Showing posts with label Anak Batuk Berkahak. Show all posts
Showing posts with label Anak Batuk Berkahak. Show all posts

Monday, 23 January 2017

Petua nenek supaya demam cepat kebah pada anak-anak

January 23, 2017 0 Comments
HazimHaziq jenis yang susah makan ubat. Sejak azali. Sejak kecik.

Dulu-dulu tiap kali diorang demam, selsema atau batuk berkahak.. part paling mencabar iman ialah bila nak suap ubat. Memang boleh mendatangksn stress tahap maximum tau. Sbb tu biasanya lepas diorang demam, mesti jana pulak yang sambung demam. 

Kemudian jana mula buka mata untuk rawatan alternatif. Bukan bomoh-bomoh atau syirik ye, tapi ke arah tradisional & semulajadi. Petua nenek-nenek yang digunakan sejak dulu supaya demam cepat kebah


anak demam cepat sembuh
Dedaun pada dahi tu iklan semata-mata ye... tak payah la tempek camtu..hehehe


Sekarang bila diorang demam;

1. Petua belah mak mertua. Rendam daun pokok kekabu + daun limau nipis + hirisan limau nipis. Ramas-ramas semua hingga lunyai dalam besen yang berisi air bersih. Tempek air tu kat badan & kepala anak. Sapu je jangan bagi kering air kat badan.

2. Petua belah mak. Rendam daun dan bunga pokok bunga cina. Sama jugak ramas-ramas dalam besen kecil berisi air dan tempek kat badan serta kepala anak.

Hasilnya, badan anak memang lebih cepat sejuk. Demam pun cepat kebah.

3. Boleh juga daun pokok bunga raya dan air asam jawa untuk demah badan anak. Inshaa Allah, nanti cepat kebah demam tu.

Tapi! Harus pastikan demam anak bukan jenis yang teruk, melarat, disertai dengan masalah lain. Jika ye sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik berhampiran.


Bila batuk selsema dan berkahak lak, Omega Guard je lah penawarnya. Anak buleh tido lena sampai ke pagi. Tiada lagi dah adegan muntah-muntah sampai pagi sampai takde tempat nak tido!

Anak sembelit!? Campo je mealshakes dalam minuman diorang. Anak-anak pun cergas & cerdas je kat sekolah. 


anak demam cepat sembuh


Harga Set Imun Booster anak ni ialah RM275.35 termasuk postage ke seluruh semenanjung Malaysia. Sila klik pada butang Order berikut untuk terus order dengan pantas dari Shaklee. Nasihat cara makan dan konsultasi berkesan disediakan dengan setiap pembelian.



 Set Imun Booster Anak-anak


Sampai sekarang jana guna petua tu bila Hazim & Haziq demam, selsema batuk & sembelit. Alhamdulillah sihat walafiat 😍😍😍 Tapi sejak dah sekolah, cabarannya lebih kuat. Jana tambah Nutriferon pulak untuk kukuhkan lagi sistem imun mereka.

Vitamin-vitamin ni bukan setakat untuk kuatkan imun anak-anak, tapi turut membekalkan keperluan DHA, EPA & ALA yang sangat baik untuk kecerdasan otak, lengkap dengan zat & mineral untuk kecergasan fizikal anak-anak kita. Sebab tu ia sentiasa menjadi pilihan untuk mak-mak yang bijak dalam menguruskan perihal kesihatan anak-anak dan seisi keluarga.

11 Tanda Anak sedang mengalami kecacingan!

Jika ada persoalan mengenai vitamin-vitamin ni, jemput wassap jana ditalian berikut; 017-312 5484


Selamat mencuba !


Sunday, 2 November 2014

Cara hilangkan batuk berkahak dan selsema pada anak dengan cepat

November 02, 2014 1 Comments
Bagi jana, nak hilangkan batuk berkahak pada anak ni agak susah kerana ada sesetengah kanak-kanak susah nak makan ubat. Contohnya sikembar Hazim dan Haziq, punyalah susah nak bagi makan ubat. Menangis-nangis, meronta-ronta last-last muntah..suap 5ml je, yang keluar balik 2 mangkuk kut..adoila..Orang Kelantan kata 'kena kerjung'...Tapi sejak kenal Shaklee sekarang dah senang, dengan izin Allah saya hilangkan batuk berkahak dan selsema pada anak-anak cuma dengan Omega Guard Shaklee. Biasanya malam-malam waktu tidur mesti ada adegan batuk dengan kuat pastu muntah dan mengelap tapi kalau bagi makan Omega Guard sebelum tidur, pasti diorang akan tidur lena sampai pagi..Kadang-kadang tu ada juga batuk, tapi sikit-sikit je takdelah sampai muntah.

Selain dari batuk yang berkahak yang meyayatkan hati, hidung yang berhingus juga agak merimaskan bagi saya. Kalau boleh taknak anak-anak mengalaminya lama-lama. Kesian...Takde mak yang sanggup biarkan anak-anak mereka mengalami masalah kesihatan macam ni kan?




Apa yang lebih dirisaukan, jika dibiarkan masalah batuk berkahak pada kanak-kanak berlarutan ia boleh menyebabkan masalah lain pula seperti lelah dan asma sebab kahak yang terkumpul dalam peparu dah jadi semakin pekat. Malah lebih teruk jika dijangkiti kuman, bakteria atau virus. Bila dah pekat, lagi susah nak keluar. Pada tahap sebegini kalau dibawa untuk dapatkan rawatan, biasanya doktor akan buat rawatan sedut kahak..

Bagi mak-mak yang nak hilangkan batuk berkahak pada anak-anak tanpa perlu membuat rawatan sedut kahak boleh berikan anak mereka Omega Guard. Jom tengok mengapa Omega Guard berkesan hilangkan batuk berkahak pada kanak-kanak.
  • Secara semulajadi bersifat anti-keradangan. Batuk menyebabkan keradangan terhadap peparu.
  • Tingkatkan sistem imun dan kesihatan peparu.
  • Mencairkan kahak
  • Asid lemak Omega-3 menghalang pembentukan leukotrienes dari asid arachidonic yang berperanan dalam menyebabkan asma. [sumber]



Pernah ada yang bertanyakan kepada saya macam mana nak bagi anak mereka makan Omega Guard ni. Maklumla, Omega Guard ni dalam bentuk kapsul so bukan semua kanak-kanak boleh telan atau kunyah macam tu je..Kalau nak tau , ada sesetengah kanak-kanak tu pantang jumpa Omega Guard ni sampai mak diorang kena sorok botol Omega Guard sebab jika dibiarkan, boleh habis sebotol tu dimakannya dalam satu masa. Suka sangat meletop dalam mulut dan sedap macam ikan katanya...aduhai..

Ni antara cara nak bagi anak-anak makan Omega Guard..
  • Cucuk dan titiskan ke dalam susu.
  • Cucuk dan campur dalam makanan kegemaran seperti sup dan bubur nasi.

Peringatan, faedah-faedah Omega Guard boleh hilang dalam suhu yang terlampau tinggi ye. So elakkan dari campur dalam minuman atau makanan yang masih panas. Campur dalam suhu yang suam takpe.

Kelebihan Omega Guard ni selain boleh hilangkan batuk berkahak dan selsema pada kanak-kanak, ia juga bantu tingkatkan kecergasan otak dan daya fokus..Ia juga bagus untuk kanak-kanak ADHD atau hiperaktif. Lain kali saya cerita tentang Omega Guard untuk atasi masalah ADHD ni ye...

Omega Guard ni hanya untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun dan keatas. Untuk bayi, boleh guna kaedah stim dan tepuk percussion untuk hilangkan batuk berkahak pada bayi. Kaedah stim ni mudah je, cara-caranya ialah;

Langkah 1: Didihkan air dan letak dalam bekas.

Langkah 2: Titiskan minyak bawang putih kedalam bekas air tadi. Bawang putih tu diketuk terlebih dahulu untuk aktifkan kandungan alisinnya dan campur dengan sedikit minyak masak.

Langkah 3: Letak bayi meniarap atas riba dengan muka mengadap wap-wap yang keluar dari bekas tadi.

Langkah 4: Tepuk sisi kiri dan kanan belakang bayi dengan tangan yang mencempung (teknik percussion). Cara ini juga sebenarnya membantu menenangkan bayi kerana biasanya bayi akan menangis.

Lakukan kaedah stim dan teknik percussion untuk selama 20 minit.




Tingkatkan sistem imun anak anda dan hilangkan batuk berkahak dan selsema pada anak-anak anda hari ini dengan Omega Guard. Pastikan anda memilih Omega Guard kerana ia adalah 99% minyak ikan dan tidak dicampur dengan minyak organ dalaman haiwan seperti hati. Anak-anak kita adalah masa depan kita..Berikanlah hanya yang terbaik untuk mereka.

Harga sebotol Omega Guard hanyalah RM136.00 sahaja

Bagaimana nak dapatkan Omega Guard? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut




Atau anda boleh dapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan secara eksklusif.






Saturday, 9 August 2014

OMEGA GUARD BERKESAN BANTU ATASI BATUK BERKAHAK PADA KANAK-KANAK

August 09, 2014 2 Comments
Saya tau, ramai ibu-ibu yang sangat susah hati bila anak-anak mereka diserang batuk berkahak terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah. Tambah pula bila anak-anak pula jenis yang susah nak makan ubat, makin susahla nak hilang kahak tu malah ada yang lebih teruk terpaksa pakai pam untuk keluarkan kahak. Saya pun sama, paling tak sanggup bila anak-anak kena batuk berkahak...mahu tak tidur malam dibuatnya..muntah-muntah, tak selera makan, moody..bernafas pun ada bunyi kahak, hidung pula biasanya berhingus sepanjang masa...Ye lah, dah tak selesa..kanak-kanak mana reti nak ludah ke apa kahak tu kan...

Sebenarnya ada macam-macam petua dan cara yang boleh dilakukan untuk atasi batuk berkahak pada kanak-kanak. Tapi kali ni saya nak kongsi tentang cara yang paling saya suka guna sebab ia paling cepat berkesan iaitu Omega Guard Shaklee..

Omega Guard melawan batuk berkahak

Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang secara semulajadinya boleh meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru. Ia bertindak dengan mencairkan kahak dan mengurangkan keradangan. Hingus juga lebih cepat kering. Oleh itu sangat membantu bagi anak-anak yang ada masalah bronkitis dan juga asma. 

Bila dah amalkan Omega Guard, anak-anak juga lebih sukar untuk dijangkiti selsema dan batuk. Walaubagaimanapun, Omega Guard ni hanya boleh diambil oleh kanak-kanak berusia setahun keatas. Bagi yang usia bawah setahun dan masih menyusu badan, ibu yang disarankan untuk mengambilnya.

Omega Guard juga mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk otak. Ia membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan daya pembelajaran. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Lagi tentang Kebaikan & Kelebihan Omega Guard untuk seisi keluarga

Untuk maklumat lanjut, atau ingin mendapatkan Omega Guard sila hubungi saya melalui

pengedar shaklee gombak

Monday, 9 December 2013

7 Kelebihan dan kebaikan Omega Guard yang buat kita menyesal tak ambil dari dulu

December 09, 2013 0 Comments
Omega Guard adalah asid lemak Omega 3 yang diekstrak dari ikan laut sejuk. Kelebihan Omega Guard Shaklee merupakan Omega 3 yang paling tulen di dunia kerana berbanding dengan produk lain di pasaran ia mengandungi rangkaian penuh spektrum 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk DHA, EPA dan ALA.

Tambah lagi, Omega Guard bukan diekstrak dari hati ikan. Kaedah penyulingannya juga berbeza dari pengeluar lain. Kaedah yang digunakan oleh Shaklee ialah kaedah penyulingan bergred farmaseutikal terkini dimana selain dapat mengekstrak Omega 3 yang paling tulen malah turut menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan lain-lain..Berikut ialah keistimewaan dan kebaikan Omega Guard untuk seisi keluarga yang perlu semua orang tahu

kebaikan omegaguard shaklee

Omega Guard Shaklee membekalkan Omega 3 yang merupakan asid lemak perlu yang tidak boleh dibina secara semulajadi oleh tubuh manusia. Oleh itu, kita perlu mengambilnya untuk memastikan keperluan tubuh kita dapat dipenuhi.

Meh baca lagi keistimewaan dan kebaikan Omega Guard untuk seisi keluarga dan juga kesejahteraan hidup kita...





Kebaikan Omega Guard untuk perkembangan otak

DHA merupakan asid lemak yang membentuk struktur utama dalam sistem saraf tunjang dan retina manusia. Sebab itu, ia amat penting untuk pertumbuhan otak.

Wanita hamil dan menyusu amat disarankan mengambil Omega Guard yang mengandungi DHA setiap hari bagi memenuhi keperluan bayi dalam kandungan atau bayi yang sedang disusui. Kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen Omega 3 mempunyai daya pemikiran (IQ) yang lebih tinggi, perkembangan daya kognitif dan fizikal yang lebih baik dan daya penglihatan yang lebih baik.

Memandangkan DHA merupakan 40% binaan otak manusia, pengambilan Omega Guard dapat membantu mengatasi masalah pelupa dan menjauhi risiko penyakit Alzheimer.

kebaikan omegaguard shaklee



Kebaikan Omega Guard untuk atasi kolesterol, penyakit jantung & strok

Omega Guard dengan kuasa EPA dan DHA meningkatkan paras HDL (lemak baik) dalam darah manusia yang membantu menurunkan paras LDL (Lemak Jahat/triglycerides).

Faedah Omega Guard


LDL dikenali sebagai lemak jahat kerana ia akan berkumpul dalam salur arteri lalu membentuk plak. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. Kehadiran plak pada dinding arteri sangat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ia menggumpal. Ini akan meningkatkan risiko strok dan arteri mengeras dan pecah. 

Dengan itu Omega Guard dapat merendahkan risiko penyakit jantung, strok dan arrhythmin (rentak jantung tidak normal).



Kebaikan Omega Guard untuk kuruskan badan

Pengambilan Omega Guard dengan konsisten membantu anda untuk kurus walaupun tanpa senaman kerana ia menggalakkan pembakaran lemak. Ini pernah dibuktikan dalam satu kajian dimana subjek mengambil 2g Omega 3 dalam masa 6 minggu. Hasilnya, mereka telah berjaya menurunkan sebanyak lebih kurang 0.9kg lemak dalam badan. Sepanjang kajian, subjek langung tidak melakukan senaman atau menukar diet mereka.

Omega Guard juga mencetuskan sejenis hormon yang berkaitan dengan selera makan yang dipanggil Leptin. Dengan kehadiran hormon Leptin ini, ia membantu menyekat nafsu makan. Oleh itu, ia sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Omega Guard juga membantu meminimakan lemak yang diambil daripada disimpan menjadi lemak. Ini kerana Omega Guard merangsang tahap sensitiviti insulin dalam darah kita. Lebih sensitif sel-sel tubuh kita terhadap insulin, lebih sukar untuk lemak-lemak yang dimakan disimpan. Sebab tu Omega Guard sangat membantu anda yang nak kurus.



Kebaikan Omega Guard untuk kulit cantik 


EPA membantu mengawal penghasilan minyak bagi mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang pertumbuhan jerawat. Ia melambatkan kesan penuaan pada kulit wajah dengan menyeimbangkan asid lemak bawah kulit dan mengurangkan kedutan halus.

Kajian pada tahun 2005 didalam Journal of Lipid Research telah menemui bahawa EPA membantu menghalang penghasilan sejenis enzim yang diransang oleh sinaran UV dimana enzim tersebut boleh memusnahkan kolagen dalam tubuh manusia. Kemerosotan kolagen dalam tubuh menyebabkan kedut dan kulit menggeleber.

Oleh kerana EPA juga merupakan agen antioksidan dan antikeradangan, maka ia berkemampuan memelihara dan melindungi kulit dari sinar matahari yang memusnahkan dan membantu memperbaiki semula tisu kulit yang rosak.




Kebaikan Omega Guard untuk masalah sakit sendi

Salah satu keistimewaan asid lemak Omega 3 ialah ia bersifat antikeradangan. Maka ia membantu dalam mengurangkan sakit, keradangan dan kekakuan sendi (biasa berlaku pada waktu pagi).

Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan oleh itu ia mengurangkan gejala penyakit sendi. Ia juga bertindak sebagai pelincir dimana membantu melancarkan pergerakan sendi.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding mengambil glukosamina sahaja. Sebab bagi mereka yang masalah sakit lutut atau sendi-sendi lain amat disyorkan untuk mengambil Set Kesihatan Sendi yang terdiri dari Advance Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix.



Kebaikan Omega Guard untuk antidepression (tekanan mental)

Kajian menunjukkan penduduk di Amerika Utara dan di Eropah mempunyai purata penghidap tekanan mental 10 kali lebih tinggi berbanding penduduk di Taiwan yang banyak makan ikan.

Begitu juga dikalanan orang Jepun yang mengamalkan diet yang kaya dengan ikan, mempunyai purata penghidap tekanan mental yang sangat rendah.

Penyelidik di Belgium di Antmep's University Hospital telah menemui; pesakit mental serius mempunyai paras asid lemak perlu (Omega 3) yang sangat rendah berbanding pesakit mental sederhana.


Sumber rujukan;
http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids

kebaikan omega guard

Itu adalah sebahagian dari keistimewaan dan kelebihan Omega Guard. Banyak kan? Sebab tu ia amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Sekiranya anda mementingkan pengambilan Omega 3 untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga, Omega Guard Shaklee adalah yang terbaik. Dapatkan Omega Guard Shaklee hari ini dan nikmati kebaikannya sebagaimana mereka yang telah memilihnya.

Omega Guard adalah rahsia saya menangani masalah batuk & selsema pada anak-anak.

Bagaimana nak dapatkan Omega Guard Shaklee dan nikmati keistimewaan dan kebaikannya bersama seisi keluarga? Harga sebotol Omega Guard hanya RM136. Anda boleh terus order dengan klik pada butang order berikut

 klik untuk order



Atau anda boleh dapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar sah Shaklee. Jom hubungi saya ditalian berikut

kebaikan omega guard


Follow Instragram Jana_Hazana