Showing posts with label Testimonial ESP Kulit Cantik. Show all posts
Showing posts with label Testimonial ESP Kulit Cantik. Show all posts

Wednesday, 21 March 2018

7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja

March 21, 2018 0 Comments
Setiap tabiat ada kesannya. Tabiat yang buruk akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan kecantikan. Contohnya tabiat suka makan makanan manis buatkan wajah nampak berusia, tabiat merokok boleh mengganggu kesihatan keluarga.

Tabiat yang baik akan memberi kesan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Untung mereka yang ada tabiat begini, tanpa sengaja tubuh sentiasa sihat,  kulit cantik tanpa sebarang masalah dan sentiasa awet muda.

tip kulit cantik



7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja



1. Rajin pakai sunblock

80% punca kerosakan kulit disebabkan oleh sinar matahari. Sinar matahari mengandungi UVA dan UVB. UVA memberi kesan terhadap penuaan seperti kulit berkedut, jeragat dan UVB memberi kesan sunburn seperti kulit berbelang dan tona tak sekata.

Jam 10 pagi hingga 4 petang adalah waktu sinar UVA & UVB paling kuat dan banyak. Untung mereka yang ada tabiat rajin pakai sunblock sebab mereka boleh lindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.

Sunblock jenis 'broard spectrum' akan melindungi kulit dari kedua-dua sinar UVA & UVB. 






2. Suka minum air kosong

Lambakan sisa toksin dalam tubuh adalah antara punca masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat dan ekzema.

Air yang cukup dalam tubuh akan memastikan proses perkumuhan dapat berjalan lancar dengan itu lebihan toksin dapat disingkirkan dari tubuh.

Air sangat penting untuk melembapkan kulit dan buatkan kulit lebih glowing serta sihat. Air yang cukup dalam tubuh sangat membantu untuk mencegah jerawat dan lingkaran gelap bawah mata.





3. Suka makan sayur dan buah fresh

Sayur-sayuran termasuk ulam serta buah-buahan segar membekalkan vitamin, serat, antioksidan serta banyak lagi kebaikan untuk kulit cantik.

Ia bukan je bagus untuk kulit tetapi bagus untuk mengawal berat badan dan memelihara sistem penghadaman.





4. Suka tidur awal pada waktu malam

Pada waktu malam tubuh akan merembeskan sejenis hormon yang dinamakan melatonin. Melatonin buatkan kita rasa mengantuk dan beri signal pada sel-sel kulit untuk mula 'bekerja' membaikpulih kerosakan sels-sel tubuh yang telah berlaku sepanjang hari.

Waktu terbaik untuk tidur ialah sebelum jam 11 malam dan bangun sebelum 6 pagi. Tidur berkualiti sangat penting untuk kulit cantik, mood baik serta kesihatan.





5. Rajin cuci muka dengan betul

Kerosakan akibat sinar matahari bukan satu-satunya faktor yang perlu dirisaukan. Tapi jangan lupa partikel-partikel mikro dari pencemaran sekitar turut boleh merosakkan kulit.

Tabiat rajin mencuci muka setiap malam akan menyingkirkan sisa-sisa kotoran serta bahan kosmetik yang boleh melemahkan dan merosakkan kulit. Kulit sentiasa bersih dan sihat.






6. Tidak gemar makanan tinggi gula

Makanan manis bukan setakat boleh menggemukkan badan malah turut boleh membuatkan wajah kita nampak lebih berusia. Melalui proses yang dipanggil 'Glycoslytion', gula akan terikat pada kolagen lalu melemahkannya.

Kolagen sangat penting untuk kulit yang tegang dan anjal serta awet muda. Kekurangan kolagen bukan je boleh sebabkan kulit kusam, kedutan dan kering malah turut menyebabkan sakit sendi, rambut kurang bermaya dan gugur, dan macam-macam lagi.







7. Suka minum ESP Shaklee

Ramai yang minum ESP pada asalnya untuk tenaga, tambah susu badan, gastrik. Tapi bila konsisten ramai pula yang dapat hasil kulit cantik tanpa sengaja.

ESP adalah minum protin dari sumber soya non-gmo. Cara pemprosesannya yang hanya guna air telah mengekalkan isoflavones.

Soya telah digunakan sejak berkurun lamanya oleh masyarakat Cina, Indonesia untuk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana soya sangat baik untuk
  • Tingkat metabolisme
  • Memelihara berat badan sihat
  • Perlindungan kepada jantung
  • Mencegah kanser
  • Kurangkan simptom menapous
  • Tingkat sistem penghadaman
  • Menjana tulang yang sihat
  • Mencegah kecacatan pada bayi dalam kandungan
  • Kurangkan risiko kencing manis

Terlalu banyak bukti melalui kajian saintifik yang menunjukkan kebaikan dan kepentingan soya terhadap manusia.


Apa kata mereka yang suka minum ESP


esp shaklee untuk kulit dan tenaga

esp shaklee untuk kulit

shaklee esp

esp shaklee untuk kulit


Setin ESP mengandungi 850gm. Cukup untuk keperluan sekeluarga. Bagi jana, ESP sangat sedap dicampur dengan susu segar dan kurma atau diblend bersama buah-buahan segar. Tak perlu tambah gula.

Jika ada bajet lebih, minum bersama Performance Orange & Shaklee Collagen Powder untuk lebih tenaga dan kulit cantik flawless.




Syarat kulit cantik bukan hanya wajah yang putih melepak berkilat tapi kulit cantik merangkumi :

  • kulit yang sihat bebas masalah jerawat, panau serta parut. 
  • Bersih dari cacat cela tak perlu pakai make up sepanjang masa.
  • Cerah berseri secara semulajadi


Amalkan 7 tabiat diatas dan hasilnya tanpa sengaja anda akan kulit jadi cantik. Senang sahaja kan??








Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Saturday, 16 December 2017

11 makanan untuk kulit cantik, glowing dan flawless

December 16, 2017 6 Comments
Kulit cantik, berseri dan licin selalunya berkait rapat dengan tahap kesihatan dalaman kita. Putih atau sawo matang atau gelap warna kulit, kulit tetap akan kelihatan cantik, berseri, glowing dan licin sekiranya badan sihat.

Masalah dalaman seperti banyak toksin dan kurang nutrisi akan dapat kelihatan pada kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering, liang pori besar dan macam-macam lagi. Sental lah sekuat mana atau cover lah setebal mana pun dengan kosmetik kulit bermasalah tetap akan kelihatan.

tips kecantikan kulit


Tak kira jantina atau usia petua untuk kulit cantik, glowing, licin dan awet muda yang paling berkesan adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan sihat.

Jom semak 11 makanan yang memberi kesan kulit cantik, berseri dan licin secara semulajadi.

1. Sayuran berdaun hijau

Mengandungi tinggi antioksidan, vitamin & zat penting untuk mengatasi kulit kusam dan memberi kulit yang cantik berseri setiap masa.

Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, sawi turut membekalkan serat yang baik untuk baiki sistem penghadaman dan usus.


2. Lobak merah

Tinggi kandungan beta carotene, vitamin A dan antioksidan yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh. Ia melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari, mencegah penuaan dan kedutan awal. Kulit lebih flawless dan lembut.


3. Buah-buahan

Mangga kaya dengan antioksidan dan vitamin A yang mencegah penuaan awal, tingkat keanjalan kulit dan rangsang penghasilan sel-sel baru.

Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E mencegah kulit berkedut pada usia muda.

Betik menyingkirkan sel-sel mati dan menghilangkan cela pada kulit.

Oren, kiwi strawberi dan jambu sangat kaya dengan vitamin c yang berfungsi melindungi kulit dari serangan radikal bebas dan sinaran matahari yang merosakkan. Vitamin c juga merangsang sintesis kolagen  yang penting dalam menjana kulit cantik, glowing dan flawless.

Epal bantu sekatakan tona kulit dan menjadikan kulit awet muda.



4. Minum segelas air suam yang dicampur madu dan lemon memberi kesan kulit cerah sekata dan tampak bersih.



5. Lemak sihat

Bukan semua lemak adalah musuh kesihatan. Makanan yang kaya dengan lemak tak tepu, asid lemak omega 3 dan asid lemak omega 6 penting untuk kulit sihat dan glowing. Ia bersifat anti radang, cegah jerawat, atasi kulit kering dan mengelupas dan atasi kulit bersisik.



6. Telur

Kaya dengan vitamin B complex bantu mengekalkan kulit flawless, licin, atasi masalah kulit berminyak dan cegah penuaan sebelum usia. Telur juga membekalkan minearl zink yang sangat penting untuk kulit yang awet muda dan gebu. Kuning telur kaya dengan biotin yang sangat diperlukan untuk kulit cerah berseri,



7. Avocado

Mengandungi vitamin E yang membantu memperlahankan proses kerosakan kulit. Ia mengekalkan kelembapan dan menjauhkan masalah penuaan sebelum usia, kedutan halus, masalah jerawat dan kulit kusam. Avocado merupakan superfood untuk kulit cantik berseri dan flawless.



8, Beras perang

Selain untuk kurangkan berat badan, beras perang mengandungi magnesium, vitamin dan antioksidan yang melindungi kulit dari masalah berminyak dan jerawat. Protin membaikpulih kulit rosak. Beras perang kaya dengan serat dan ceramides yang mengawal kelembapan kulit.



9. Teh hijau

Radikal bebas terbentuk apabila kulit terdedah kepada sinaran UV. Ini menyebabkan punca utama masalah penuaan sebelum usia. Teh hijau sangat kaya dengan antioksidan yang membantu melawan serangan radikal bebas seterusnya mencegah masalah penuaan kulit. Teh hijau juga melawan jerawat dengan merendahkan paras DTH iaitu hormon yang bertanggungjawab menghasilkan jerawat. Kesannya kulit lebih sihat dan awet muda.



10. Wine merah

Wine merah memiliki khasiat polifenol yang terkandung secara semulajadi dalam buah anggur yang berupaya mengekalkan awet muda. Ia bersifat tinggi antioksidan. (Wine merah bukan untuk orang Islam.) Takpe, Vivix ada.


11.Air kosong

Sky juice atau gelaran air kosong telah disebut sejak berzaman berupaya membuatkan kulit kita glowing bukan setakat wajah malah seluruh tubuh. Dengan minum air secukupnya dalam sehari akan memastikan sistem tubuh kekal terhidrat. Air bukan saja menyingkirkan toksin merbahaya dari sistem tubuh malah turut menjadikan kulit kita berseri secara semulajadi.



Faktor pencemaran persekitaran, stress, pancaran matahari terik ditambah pula dengan tabiat pemakanan tak sihat menyebabkan kulit bermasalah. 12 makanan diatas bukan sekadar untuk mencantikkan kulit malah membantu memelihara tubuh badan yang sihat.

Selain dari makanan, vitamin juga diperlukan untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik, glowing dan flawless.

Dengan syarat, pastikan vitamin yang dibuat dari bahan semulajadi sahaja. Ini bagi memastikan kita dapat manfaat yang terbaik dan jaminan untuk jangka masa panjang.

Set vitamin Shaklee untuk kulit cantik glowing dan flawless ialah


Testimoni kulit cantik glowing dan flawless.




Set vitamin Shaklee memang telah terkenal dengan keberkesanannya dan mutu tinggi. Ia menjadi pilihan utama pengguna yang mementingkan keselamatan untuk jangka masa panjang, kualiti dan kepuasan.

Paling popular adalah Vivix iaitu minuman botanik yang mengandungi 15 polifenol yang dipaten. Klik sini untuk lebih maklumat mengenai Vivix.

Jom order vitamin Shaklee sekarang secara online dengan klik pada butang berikut.

Order Shaklee Online


Setiap pembelian, anda akan diberi nasihat cara makan vitamin yang betul serta tip-tip eksklusif sepanjang penggunaan vitamin. Ini bagi memastikan pengguna dapat kesan yang diingini dan sebarang masalah dapat dikenalpasti.

Sebarang pertanyaan mengenai order sila klik link wassap berikut
http://janahazana.wasap.my/

Wednesday, 2 September 2015

Vitamin untuk kulit - ESP Shaklee

September 02, 2015 0 Comments
Ramai pula yang wassap jana tanya pasal vitamin untuk kulit. Ada yang untuk hilangkan parut, ada yang untuk cerahkan kulit, ada yang untuk kulit kusam dan ada jugak yang tanya vitamin kulit untuk lelaki. Ni jana salute sebab jarang lelaki yang peduli tentang kesihatan kulit mereka. Biasanya diorang bersungguh dalam bab tenaga mendayung, tambah power je. Yang nak vitamin untuk kulit ni umpama 1 dalam 10 la kut. Insaf lah wahai kaum lelaki, anda juga sebenarnya perlukan vitamin untuk kulit.

vitamin untuk kulit cantik


Vitamin untuk kulit berfungsi membekalkan keperluan zat, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh organ-organ tubuh kita termasuklah kulit. Bila cukup zat, vitamin dan mineral baru lah kulit kita akan jadi sihat dan lebih cantik. Bila kulit dan sihat dan cantik, tak payah make-up tebal-tebal pun takpe..natural beauty gitu!

Antara tanda-tanda kulit tidak sihat:

  • Kulit kelihatan kusam, tona tidak sekata
  • Berminyak atau kering berlebihan
  • Parut sukar hilang
  • Kulit lembik dan tidak anjal
  • Berjerawat
  • Berjeragat

Vitamin untuk kulit yang paling bagus didunia yang jana tau ialah vitamin keluaran Shaklee iaitu ESP (Energizing Soy Protien). Bukan sahaja untuk kulit malah bagus untuk kesihatan organ-organ lain termasuk jantung, rahim, otak dan lain-lain.

vitamin shaklee untuk kulit cantik


Jana sendiri amal ESP asalnya untuk tujuan kuruskan badan. Hasilnya, selain saiz yang makin mengecil kulit jana jugak makin cerah, lembut dan bintik-bintik hitam pun hilang. Mereka yang amal ESP Shaklee memang akan dapat efek kulit cantik walaupun pada asalnya amik ESP Shaklee untuk tujuan lain.

Kalu ada orang tanya jana vitamin untuk kulit mana paling best, takde lain dah jana mesti rekemen ESP. ESP ni bukan untuk kulit semata-mata, tapi mampu  bantu kita menjana kesihatan yang lebih baik juga. 

Ni jana belanja testimoni vitamin untuk kulit cantik paling best di dunia. Cekidaut:

vitamin untuk kulit kusam

vitamin untuk kulit shaklee

vitamin untuk kulit shaklee

shaklee untuk kulit

vitamin shaklee untuk kulit

Kalu awak tangah cari vitamin untuk kulit, meh cuba ESP Shaklee ni. Takperlu was-was lagi sebab ESP Shaklee ada ujian klinikal, so dijamin selamat walaupun untuk pengambilan jangka masa panjang. Dijamin halal ada pengesahan dari JAKIM. Lelaki, perempuan, warga emas, hamil, sedang menyusu semua pun boleh ambil ESP Shaklee.

Jom serlahkan kecantikan semulajadi awak dan jaga kesihatan dengan vitamin untuk kulit Shaklee ESP yang sangat ohsem ni. 

Camana nak order? Jemput hubungi jana ditalian berikut. Kita borak-borak santai sambil kongsi tips




Sunday, 7 September 2014

TESTIMONI COLLAGEN DAN VITAMIN C SR UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN KULIT LEBIH CANTIK BERSERI-SERI

September 07, 2014 0 Comments
Kalau bab nak kulit cantik, memang collagen tak dapat dinafikan lagi keberkesannya. Ia sangat berkesan bukan sahaja untuk masalah liang pori malah untuk masalah-masalah lain juga seperti jerawat, parut, tona kulit wajah tak sekata. Saya tau, ramai diluar sana yang sedang 'berusaha keras' untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda sebab tu saya pun 'berusaha keras' memberi panduan supaya dapat membantu anda semua mendapatkan yang terbaik.

So, bila ada yang tanya saya apakah produk paling best untuk kulit cantik? Saya mesti akan suggest Shaklee Collagen Powder ni..Buat yang ke beberapa kali, ni saya nak kongsi review dari pengguna collagen yang telah berjaya hilangkan jerawat malah dapat kulit yang lebih cantik berseri-seri. Pengguna yang berbeza, kisah yang berbeza tapi hasil yang sama 


testinomi collagen shaklee


testimoni collagen shaklee


Lagi testimoni?



Mengapa collagen shaklee sangat istimewa?

Collagen Shaklee diperbuat dari sisik ikan merah yang berasal laut dalam. Ia sangat lasak dan boleh mengekalkan kelembapan yang tinggi. Ia mampu menahan air yang banyak. Sebab tu bila makan collagen kulit akan jadi lembap dan lembut.. 

Ia mempunyai jisim molekul yang sangat rendah iaitu hanya 1,000 dalton iaitu bersamaan saiz 3 asid amino..Dengan jisim yang serendah ini, ia dapat diserap oleh usus dengan sangat mudah tanpa perlu melalui proses-proses penghadaman..Sebab tu kesannya sangat cepat..

Lagi, ikan merah ni hidup di laut dengan kedalaman 5,000m yang menjadikan ia bebas dari pencemaran.

Collagen Shaklee bukan sekadar kolagen semata-mata, ia turut diperkayakan dengan bahan-bahan lain iaitu;
  • Ekstrak biji Camelia Japonica untuk penghidratan
  • Ekstrak Pfaffia yang digunakan secara tradisional untuk rawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, tingkatkan prestasi dan tenaga
  • Vitamin C untuk galakkan penghasilan kolagen dan menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit
  • Vitamin B2 & B6 yang bergabung dengan karbohidrat, lemak dan metabolisme protin untuk bekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel-sel tubuh.
  • Asid hialuronik yang berfungsi merangsang penghasilan kolagen dalam kulit
Mengapa vitamin C SR sangat istimewa?

Dengan memakan sebiji vitamin C SR yang direka oleh Shaklee ini adalah sama dengan memakan 7.5 biji oren termasuk kulitnya. Ada tak sesiapa yang mampu makan 7.5 biji oren sekali dengan kulitnya setiap hari? Teknologi Sustained Release nya bermaksud, dalam setiap 1 jam 1.5 vitamin C akan dibebaskan kedalam tubuh kita..

Lagi, ia turut diperkayakan dengan bioflanovoid yang berfungsi untuk tingkatkan lagi keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita..Selain itu ia turut berfungsi melegakan keradangan, menentang jangkitan bakteria dan radikal bebas. 

Klik sini untuk maklumat mengenai promosi collagen


Untuk mendapatkan collagen dan vitamin C SR ni, anda boleh order melalui saya dengan menghubungi saya disini



COD area Gombak, Taman Melati dan Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX



**************************
Dapatkan penjimatan harga untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli






Monday, 24 March 2014

TESTIMONIAL ESP UNTUK KULIT CANTIK

March 24, 2014 0 Comments
ESP sangat popular dikalangan ibu-ibu muda kerana selain membantu dalam penyusuan badan, ia juga membantu memberikan tenaga segera dan mencantikkan kulit. Maklum lah, ibu muda ni kan biasanya masih berkerjaya, mana nak kerja, jaga anak kecil, urus rumah tangga..jadi kesihatan & kecantikan mestilah seiring. 

Ramai pengguna ESP berpuas hati dengan hasil yang telah diperolehi. 

Jom tengok antara testimonial-testimonial ESP untuk kulit cantik yang saya dapat kumpul

vitamin kulit cantik


Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan sendiri protin sedangkan ia amat penting untuk membina sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama. Ia juga penting untuk kulit, rambut, otot dan organ. Sebab tu bila amik ESP, kulit jadi lebih sihat dan cantik..bak rawatan dari dalam..

Lebih info mengenai ESP sila klik [Kelebihan & Kebaikan ESP]

Harga ESP (850g) ialah RM150. Jika ingin mendapatkannya sila hubungi saya

vitamin kulit cantik

*********************************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli






Thursday, 22 August 2013

ESP UNTUK KULIT CANTIK DAN AWET MUDA

August 22, 2013 3 Comments
Jujur, masa awal-awal cuba ESP ni sebab tengok kakak saya minum. Bila tanya, dia cakap bolehlah...acuh tak acuh..ingatkan biasa je lama jugak nak boleh try sendiri. Tapi bila saya cuba dengan susu segar sejuk, PERGGHHHH...rasa macam jatuh cinta, dibuai rasa yang lembut, kemanisan yang menawan dan wangian vanilla yang ummpph...

Sejak kali pertama tu, saya pun terus beli untuk kegunaan sendiri, biasanya beli bila ada orang order je. Tapi minum tak konsisten pun, bila teringat atau rajin baru bancuh. Bancuh pun bukan susah sangat cuma letak susu dalam shaker, pahtu add 2-3 sudu ESP, shake shake..SIAP!! Tapi tulah, bila campur tolak dengan malas..hihihi..Lagi satu sebab utama ialah tak nampak kesannya. Minum sebab sedap.

Rahsia kulit cantik



Bulan puasa baru ni baru konsisten ambil 3sudu ESP setiap hari buat sahur. Resipi tukar sikit, tak campur susu sejuk dah, bancuh dengan air suam je..SEDAP BANGAT..Yang best nya sahur dengan ESP ni ia mudah disediakan. Jam 5.30 baru turun dapur pun sempat lagi nak termenung kat meja makan. Makan dengan kurma, Alhamdulliah sampai ke petang kenyang dan bertenaga. Tiap2 petang boleh bersilat kat dapur masuk lauk special-special. Langsung takde rasa lapar dan lembik tahap menggigil.

Bila balik raya, mak tegur saya nampak sihat (saya ni baru lepas bersalin secara emergency czar), slim dan kulit pun lembut. Alhamdulillah. Pastu bila pergi beraya tak perlu susah-susah usung bedak, BB cream bagai sebab kulit muka dah semulajadi cerah sekata dan moist. Nak berhenti solat pun mudah je tak payah nak retouch up bedak ke apa. Black head, white head, kulit berminyak, kulit kusam memang tak jadi hal langsung dah. Bila bergambar, memang nampak macam make-up walhal lipstik pun tak pakai.

Itu baru sebulan minum ESP secara konsisten. Bertuahlah mereka-mereka yang dah lama konsisten dengan ESP ni. Sekarang ni teruskan pengambilan target nak menganjalkan balik apa yang sudah kendur. Maklum lah, menyusu anak kembar lelaki sampai 2 tahun lebih pulak tu..Mana tak kendurnya. Encik suami pun dah mula berbunyi tapi masih secara berlapik. Sebelum dia bunyi dengan lebih menyakitkan hati baik saya mula dulu apa yang patut.

Ini adalah dari pengalaman saya sendiri sebagai pengguna tegar Shaklee. Memang lepas ni saya akan terus setia lah dengan Shaklee, bukan je ia banyak tolong saya, malah banyak juga tolong ibu saya yang selalu sakit2 sendi, kakak saya yang bermasalah dengan kulit sensitifnya, suami yang antibodi lemah dan anak-anak2..

Kalau ada yang berminat nak kulit cantik nampak muda boleh lah order sekarang. Oh ye, bila dah amalkan ESP ni, bukan kulit je cantik tapi dapat bonus untuk badan lebih slim. Ibu menyusu pun boleh amik, malah bantu banyakkan susu.

Harga pasaran ESP (850gm) ialah RM150.00.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi & cara makan jom hubungi saya

kulit cantik


Follow Instragram Jana_Hazana