Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts
Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts

Monday, 8 February 2016

Tanda-tanda demam denggi dan langkah mengatasinya

February 08, 2016 0 Comments
Nak tau tak? Serangan demam denggi menjadikan tubuh kita imun terhadap serangan yang seterusnya oleh nyamuk aedes yang sama spesis. Namun, kita kena tau bahawa nyamuk aedes ada 4 spesis. Jika kita tinggal di tempat yang ada keempat-empat jenis nyamuk aedes ni maka tetap akan berisiko untuk terkena serangan denggi lagi.

Risiko untuk dapat serangan demam denggi berdarah bagi pesakit yang demam denggi kali kedua adalah tinggi. Demam denggi berdarah sangat merbahaya hingga boleh meragut nyawa !

Banyak petua-petua yang boleh digoogle untuk merawat demam denggi dengan berkesan agar cepat sembuh. Tapi ingat, bila muncul tanda-tanda demam denggi jangan sesekali menangguhkan dan abaikan rawatan dari hospital. Segera dapatkan rawatan.

demam denggi simptom


Virus denggi yang masuk kedalam tubuh manusia akan memusnahkan sel-sel darah putih dan platelet. Jika pesakit demam denggi didapati plateletnya kurang dari 100bpl, dia akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian rapi.


Tanda-tanda demam denggi
  • Demam mengejut disertai dengan sakit kepala
  • Sakit dibelakang bebola mata
  • Sakit sendi & otot
  • Sakit abdomen
  • Sakit pinggang yang teruk
  • Gatal-gatal kulit
  • Bintik-bintik merah terang biasanya pada hari ke-3. Bagi sesetengah orang bintik merah muncul pada keseluruhan tubuh
  • Warna kulit berubah kemerah-merahan dan diselangi tompok-tompok warna asal kulit.
  • Ada juga yang mengalami gastritis disertai dengan sakit perut, mual dan cirit birit.
  • Demam ini biasanya suhu boleh mencecah 40-41° celcius dan boleh menyebabkan serangan sawan pada kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.


Tanda-tanda demam denggi berdarah
  • Demam yang sangat panas
  • Pendarahan seperti bintik-bintik merah, pendarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadangkala haid berlebihan.
  • Kegagalan atau gangguan peredaran darah. Pesakit akan mengalami kesejukan, kulit kebiruan dan kadar nadi meningkat. Lemah dan resah malah mudah mengalami renjatan atau sawan.
  • Pembesaran organ hati

Penting untuk semua orang tahu tentang tanda-tanda serangan demam denggi supaya boleh dapatkan rawatan dihospital dengan segera.


Rawatan demam denggi;
  • Menurunkan suhu badan (kurangkan demam)
  • Banyak minum air. Suhu tinggi, hilang selera makan dan muntah akan menyebabkan dehidrasi (tubuh kehilangan air)
  • Demam dengan suhu yang sangat tinggi dikawal dengan antipiretik.
  • Bagi pesakit yang tak mampu minum air sendiri atau mengalami renjatan, tambahan melalui cecair intravena akan diberi.


Langkah pencegahan adalah jauh lebih baik dari merawat demam denggi. Kita boleh mengurangkan risiko demam denggi malah boleh mengelakkan kematian dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes secara berterusan.


Tip mencegah serangan demam denggi:
  • Sentiasa pastikan kawasan tempat tinggal bersih dan kemas. Pastikan tiada air bertakung yang menjadi tempat pebiakan nyamuk aedes.
  • Nyamuk aedes aktif disekitar jam 7 pagi dan 7 malam. Tutup pintu dan tingkap, pastikan ahli keluarga berada di dalam rumah.
  • Pakai pakaian yang menutup sebahagian besar kulit seperti baju lengan panjang dan seluar panjang ketika berada diluar rumah.
  • Pasang ubat nyamuk atau kelambu.
  • Guna losen anti-nyamuk terutamanya pada anak-anak kecil. 

krim anti nyamuk
Mengandungi tumbuhan menghalang nyamuk seperti
lemon balm, rosmary, horse chestnut

Krim Herbal Blend Shaklee diperbuat dari tumbuh-tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia bahaya. Ia juga turut berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dengan cepat. Krim Herbal Blend Shaklee selamat digunakan oleh bayi.


Vitamin Shaklee yang sesuai digunakan oleh pesakit demam denggi ialah vita c plus, Shaklee Performance dan Nutriferon. Set vitamin ini berkesan membantu mengatasi demam denggi dengan cepat dan berkesan.

vitamin shaklee untuk demam denggi



  1. Vita-C Plus membantu mengukuhkan kapilari darah disamping bertindak sebagai imun booster.
  2. Shaklee Performance berfungsi sebagai minuman isotonik yang bantu memelihara komponen elektrolit yang penting yang menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.. Bagi pesakit demam denggi, kekal terhidrat adalah sangat penting.

    Shaklee Performance tidak bergas dan rendah gula berbanding minuman isotonik lain dipasaran.
  3. Nutriferon merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh, mengaktifkan sel-sel imun, menentang pencerobohan virus dan kuman dan menguatkan keupayaan makrofaj untuk musnahkan virus dan kuman.

    Nutriferon diekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantiago. Formula yang digunakan untuk membina Nutriferon adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.



Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi, cepat-cepat lah dapatkan rawatan di hospital dan pastikan juga untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk demam denggi dengan segera.

Untuk order atau maklumat lanjut mengenai vitamin sila hubungi jana ditalian berikut. Dengan setiap pembelian vitamin akan disertakan dengan nasihat cara makan dan konsultasi sepanjang penggunaan vitamin.

pengedar shaklee


Thursday, 4 September 2014

Minum sup ketam petua rawat demam denggi dengan berkesan

September 04, 2014 0 Comments
Baru-baru ni borak panjang dengan mak melalui telefon..Mak ada cerita, kat Kelatan sekarang musim demam denggi.. kat hospital kerajaan sampai penuh wad dengan pesakit demam denggi..Malah ada yang lebih parah, tak sempat sampai ke hospital dah meninggal akibat demam denggi berdarah..Innalillah. Masa tu semua kakitangan hospital dalam keadaan berjaga-jaga untuk terima kes demam denggi.

Demam denggi ni punca dia adalah gigitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Kalu nyamuk lain yang gigit, tak jadi demam denggi ye. Yang paling ditakuti ialah demam denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut. Kalau ada yang belum kenal nyamuk aedes, badannya berbelang hitam putih dan aktif sekitar jam 7 pagi dan 7 malam..

merawat demam denggi
Ni rupa nyamuk aedes

Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka inilah yang mengakibatkan pendarahan..umpama badan kita ni bocor. Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, darah keluar dari kulit, mulut, hidung, mata pesakit...Pendarahan inilah yang membawa maut..Nauzubillah...

Simptom-simptom demam denggi

Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut sila cepat-cepat dapatkan rawatan..

  • Demam kuat yang mengejut dan suhu badan yang tinggi
  • Sakit-sakit otot, badan dan sendi
  • Muncul ruam (bintik-bintik merah) pada kulit
  • Muntah dan kurang selera makan


Merawat demam denggi dengan sup ketam

Demam denggi ni tiada rawatan khusus. Sebab tu mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi kalau dah kena tu memang mesti ikhtiar cari penawarnya lah kan..

merawat demam denggi
sebelum diproses

Sup ketam dikatakan mempunyai kandungan protin yang tinggi yang mampu meningkatkan bilangan platlet darah dalam masa yang cepat. Pesakit denggi yang amalkan makan dan minum sup ketam sebanyak 500ml hingga 1L akan mengalami peningkatan bilangan platlet yang mendadak iaitu dalam masa 5 hingga 8 jam..99.9% demam akan kebah...

Lagi, ketam nipah ni fresh sebab tu bila masak sup simple pun rasa dah sedap banget..manis-masin-lemak semulajadi..

Bila dah jadi sup, inilah rupanya

merawat demam denggi
Sup ketam


Vitamin untuk rawatan demam denggi

Tapi, sekiranya pesakit denggi ni ada masalah nak dapatkan ketam nipah atau alergi dengan makanan laut, ada alternatif lain untuk merawat demam denggi dengan cepat dan berkesan..iaitu amalkan Performance Drink dan Nutriferon Shaklee..

merawat demam denggi

Performance Drink membantu mengimbangi elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi (kehilangan cecair dalam badan) yang menyebabkan suhu tinggi.


rawatan demam denggi


Nutriferon berfungsi meningkatkan interferon semulajadi dalam tubuh bagi merangsang sel-sel darah putih memusnahkan virus. Dengan kata lain, ia meningkatkan sistem antibodi tubuh. Oleh itu, sekiranya anda sering atau sangat mudah terkena jangkitan seperti selsema, atau demam sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon.

Oleh itu, jika anda atau orang tersayang mula menunjukkan simptom-simptom demam denggi, jangan tunggu lagi..Bertindaklah SEGERA!!! Dapatkan sup ketam atau dapatkan Performance Drink & Nutriferon.

Saya tak jual ketam nipah tapi untuk maklumat lanjut berkenaan vitamin diatas bolehlah hubungi saya disini...

rawatan demam denggi

Salam sayang...Jana

Tuesday, 8 July 2014

KEBAIKAN PERFORMANCE DRINK MINUMAN ISOTONIK BEBAS KARBONAT

July 08, 2014 0 Comments
Selalunya kalo sebut minuman isotonik mesti duk bayangkan yang ada gas tu kan? Tahukah anda gas dalam minuman isotonik itu sebenarnya ialah karbon dioksida. Bila karbon dioksida bercampur air, ia akan mengurai dan menghasilkan tindakbalas..Sebab tu ada rasa tajam-tajam halus manja kan? Ia ditambah bagi menjadikan air tersebut lebih sedap dan menyegarkan.

Minuman isotonik mengandungi elektrolit iaitu bahan mineral seperti magnesium, kalsium, klorida, sodium dan potassium yang bantu menggantikan kehilangan air dalam tubuh dengan cepat dan berkesan. Sebab tu ia amat penting bagi orang-orang bersukan bagi mengelakkan dihidrasi.


kebaikan performance drink


Minuman isotonik terbaik

Cuba periksa, adakah minuman isotonik anda;

  • mampu meningkatkan tenaga otot 6 kali ganda?
  • mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga)?
  • menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera?
  • rendah kandungan gula dan tidak berkarbonat (bergas)?

Jika tidak atau tidak pasti, ini lah masanya untuk bertukar kepada Performance Drink. 

kebaikan performance drink
Add caption

Kebaikan Performance Drink

Performance Drink mengandungi komponen elektrolit iaitu Natrium, Kloride, Magnesium, Kalsium dan Potassium bagi membantu tubuh kita menjaga kestabilan agar tidak kekeringan. Ia juga sangat baik untuk tindak balas saraf dan otot (sistem neuromotor). Berbeza dengan minuman isotonik lain, Performance Drink tidak berkarbonat dan rendah gula.

Terbukti secara klinikal Performance Drink dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Turut mempunyai lebih 67% sumber tenaga dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Ia juga memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan cepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

Golongan yang memerlukan Performance Drink
  • Ahli sukan
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif
  • Ketika cuaca panas
  • Mereka yang sedang mengalami cirit birit
  • Mereka yang mabuk kenderaan
  • Mereka yang sering mengalami sakit kepala dan migrain
  • Ibu yang menyusukan bayi
  • Orang berpuasa
  • Orang yang kurang minum air
  • Pesakit gout
  • Mereka yang rasa nak demam
  • Mereka yang mengalami demam denggi
  • Mereka yang dalam proses penyembuhan (pembedahan/sakit)

Dengan Performance Drink, tubuh anda akan lebih cergas, sihat dan bertenaga!

kebaikan performance drink
Testimonial

kebaikan performance drink
Testimonial

kebaikan performance drink
Testimonial

kebaikan performance drink
Testimonial


Rasa orennya yang semulajadi membuatkan Performance Drink sungguh menyelerakan dan menyegarkan. Ia boleh dicampur bersama jus buah-buahan, Shaklee Tea Mix, ESP atau minuman lain.

Harga Performance Drink (Oren) 539gm ialah RM82.50

Klik untuk order

Untuk pertanyaan, konsultasi, nasihat cara makan yang betul dan tip-tip sila hubungi saya

kebaikan performance drink


COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Gombak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX




Follow Instragram Jana_Hazana