Wednesday 27 April 2016

Detoks cara Shaklee cara detoks berkesan lagi efektif

April 27, 2016 0 Comments
Tiap-tiap hari nampak kat fb kawan-kawan share pasal detoks shaklee. Gambar-gambar makanan detoks, menu detoks, resipi detoks, vitamin detoks, beza sebelum & selepas detoks cara shaklee dan macam-macam lagi. Detoks shaklee sana-sini. Macam bagus. Menyampah tak? Hehehe...

Persoalannya, kenapa perlu ikut detoks cara shaklee. Bagus sangat ke? Atau auta pelaris nak tarik perhatian semata-mata?

Tanda-tanda tubuh banyak toksin


detoks cara shaklee


Detoks cara Shaklee
  1. Detoks cara Shaklee bukan direka dari kami pengedar-pengedar TETAPI diolah oleh saintis Shaklee yang dah buat kajian secara menyeluruh lagi terperinci.
  2. Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
  3. Detoks cara shaklee ada rejim/aturan yang perlu diikuti dengan berdisiplin. Ada menu disediakan dan ada jenis-jenis vitamin yang disarankan
  4. Detoks cara shaklee mesra ibu menyusu. Cuma menu lain sikit. 

Ni adalah jadual menu untuk hari pertama detoks cara shaklee. Semua mesti sayur mentah dan kukus dan buah segar je. Kenapa? Untuk singkir bahan buangan pejal dan rangsang pergerakan usus besar.


jadual detoks paling berkesan


Menu untuk 6 hari seterusnya jana kongsi kat group wassap secara eksklusif khas untuk mereka yang betul-betul berminat dan komited untuk detoks cara shaklee. Setiap aturan ada sebab yang tersendiri ikut biologi semulajadi badan. Sebab tu amat disarankan untuk berdisiplin baru lah dapat kesan yang optimum.


Detoks cara shaklee ni cuma untuk 7 hari sahaja. Jadi, tiap-tiap bulan pun kita boleh buat. Baru best.

Bukan setakat badan rasa segar, perut rasa selesa, lemak boleh hilang tapi tabiat gaya pemakanan pun berubah. Hilang rasa 'craving' benda-benda manis, boleh kawal pemakanan, cepat kenyang walau makan sikit dan banyak lagi faedah yang diperolehi.

Paling best, boleh mengelak dari berat badan yo-yo. Berat badan yo-yo ialah perubahan berat badan yang ketara tapi boleh berubah secara mendadak.

Sebab tu detoks cara shaklee adalah yang paling terbaik berkesan setakat ni. Terbukti!


Detoks cara shaklee tak lengkap tanpa set vitamin untuk detoks ni. Ia penting untuk bantu tubuh kita buang toksin dengan lebih efektif semasa dalam proses detoks.

vitamin untuk detoks yang berkesan


Set detoks shaklee mesti ada:
  1. Vivix berfungsi untuk detoksifikasi sel-sel.
  2. DTX Complex berfungsi untuk detoksifikasi organ hati.
  3. Herblax berfungsi untuk detoksifikasi usus besar untuk kempiskan perut dan kurus
  4. Alfalfa Complex untuk detoksifikasi tubuh & beri keperluan nutrisi yang penting untuk organ hati.
  5. Peppermint Ginger Plus untuk detoksifikasi usus besar.

Bagi bekalan protin berkualiti tinggi, disarankan ambil ESP / CINCH SHAKE kerana pada hari ke-4 dan seterusnya, protin diperlukan untuk buat smoothies. Yummy!! 100% bebas gula proses.

Jom detoks cara shaklee bermula hari ni dan tampil sebagai diri anda yang baru. Bebas toksin, lebih sihat dan gembira. Next entry jana kongsi testimoni-testimoni detoks cara shaklee. 

Untuk order/maklumat lanjut jemput hubungi jana ditalian berikut. Konsultasi eksklusif khas dijami berkesan untuk customer set detoks shaklee bagi memastikan pelaburan untuk sihat tanpa toksin ni berbaloi-baloi.






Monday 25 April 2016

Ciri-ciri wanita yang berisiko kena fibroid & kenali tanda-tanda awal

April 25, 2016 2 Comments
Penting kita orang perempuan untuk ambik tau tanda-tanda fibroid dan kita juga patut ambil tau siapa yang berisiko untuk hadapi masalah fibroid. Sekurang-kurangnya kita boleh buat sesuatu untuk mencegah fibroid, bersiap sedia untuk segala kemungkinan dan boleh dapatkan rawatan awal.

kecutkan fibroid

Apa itu fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan abnormal pada organ rahim. Fibroid boleh tumbuh dengan besar hingga menyebabkan kesakitan kronik pada perut dan pendarahan haid berlebihan. Namun, ada juga yang langsung tiada petunjuk atau simptom-simptom fibroid.


Tanda-tanda fibroid:
  • Haid yang berlebihan dan berketul
  • Tempoh haid yang berpanjangan
  • Sakit pada bahagian pelvik atau bahagian bawah belakang
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Sakit/ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen
  • Perut membuncit disebabkan rahim yang membengkak.



Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan fibroid.

  • Hormon estrogen berlebihan. Penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang tak seimbang boleh mengaktifkan fibroid. Antara faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ialah penggunaan alat perancang keluarga.
  • Lambakan xenoestrogen. Xenoestrogen atau 'estrogen sintetik' ialah bahan yang didapati berada dalam persekitaran seperti makanan, air dan kimia dari perindustrian & pertanian. Xenoestrogen masuk kedalam tubuh kita melalui penggunaan bahan plastik atau getah, racun serangga dan produk tembakau.
  • Faktor genetik. Jika ada ahli keluarga yang menghadapi fibroid, maka risiko adalah lebih tinggi.
  • Obesiti. Lemak yang berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil 'Endocanabinoid System' dimana ia boleh mengganggu fungsi hormon-hormon lain.
  • Hamil. Ketika mengandung hormon estrogen dan progestron dihasilkan dengan lebih banyak. Keadaan ini boleh menyebabkan fibroid membesar dengan lebih cepat.


Ketumbuhan fibroid adalah benign (bukan kanser).


kecutkan fibroid


Ciri-ciri wanita yang ada risiko tinggi untuk hadapi fibroid ialah mereka yang mempunyai 1 atau lebih faktor yang telah jana sebut diatas.


Fibroid dan ovarian cyst adalah sama iaitu kategori ketumbuhan. Bezanya cuma fibroid tumbuh pada rahim dalam bentuk pejal dan berserat manakala ovarian cyst tumbuh dalam ovari kadangkala dalam bentuk cecair atau udara.


Perlukah merawat fibroid melalui pembedahan?

Bergantung pada saiz dan keadaan. Pembedahan perlu dilakukan sekiranya berlaku pendarahan atau mengganggu fungsi-fungsi sistem lain. Jika fibroid tidak membesar dan tak membahayakan biasanya tak perlukan pembedahan dan boleh kecut dengan sendiri. Apa-apa pun sila dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor bertauliah.



Vivix adalah antara vitamin Shaklee yang amat disarankan untuk membantu mengatasi dan mengurangkan simptom-simptom fibroid dan cyst. Vivix membekalkan antioksidan yang tinggi, dan terbukti menunjukkan ciri-ciri anti-radang, anti-carcinogen dan anti-mikrobial. Vivix juga dapat mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.


haid tak teratur

fibroid kecut dengan cepat



Selain Vivix Shaklee, vitamin yang sesuai untuk bantu kecutkan fibroid dan ovarian cyst ialah GLA Complex & set ACE (Carotomax, Vit C & Vit E).

Baca: Cara mengatasi cyst ovari


Tapi puan kena ingat. Walaupun mengambil suplemen, penjagaan pemakanan juga penting bagi kecutkan fibroid:
  • Tingkatkan pengambilan sayuran & buahan segar.
  • Elak makanan proses seperti makanan segera, makanan beku dan makanan dalam tin
  • Lebihkan makan makanan laut dalam.
  • Elak makanan tinggi kolesterol
  • Sebaiknya elak makanan & minuman bergula
  • Kurangkan pengambilan garam


Untuk order dan maklumat lanjut tentang vitamin, jemput hubungi jana ditalian tertera. Konsultasi eksklusif  lagi berkesan akan disertakan untuk setiap pembelian.

kecutkan fibroid




Wednesday 20 April 2016

10 cara detoks buang toksin dalam badan

April 20, 2016 0 Comments
Rasa tubuh tak bermaya, sakit-sakit badan dan sendi, sering dilanda masalah kulit dan bergelut dengan masalah berat badan yang sukar dikawal? Itu adalah diantara tanda-tanda tubuh banyak toksin.

Toksin jika dibiarkan lama-lama terkumpul boleh menjadi racun yang merosakkan tubuh badan kita. Kanser, sistem pertahan tubuh yang lemah, lemah tenaga syahwat, penyakit sendi adalah antara masalah akibat lambakan toksin dalam badan. Oleh itu, sangat penting untuk kita buang toksin dalam badan sebelum ia mengundang lebih banyak masalah.


buang toksin dalam badan




Cara yang paling berkesan untuk buang toksin dalam badan ialah detoks. Detoks telah pun diamalkan sejak berkurun lamanya diseluruh dunia seperti oleh perubatan ayuverda dan perubatan cina.

Detoks iaitu detoksifikasi ialah tentang merehatkan, membersihkan dan menyihatkan badan dari dalaman. Dengan membuang toksin dalam badan, kemudian dilengkapi dengan pemakanan tinggi nutrisi, boleh membantu kita untuk mencegah masalah kesihatan dan penyakit bahaya dan tingkat kemampuan tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum.


10 cara detoks buang toksin dalam badan
  1. Tingkat pengambilan makanan tinggi serat iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran organik termasuk beras merah. Articok, kubis, brokoli, spirulina adalah antara makanan yang bagus untuk detoksifikasi.
  2. Bersihkan dan lindungi organ hati dengan pengambilan herba-herba dandelion, milk thistle, burdock dan teh hijau.
  3. Ambil vitamin C untuk rangsang tubuh tingkat penghasilan gluthatione iaitu sejenis kompoun dari organ hati yang berfungsi untuk singkirkan toksin.
  4. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari
  5. Sedut nafas sedalam-dalamnya untuk tingkatkan kitaran oksigen yang lebih lengkap dalam tubuh.
  6. Elakkan stress dan latih diri untuk sentiasa positif.
  7. Buat hidroterapi. Mandi air panas selama 5 minit. Alirkan air di belakang badan diikuti dengan air sejuk selama 30 saat. Ulang 3 kali Kemudian tidur selama 30 minit.
  8. Lakukan sauna untuk galakkan penyingkiran toksin melalui peluh.
  9. Spa untuk buang toksin pada liang roma.
  10. Bersenam. 

Tapi kita perlu ingat, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum buang toksin dalam badan ialah terlebih dahulu kurangkan aktiviti-aktiviti yang menjadi punca pengumpulan toksin dalam badan iaitu; merokok, alkohol, kafein, gula putih dan lemak tepu. Ia boleh menghalang keberkesanan proses detoks.

Juga, minimumkan penggunaan produk-produk pencuci dan kosmetik yang berasaskan bahan kimia. Sebaiknya tukar kepada produk-produk yang dibuat daripada bahan organik dan semulajadi.

Adrenaline rush, yang dihasilkan oleh hormon yang dicetuskan dalam keadaan stress dalam jumlah yang banyak akan menghasilkan toksin dan dalam masa yang sama memperlahankan enzim detoksifikasi pada organ hati. So, jika nak sihat dengan optimum jangan stress-stress selalu ye. 

Ingin menjana kehidupan yang lebih baik dengan kesihatan yang optimum? Jom detoks dan singkir toksin dari badan bermula sekarang.




Nak tau lebih lanjut tentang detoks, buang toksin dari badan? Jemput hubungi jana ditalian berikut. Jana pun sekarang tengah ikut program detoks bersama geng detoks shaklee. Seronok... Ada kongsi-kongsi resipi, dapat sokongan penuh dari rakan--rakan, dan boleh bertukar-tukar pendapat. Jom lah join!





Monday 18 April 2016

7 tanda-tanda tubuh banyak toksin

April 18, 2016 0 Comments
Camana nak tau tubuh kita banyak toksin? Sebenarnya banyak tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kita banyak toksin. Tanda-tanda tu bukan setakat kita boleh rasa tapi juga turut boleh dilihat dengan mata kasar. Cuma kita yang tak sedar atau tak perasan.

Toksin adalah apa saja bentuk bahan yang boleh merosakkan tubuh kita. Toksin boleh datang dari air, udara, makanan, bahan pencuci, produk kosmetik, rokok, asap rokok dan baaaaanyak lagi.

tubuh banyak toksin


Kita rasa tubuh badan kita sihat, tapi cepat benar rasa letih, kulit kusam macam mak nenek, lambat bertindakbalas, sembelit. Biasanya kita ingat semua ni sebab faktor umur kan? Akibatnya, dengan rela hati kita menyesuaikan diri dengan keadaan serba lemah ni dan akhirnya bila sampai waktu penyakit pun datang...

Sebenarnya, bukan usia yang menyebabkan semua diatas. Faktor sebenar ialah tubuh banyak toksin!

Sebab tu kita wajib tau tanda-tanda tubuh banyak toksin supaya kita boleh segera menyingkirkan kesemua toksin-toksin yang dah terkumpul dalam tubuh kita untuk menjana kesihatan yang jauh lebih baik. Paling penting, dapat mencegah dari penyakit-penyakit kronik.





7 tanda-tanda tubuh banyak toksin
  1. Sering berasa letih yang melampau. Walaupun dah tidur, rehat dan makan dengan cukup tapi badan cepat penat.
  2. Berat badan sukar turun. Dah diet tapi tak menjadi.. dituduhnya diet tak betul, dah ambil suplemen tapi takde kesan...dituduhnya produk menipu. Dah bersenam tapi hasil tetap sama... dituduhnya tak cukup masa.
  3. Ada bau yang tak menyenangkan. Mulut bau busuk, badan bau hangit, peluh bau hapak. Ini mungkin disebabkan masalah penghadaman atau tanda-tanda organ hati sedang bekerja keras untuk menyingkirkan toksin.
  4. Sembelit. Usus besar berperanan untuk singkir toksin setiap hari. Sembelit akan meyebabkan toksin-toksin tak dapat dibuang dengan sempurna lalu terkumpul dalam tubuh.
  5. Terlalu sensitif terhadap bau-bauan yang ada bahan pewangi hingga sakit kepala atau sakit perut. Ini menunjukkan sensitiviti terhadap bahan kimia. Ia juga mungkin tanda-tanda tubuh sedang melawan bahan-bahan toksin yang menimbun.
  6. Sakit-sakit otot, badan dan sendi. Ini disebabkan pengumpulan toksin pada otot dan sendi.
  7. Masalah kulit. Kulit kusam, jerawat, ruam adalah tanda-tanda toksin yang menimbun dalam tubuh. Jerawat biasanya disebabkan toksin dalam makanan dan produk penjagaan kulit. Mata sembap, ekzema, psoriasis boleh jadi tanda tubuh terlalu banyak toksin.


Perhatikan tanda-tanda tubuh banyak toksin seperti diatas. Jika anda turut mengalaminya, bertindaklah sekarang untuk menyingkirkan semua toksin-toksin dari tubuh. Proses untuk singkir toksin dipanggil detoks.


Tip-tip mudah untuk detoks:
  • Minum banyak air kosong
  • Pelihara kesihatan organ hati
  • Bersenam sekurang-kurangkan 30minit sehari
  • Setiap hari amalkan makanan probiotik seperti kimchi, tempe, budu kerana ia boleh bantu menyokong kesihatan sistem penghadaman
  • Tiap kali berus gigi, jangan lupa untuk berus juga bahagian lidah.
  • Sentiasa hirup udara segar.
  • Gunakan produk penjagaan kulit semulajadi sahaja yang tidak mengandungi pewangi, sulfat, paraben dan bahan kimia lain yang berpotensi menjadi bahan toksik.
  • Amalkan pemakanan organik dan bersih.


Detoks bukan semata-mata kurus, atau untuk orang muda aje tapi detoks membantu membersihkan tubuh dari kotoran, mencegah dari penyakit bahaya dan membolehkan kita dapat semula tubuh yang mampu berfungsi dengan optimum.

Jom detoks bermula sekarang. Perlukan bimbingan untuk detoks? Jenis-jenis detoks. Ketahui cara detoks yang betul. Menu semasa detoks. Vitamin untuk proses detoks. Group support. Jemput hubungi jana ditalian berikut. Proses detoks lebih mudah jika dilakukan secara berkumpulan.




Salam sayang, Jana


Thursday 14 April 2016

5 tanda penapis buah pinggang bocor

April 14, 2016 1 Comments
Penting untuk kita pakat tau tanda-tanda penapis buah pinggang bocor supaya boleh dapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera. Pesakit penapis pinggang bocor yang lewat dapatkan rawatan dari pihak bertauliah boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk iaitu kegagalan fungsi buah pinggang.

buah pinggang rosak


Penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome terjadi apabila unit penapis halus (glomeruli) pada buah pinggang rosak lalu menyebabkan protin yang sepatutnya disimpan dalam plasma telah bocor ke dalam urin. Akibatnya, badan kehilangan banyak protin.

Oleh kerana protin dalam darah membantu tubuh menyimpan cecair dalam salur darah, kekurangannya akan menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke dalam tisu-tisu badan. Ini lah yang menyebabkan tanda-tanda penapis buah pinggang bocor antaranya kejadian sembap.

5 tanda-tanda penapis buah pinggang bocor:
  • Badan lemah dan tak bermaya
  • Kencing berbuih
  • Sekitar mata & muka sembap (terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi)
  • Kaki sembap (pada waktu petang biasanya banyak berdiri)
  • Kembung, sakit perut & cirit birit


Antara punca yang menyebabkan penapis buah pinggang bocor ialah:
  • Kanser
  • Penyakit seperti kencing manis & SLE
  • Gangguan genetik
  • Gangguan imun
  • Jangkitan seperti hepatitis
  • Kesan penggunaan dadah tertentu

Masalah penapis buah pinggang bocor lebih kerap dialami oleh lelaki berbanding wanita. 

Berikut adalah kisah benar yang dilalui bekas pesakit buah pinggang bocor dari mula-mula beliau didiagnosis hingga sembuh sepenuhnya



TESTIMONI 026 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

.

rawat penapis buah pinggang bocor



Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.


Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.


Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.


Muhamad Rosdi Ismail

*     *     *



Bagaimana Vivix bertindak dalam masalah penapis buah pinggang bocor (nephrotic syndrome)?

Vivix berupaya bertindak ke tahap yang paling jauh dalam tubuh manusia iaitu sel. Vivix meningkatkan prestasi sel-sel seterusnya membolehkan organ-organ tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Selain membaiki masalah penapis buah pinggang bocor, Vivix juga berupaya mengawal tekanan darah darah yang sihat dan mengawal paras kolesterol.

Vivix diperbuat dari 4 bahan utama organik iaitu anggur muscadine, carrot ungu, elderberi dan herba Japanese Knotweed. Vivix memberi impak terhadap 4 mekanisme penuaan pada tahap sel iaitu:
  • Baiki kerosakan DNA
  • Mengawal genetik
  • Tingkat penghasilan tenaga oleh sel
  • Melambatkan pembentukan protin AGE


buah pinggang rosak



Nephrotic Syndrome atau penapis buah pinggang bocor mungkin menyebabkan tuan terpaksa hadapi biopsi, atau bergantung pada ubat-ubatan untuk tempoh yang lama. Belum lagi termasuk kesan jangka masa panjang penggunaan ubat terhadap organ lain seperti hati.

Vivix adalah salah satu cabang rawatan melalui pemakanan yang telah membantu ramai orang menjana kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik. Sekiranya tuan & puan sedang mengalami masalah penapis buah pinggang bocor cuba lah berikhtiar dengan Vivix juga. Dalam masa yang sama, jangan sesekali abaikan rawatan dari hospital.

Harga sebotol Vivix Shaklee ialah RM475 (150ml).
Promosi Twin Pack sehingga 30 April 2016


Untuk order terus dari Shaklee sila klik pada butang order berikut. (pembayaran melalui kad debit dan kad kredit)

 Order Vivix disini



Atau order melalui jana dengan menghubungi talian berikut. Nasihat cara makan & konsultasi akan disertakan secara eksklusif khas untuk semua pelanggan jana.


order shaklee



Monday 11 April 2016

Cara hilangkan sakit gout dengan berkesan dan cegah dari berulang

April 11, 2016 0 Comments
Tak sangka, ramai jugak kawan-kawan lelaki jana sejak dari zaman sekolah kini mengalami gout. Usia baru masuk 30-an tapi sudah bergantung pada ubat-ubatan untuk hilangkan sakit gout tu. Kalu yang tak amik ubat gout tu, terpaksa kawal pergerakan dan kawal pemakanan. Nak beraktiviti dengan anak isteri pun terbatas.

Penyakit gout sememangnya lebih popular dikalangan kaum lelaki, tapi kaum wanita jangan senang hati sangat ye. Wanita menapous turut berisiko tinggi untuk mengalami sakit gout.

Penyakit gout terjadi akibat masalah metabolisme purine dalam badan manusia yang menyebabkan pengumpulan asid urik. Dengan kata lain, penyakit gout adalah akibat dari kegagalan tubuh untuk menyingkirkan asid urik melalui sistem perkumuhan (kencing) lalu terkumpul dalam darah.

Asid urik yang berlebihan akan membentuk kristal urate dan berkumpul di bahagian sendi seperti sendi ibu jari kaki, buku lali dan kadangkala sendi lutut. Pada tahap yang lebih kronik, pengumpulan kristal boleh membentuk benjolan yang dipanggil tophi. Selagi masalah asid urik berlebihan tidak diatasi, selagi itu lah sukar untuk hilangkan penyakit gout dengan berkesan.


shaklee untuk merawat gout


Faktor keturunan, gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan, antibiotik, ubat kemoterapi untuk rawatan kanser antara punca yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan fungsi hati dan buah pinggang. Ini adalah antara punca peningkatan risiko penyakit gout.

Pesakit gout juga berisiko tinggi untuk menghidapi masalah kolesterol, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan batu karang dalam buah pinggang.


Berikut adalah antara cara-cara yang boleh membantu melegakan sakit gout:
  • Letakkan pek ais pada bahagian yang sakit.
  • Minum air kosong dengan banyak. Tubuh mesti cukup bendalir bagi memudahkan tubuh untuk singkirkan asid urik dan mencegah pembentukan batu karang.
  • Kawal pemakanan iaitu elakkan makanan tinggi purin seperti daging merah, organ haiwan dan makanan laut
  • Tingkatkan pengambilan vitamin c dalam diet harian kerana vitamin c boleh merendahkan paras asid urik.


Hingga sekarang, perubatan moden masih belum menemui ubat yang betul-betul boleh sembuhkan penyakit gout sepenuhnya. Rawatan untuk penyakit gout ialah dengan mengawal penghasilan asid urik dan kristal urate dalam badan, dan mengawal keradangan semasa serangan gout (acute gout) menggunakan ubat anti-radang. Selalunya bila disahkan menghidap sakit gout, pesakit perlu ambil ubat gout dari doktor secara berterusan.

Selagi masalah asid urik berlebihan dalam tubuh tidak diatasi, selagi itu lah sukar untuk hilangkan penyakit gout dengan berkesan.


Namun, tuan jangan hampa dulu. Ada cara untuk hilangkan sakit gout dengan berkesan malah boleh cegah dari berulang iaitu dengan mengamalkan Vivix Shaklee dan Omega Guard Shaklee.

Cara Vivix dan Omega Guard bertindak untuk hilangkan sakit gout dengan cepat dan berkesan, ialah dengan menurunkan paras asid urik dan mencegah pembentukan kristal urate pada sendi dan mengatasi keradangan. Dalam masa yang sama membantu tuan memelihara kesihatan secara menyeluruh.

Baca: Testimoni Vivix untuk berhenti merokok
Baca: Manfaat Vivix untuk penyakit kencing manis


Vivix adalah suplemen resveratrol yang dibuat dari 4 bahan utama iaitu anggur muscadine, carrot ungu, elderberi dan herba Knotweed Jepun yang terbukti secara saintifik boleh bertindak jauh hingga ke tahap dalam sel. Fungsi Vivix:
  • Membaiki kerosakan DNA yang mengganggu fungsi sel.
  • Mengawal genetik yang menolong melambatkan penuaan tahap sel.
  • Menjana pembentukan baru mitokondria untuk tingkat tenaga dalam sel.
  • Melambatkan pembentukan protin AGE yang mengganggu keutuhan sel dan mortality.



rendahkan paras asid urik


Vivix meningkatkan prestasi organ hati dan buah pinggang yang penting untuk singkirkan asid urik berlebihan. Rata-rata mereka yang amalkan Vivix memang berpuas hati dengan kesan yang diperolehi. Ni antara testimoni mereka yang telah berjaya turunkan paras asid urik dan hilangkan sakit gout.

turunkan paras asid urik untuk pesakit gout

cara merawat penyakit gout



Omega 3 sangat penting bagi membantu hilangkan sakit gout dengan berkesan dan cegah dari berulang. Pengambilan sekurang-kurangnya 2,000mg EPA, DHA & ALA sehari dapat membantu mengurangkan keradangan pada sendi dan rangsang penghasilan pelincir pada sendi. 

Omega 3 juga berkesan untuk mengurangkan bengkak.


cara rawat penyakit gout


Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh termasuk DHA, EPA & ALA yang bergred farmasi, dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan menyingkirkan bahan-bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan bahan toksik lain.

Baca: 7 kebaikan Omega Guard yang buat kita menyesal tak ambil dari dulu.
Baca: 20 tahun menderita gout akhirnya ayah sembuh


Vivix dan Omega Guard bukan je dapat bantu tuan hilangkan sakit gout dengan berkesan dan mencegah dari berulang tanpa kesan sampingan sebagaimana ubat-ubat sintetik lain, malah boleh menjana kesihatan ke tahap yang lebih baik.

Rawat penyakit gout segera dengan mendapatkan Vivix & Omega Guard Shaklee hari ni. Lagi cepat tuan bermula, lagi cepat tuan boleh bebas gout dan nikmati hidup sihat bersama insan-insan tersayang.

Harga sebotol Vivix ialah RM475 150ml (Promosi Vivix Twin Pack)
Harga sebotol Omega ialah RM136 90biji

Order secara online terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut. (Pembayaran melalui kad kredit & kat debit)

 Order Set Gout Shaklee disini


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut. Nasihat cara makan dan konsultasi berkesan akan disertakan secara eksklusif dengan setiap pembelian.




Follow Instragram Jana_Hazana