Showing posts with label Mata Sembap. Show all posts
Showing posts with label Mata Sembap. Show all posts

Thursday, 14 April 2016

5 tanda penapis buah pinggang bocor

April 14, 2016 1 Comments
Penting untuk kita pakat tau tanda-tanda penapis buah pinggang bocor supaya boleh dapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera. Pesakit penapis pinggang bocor yang lewat dapatkan rawatan dari pihak bertauliah boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk iaitu kegagalan fungsi buah pinggang.

buah pinggang rosak


Penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome terjadi apabila unit penapis halus (glomeruli) pada buah pinggang rosak lalu menyebabkan protin yang sepatutnya disimpan dalam plasma telah bocor ke dalam urin. Akibatnya, badan kehilangan banyak protin.

Oleh kerana protin dalam darah membantu tubuh menyimpan cecair dalam salur darah, kekurangannya akan menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke dalam tisu-tisu badan. Ini lah yang menyebabkan tanda-tanda penapis buah pinggang bocor antaranya kejadian sembap.

5 tanda-tanda penapis buah pinggang bocor:
  • Badan lemah dan tak bermaya
  • Kencing berbuih
  • Sekitar mata & muka sembap (terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi)
  • Kaki sembap (pada waktu petang biasanya banyak berdiri)
  • Kembung, sakit perut & cirit birit


Antara punca yang menyebabkan penapis buah pinggang bocor ialah:
  • Kanser
  • Penyakit seperti kencing manis & SLE
  • Gangguan genetik
  • Gangguan imun
  • Jangkitan seperti hepatitis
  • Kesan penggunaan dadah tertentu

Masalah penapis buah pinggang bocor lebih kerap dialami oleh lelaki berbanding wanita. 

Berikut adalah kisah benar yang dilalui bekas pesakit buah pinggang bocor dari mula-mula beliau didiagnosis hingga sembuh sepenuhnya



TESTIMONI 026 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

.

rawat penapis buah pinggang bocor



Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.


Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.


Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.


Muhamad Rosdi Ismail

*     *     *



Bagaimana Vivix bertindak dalam masalah penapis buah pinggang bocor (nephrotic syndrome)?

Vivix berupaya bertindak ke tahap yang paling jauh dalam tubuh manusia iaitu sel. Vivix meningkatkan prestasi sel-sel seterusnya membolehkan organ-organ tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Selain membaiki masalah penapis buah pinggang bocor, Vivix juga berupaya mengawal tekanan darah darah yang sihat dan mengawal paras kolesterol.

Vivix diperbuat dari 4 bahan utama organik iaitu anggur muscadine, carrot ungu, elderberi dan herba Japanese Knotweed. Vivix memberi impak terhadap 4 mekanisme penuaan pada tahap sel iaitu:
  • Baiki kerosakan DNA
  • Mengawal genetik
  • Tingkat penghasilan tenaga oleh sel
  • Melambatkan pembentukan protin AGE


buah pinggang rosak



Nephrotic Syndrome atau penapis buah pinggang bocor mungkin menyebabkan tuan terpaksa hadapi biopsi, atau bergantung pada ubat-ubatan untuk tempoh yang lama. Belum lagi termasuk kesan jangka masa panjang penggunaan ubat terhadap organ lain seperti hati.

Vivix adalah salah satu cabang rawatan melalui pemakanan yang telah membantu ramai orang menjana kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik. Sekiranya tuan & puan sedang mengalami masalah penapis buah pinggang bocor cuba lah berikhtiar dengan Vivix juga. Dalam masa yang sama, jangan sesekali abaikan rawatan dari hospital.

Harga sebotol Vivix Shaklee ialah RM475 (150ml).
Promosi Twin Pack sehingga 30 April 2016


Untuk order terus dari Shaklee sila klik pada butang order berikut. (pembayaran melalui kad debit dan kad kredit)

 Order Vivix disini



Atau order melalui jana dengan menghubungi talian berikut. Nasihat cara makan & konsultasi akan disertakan secara eksklusif khas untuk semua pelanggan jana.


order shaklee



Saturday, 4 October 2014

HILANGKAN MASALAH LINGKARAN GELAP BAWAH MATA DAN EYE-BAG UNTUK PENAMPILAN YANG LEBIH MENARIK DAN MEYAKINKAN

October 04, 2014 0 Comments
Hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag (mata sembap) dapat membantu penampilan seseorang agar nampak lebih menarik dan menyakinkan. Ini kerana mata yang cantik tanpa masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda dan eye-bag membuatkan seseorang itu nampak sihat, cergas dan bertenaga. Masalah mata panda dan eye-bag juga menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih berusia.

Apakah faktor yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag

Lingkaran gelap bawah mata sebenarnya merupakan salur-salur darah yang kelihatan menerusi kulit. Faktor keturunan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku..Ini kerana kulit dibahagian bawah mata merupakan kulit yang paling nipis berbanding kulit dibahagian-bahagian lain dan berbeza antara setiap individu. Mereka yang mempunyai struktur tulang tertentu yang menyebabkan bebayang pada sekitar mata juga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata kelihatan jelas.



Eye-bag iaitu mata sembap pula disebabkan lemak yang berkumpul disekitar orbit mata. Tak semestinya badan gemuk ye, orang kurus pun ada lemak juga dan faktor keturunan yang menyebabkan ia berkumpul dibahagian mata. Lemak juga boleh menyimpan air oleh itu eye-bag akan kelihatan lebih jelas apabila cecair terkumpul.



Alergi, asma dan ekzema lazimnya akan membuatkan penghidap berasa gatal-gatal pada mata lalu menggosoknya. Aktiviti menggosok mata sedikit sebanyak boleh mencederakan kulit kawasan mata yang sangat nipis dan sensitif itu. Maka kulit akan menjadi lebih gelap atau pun bengkak. Untuk mengatasi masalah gatal-gatal akibat alergi, asma dan ekzema disarankan untuk mengamalkan vitamin Alfalfa Complex yang boleh membantu mengatasi gatal-gatal.

Kurang tidur iaitu tidak mendapat rehat yang mencukupi akan memaksa salur-salur darah untuk bekerja keras mengepam darah hingga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata kelihatan lebih jelas. Sekirnya kurang tidur disebabkan insomnia, disarankan untuk mengamalkan vitamin Ostematrix dan ESP bagi membolehkan tidur yang lebih lena dan mendapatkan rehat yang mencukupi. Tidur yang berlebihan atau waktu tidur yang tidak menentu antara faktor biasa yang menyebabkan eye-bag.

Kandungan kolagen yang berkurangan seiring dengan peningkatan usia juga mempengaruhi. Pengambilan Collagen Powder dan vitamin C dengan konsisten membantu tubuh meransang membina semula kolagen untuk menegang dan menganjalkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Untuk hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan, beberapa cara mudah boleh diamalkan seperti;
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Tekap mata dengan menggunakan benda-benda sejuk seperti ketulan ais, belakang sudu yang telah disejukkan, uncang teh atau hirisan timun.
  • Tidak merokok kerana merokok akan mengeringkan dan melemahkan struktru kulit

Selain itu terdapat cara yang lebih mudah dan berkesan dengan pantas untuk hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan iaitu dengan menggunakan EYE TREATMENT  dari Shaklee. Dengan Eye Treatment, tiada lagi garis-garis halus dan kedutan yang ketara. Ia memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mata sembap. Kelebihan Eye Treatment ialah terbukti berkesan secara klinikal


  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh 2 minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh 2 minggu
  • 20% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh 8 minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh 8 minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara pada kulit
  • Lembut untuk kulit mata yang nipis
  • Sesuai untuk leher dan bibir
  • Hipoalergenik dan telah diuji dan diakui oleh pakar-pakar oftalmologi serta selamat untuk pengguna kanta mata lekap

Dengan harga hanya RM52.50 anda boleh hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan. Hanya 1 titik kecil setiap penggunaan membolehkan Eye Treatment tahan berbulan-bulan lamanya.

Bagaimana untuk mendapatkan Shaklee Eye Treatment? Anda boleh order terus dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara penggunaan secara eksklusif. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah






Follow Instragram Jana_Hazana