Friday 30 May 2014

EKSKLUSIF: PERCUMA E-BOOK RESIPI MASKER

May 30, 2014 0 Comments
Istimewanya vitamin-vitamin Shaklee ni, ia bukan je untuk ditelan tapi juga boleh dijadikan masker. Kelebihan pakai masker ni ia membantu merawat kulit kita dari luaran. Ia sama juga macam rawatan spa cuma lebih jimat sebab menggunakan produk sedia ada dirumah, pastu boleh dilakukan dari rumah je, jimat masa dan tenaga.

Cara ini amat digalakkan bagi mereka yang inginkan kesan yang pantas. Contohnya esok ada majlis akad nikah, so malam ni sebelum tidur pakailah masker vitamin Shaklee. Insha Allah, ia pasti tidak akan mengecewakan malah anda pasti akan berpuas hati. Ini berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang telah mencubanya ye...

Lagipun, dengan menggunakan vitamin-vitamin Shaklee, sudah tentu ia jauh lebih selamat dari produk kosmetik lain yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia berbahaya. 




Disini saya nak kongsi koleksi resipi masker dari vitamin-vitamin Shaklee yang boleh anda cuba. Resipi masker ni adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang sudah berjaya mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik. Bagi anda yang ada masalah jerawat, kulit kering mengelupas, jom cuba pakai masker vitamin Shaklee.

Jom dapatkan 15 Resipi Masker Vitamin Shaklee ini secara Eksklusif dengan setiap pembelian VITAMIN UNTUK KULIT.

Berminat untuk dapatkan e-book ini atau untuk maklumat lanjut sila hubungi;
--->> Jana Hazana
--->> ID 908814
--->> 017-3125484
--->> janahazana@gmail.com
--->> COD; Taman Melati, Shell/Petronas Karak Highway, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul.
--->> Poslaju & GDex ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia



Thursday 29 May 2014

SET KURUS SHAKLEE BERKESAN DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

May 29, 2014 0 Comments
Set vitamin yang paling kerap orang cari ialah set kurus Shaklee. Ye lah, mana tak nya bila dah kurus sudah tentu penampilan lebih menarik dan banyak penyakit-penyakit bahaya dapat dijauhi. Tambah pula vitamin-vitamin Shaklee ni yang memang terkenal dengan cepat dan berkesan, ujian klinikalnya yang menyeluruh, selamat untuk jangka masa panjang dan harga yang berpatutan memang ia menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Bagi yang masih mencari-cari, set kurus Shaklee ni ada banyak jenis tau..bukan boleh main pilih je yang mana berkenan..bila pilihan tu kurang tepat sebab tu hasilnya pun kurang tepat. Lepas tu ada yang komplen takde beza lah, tak berkesan lah, berat makin naik lah...

Sebab tu bila anda hubungi pengedar-pengedar Shaklee yang profesional biasanya mereka akan banyak tanya, punca berat badan naik lah, target nak turunkan berapa kg lah, ada penyakit ke tak, umur, jantina...macam-macam lah. Penyibuk ke? Bukan. Kami ni sebenarnya nak tolong anda dapatkan apa yang terbaik sebab dari maklumat yang diberi itulah boleh dijadikan panduan untuk kami.

Disini saya nak bagi guide sedikit sebanyak tentang cara memilih set kurus Shaklee mengikut kesesuaian tubuh.

Gemuk disebabkan suka makan makanan berlemak

saya nak kurus


  • Banyakkan pengambilan serat untuk lancarkan proses penyingkiran.
  • Hanya lemak yang boleh menghapuskan lemak. Tingkatkan pengambilan lemak HDL bagi menyingkirkan lemak-lemak LDL yang merupakan punca kegemukan dan penyakit berbahaya.
  • Kurangkan pengambilan garam kerana garam boleh memerangkap air didalam sel-sel tubuh yang akan menyebabkan sembap (water retention).
  • Mesti bersenam.
  • Jangan abaikan sarapan pagi dan ambil makan malam pada awal malam



Gemuk disebabkan slow metabolisme 

saya nak kurus


  • Otot ialah kilang pembakaran lemak dimana lebih aktif otot, lebih tinggi metabolisme dan lebih banyak pembakaran lemak berlaku. Oleh itu mereka yang gemuk disebabkan slow metabolisme perlu banyak pergerakan bagi merangsang otot untuk lebih aktif.
  • Banyakkan pengambilan protin untuk rangsang otot dan tingkatkan metabolisme. Protin juga mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan disamping mengawal paras gula.
  • Bersarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme, oleh itu jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi anda. Amalkan juga pengambilan teh hijau.



Gemuk disebabkan hormon

saya nak kurus


  • Gemuk pada bahagian bawah tubuh sahaja seperti pinggul dan paha bagi tubuh jenis buah pear. Atau pun pada bahagian perut sahaja pada tubuh jenis buah epal.
  • Terlebih hormon estrogen dikalangan kaum lelaki akan menyebabkan mereka mempunyai lebihan lemak pada payudara.
  • Perlu kawal hormon


Rajin bersenam tapi susah nak kurus



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi dan cara makan yang betul, sila hubungi saya..
Jana Hazana
017-3125484

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via Poslaju & GDex




Monday 26 May 2014

COMBO ESP SHAKLEE PALING HANGAT DIPASARAN

May 26, 2014 0 Comments
Berminat nak cuba ESP Shaklee??
Atau sedang mencari-cari produk untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan??
Ibu hamil mencari solusi untuk bekalan protin yang lengkap??
Ini dia combo ESP paling hangat dipasaran.

Setiap hari tubuh kita akan kehilangan sejumlah protin, kalsium, kolagen dan lain-lain untuk pastikan segala tindakbalas kimia berjalan lancar, radikal bebas dihapuskan dan pemulih & pemeliharaan sel-sel tubuh. Sebab tu bila usia semakin meningkat, kulit makin kusam, ada bintik penuaan, sakit-sakit badan, cepat letih dan macam-macam lagi lah. Tambah pula dengan tekanan ditempat kerja, faktor persekitaran yang kurang sihat seperti berada disebelah perokok tegar...lagi lah...

Bagi anda yang pentingkan kesihatan dan kecantikan dan dalam masa yang sama inginkan sesuatu yang berkesan dengan harga yang berpatutan anda pasti akan memilih produk Shaklee. Jom saya kenalkan combo ESP Shaklee paling hangat dipasaran.

combo esp shaklee


Mengapa perlukan ESP?

Protin sangat penting untuk tubuh kita. Protin ialah gabungan asid amino perlu yang merupakan sumber utama binaan kulit, rambut, kuku, otot dan organ-organ termasuk untuk fungsi hormon dan enzim. Namun begitu, tubuh kita tidak dapat menghasilkannya secara semulajadi. Sebab tu kita perlukan makanan tambahan protin.

ESP membekalkan protin dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting termasuk vitamin dan mineral. Ia dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan yang sangat mudah dicerna dan diserap oleh tubuh.

Pendek kata ESP membantu kita untuk memulih dan memelihara kesihatan dari akar umbi.

Berikut adalah senarai harga set combo ESP;

1. ESP + GLA membantu tingkatkan kesuburan, mengawal selia kitaran haid. Bagi pesakit diabetes, ESP membantu mengawal insulan dan rendah glisemik, GLA berkesan mengatasi gejala diabetes neuropathy iaitu gejala kebas-kebas pada pesakit diabetes. (Harga: RM241.25)

2. ESP + VITAMIN C PLUS membantu mencantikkan kulit dengan mengatasi masalah kulit kusam, masalah jerawat, pudarkan parut, tinggi antioksidan bagi menghalang serangan radikal bebas. Set ini juga membantu tingkatkan sistem pertahanan tubuh. So, bagi mereka yang sering terbersin berulang2 kali terutamanya pada waktu pagi atau hidung sering berair, inilah teman terbaik anda.
(Harga: RM242.50)

3. ESP + PEPPERMINT GINGER PLUS membantu meneutralkan keasidan perut dan membina semula sel-sel perut yang rosak akibat hakisan asid perut. Memberikan keselesaan perut, membantu masalah penghadaman dan juga boleh bantu mengatasi masalah pedih ulu hati.
(Harga: RM195.00)

4. ESP + PERFORMANCE DRINK membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh dan mengelakkan dihidrasi (kekeringan air). Membekalkan rasa kenyang yang berpanjangan dan memberikan tenaga segera. Sangat sesuai diambil oleh anda yang aktif dan ingin kekal bertenaga untuk jangka masa yang panjang. (Harga: RM232.50)

5. ESP + LECITHIN membantu anda yang ingin mendapatkan bentuk tubuh idaman. Set ini membantu meningkatkan metabolisme, membantu untuk diet dan memecahkan dan menyingkirkan lemak-lemak secara berkesan. (Harga: RM202.50)

6. ESP + VITALEA melengkapkan keperluan nutrisi dengan zat & mineral yang lengkap. Vitalea turut mengandungi zat besi yang penting untuk pembinaan sel-sel darah merah. Ia membantu memberikan tenaga dan kesihatan yang lebih baik. (Harga: RM238.75)

7. ESP + ALFALFA COMPLEX membantu memperbanyakkan susu ibu. Set ini juga membantu anda yang sedan dilema masalah kurang berkeinginan dalam hubungan intim.
(Harga: RM203.75)

8. ESP + ZINC COMPLEX membantu mempercepatkan luka. Sebab itu dia disarankan untuk diambil terutamanya semasa berpantang bersalin atau selepas pembedahan. Ia juga sesuai untuk pesakit diabetes yang mengalami luka-luka yang sukar sembuh.
(Harga: RM183.75)

9. ESP + OMEGA GUARD pada kehamilan trimester 2 & 3 otak bayi dalam kandungan berkembang dengan pesat. Omega Guard mengandungi DHA & EPA yang membantu tumbesaran otak bayi dalam kandungan dengan optimum.
(Harga: RM286.00)


Berminat untuk mendapatkan combo ESP paling hangat dipasaran berserta konsultasi dan cara makan yang betul sila hubungi saya

pengedar shaklee

COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunie & Indonesia via Poslaju & GDex



Saturday 24 May 2014

10 PILIHAN TOP PRODUK SHAKLEE UNTUK PESAKIT KANSER

May 24, 2014 0 Comments
Pemakanan yang seimbang dan bernutrisi lengkap sangat penting untuk semua orang terutamanya pesakit kanser. Amalan pemakanan yang baik dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sel-sel yang rosak semasa pembedahan, radioterapi, kemoterapi dan rawatan perubatan lain. Ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membekalkan tenaga.

Bagi pesakit kanser yang bercadang untuk mendapatkan makanan tambahan, disini saya nak kongsikan dengan anda 10 pilihan top produk Shaklee untuk pesakit kanser.


shaklee untuk kanser


1. Alfalfa Complex
Sel-sel kanser tidak akan tumbuh atau membesar dalam tubuh yang beralkali. Alfalfa Complex adalah makanan yang sangat beralkali. Ia membantu meneurtralkan ph tubuh yang berasid supaya menjadi lebih beralkali dan ia boleh memperlahankan dan/atau menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.


2. NutriFeron
Produk unik dari Shaklee ini membantu meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi oleh tubuh manusia. Ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan ia mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan  yang berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.

Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin yang melawan sel-sel kanser dan tumor. Selain itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan ketika rawatan kemoterapi.


3. DTX
Oleh kerana hati sangat penting untuk mencuci darah dan sistem perkumuhan , ia perlu bekerja keras terutamanya ketika penyakit sedang menyerang bagi menghalang penyakit tersebut merebak. DTX berfungsi untuk membersih, merangsang dan menghasilkan semula sel-sel hati apabila diperlukan.

Apabila ubat-ubatan dari kemoterapi dimasukkan, ia akan memaksa hati untuk bekerja dengan lebih keras. Ramai pesakit kanser meninggal bukan disebabkan oleh kanser tetapi dari kegagalan hati.


4. Carotomax
Mengandungi gabungan komplex karotenoid, Beta Carotena, likopena, lutien dan sebagainya yang sangat kaya dengan sifat antioksidan. Ia mengukuhkan sistem pertahanan tubuh, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.


5. Vitamin C
Pengambilan sejumlah besar vitamin C iaitu 10,000mg atau lebih sehari sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Linus Pauling Clinic mempunyai kesan yang dramatik terhadap tubuh yang sedang melawan penyakit. Ia merangsang penghasilan sel-sel darah putih dan sel-sel tubuh yang mengandungi ekstra vitamin c mempunyai peluang yang lebih besar untuk tumbuh semula tanpa termutasi. Kanser adalah disebabkan pertumbuhan sel yang tak terkawal semasa proses pertumbuhan semula.


6.Soy Protein
Elakkan protin dari sumber haiwan sebaliknya gunakan protin dari sumber sayur-sayuran kerana ia lebih mudah dihadam. Malah ia tidak mengandungi sebarang kesan antibiotik dan sebagainya yang boleh menjadi punca penyakit!

Protin juga merupakan kunci sumber tenaga dan penghasilan semula sel-sel sihat.


7. Herb Lax
Sesetengah ubat-ubatan boleh mempengaruhi pergerakan otot pada kolon. Ubat-ubatan tersebut akan memperlahankan proses pembuangan najis dan ini akan menyebabkan masalah sembelit. Proses pembuangan adalah sangat penting dalam penyembuhan kerana ia turut akan menyingkirkan sisa-sisa toksik berbahaya.


8.Performance Drink
Merupakan minuman untuk mengelakkan dihidrasi. Walau hanya mengalami 1% dihidrasi sudah cukup menganggu inikan pula bagi mereka yang sedang  melawan penyakit. Oleh itu, anda mestilah sentiasa minum air dengan mencukupi. Dengan Performance Drink, ia turut mengandungi trace minerals yang sangat penting untuk proses penyembuhan.


9. VIVIX
Kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular. 

Salah satu kandungannya ialah resveratrol yang merupakan perubatan semulajadi yang mempunyai bukti kukuh dapat menghalang dan menghentikan pelbagai peringkat kanser. Ubat terapi kemo tidak spesifik ketika menyerang sel: ia menyerang sel-sel kanser dan turut menyerang sel-sel sihat. Resveratrol tidak merosakkan sel-sel sihat bahkan melindunginya ketika membunuh sel-sel kanser.

Turut melindungi DNA sel, menghalang kimia dan radiasi yang menyebabkan kanser serta melawan radikal bebas dan inflamasi. Ia juga bantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, tingkatkan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap selular.


10. Produk Get Clean
Penggunaan produk pencuci rumah pernah dibuktikan boleh membawa kepada banyak penyakit termasuk kanser. Get Clean merupakan produk pembersihan dan penjagaan rumah yang bebas bahan toksik punca penyakit dan kanser. Bertukarlah kepada Get Clean hari ini dan lindungi kebersihan rumah dan kesihatan anda.

Ingin saya ingatkan kesan & jangka masa penggunaan produk-produk diatas adalah berbeza mengikut individu kerana setiap orang adalah unik. Namun janji Allah, tiada penyakit yang diturunkan tanpa penawarnya kecuali mati..Oleh itu kita sebagai manusia digalakkan untuk terus berusaha dan jangan sesekali berputus asa.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee berserta konsultasi dan cara makan sila hubungi saya

ajen shaklee

COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Gombak Prima, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Indonesia & Brunei via Poslaju dan Gdex




Tuesday 20 May 2014

3 PILIHAN TOP VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK BAWAH HARGA RM100

May 20, 2014 0 Comments
Nak cari vitamin untuk kulit cantik, berseri bebas kusam, tidak berminyak tapi tak nak dengan kos yang mahal? Inginkan vitamin yang murah tapi berkesan? Sudah tentu Shaklee ada...Sebotol berharga tak sampai RM100 tapi untuk berbulan2..SUPER JIMAT!

Jom tengok 3 pilihan top vitamin untuk kulit cantik dibawah harga RM100

1. Vitamin C Plus 553gm

vitamin shaklee untuk kulit cantik


  • Merangsang pembinaan kolagen. Sebab tu salah satu petua awet muda ialah dengan mengamalkan vitamin C. 
  • Mencerahkan kulit
  • Kulit lebih licin, tegang, liang pori mengecil, parut hitam cepat pudar, kuku cantik, rambut kuat..
  • Kesan luka atau lebam cepat sembuh
  • Membantu mengawal masalah kulit berminyak dan kulit terlampau kering. Moist je kulit tu nanti..
  • Tinggi kandungan anti-oksidan yang membantu mengawal masalah jerawat. 
  • Melambatkan penuaan, menghalang pembentukan bintik pigmentasi (jeragat), 
  • Meningkatkan sistem imun. Menghilangkan masalah bersin yang kerap atau hidung berair terutamanya waktu pagi.
  • Mencegah kanser dan penyakit jantung.
  • Diperkaya dengan citrus bioflanovoid yang menjadikan vitamin C ni lebih berkuasa dan berkesan. Bioflanovoid juga berfungsi mengatasi inflamasi dan melawan jangkitan bakteria.
  • Vitamin c juga boleh bantu mengatasi masalah gastrik.
  • Harga sebotol (180biji) RM92.50 - tahan untuk 6 bulan.
vitamin shaklee untuk kulit cantik

vitamin shaklee untuk kulit cantik



2. GLA Complex

vitamin shaklee untuk kulit cantik
  • Mengawal masalah jerawat akibat hormon dan menghilangkan parut
  • Mengatasi masalah kulit seperti kurap, ekzema, kekeringan, gatal-gatal
  • Menjadikan kulit wajah berseri-seri. Bak kata orang putih, 'glowing'....
  • Membantu mengawal berat badan
  • Memperbaiki tekstur rambut mengatasi rambut gugur dan kering.
  • Harga sebotol (60 bij) ialah RM91.25 - tahan untuk sebulan.
vitamin shaklee untuk kulit cantik

vitamin shaklee untuk kulit cantik

vitamin shaklee untuk kulit cantik




3. B-Complex

vitamin shaklee untuk kulit cantik

  • B-Complex membantu mengatasi stress dan kemurungan. Bila kurang stress wajah pun jadi ceria..
  • Membekalkan asid folik yang berfungsi membina sel-sel darah merah dan mencegah kanser kolon. Wajah tidak akan kelihatan pucat dan kusam
  • Mencegah pericche iaitu kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur
  • Pyridoxine yang juga dikenali sebagai vitamin B6 membantu menukarkan asid amino kepada protin dan menukarkan gula yang disimpan dalam tubuh kepada bentuk tenaga.
  • Harga sebotol (120 biji) ialah RM53.75 tahan untuk 4 bulan..

3 vitamin untuk kulit cantik diatas adalah pilihan sekiranya bajet kurang. Tapi untuk hasil yang lebih baik dan cepat anda juga disarankan untuk mengambilnya bersama-sama dengan ESP.

Mana satu pilihan anda? Jom dapatkan kulit cantik dengan vitamin untuk kulit cantik hari ini. Bagaimana nak dapatkan vitamin untuk kulit cantik? Hubungi saya untuk dapatkannya berserta konsultasi dan cara makan yang betul ditalian berikut. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah.

ajen shaklee



Saturday 17 May 2014

3 PILIHAN TOP VITAMIN SHAKLEE UNTUK HILANGKAN GASTRIK

May 17, 2014 2 Comments
Ramai pula yang cari vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik sekarang ni..Ada yang nak set bajet, ada yang nak set paling mujarab, ada yang sedang belajar, ada yang baru masuk alam pekerjaan dan ada juga yang sudah beranak pinak. Eh, yang sedang hamil pun ada alami gastrik tau! Saya pernah terbaca dari sumber internet, gastrik adalah trend penyakit moden. Mungkin ia disebabkan faktor pemakanan, maklumlah sekarang ni terlalu banyak makanan yang diproses atau mungkin disebabkan faktor cara hidup dan tekanan, maklumlah sekarang ni semuanya terkejar-kejar, tak cukup masa, tak cukup rehat..

Siapa pun orangnya atau apa pun puncanya, jangan risau..Saya sangat senang hati nak berkongsi 3 pilihan top vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik dengan berkesan. Yang pasti semuanya mujarab bukan setakat boleh bantu hilangkan gastrik malah mencegahnya dari berulang. Insha Allah...

vitamin shaklee untuk gastrik


Tahu tak, secara normal sel-sel dalam perut secara semulajadinya menghasilkan asid hidroklorik untuk fungsi pencernaan makanan. Asid ni adalah sangat berasid iaitu pada skala pH 1-2 hinggakan jika terkena pada kulit luaran, kulit itu akan terhakis. Dalam perut juga ada lapisan mukosa yang berfungsi sebagai pertahanan untuk melindungi dinding perut dari kesan berasid tadi tu.

Tapi, bila terlalu banyak asid dirembeskan ditambah pula kekuatan lapisan pertahanan dinding perut menjadi lemah, keradangan berlaku. Itulah yang dipanggil gastrik. Lebih teruk dari gastrik jika ulser perut dan pendarahan pada dinding perut berlaku. Ia boleh menyebabkan masalah najis dan muntah berdarah.

Simptom gastrik

  • Sakit perut
  • Perut rasa senak, kembung, kerap sendawa & kentut terutama selepas makan
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Najis hitam dan muntah berwarna gelap seperti kopi (ulser perut)

Siapa yang berisiko mengalami gastrik
  • Mereka yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama contohnya aspirin (ubat untuk pesakit jantung yang mencairkan darah)
  • Perokok dan banyak minum alkohol.
  • Jangkitan bakteria Helikobakter Pilori (H Pilori) yang melemahkan lapisan mukosa.
  • Mereka yang suka mengamalkan ubat tradisional terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid untuk meningkatkan keberkesannya.

Selain dari ubat-ubatan klinik anda boleh memilih vitamin Shaklee untuk membantu anda hilangkan masalah gastrik. Vitamin Shaklee yang terbaik yang boleh membantu anda menghilangkan masalah gastrik ialah

vitamin shaklee untuk gastrik



1. ESP 
Penting dalam pemulihan (elakkan susu). ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.


vitamin shaklee untuk gastrik

Lagi testimoni ESP untuk hilangkan gastrik sila klik SINI


2. Peppermint Ginger Plus 
Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit

shaklee gastrik

Lagi maklumat tentang Peppermint Ginger Plus sila klik SINI


3. Alfalfa Complex
Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

vitamin shaklee untuk gastrik

atasi gastrik dengan shaklee


Jangan biarkan masalah gastrik berterusan menghantui hidup anda. BERTINDAKLAH SEGERA. Dapatkan vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik berserta konsultasi & cara makan secara eksklusif hari ini dengan menghubungi saya ditalian berikut


pengedar shaklee di gombak




Thursday 15 May 2014

FAQ: MEAL SHAKES SHAKLEE

May 15, 2014 0 Comments
Mungkin ramai lagi yang belum kenal dengan Meal Shakes Shaklee. So kali ni, dengan senang hati saya nak taip tentang persoalan yang sering ditanya berkenaan Meal Shakes.


Apa itu Meal Shakes

Meal Shake adalah minuman tenusu yang dilengkapi 9 asid amino dengan jumlah yang seimbang dari sumber soya. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh sebelum diminum. Ia merupakan makanan segera yang berkhasiat dan rendah glisemik

Setiap bancuhan Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. 




Meal Shakes diperbuat dari apa?

Meal Shakes diperbuat dari bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.


Apakah rasa dan warna Meal Shakes?

Minuman Meal Shakes berperisa French Vanilla dan ia berwarna putih krim. Tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan.


Adakah Meal Shakes mengandungi gula?

Ya. Meal Shakes mengandungi gula dan ia dalam bentuk fruktosa yakni karbohidrat semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran. Gula dalam Meal Shakes diekstrak dari jagung.


Adakah Meal Shakes mengandungi Maltodextrin?

Ya. Meal Shakes mengandungi Maltodextrin dan ia juga dibuat secara semulajadi dari jagung. Ia berfungsi sebagai pengikat vitamin dan nutrien dalam Meal Shakes


Adakah gula dan Maltodextrin dalam Meal Shakes ni membahayakan?

Tidak.


Berapa jumlah kalori untuk setiap hidangan Meal Shakes?

Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan sebelum dicampur dengan minuman lain.


Apakah kebaikan dan manfaat Meal Shakes?
  1. Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  2. Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain.
  3. Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium.
  4. Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  5. Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B, zat besi yang lengkap dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberi kulit/wajah yang lebih cantik.
  6. Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dari perut dan usus.
  7. Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga. 

Siapa yang disarankan mengambil Meal Shakes?

  • Kanak-kanak yang sedang membesar (1 tahun ke atas mengikut sukatan yang ditetapkan)
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit, mudah demam, ekzema, asma
  • Kanak-kanak atau orang dewasa yang tiada selera makan
  • Pelajar sekolah
  • Ibu hamil 
  • Ibu menyusu
  • Mereka yang ingin menaikkan berat badan
  • Mereka yang ingin kulit cantik berseri
  • Mereka yang tidak boleh menelan pil (warga tua/orang sakit yang makan & minum melalui tiub)
  • Mereka yang inginkan makanan segera yang berkhasiat
  • Mereka yang sering keletihan dan kurang bermaya.


Berapakah harga Meal Shakes?

RM113.75 per canister dengan berat 544gm


Bagaimana untuk mendapatkannya?

Jika berminat untuk mendapatkan Meal Shakes berserta konsultasi, cara makan yang betul dan PERCUMA E-BOOK, sila hubungi saya disini.




Wednesday 14 May 2014

SET MIGHTY 3 GEM UNTUK CERGAS BERTENAGA KETIKA PUASA

May 14, 2014 0 Comments
Bila berpuasa lapar dan dahaga memang tak dapat dielakkan. Memang itu tujuan kita disuruh berpuasa bagi melatih diri menahan sabar dan nafsu. Tapi walaupun berpuasa, tugas-tugas harian tetap perlu dijalankan seperti biasa tambah pula kita disunatkan untuk menjalankan amalan-amalan sunat seperti solat sunat tarawih, sunat tahajjud, bertadarrus dan banyak lagi. Sebab tu penting untuk kita kekal cergas bertenaga sepanjang hari walaupun sedang berpuasa.

set puasa shaklee


Jadi disini saya nak memperkenalkan Set Mighty 3 Gem untuk kekal cergas bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Ia sangat sesuai untuk 
  • kanak-kanak yang sedang belajar berpuasa
  • atlit atau seseorang yang aktif
  • ibu menyusu
  • ibu hamil
  • pesakit gastrik
  • seseorang yang mudah letih
  • warga tua
  • mereka yang gemarkan sahur yang mudah dan ringkas.

vitamin shaklee untuk puasa


Set Mighty 3 Gem ni  juga popular sebagai set puasa Shaklee adalah gabungan 3 jenis iaitu ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. Ia dibancuh bersama dan diminum. Kelebihannya ialah ia boleh membantu anda untuk kekal cergas dan bertenaga dalam menjalankan aktiviti dan ibadah seharian.

Apa ada dengan Set Mighty 3 Gem ini??

ESP
  • minuman protin yang dilengkapi kalsium memberikan tenaga segera dan berpanjangan.
  • indeks glisemik yang rendah bantu mengekalkan paras gula dalam darah normal 
  • membantu menyokong sistem pertahanan tubuh, mengekalkan tahap kolesterol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • \
Meal Shakes
  • membekalkan nutrisi yang lengkap dengan 24 jenis vitamin, zat dan mineral
  • pilihan terbaik untuk produk tenusu rendah lemak dan rendah indeks glisemik
  • sangat sesuai untuk mengatasi situasi kekurangan zat nutrisi terutama dikalangan kanak-kanak dan warga tua.

Performance Drink
  • mengekalkan bendalir dan elektrolit yang membantu mencegah penyahidratan (kurang air dalam tubuh)
  • Ujian klinikal membuktikan ia dapat meningkatkan tenaga otot, memelihara otot dan sirkulasi bendalir dalam tubuh
  • baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)

kebaikan set mighty 3 gems




Anda juga perlu pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi dan kurangkan pengambilan minuman berkafein keranan ia boleh menghalang penyerapan zat-zat dalam makanan.

Harga untuk ESP (850gm) ialah RM150.00
Harga untuk Meal Shakes (544gm) ialah RM113.75
Harga untuk Performance Drink (539gm) ialah RM82.50

Klik untuk order


Untuk konsultasi dan nasihat cara makan yang betul atau pertanyan sila hubungi saya

set puasa shaklee




Monday 12 May 2014

Tekanan darah rendah dan cara mengatasinya dengan berkesan

May 12, 2014 0 Comments
Penyakit tekanan darah rendah turut dikenali sebagai hipotensi. Hipotensi adalah berlawanan dengan hipertensi iaitu penyakit tekanan darah tinggi. Namun itu tidak bermakna hipotensi tidak membahayakan. Oleh itu penting untuk mengatasi tekanan darah rendah tanpa mengira usia dan jantina.

Tekanan darah rendah ialah keadaan dimana tekanan darah lebih rendah iaitu dengan bacaan sistolik dibawah 90mmHg dan diastolik dibawah 60mmHg. Tekanan darah rendah yang teruk boleh menyebabkan otak dan organ-organ penting seperti buah pinggang dan jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi dan menyebabkan simptom tekanan darah rendah.

tekanan darah rendah shaklee


Antara simptom tekanan darah rendah ialah
  • Mudah penat
  • Mudah pitam
  • Pening ketika mengubah posisi tubuh
  • Mata berkunang-kunang
  • Pening
  • Mual
  • Sukar untuk fokus
  • Kulit berasa dingin dan kelihatan pucat
  • Pernafasan pendek dan cepat

Penyebab tekanan darah rendah 
  • Kekurangan volum darah - darah mengalir tanpa kawalan akibat kemalangan atau pembedahan
  • Dehidrasi - kekurangan cecair dalam tubuh akibat muntah yang teruk, cirit-birit atau demam denggi
  • Masalah jantung - kadar denyutan yang terlalu rendah atau cepat atau otot-otot jantung yang lemah
  • Kehamilan 
  • Kekurangan vitamin B12 dan asid folik

Tekanan darah rendah tidak mempunyai rawatan khusus. Mereka yang mengalami simptom-simptomnya perlu berjaga-jaga dan menjaga keseimbangan nutrisi selain memperbanyakkan minum air dan melakukan senaman.

Vitamin Shaklee yang disarankan untuk membantu mengatasi tekanan darah rendah ialah 


tekanan darah rendah shaklee


BComplex ~ mengandungi B12 dan asid folik selain membekalkan tenaga

Vitalea ~  membekalkan keperluan zat dan mineral untuk keseimbangan nutrien badan

Ostematrix ~ membekalkan kalsium yang penting dalam pengawalan tekanan darah

Untuk mendapatkan vitamin Shaklee berserta konsultasi dan cara makan yang betul sila hubungi saya


tekanan darah rendah shaklee

Penghantaran ke seluruh Malaysia via Poslaju & GDex


Thursday 8 May 2014

HILANGKAN PANAU & CEGAH DARI BERULANG

May 08, 2014 0 Comments
Panau pada kanak-kanak orang akan kata, "biasa la budak-budak..."

Tapi jika panau pada orang dewasa? apa agaknya orang akan kata. First impression penting ketika pertama kali bertemu orang asing...Sebab tu ramai yang cari cara untuk hilangkan masalah panau dan mencegah ia dari berulang.

Panau bukan hanya menganggu penampilan dan keyakinan diri malah ia boleh menimbulkan gatal-gatal pada bahagian tersebut terutamanya ketika berpeluh. Nak main bola pun tak selesa kan?






Panau disebabkan jangkitan sejenis kulat yang dipanggil Malassezia. Ia bukan penyakit berjangkit dan  tidak membahayakan tetapi tindakbalas kimianya menyebabkan warna pigmentasi kulit berubah. Sebab itulah kesan tompok-tompok putih terhasil. Terdapat juga panau yang berwarna pink, kemerahan dan perang bergantung pada individu.

Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi, mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis). Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.

Terdapat banyak cara untuk merawat panau antaranya mendapatkan rawatan dari doktor atau perubatan secara tradisional. Selain itu, langkah pencegahan juga amat penting antaranya;
  • basuh muka dengan pencuci muka atau mandi dengan kerap
  • pastikan kulit sentiasa dikeringkan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian
  • Elakkan memakai pakaian yang sudah dibasahi peluh untuk jangka masa panjang
  • Pakai pakaian yang mudah serap peluh

Namun, meskipun masalah panau dah hilang kadar untuk penyakit panau berulang adalah agak tinggi iaitu 60%. Oleh itu selain dari rawatan luaran, aspek pertahanan tubuh dari dalam juga perlu dititikberatkan.


Vitamin Shaklee untuk hilangkan panau

Garlic Complex, Alfalfa Complex dan Vita C Plus Shaklee boleh membantu menangani penyakit panau dengan cara merawat dan mencegah dari dalam. Saya amat syorkan kombinasi ini kerana ia berkesan terhadap kebanyakan jenis jangkitan kulat pada kulit



Garlic Complex ~ merupakan antibiotik semulajadi yang boleh menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit

Alfalfa Complex ~ bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan.

Vita C Plus ~ membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.

Krim Multipurpose Herbal Blend ~ untuk sapu luaran boleh melegakan gatal-gatal.



Penggunaan vitamin-vitamin ini adalah selamat untuk jangka masa panjang dan disarankan terus diamalkan kerana ia turut memberikan banyak faedah-faedah lain dari segi kesihatan.

Panau pada kanak-kanak lebih cepat hilang berbanding panau orang dewasa. Sebab proses penggantian sel pada kanak-kanak lebih cepat berbanding orang dewasa.

Stress, tabiat merokok, pencemaran persekitaran menyebabkan sistem pertahanan tubuh lemah. Ditambah pula dengan gaya pemakanan tak sihat akan mempengaruhi proses penyembuhan masalah panau.

Kulit sihat, tiada masalah panau.

Hilangkan masalah panau dan tampil berbeza dan lebih berkeyakinan. 

Bagaimana nak dapatkan vitamin untuk hilangkan panau dan cegah dari berulang ini? Anda boleh order terus melalui Shaklee dengan klik pada butang ini


 Klik untuk order sekarang



Dapat produk Shaklee ini berserta konsultasi dan cara makan melalui saya. Daftar ahli untuk lebih penjimatan. Sila hubungi saya ditalian berikut



Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju & GDex


Tuesday 6 May 2014

BAHAYA VITAMIN E & ALFALFA UNTUK SUAMI ISTERI

May 06, 2014 2 Comments
Dalam banyak-banyak kombinasi vitamin Shaklee, kombinasi vitamin E & Alfalfa adalah yang paling berbahaya. Ia sangat bahaya untuk suami & isteri tambah-tambah lagi yang sudah mempunyai anak dan yang sudah lama berkahwin. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan sebab tu tiada berita mengenainya diwar-warkan.

bahaya vitamin e dan alfalfa untuk hubungan intim


Alfalfa biasanya sangat popular bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dan merupakan milk booster bagi ibu-ibu menyusu. Vitamin E pula  disebabkan kandungan antioksidannya yang tinggi dan selenium popular bagi mereka yang inginkan kulit cantik licin dan hilangkan parut selain untuk tenaga dan kesihatan jantung. Namun, tanpa mereka sedari ada kesan sampingan yang mampu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.

Apakah kesan-kesan sampingan tersebut??
  • Kandungan phytoestrogens dari Alfalfa bantu memperbaiki otot-otot bahagian intim isteri menjadi kembali rapat walaupun pernah melahirkan anak dan masalah keputihan akan hilang.
  • Isteri tidak lagi 'kekeringan' semasa hubungan intim
  • Isteri lebih mudah untuk terangsang & mencapai kepuasan (orgasm)
  • Suami lebih 'tahan lama', bersemangat dan bertenaga
  • Keinginan suami & isteri terhadap hubungan intim (libido) meningkat

Amaran! sekiranya anda ingin mencuba vitamin E dan alfalfa Shaklee, sila ambil kira kesan-kesan sampingan diatas. Jangan salahkan orang lain sekiranya hubungan asmara anda suami isteri kembali hangat seperti diawal perkahwinan atau lebih hangat dari itu..


vitamin e dan alfalfa untuk hubungan intim

Harga Vitamin E Complex (120 biji) ialah RM146.00
Harga Alfalfa Complex (330 biji) ialah RM53.75

Produk-produk ini tidak dijual sebarangan di kiosk atau kedai dan hanya boleh didapati melalui pengedar Shaklee yang sah. Untuk mendapatkannya berserta konsultasi dan cara makan yang betul, anda boleh hubungi saya disini

vitamin e dan alfalfa untuk hubungan intim

COD; Greenwood, Sri Gombak, Gombak Prima, Giant Batu Caves, Taman Melati, Danau Kota, UIA Gombak, Gombak Medan Idaman, Sentul.

Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju & GDex



Monday 5 May 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK HILANGKAN KURAP DENGAN MUDAH

May 05, 2014 0 Comments
Eee..KURAP!
Biasanya itulah respon pertama yang akan terpacul dari mulut sesiapa saja bila tengok kurap pada kulit sendiri atau orang lain..ye, kurap memang mengganggu. Bagi yang mengalaminya, kurap akan menyebabkan gatal-gatal yang serius terutamanya dalam cuaca panas hingga tahap boleh menganggu fikiran. Lagi, penyakit kurap boleh berjangkit dan ia boleh berjangkit melalui sentuhan atau objek yang mempunyai kulat diatasnya contohnya berkongsi tuala, pakaian malah sikat rambut!

Kurap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan jangkitan sejenis kulat. Suhu panas dan lembap atau kulit yang sentiasa lembap akibat fabrik yang tidak menyerap peluh menggalakkan kurap tumbuh atau berjangkit. Tambah pula dengan sistem imunisasi tubuh yang lemah, kurap akan lebih mudah merebak dan kembali menyerang. Namun anda tak perlu risau sekiranya bermasalah dengan kurap kerana vitamin Shaklee boleh membantu untuk hilangkan kurap dengan mudah dan mencegahnya dari kembali.

Jangkitan juga boleh berlaku antara haiwan dan manusia..So jika tengok kucing kurap tu sila jangan sentuh ye..

atasi kurap


Ciri-ciri fizikal kurap;
~ plak kemerah-merahan dan bersisik berbentuk seperti gelang dan boleh membesar jika tidak dirawat.
~ adakalanya berbintik-bintik merah dan ada bisul halus
~ boleh berulang walaupun telah dirawat bergantung pada sistem ketahanan (imunisasi) tubuh seseorang

Merawat kurap biasanya menggunakan ubat antikulat bergantung pada saiz dan kekerapan serangan kurap. Ada yang berbentuk pil untuk dimakan dan juga krim untuk disapu mengikut jadual yang betul. Pastikan anda mendapat ubat-ubatan dan nasihat dari pengamal perubatan yang arif mengenainya kerana sesetengah ubat boleh mendatangkan kesan sampingan. Elakkan dari membeli ubat tanpa preskripsi terutamanya jika dalam masa yang sama anda juga sedang mengambil ubat-ubat lain.
(sumber)

Vitamin Shaklee yang boleh membantu menghilangkan kurap dengan mudah dan berkesan ialah

atasi kurap


Garlic ~ ia mengandungi bawang putih yang secara semulajadinya bertindak sebagai antibiotik yang boleh melawan jangkitan kulat. Ia membantu mengelakkan kulat kurap dari kembali tumbuh.


atasi kurap



GLA Complex ~ ia mengandungi minyak borage dan vitamin E yang secara semulajadi mengurangkan keradangan kulit iaitu kegatalan, ekzema, kulit kering termasuk gejala kurap.


atasi kurap

Alfalfa Complex ~ membantu tubuh membuang sisa-sisa toksin, melawan alahan dan jangkitan kulit

Vitamin-vitamin Shaklee diyakini berkesan dan tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan negatif sebab itu ia selamat digunakan untuk jangka masa panjang.

Harga untuk Garlic Complex (60 biji) ialah RM47.50
Harga untuk GLA Complex (60 biji) ialah RM91.25
Harga untuk Alfalfa Complex (330 biji) ialah RM53.75

Klik untuk order


Untuk konsultasi, nasihat cara makan yang betul dan tip-tip atau pertanyaan sila hubungi saya.


atasi kurap


COD Taman Melati, Gombak dan Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei melalui Poslaju & GDex



Follow Instragram Jana_Hazana