendawan, bayam, asparagus dan kubis bunga.

Jika anda merupakan pesakit gout, kat sini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu;
  1. Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
  2. Elak dari menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
  3. Kekalkan berat badan yang sihat.
  4. Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
  5. Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.

Selain ubat-ubatan dari klinik anda juga disarankan untuk mengambil suplemen semulajadi bagi membantu tubuh mendapatkan nutrisi-nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu tubuh untuk lebih sihat. Vitamin Shaklee untuk penyakit gout ialah;

Vivix ~ Memberi impak 4 mekanisme utama selular. Tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas.

Alfalfa ~ Menurunkan tahap asid urik.

BComplex ~ Asid folik penting untuk memetabolisme nukleoprotin.

Vitamin C, E ~ Untuk menurunkan asid serum, dan memberi tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas dari merosakkan sel-sel tubuh.

Omega Guard ~ Anti radang dan mengelakkan bengkak yang teruk.


Jemput baca >> Testimoni: Ayah sembuh dari penyakit gout yang dideritai selama 20 tahun


Untuk pertanyaan atau berminat mendapatkan vitamin Shaklee untuk penyakit gout beserta konsultasi sila hubungi saya disini. 

pengedar shaklee gombak



Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX


Saturday 14 September 2013

TRAGEDI SYAWAL

September 14, 2013 6 Comments
Satu lagi kisah highlight dalam keluarga kami..berlaku dah agak lama tapi sekarang baru tergerak hati nak berkongsi cerita....

Hari tu hari Isnin (5 Syawal) , selepas seminggu balik beraya kat kampung kami sekeluarga dah bersiap-siap nak balik KL. Baru dalam 30 minit dalam perjalanan, dapat call..TERKEJUT akak sebab orang tu perkenalkan diri sebagai POLIS!!! Maklumlah, tak pernah-pernah polis nak call...

Rupanya rumah kami yang kat KL ni kena pecah. Yang kesian, 2 orang pencuri tu turut ditangkap. Caught in Action katanya..Terima kasih kepada jiran depan rumah yang bekerjasama dalam membanteras jenayah..


Kotak mainan anak-anak diorang ambik..


Bersepah, berpeluh akak nak kemas balik nih...

Ni je gambar yang sempat di snap oleh kamera handphone murah saya ni..waktu ni dah la penat travel 10jam lebih dari Kelantan, lepas tu nak kena pergi buat report kat balai pulak...

Ongkos kerugian?? Tak banyak pun sebab barang-barang dapat semula. Cuma nak kena betulkan balik pagar pintu yang dikopak, pintu pagar..sampai patah tempat sangkut mangga tu diorang kerjakan. Camana tuh...

Tuesday 3 September 2013

KEBAIKAN COQHEALTH SHAKLEE UNTUK KESIHATAN MENYELURUH

September 03, 2013 1 Comments
Shaklee COQHealth Plus merupakan vitamin Shaklee yang mengandungi Coenzyme Q10 yang sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia. COQHealth Plus turut mengandungi Vitamin E dan ekstrak teh hijau.


kebaikan coq10


>> Pada tahun 1961, kajian telah menemui kadar Coq10 yang rendah dalam tubuh pesakit kanser paru-paru, payudara, prostat, pankreas, kolon, buah pinggang dan leher. 

CoqHealth Plus merupakan antioksidan yang tinggi kerana formulanya ditambah vitamin E dan ekstrak teh hijau. Ia menghalang radikal-radikan bebas dari merosakkan dan memusnahkan sel-sel dan daya imunisasi tubuh.

>> Coq10 turut bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung, parkinson, tekanan darah tinggi, menstabilkan kolesterol bagi penghidap diabetes.

>>Turut membantu meningkatkan tahap kesuburan dengan meningkatkan kuantiti, kualiti dan pergerakan sperma bagi lelaki dan meningkatkan kualiti ovum bagi wanita.

>>Ada lagi, Coq10 juga bagus untuk meningkatkan tenaga sekaligus mengelakkan keletihan. Kajian menunjukkan pengambilan coq10 setiap hari boleh mengurangkan simptom keletihan sehingga 90%. CoQ10 ditemui dalam setiap sel tubuh badan manusia dan amat diperlukan untuk menghasilkan tenaga terutamanya di bahagian jantung, iatu otot yang bekerja paling kuat dalam tubuh kita dan organ-organ lain yang memerlukan banyak tenaga seperti ginjal dan hati.

Wow, ini sudah bagus..mana nak dapat jenis yang All-in-one macam CoqHealth Plus ni???? 

Buat lelaki pertengahan umur yang merokok, sedang berusaha mendapat/menambah zuriat, sering keletihan dan amat pentingkan kesihatan, bertindak sekarang! Harga COQHealth Plus (30 biji) RM124. Hubungi saya untuk mendapatkannya hari ini.

kebaikan coqhealth shaklee

Follow Instragram Jana_Hazana