Showing posts with label Alergi. Show all posts
Showing posts with label Alergi. Show all posts

Saturday, 14 April 2018

Masalah resdung sembuh cepat dengan petua moden

April 14, 2018 0 Comments
Camana nak tau sekiranya kita ada masalah resdung?

Tanda-tanda kita ada masalah resdung antaranya ialah setiap pagi mesti akan bersin berulang-ulang kali. Hidung sering rasa tersumbat. Hingus meleleh-leleh. Bila bercakap suara sengau. Waktu malam terasa gatal-gatal dalam hidung mata serta telinga.

Camtu lah tanda-tanda orang ada masalah resdung. Setiap pagi akan alami benda sama.


petua mujarab rawat resdung



Jana sendiri ada pengalaman mengalami masalah resdung. Pada satu tahap, jam 2 pagi tersedar dari tidur sebab rasa gatal merenyam belakang mata, serentak dengan gatal telinga dan hidung hingga air mata serta hingus mengalir deras macam orang menangis.

Gatal yang amat rasa macam nak garu dengan berus.


Orang ada masalah resdung juga selalunya:

  • Akan ada masalah jerawat. Tapi tak semua.
  • Sering sakit kepala
  • Alergik dengan seafood. Bila makan seafood, gatal merenyam menjadi-jadi atau naik jerawat.
  • Sensitif dengan habuk, debunga, bulu binatang
  • Deria bau kurang berfungsi
  • Tidur berdengkur
  • Mudah demam



Punca masalah resdung bukan disebabkan oleh ulat atau cacing dalam rongga hidung tapi disebabkan oleh bakteria ataupun kulat, jangkitan atau alahan pada dinding rongga hidung-telinga-tekak (sinus). Pencemaran alam sekitar serta sistem pertahanan tubuh lemah juga boleh menjadi punca masalah resdung.

Sistem pertahanan tubuh lemah adalah kaitan antara masalah resdung dengan masalah kulit seperti jerawat dan mudah demam.

Ada juga masalah resdung disebabkan oleh struktur fizikal pada rongga sinus.


merawat resdung


Secara normal rongga sinus akan kosong. Bila masalah resung sedang meradang, rongga sinus dipenuhi dengan mukus. Sebab tu pesakit resdung sering sakit kepala, sakit muka. Mukus yang berkumpul dalam rongga sinus lama-kelamaan akan menjadi tempat pembiakan kuman bakteria serta kulat.


Aktitivi menyelam dan berenang boleh menyumbang kepada masalah resdung sekiranya air terperangkap dalam rongga sinus.




Masalah resdung biasanya akan hilang dalam masa sebulan. Jika masalah resdung berlarutan hingga 4 bulan dan lebih, itu dikatakan masalah resdung kronik.

Masalah resdung kronik dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kemudaratan. Antara masalah lain yang boleh timbul ialah jangkitan nanah sekeliling mata, jangkitan tulang muka, memburukkan lagi keadaan asma, tonsil membengkak termasuk jangkitan telinga.





petua moden hilangkan masalah resdung



Ramai nak tahu tentang merawat masalah resdung sembuh cepat dengan cara moden ni. Sebab cara ini sangat mudah, selamat, berkesan.


Jana sendiri pun dah tiada lagi masalah resdung selepas guna cara ni. Setelah amalkan Vivix, Vita C, Bcomplex dan ESP masalah resdung jana dah hilang. Sangat mudah dan efektif. Selain masalah resdung dah hilang, jana juga dapat manfaat lain untuk kesihatan tubuh dan kulit cantik.


Antara pengguna yang telah berjaya mengatasi masalah resdung dengan Set Resdung Shaklee 

set resdung shaklee
Testimoni set resdung shaklee




testimoni shaklee resdung
Testimoni set resdung shaklee




set resdung shaklee
Testimoni set resdung shaklee




Kebaikan Set Resdung Shaklee antaranya:
  • Menguatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan pembiakan bakteria dan kulat.
  • Lengkap dengan antioksidan untuk melawan agen radikal bebas dari pencemaran persekitaran.
  • Mencegah keradangan 
  • Mengatasi masalah alergi
  • Merawat masalah jerawat bernanah
  • Baiki parut
  • Baiki masalah penghadaman
  • Atasi stress
  • Atasi masalah bau badan


Jika anda juga sedang mengalami masalah resdung, sembuhkannya cepat dengan petua orang moden ini. Jangan biarkan masalah resdung anda berlarutan hingga menjadi lebih kronik dan lebih sukar untuk dirawat.



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================





Thursday, 16 February 2017

Cara betul buang sisa racun serangga pada sayur & buah-buahan

February 16, 2017 0 Comments
Baru ni jana ada tengok rancangan discovery tentang parasit dalam tubuh manusia. Kisahnya seorang warga emas yang sihat tiba-tiba jatuh sakit teruk. Penyakit yang misteri sebab doktor tak dapat pastikan apa penyakit dia yang sebenarnya.

Bila komplikasi makin teruk, dia dirujuk kepada pakar. Rupa-rupanya penyakit tu berpunca dari parasit ganas yang berada dalam tubuh dia. Siasat punya siasat, parasit tu datangnya dari buah beri yang tak dibasuh bersih yang beliau makan di sebuah restoran. Buah beri tersebut diimport dari negara lain yang guna najis manusia sebagai baja!

Kat Malaysia ni takde la yang guna najis manusia rasanya..najis kambing, najis ayam ada la. Tapi najis jugak kan? Tak pun guna baja kimia. Racun serangga tu wajib lah.




Sebab tu kita wajib basuh sayur & buah sebersih-bersihnya. Tambah-tambah yg tak perlu dibuang kulit dan boleh dimakan macam tu seperti buah anggur, buah strawberi dan ulam-ulaman. 

Apabila sayuran & buahan tak dibasuh bersih, segala benda seperti najis, telur parasit & sisa bahan kimia yang melekat kat situ akan turut masuk ke dalam perut kita. Kalau takde efek segera pun, untuk jangka masa panjang tetap akan ada kesannya. Cuba fikirkan tentang kesihatan anak-anak kita.

Terbaik jika pilih sayur & buah organik. Konpem 100% tiada penggunaan racun & bahan kimia. Lebih selamat.

Tetapi, bagaimana jika sukar dapatkan sayuran & buahan organik? Jadi kita haruslah pastikan semua sayur dan buah tu dibasuh dengan betul dan selamat menggunakan pencuci serbaguna Basic H.

Pencuci basic H adalah pencuci serbaguna yang terbukti bebas bahan kimia & racun. Ia diperbuat dari kelapa dan jagung organik tau! Walaupun tiada dinyatakan pada botol, tapi berjuta sid seluruh dunia pakai Basic H ni buat basuh sayur2 & buah2. Ia selamat & berupaya buang segala racun, kotoran termasuk wax.

Berikut adalah cara basuh sayur & buah yang betul:

  1. Leraikan sayur atau buah dari tangkai & bersihkan helai demi helai. Gosok dengan lembut untuk tanggalkan kotoran kasar.
  2. Rendam seketika dlm air bersama air garam. Garam berupaya menuetralkan sisa bahan kimia. Sebagai alternatif jana guna pencuci serbaguna Basic H. Ini tujuan untuk tanggalkan kotoron mikro seperti telur parasit dan sisa bahan kimia secara lebih efektif.
  3. Keluarkan sayur & buah dari rendaman kemudian bilas dan toskan.


Siap. Mudah je kan? 
Dijamin lebih bersih, lebih selamat untuk dimakan seisi keluarga.




Boleh juga guna buat basuh telur. Faham-faham la kan kat kulit telur tu biasanya ada apa. Taik ayam. Jika tak dibasuh bersih, boleh menyebabkan keracunan salmonella. Bahaya tau. Terutamanya musim banjir ataupun jerebu, pastikan sayur2 & buah2 dibasuh bersih. Tambah-tambah penggemar ulam. Jangan sesekali basuh guna air banjir tau.

Mengapa seluruah rakyat Malaysia harus pilih Basic H?

Tahukan anda

  • Kebanyakan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap kedalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. 
  • Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. 
  • Bahan pelarut organik pula seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. 
  • Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. 
  • Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pencuci serbaguna organik Basic H tidak mengandungi bahan-bahan diatas  mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. Ciri-ciri Basic H adalah:

  • kepekatan yang tinggi - 16 oz membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila dicampur air.
  • Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan yang boleh dibasuh luaran dan dalaman.
  • tidak perlu bilasan, tiada sisa, formula bebas coretan
  • tiada toksik
  • biodegradasi
  • Ramuan semulajadi iaitu ekstrak kelapa dan jagung
  • biorosot
  • tanpa fosfat
  • bungkusan yang boleh dikitar semula
  • tanpa pewarna
  • selamat untuk sistem septik dan pembentungan



Sebab tu lah, Basic H adalah sangat sesuai dan amat disarankan untuk ibu-ibu hamil, mereka yang ada masalah ekzema atau alergi, asma dan mereka sensitif pada bahan kimia.

Harga sebotol Basic H hanyalah RM46.00 sebotol. 
Basic H adalah salah satu rangkaian Get Clean yang selamat, berkuasa, mesra alam dan bijak. Selain Basic H, rangkaian Get Clean turut membawakan Dish Wash Concentrate, Fresh Laundry Concentrate dan Soft Fabric Concentrate.

Klik pada butang Shaklee Esell berikut untuk order segera dari laman web rasmi Shaklee. Gst & postage akan dikira.





Mulai hari ini, jom kita semua amalkan cara betul dan selamat untuk bersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dirumah demi keselamatan dan kesihatan seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, wassap Jana 017.312 5484


Monday, 9 June 2014

VITAMIN SHAKLEE PENAWAR RESDUNG & ALERGI TERBAIK

June 09, 2014 0 Comments
Salah satu punca resdung adalah akibat dari serangan bakteria keatas rongga hidung yang dipanggil sinus. Setiap masa sinus akan menghasilkan lendir dan disalurkan kedalam hidung. Jika saluran dalam sinus tersumbat maka lendir akan terkumpul lalu menjadi tempat bakteria berkumpul. Faktor yang menyebabkan sinus tersumbat antaranya ialah radang hidung iaitu pembekakan lapisan dalam hidung. Asap rokok telah dikenalpasti sebagai pencetus radang hidung.



Antara lain punca resdung ialah binaan semulajadi dalam hidung yang sempit, hidung bengkok, mandi atau menyelam dalam air yang kotor, ketumbuhan dalam hidung, jangkitan gigi atas, objek asing dalam hidung seperti tisu dan putik kapas dan tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak..

Gejala resdung
    ♠ Hidung tersumbat
    ♠ Keluar lendir dari hidung dan tekak
    ♠ Muka berasa sakit dan berat terutamanya bahagian antara mata
    ♠ Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
    ♠ Alahan seperti bersin, gatal-gatal hidung dan sebagainya
    ♠ Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala diatas


Orang yang menghidapi resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan alergi, pengambilan supplemen adalah sangat perlu... Antara supplemen yang boleh membantu hilangkan masalah resdung ialah:


shaklee resdung



ESP

Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel-sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Pengambilan protein yang bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan. Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Sumber protin dari haiwan ialah ikan, ayam, telur, kekacang.

Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika tubuh mendapat protien yang mencukupi, sel-sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel-sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung dan alergi... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri…. 
Harga; RM150 (WM) / RM155 (EM)


BComplex

Stress boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. BComplex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress” kerana ia berfungsi sebagai anti-stress... B Complex mengandungi B6 yang penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Selain itu ia membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf. 
Harga; RM53.75 (WM) / RM56.25 (EM)


Vitamin C Plus

 Bagi yang menghidap alergi, sel-sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal dan juga penyakit alergi yang lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin dan tidak menyebabkan sebarang side effect sebagaimana pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tisu...
Harga; RM92.50 (WM) / RM97.50 (EM)


Alfalfa Complex

Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Harga 330tablet; RM53.75 (WM) / RM56.25 (EM)
Harga 700tablet; RM97.50 (WM) / RM102.50 (EM)


GLA Complex

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal dan ia menyokong sistem imun... 
GLA adalah gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)
Harga; RM91.25 (WM) / RM95.00 (EM)

Dapatkan konsultasi dan cara makan yang betul dengan setiap pembelian produk Shaklee dari saya. 


Cash On Delivery; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via POSLAJU & GDEX



Monday, 24 June 2013

BAHAYA JEREBU ~ KUKUHKAN SISTEM IMUN ANDA

June 24, 2013 3 Comments
Negara kita sekali lagi dilanda musibah jerebu. Mengapa saya kata musibah? Kerana jerebu mampu memberi kesan buruk pada kesihatan penduduk terutamanya orang tua, wanita hamil, kanak-kanak dan bayi. Bayangkan setiap kali kita bernafas, kotoran yang terkandung dalam udara turut disedut masuk kedalam rongga pernafasan kita.

Antara kesan-kesan jerebu pada kesihatan manusia yang terdedah adalah;

~ Sakit tekak
Menyebabkan penghasilan mukus yang boleh menyekat saluran pernafasan.

~ Gatal-gatal atau kepedihan pada mata

~ Gatal-gatal hidung
Merangsang penghasilan mukus.

~ Pada tahap kronik jerebu mampu menyebabkan keradangan pada tisu peparu.
Orang yang mempunyai masalah peparu, jantung dan asma mungkin menghadapi kesukaran bernafas. Pada tahan pencemaran yang lebih tinggi, masalah sukar bernafas dan batuk boleh berlaku.
sumber; TheStar

~ Jerebu juga boleh mencetuskan masalah alergi. Bagi mereka yang sudah mempunyai sejarah alergi, jerebu hanya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan.

kredit; weatherandclimate.blog.umt.edu.my

Tips untuk meminimumkan kesan jerebu terhadap kesihatan ialah;

1. Kurangkan aktiviti luar
2. Jangan merokok
3. Minum sekurang-kurangnya 2Liter air sehari
4. Basuh muka dan anggota badan yang terdedah pada jerebu selepas berada di luar
5. Pastikan kebersihan dalam rumah terjaga
6. Bagi pengidap penyakit asma dan jantung, jangan abaikan pengambilan ubat-ubatan
7. Jumpa doktor jika penyakit berlarutan atau semakin teruk
8. Pengambilan suplemen untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan radikal bebas dan alergi


Suplemen untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh terdiri daripada beberapa alternatif.




Set G membantu tubuh melawan jangkitan.
  • Vitamin C
  • BComplex 
  • Alfalfa.



Nutriferon




Untuk kanak-kanak

Sekiranya berminat untuk order, hubungi;
SMS 017-3125484 (Hazana)

Follow Instragram Jana_Hazana