Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, 13 January 2020

Bawa Anak-Anak Main Kolam Di Tingkat 18. Ada Berani?

January 13, 2020 0 Comments
Jana jumpa port baik punya jika nak bawa anak-anak main kolam dan agak berbeza dari yang lain dalam negeri Kelantan ni.. Kolam outdoor yang best, bersih dan berada di tingkat 18. Ada berani?

Sambil main kolam, boleh layan view sawah padi yang mempesonakan tu. Syok kan..

Nama port baek tu adalah Hotel H Design, Tunjung Kota Bharu. Baru mula beroperasi tahun 2019.

Bagi yang datang bercuti ke Kota Bharu, boleh cuba hotel ni.. dekat sangat dengan dengan pasaraya G-Orange, RTC Tunjung dan Wakaf Che Yeh.


Kami datang masa cuti sekolah hujung tahun..musim tengkujuh. Sebab tu cuaca agak mendung. Main kolam pun sekejap je dah biru mulut sebab sejuk

Hotel sediakan 3 jenis kolam untuk pengunjung. Kolam untuk dewasa, untuk kanak-kanak dan untuk bayi (indoor). Masa kami datang, kolam untuk kanak-kanak sedang dalam maintenance jadi terpaksa la main kat kolam dewasa je.

Kolam kanak-kanak best sikit sebab nampak ada gelongsor.. mungkin kedalaman pun berbeza. Sayang betul anak-anak takde peluang nak main kat situ.

Untuk baby pula, ni jana intai dari luar je.. Guna kolam getah tu dan ada banyak bola-bola kecil warna-warni. Baby mesti suka punya.. mak-mak boleh pegang baby sambil bersila je.



Walaupun kolam dewasa, ada area cetek dan bertangga. Anak-anak main situ je.. 

Kat sini, pelampung dan pistol air macam dalam gambar atas disediakan oleh pihak hotel. Tapi kena sewa lah. RM3 sahaja per item. Setiap bilik dapat 2 item je. Macam tuala mandi tu lah..nak ambil kena tulis nama dan nombor bilik. Tapi tuala tu free je, tak payah sewa tau.



Coach kecik



Sambil berendam boleh layan pemandangan yang indah kat belakang tu...




Berlatar belakangkan sawah padi.. ni kalau datang musim padi menghijau atau musim menuai mesti cantik sangat



Sementara menunggu check out kat lobi hotel level 4








Bilik dia.. cun... kami dapat level 9.

Suka la dia datang hotel...




Sayangnya sarapan pagi jana lupa nak nak ambil gambar.. Biasalah bila dah jumpa makanan, fon dah simpan dalam beg. Tangan dah ready nak pegang pinggan cedok makanan..

Ada nasi kerabu, mee bandung, mee goreng, sosej, roti bakar dan beberapa pilihan lagi. Nasi kerabu dan mee bandung tersangat la sedap.. memang jana puji.

Ada rezeki, jana bagi review hotel lain atau port baek lain pulak ya


SEMOGA APA YANG JANA SHARE NI BERMANFAAT
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH !!



Tuesday, 16 January 2018

Mengidam cendol dan pasembor bawa kami cuti-cuti ke Alor Star dan Pulau Pinang

January 16, 2018 0 Comments
Masa mengandungkan Hasbi jana mengidam nak makan cendol. Bila pergi makan cendol mesti order pasembor sekali. Tapi frust sebab cendol tak sedap. Pasembor pun pelik. Tu yang datang ilham nak bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang. Dengar cerita kat sana cendol dan pasembor sangat sedap.

Kami fikir elok juga tu bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang. Sambil bawa anak-anak makan angin dan menziarah saudara boleh makan cendol dan pasembor sedap.

Di Alor Star, antara tempat yang kami pergi ialah Muzium padi, Galeri Sultan Abdul Halim dan Rumah Mahathir.



Muzium Padi

muzium padi kedah
Tangga macam gua tu. Kat atas tu kita boleh tengok view jelapang padi

cuti-cuti ke kedah
Tengok lah latar belakang tu. Real kan? Lukisan je tau

cuti-cuti kedah dan pulau pinang
Macam betul-betul. Siap ada pelangi

jalan-jalan kedah dan pulau pinang
Ralit abang Haziq tengok pemandangan jelapang padi

jalan-jalan kedah
Tempat kami berpijak ni berpusing sendiri tau. Kita boleh duk setempat je dan menikmati pemandangan sekeliling.

muzium padi
Anak-anak boleh timba pengalaman menjejakkan kaki ke sawah padi


muzium padi
Real kan? hahaha

Gambar tak banyak tapi cukup sebagai kenangan manis. Maklum la, pakai kamera fon. Ada masa malas nak pegang fon simpan dalam beg, takde dah nak ambil gambar.

Tapi memang tak boleh dinafikan, Muzium Padi ni sangat best. Kita boleh tengok macam-macam jenis beras dari serata dunia. Lain-lain tau bentuk dan warna beras tu.


Galeri Sultan Abdul Halim

galeri sultan abdul halim
Kasut dan aksesori klasik

galeri sultan abdul halim
Kena ingat tau, nanti nak belajar subjek sejarah kat sekolah

galeri sultan abdul halim
Kereta-kereta tu ada aircond tak?

galeri sultan abdul halim
kereta klasik. Selalu tengok dalam tv je. Ni real depan mata. Kagum 

galeri sultan abdul halim
Dekat je dengan masjid Zahir. Lawa tau masjid ni


Rumah kelahiran Dr.Mahathir

rumah kelahiran dr.mahathir

Dalam rumah tak dibenarkan ambil gambar. Siap ada guard lagi. Tu yang ada 1 ni je gambar. Anak-anak memang kagum habis. Selalunya diorang nampak dalam tv je. Versi dah beruban. Kat sini boleh tengok gambar-gambar zaman Tun masih muda segak bergaya.


Esoknya kami ke Pulau Pinang.



Naik feri. Yeayy. Lama tak naik feri. Part paling gayat ialah nak naik tangga. Aduhai. Memang curam. Kena pegang betul-betul. Hati-hati tau.

jalan-jalan pulau pinang
Sorang pekena laksa, sorang pekena char kuey tiaw. Sedap!


Mula-mula sampai cara makanan dulu. Kami pergi makan dekat stadium. Dekat pasar karat tu. Kami makan laksa, char kue tiaw & karipap gergasi. Memang sedap. Karipap tu nenyesal beli 1. Asalnya kitorabg beli 1 je sebab saiz dia besar. Risau tak habis. Tengok-tengok berebut laki bini.

Lepas tu kami pergi melawat Muzium pulau pinang. Biasa lah, konsep kami berjalan-jalan tambah ilmu pengetahuan. Tapi sayangnya tak ambil gambar. Sebab? malas nak pegang fon. Rugi betul. Nampak gaya memang kena melabur ongkos untuk beli kamera. Gantung kat leher terus senang nak ambil gambar.




Rumah P.Ramlee

rumah p.ramlee
Excited tau terutamanya anak-anak. Kami memang peminat p.ramlee

rumah p.ramlee
Cantik rumah dia. Tapi ni versi galeri, memang dah renovate

rumah p.ramlee
Teringat dapur arwah nenek. Tiap kali masak, asap berkepul-kepul

Kami ada juga melawat Aquarium. Takde gambar jugak nak dijadikan kenangan. Sayang betul. Anak-anak memang seronok dapat tengok ikan yang pelbagai saiz, bentuk & warna.

Waktu lunch kami singgah di restoran nasi kandar di Little India. Tapi lupa lak nama kedai dia. Memang takde yang boleh lawan lah. Sedap bangat! Mesti repeat!

Kemudian cari cendol di area Pantai Miami sambil menikmati keindahan pantai.

pantai miami pulau pinang



Kat sini ada cendol Haji yang sangat sedap. Cendol dah la sedap gila, banyak pilihan pulak tu. Ada cendol ori, cendol mangga, cendol durian (ikut musim) dan macam-macam lagi. Yang pasti memang tersangat puas hati. Hajat tercapai akhirnya. Alhamdulillah.

Terima kasih yang tak terhingga buat kakak & abang ipar yang sediakan accomodation, transportation malah bawa kami jalan-jalan pusing Alor Setar dan Pulau Pinang.

Layanan baik Kak Ti dan abang Mazlan sekeluarga memang sangat kami hargai.



Ada rezeki, jana nak repeat lagi trip ke Kedah dan Pulau Pinang ni. Tunggu adik Hasbi besar sikit. So kena usaha gemukkan tabung travel.

Masa ni pergi bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang ni jana pregnant 6 bulan. Tak sangka gagah jugak jalan sana sini, naik turun tangga. Kesihatan pun ok je. Yang penting badan cergas dan happy. Baru lah dapat enjoy the trip.

Lihat >> vitamin terbaik untuk ibu mengandung cergas


Tuesday, 26 December 2017

Cuti-cuti: Muzium Negeri Kelantan cipta memori baru

December 26, 2017 23 Comments
Sambil-sambil keluar ke Kota Bharu, terlintas di fikiran nak melawat muzium negeri Kelantan. Bagi buka minda anak-anak tentang budaya orang Kelantan.

Kebetulan kami datang, ada pameran Ciptaan Saintis Dari Tamadun Islam sejak kurun ke 8.

Apa yang bagus bukan setakat untuk anak-anak je tapi ummi pun dapat tambah ilmu pengetahuan.

muzium kelantan

Kami seramai 6 orang. 4 kanak-kanak & 2 dewasa. Tiket masuk rm15 sahaja (pakej keluarga. Murah kan?). Lupa nak tengok berapa harga tiket untuk seorang.

Setiap replika dalam pameran ni ada penerangan terperinci. Siapa yang cipta, untuk tujuan apa, tahun bila dicipta. Kena rajin baca je. Jangan lupa bawa nota untuk catit fakta menarik. Balik nanti boleh kongsi dengan kawan-kawan.

muzium kelantan
Belakang tu replika kapal laksamana Cheng Ho

muzium kelantan
Pakaian perang tentera Uthmaniyyah atau 'Classic Army'.
 Itu saiz sebenar tentera masa tu tau. Saiz skala 1:1

muzium kota bharu
Boleh dengar alat muzik iaitu gitar dan uod dimainkan.
Uod tu macam gabus gitu. Boleh pilih ada 3 irama

Patung-patung dibelakang tu menggayakan fesyen lelaki dan perempuan pada zaman tersebut. Macam cerita P Ramlee 'Ali Baba dengan 40 penyamun' tu..

muzium kelantan
Replika permainan tradisional rakyat kelantan. Gasing.

muzium kelantan
Taj Mahal

muzium kelantan
Zon perubatan

muzium kelantan

muzium kelantan


muzium kota bharu
Replika meriam 

muzium
Zoom sikit orang terbang

Rupa-rupanya orang yang pertama mencipta mesin penerbangan adalah Abbas Ibn Firnas. Bukannya Wright Brothers dari barat. Malah Wright Brothers menggunakan teori yang telah dicipta Abbas Ibn Firnas dan diguna dalam teknologi penerbangan hingga kini.

Masha Allah hebatnya.

muzium kota bharu

Tingkat 2 muzium.

Kami sempat naik sekejap je. Suasana agak suram sebab lampu yang malap, sunyi dan agak panas. Anak-anak kurang selesa. Mula-mula tengok wau bulan besar gedabak, miniature orang main gasing. Seronok bukan main. Bila tengok topeng menora terus ketakutan dan ajak turun. Pucat muka.

Alahai anak-anak. Nak tergelak pun ada.

Oh ye, ada juga replika Gua Cha. Gua zaman prasejarah. Jana masuk sorang-sorang. Terperanjat bila tiba-tiba ternampak orang zaman batu. Saiz sebenar. Ingatkan orang betul rupanya patung. Memang real. Dah lah macam masuk dalam gua betul. Anak-anak taknak masuk langsung. Rugi.

Jika datang Kota Bharu, sambil-sambil shopping kat Pasar Siti Khadijah tu datang lah muzium sekali. Seronok.



Sunday, 9 October 2016

Main air di Splash Water Park Kota Bharu

October 09, 2016 1 Comments
Sebelum ni tiap kali pergi ke Kota Bharu waktu cuti sekolah jana tak tau pun mana nak bawa anak-anak pergi bergembira. Alih-alih pergi PCB, pergi Pasar Siti Khadijah, pergi shopping complex. Pergi sini mak-mak je happy sebab dapat jamu mata, shopping sakan padahal anak-anak kebosanan.

Dalam duk fikir mana nak pergi tetiba ada kawan suggest bawa anak-anak main air kolam kat bandar kota bharu. Dekat je dengan pusat bandar pula tu.

Nama tempat tu Splash Water Park atau Taman Air Splash. Lokasi betul-betul tepi jalan menghala ke pusat bandar. Bersebelahan Kota Darul Naim.

taman air splash kota bharu

taman air di kota bharu

Bayaran masuk pun murah je. Pelampung disediakan tapi kena sewa lah lebih kurang rm4-rm6 ikut saiz kalau tak silap.. Tapi waktu kami ke sini, stok pelampung sewa tak banyak sebab dah disewa oleh pengunjung lain dan yang tinggal kebanyakannya kemek takde angin. Tips; bawa pelampung sendiri lagi bagus.

water park kota bharu

Lengang dan selesa..
Ni waktu cuti sekolah tau. Kami datang pada hari bekerja. Kul 9 pagi dah tercongok-congok depan kaunter. Kawasan parking kereta agak terhad tapi oleh kerana kami datang awal, senang-senang je dapat yang strategik sebab banyak tempat kosong. Tips; jika taknak bersesak-sesak sila datang waktu pagi pada hari bekerja.


taman air kota bharu

Tadaa !! Ada 3 bahagian dengan kedalaman berbeza. Tapi masih ikut kesesuaian anak-anak. Paling dekat ni yang paling dalam lebih kurang paras pinggang orang dewasa. Yang bulat kat tengah tu kedua dalam lebih kurang paras paha orang dewasa. Paling hujung yang kaler hijau cerah nun paras betis orang dewasa. Sesuai lah untuk anak-anak umur 3 tahun ke bawah.


water park kota bharu


Gambar yang atas tu view sebelah kanan jana berdiri. Yang ni pulak view sebelah kiri jana. So dah boleh agak kawasan kolam Splash Water Park ni secara keseluruhan kan?

kota bharu water park

splash water park kota bharu


Budak mana tak suka main air. Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun suka tau. Boleh release stress.

Kat sini ada juga kiosk jual makanan ringan. Cekedis, lokcin, air sirap macam tu lah. Nasi takde ye. Tempat duduk dan gazebo pun ada. Tapi kalu waktu sesak, mungkin tak cukup tempat duduk tu. Tandas dan tempat persalinan pun ada.

Bila datang ke tempat rekreasi macam ni, tolong ingat perkara-perkara berikut;

  • Jangan buang sampah merata. Sisa-sisa makanan tu sila uruskan dengan baik kalau tak nanti semut api datang. 
  • Buka pampers anak kecil awak tu sebelum letak dia dalam air. Najis tu wak, boleh bawa penyakit dan mudarat. Jangan pengotor sangat boleh..
  • Jangan merokok. Bawa-bawa bersabar sikit tuan, dah lah menghodohkan suasana dengan asap tu, bau busuk pulak tu. Lagipun bukan ke merokok depan anak-anak kecil tu boleh bahayakan kesihatan mereka malah tunjuk contoh tak baik. Paling jahanam jentik pulak puntung rokok merata-rata. Rosak !

Akhir kata, bagi jana sekeluarga tempat ni best tambah pulak suasana yang redup dikelilingi pokok-pokok besar. Udara pun nyaman walaupun tepi jalan yang sibuk. 



Budak tecit ni kata , "pish yo".. hehehe
Next time datang lagi.


Love, jana


Monday, 18 January 2016

Cuti-cuti: Mandi kolam di Putra Valley Resort Tanah Merah

January 18, 2016 6 Comments
Sabtu baru ni jana tunaikan hajat hero kuasa dua jana iaitu si kembar HazimHaziq untuk bawa diorang mandi kolam di Putra Valley Resort dekat Taman Kota Harmoni Tanah Merah Kelantan. Bagi yang tak tau, Putra Valley Resort tu sebelah jambatan Tanah Merah-Machang yang landmark dia bangunan macam istana tu. Tapi istana tu tak siap lagi tau..


kolam putra valley tanah merah
Sila ikut undang-undang hokeh ! Especially bab merokok tu

Untuk pengetahuan semua, nak mandi kolam kat situ ada bayaran tau:
  • RM12 untuk orang dewasa
  • RM10 untuk kanak-kanak umur 7 tahun ke atas
  • RM6 untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah
(Info: kalu baby, bayaran akan dikenakan keatas orang dewasa. Ye lah, mesti ibu/ayah yang pegang baby tu akan masuk sekali dalam air kan.)



mandi kolam putra valley
Dah bayar dapat tag. Pakai je lah....

Kolam renang tu dibahagi kepada 2 bahagian..untuk kanak-kanak dan dewasa. So mak ayah tak perlu risau sangat anak-anak nak main kat situ. Lagipun bahagian untuk kanak-kanak tu dasarnya landai. Sesuai sangat untuk yang acah-acah berani macam HazimHaziq ni.

putra valley resort
Sebelah kanan untuk dewasa, sebelah kiri untuk kanak-kanak

kolam putra valley taman kota harmoni
Mak ayah yang tak mandi boleh duduk pantau anak kat tengah2 tu

putra valley tanah merah
Seronok tak? Ni masa enjin tak panas lagi


mandi kolam putra valley
Bola-bola itu pihak pengurusan yang sediakan. Pelampung kena bawak sendiri tau

putra valley resort
Tempat berteduh

Best tau. Kawasan kolam tu luas dan disediakan gazebo, payung, kerusi. So boleh pilih nak duduk kat mana sambil tenangkan fikiran. Nak bentang tikar duduk bersila pun boleh. Soopa-doopa pun ada ye. Takde extra caj. Lepas main kolam boleh pegi main lompat-lompat pulak.


putra valley resort
Habiskan sisa sisa tenaga

putra valley tanah merah
Nasi tak dijual 


Bagi yang tak bawa bekal, ada gerai jual makanan ringan seperti jagung cawan, waffle, megi cawan dan cekedis. Boleh buat isi perut. Biasala, lama-lama main kolam buat kita rasa lapar.

Bagi yang nak buat event kenduri kahwin ke, hari keluarga ke, company team building ke, lawatan sekolah ke atau bercuti dan bermalam rehatkan minda memang sesuai sangat datang ke Putra Valley Resort ni. Aktiviti outdoor pun macam-macam hado.


putra valley resort tanah merah
Hijau yang menyegarkan.. ni chalet mengadap kolam. RM245/RM256 semalaman.

putra valley resort
Rusa oii ! Rusa ! 


HazimHaziq memang enjoy sakan. Next time nak datang lagi katanya. Jana bagi syarat, kalu rajin pergi sekolah dan qiraati nanti ummi bawak lagi. Nanti ada rezeki kami nak try menginap di chalet pula.

Hilangkan batuk dan selsema berpanjangan pada anak-anak

Kawan-kawan, jom lah datang ke Putra Valley Resort & Training ni. Berbaloi. 

Salam sayang, Jana

Follow Instragram Jana_Hazana