Showing posts with label Kanser. Show all posts
Showing posts with label Kanser. Show all posts

Thursday, 7 June 2018

7 Tanda-tanda awal kanser usus yang perlu diberi perhatian

June 07, 2018 0 Comments
Tahu kah anda, kegagalan mengesan tanda-tanda awal kanser usus menyebabkan ramai telah terlewat mendapat rawatan lalu menghadapi risiko usus dibuang atau lebih menakutkan, kematian.

Kanser usus juga dianggap sebagai pembunuh senyap kerana tanda-tanda tidak kelihatan pada peringkat awal.

kanser usus malaysia


Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 19,000 daripada 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser dengan wanita adalah golongan paling berisiko. Kanser usus adalah 1 diantara 5 jenis kanser yang paling kerap menyerang rakyat Malaysia.

Ya, kenyataan ini amat menakutkan bukan?


Apa itu kanser usus

Kanser usus ialah barah atau ketumbuhan tidak normal pada dinding saluran usus besar. Usus besar merupakan bahagian terakhir sistem penghadaman kita.

kanser usus


Kanser usus adalah pembunuh ketiga terbesar dikalangan kaum wanita selepas kanser payudara dan kanser pangkal rahim (kanser serviks).

Dikalangan kaum lelaki  pula, kanser usus adalah jenis kanser paling kerap berlaku.



Pada peringkat awal, kebanyakan pesakit tidak merasai kelainan atau kesakitan pada tubuh menyebabkan ramai tidak tahu mereka mempunyai penyakit kanser usus hinggalah pada tahap yang telah kronik.

Kanser usus dapat dicegah dan dibedung dengan lebih awal sekiranya dapat dikesan lebih awal. Perhatikan tanda-tanda awal kanser usus.



7 tanda-tanda awal kanser usus yang perlu kita beri perhatian


1. Perubahan pada tabiat membuang air besar

Perubahan tabiat membuang air besar contohnya cirit-birit, kemudian diikuti sembelit, atau kedua-duanya serentak secara berpanjangan melebihi 4 minggu.

Setiap individu adalah berbeza, jadi hanya diri sendiri yang mampu mengesan sebarang perubahan.


2. Berak berdarah

Najis bercampur darah atau berwarna hitam.

Selalunya ramai tidak memberi perhatian terhadap najis ketika membuang air besar. Mungkin selepas ini jangan lupa untuk memantau sebarang perubahan. Berak berdarah sering juga dikaitkan dengan masalah lain seperti buasir, ulser dan Chron Disease.


3. Sering sakit bahagian abdomen, sakit perut, rasa kembung


4. Rasa usus tidak dikosongkan sepenuhnya

Pesakit merasakan seperti masih ada najis walaupun telah membuang air besar. Namun, apabila ke tandas tiada apa-apa yang keluar.


5. Hilang selera makan dan hilang berat badan yang ketara dalam masa 6 bulan.

6. Sering berasa letih dan lesu

7. Tidak berak, tidak kentut, muntah

Ini menandakan usus sudah 100% tersumbat.



Sekiranya anda sendiri atau mengetahui ada ahli keluarga sedang mengalami tanda-tanda awal diatas, terus berjumpa doktor untuk mengesan sebarang masalah serta dapatkan rawatan yang betul.



Jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat yang mengalami kanser usus, mulai sekarang pastikan anda mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan tinggi antioksidan, kalsium dan magnesium untuk mencegah kanser usus.



shaklee kanser usus



Bagaimana Vivix bertindak dalam menghalang kanser


1. Resveratrol-polifenol

Vivix merupakan minuman botani dihasilkan dari 4 bahan utama sumber alam semulajadi dimana ia mengandungi resveratrol-polifenol dan bersifat sangat tinggi antioksidan.

Resveratrol yang merupakan salah satu bahan dalam Vivix telah dirujuk lebih dari 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk pelbagai kajian yang telah dijalankan di tempat-tempat seperti Harvard University, National Institute of Aging, National Instiute of Cancer dan banyak lagi.

Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh dibelakangnya menunjukkan bahawa ia berupaya menghalang atau menghentikan banyak peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghalang kanser malah ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan.
sumber; http://greenhealth4u.myshaklee.com/us/en/about_do_you_know.html

shaklee kanser usus



2. Asid ellagik

Salah satu bahan Vivix iaitu anggur muscadine mengandungi asid ellagik dalam kepekatan tinggi telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser. Asid ellagik merupakan satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai dalam mana-mana anggur jenis lain.


3. Memberi impak kepada mekanisme penuaan tahap sellular

  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA
  • Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular
  • Penuaan pada tahap sel telah menyebabkan pengeluaran tenaga sel makin menurun. Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
  • Melambatkan pembentukan protin AGE


kanser usus



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

Sunday, 24 December 2017

Vivix: rahsia yang orang ramai patut tahu

December 24, 2017 36 Comments
Mesti ada yang tertanya-tanya,
"Vivix tu apa?"
"Vivix untuk apa?"

Biar jana terangkan persoalan diatas satu persatu. Sebelum tu nak bagitau, Vivix berada di tangga nombor 1 produk shaklee yang paling laris.

kesan vivix shaklee


Vivix tu apa? Vivix adalah minuman botanik lazat yang dirumus khas oleh Shaklee. Diperbuat dari anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan japanese knotweed.

Vivix untuk apa? Bahan utama Vivix iaitu anggur muscadine. Tidak seperti anggur-anggur lain, muscadine mengandungi asid ellagik dan elagitanin luar biasa pekat. Bila digabung dengan polifenol lain, hasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Untuk cipta profil polifenol yang kuat dalam Vivix, saintis Shaklee telah menggabung resveratrol yang lampautulen dari ekstrak anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu.

Oleh itu Vivix sangat berkesan dalam meningkatkan prestasi kesihatan seseorang tanpa mengira usia dan jantina. Antaranya:

  • Mengawal paras glukosa dalam darah
  • Kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah
  • Mengekalkan keremajaan kulit
  • Mencegah kanser
  • Bekalkan tenaga tambahan
  • Kuatkan sistem imunisasi
  • Penyembuhan luka



Bagaimana Vivix bertindak untuk mengawal paras glukosa dalam darah


vivix kencing manis

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi Untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:
  • Mengawal atur penyerapan glukosa
  • Meningkatkan kepekaan insulin
  • Merangsang rembesan insulin
  • Tingkat proses penguraian glukosa
testimoni vivix kencing manis




Bagaimana vivix bertindak untuk kesihatan jantung dan mengekalkan tekanan darah sihat


vivix untuk jantung


Polifenol terbukti berkesan dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat. Pelbagai kajian telah menunjukkan polifenol:
  • Mengurangkan keradangan dalam salur jantung
  • Menggalakkan dinding salur darah yang sihat
  • Menggalakkan tekanan darah yang sihat
  • Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat
  • Mengurangkan pengumpulan lemak dalam salur darah
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • Mencegah salur darah tersumbat

testimoni vivix jantung sihat
Disclaimer Vivix bukan ubat untuk merawat tetapi
Vivix adalah suplemen untuk meningkatkan mutu kesihatan


Pernah dengar tentang French paradox?
Mengapa penyakit jantung sangat rendah di Perancis walaupun makanan ruji mereka tinggi lemak tepu. Ini kerana orang Perancis turut suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah yang kaya dengan resveratrol.

Vivix mengandungi 100x ganda resveratrol berbanding wain merah.



Bagaimana vivix bertindak untuk kulit lembut, anjal dan berseri


vivix untuk kulit


Polifenol adalah salah satu nutrien penting bagi menyokong penghasilan kolagen. Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan kulit sihat dan berseri dengan:
  • Melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Mengurangkan penuaan pramatang dan kedutan
  • Menyokong pengeluaran kolagen
  • Menggalakkan kulit yang tegang dan awet muda.

Ramai yang tau vitamin E dan vitamin C terbaik untuk kulit. Tetapi kajian menunjukkan, resveratrol berkesan melindungi sel-sel kulit sebanyak 93% sedangkan vitamin E 65% dan vitamin C 37%.

Jadi yang mana lebih hebat?

Kajian terkini telah dijalankan untuk membandingkan kekuatan antioksidan dalam 1% resveratrol dan 1% idebenone. Idebenone ialah antioksidan farmasitikal yang berkuasa untuk melindungi kulit dari kerosakan, baiki kedutan halus, kurangkan kekeringan dan licinkan kulit. Keputusan menunjukkan kapasiti antioksidan dalam resveratrol 17kali ganda lebih tinggi.

Ujian makmal membuktikan pengguna vivix mempunyai body age 25 tahun lebih muda.

Lihat >> 9 petua camana nak cegah penuaan pramatang



Bagaimana vivix bertindak untuk mencegah kanser

Menurut American Institute for Cancer Research, asid ellagic melawan kanser dengan menyahaktifkan penyebab kanser tertentu dan memperlahankan sel-sel kanser merebak. Bahan utama Vivix ialah anggur muscadine yang mengandungi asid ellagic.

Resveratrol turut memberi kesan terhadap kanser dengan
  • Merencatkan gen kanser
  • Bantu proses apoptosis dan mencegah necrosis. "Apabila sel-sel mengalami kerosakan DNA tetapi gagal untuk melalui proses apoptosis, maka sel-sel ini akan membiak menjadi sel kanser."
  • Menyekat penyerapan estrogen dan androgen yang menjadi punca kanser yang berkaitan hormon
  • Membunuh sel-sel kanser tanpa memudaratkan sel-sel sihat.

testimoni vivix kanser





Vivix bukan ubat. Sebab tu Vivix tak disediakan di hospital. Vivix adalah suplemen. Tujuannya untuk tingkat mutu prestasi kesihatan kita.

Lihat >> Sakit lutut dah hilang tanpa perlu bergantung pada steroid

Lihat >> Vivix hilangkan ketagihan merokok


Setakat ni Shaklee dah labur lebih 300juta USD dalam ujian, penyelidikan & pembangunan. 125 kajian saintifik, lebih 100,000 ujian kualiti, 20 tahun landmark study dan lebih 350 ujian untuk uji logam berat, racun perosak dan bahan tercemar. Shaklee terbukti sentiasa selamat, berkesan, mesra alam dan halal.

Penerangan yang panjang lebar. Dengan harapan dapat menyebarkan kebaikan vivix dengan lebih jelas. Supaya lebih ramai dapat menjana kesihatan yang lebih baik. Rahsia vivix dah terbongkar. Biar ramai orang tahu.

Kenapa perlu beli dengan Jana?
Jana adalah pengedar Vivix yang berpengalaman hampir 5 tahun. Aktif mengikuti kelas-kelas nutrisi & health talk yang dianjurkan Shaklee. Selama itu jana juga pengguna Vivix. 

Setiap pembelian Vivix jana akan beri nasihat cara makan yang betul dan konsultasi secara eksklusif.


Order Vivix terus dari Shaklee secara online dengan klik pada butang berikut

 klik untuk order secara online


Atau boleh terus order dengan jana ikut langkah-langkah mudah berikut. Kedua-dua cara order melayakkan untuk free konsultasi eksklusif

harga vivix 2017



Nak dapatkan Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan
modal rendah & bimbingan penuh?


Wednesday, 4 January 2017

Kebaikan Vivix untuk cegah penyakit kronik dan cegah penuaan awal

January 04, 2017 0 Comments
Jana tau, ramai juga yang tertanya-tanya apa kebaikan Vivix ni? Apa yang membuatkan orang tercari-cari Vivix ni? Kenapa ada yang borong berbotol-botol Vivix tiap kali promosi walaupun harganya mencecah ratusan dan ribuan ringgit?

Ramai kawan-kawan facebook jana tanya; apa faedah atau kebaikan VIVIX ni? Dah diorang duk tengok tetiap hari jana duk cerita pasal Vivix. Profile pun pegang Vivix tuu.. bagus sangat ke?




Vivix merupakan minuman botani khas Shaklee yang mengandungi ekstrak anggur muscadine, elderberi, lobak ungu dan japanese knotweed. Bahan utama Vivix iaitu anggur muscadine ialah salah satu buah-buahan semulajadi yang sangat berkuasa tetapi sukar diperolehi. 

  • Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol.
  • Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mengandungi asid ellagik & elagitanin yang sangat pekat  yang bila digabung dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
  • Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.




Meh jana cerita sikit dari peringkat paling asas bagaimana Vivix bertindak.

1. Vivix bertindak jauh hingga ke dalam sel. 


Dalam setiap sel tubuh badan kita ni ada mitokondria. Fungsi mitokondria adalah sebagai penjana tenaga dalam sel. Sel-sel yang bertenaga dan sihat akan berfungsi secara optimum. 


kebaikan vivix


Sel adalah binaan asas organ-organ tubuh kita. Termasuk kulit, buah pinggang, otak, pankreas, jantung semua tu lah...

Maka sel-sel yang cukup tenaga dan sihat akan memastikan organ-organ dapat berfungsi dengan tiptop, beri badan rasa cergas, sistem pertahanan tubuh yang kuat dan dapat mencegah penyakit-penyakit kronik.

Kajian telah buktikan, resveratrol dapat tingkatkan mitokondria dalam sel. Vivix membekalkan 100xganda resveratrol dengan 15 polifenol berpaten berbanding produk resveratrol lain di pasaran.



kebaikan vivix

Rajah atas ni menunjukkan mitokondria dalam sel-sel kita. Yang paling kiri, sebagai kawalan biasanya dimiliki oleh orang normal. Yang tengah tu yang ambil resveratrol dari pelbagai sumber. Yang paling kanan adalah mitokondria bagi pengguna Vivix.



2. Vivix bertindak menghalang kerosakan DNA akibat serangan radikal bebas tingkat pengawalan genetik.


Tahukah anda, kekurangan nutrisi dan pendedahan terhadap toksin dari pencemaran alam sekitar boleh menyebabkan kemusnahan DNA. Ia akan melemahkan keupayaan sel-sel untuk menghasilkan tenaga. Akibatnya sel-sel akan mati dan dalam jangka masa panjang boleh menjadi punca kanser.




Sebab tu untuk segala jenis proses penyembuhan, termasuk mak baru bersalin, pesakit yang baru selesai kemo, patah tulang setelah operate masuk besi jana akan suggest Vivix. Banyak kebaikan yang Vivix boleh beri dengan izin Allah.

Mereka yang pentingkan kecantikan dan nak awet muda harus konsisten ambil Vivix. Termasuk mereka yang nak berhenti merokok.

kebaikan vivix


Harga sebotol Vivix rm475.00 termasuk postage.
Join ahli atau borong ketika promosi Vivix untuk lebih penjimatan dan nikmati pulangan tunai.

Bukan sebab jana jual Vivix, jana kata Vivix ni bagus. Tapi sebab jana tau Vivix memang bagus. Jana nak orang buat pilihan yang betul.

Jom dapatkan kebaikan Vivix hari ni dan nikmati kesihatan yang lebih baik bersama keluarga tersayang. Hadiahkan juga Vivix kepada insan tersayang.

Hubungi jana untuk order atau maklumat lanjut.

agen shaklee vivix


Monday, 4 January 2016

Kenali simptom fatty liver (hati berlemak) dan cara menanganinya dengan berkesan

January 04, 2016 0 Comments
Hati merupakan organ kedua terbesar dalam tubuh manusia yang mempunyai 500 fungsi termasuk menukar makanan kepada tenaga, menapis dan memproses darah yang mengalir dalam tubuh kita, menyahtoksik bahan berbahaya, mengawal atur hormon, tempat menyimpan sesetengah vitamin & mineral dan memproses nutrien.

Organ hati merupakan satu-satunya organ yang boleh membaiki dan membina dirinya semula dengan cepat ! Masalah hati berlemak jika tiada tindakan untuk menanganinya akan mengganggu sifat organ hati  yang sangat menakjubkan ini.

Hati berupaya menentang mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang berperanan utama dalam proses detoksifikasi dan metabolisme dan juga menapis dadah, alkohol dan segala toksin dari alam sekitar yang masuk kedalam tubuh kita.

mengatasi masalah hati berlemak


Hati yang bermasalah akan menganggu kesemua fungsi-fungsi enzim sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.


Menurut kajian, ramai orang tidak sedar mereka sedang mengalami masalah hati berlemak atau lebih dikenali sebagai fatty liver. Punca masalah hati berlemak dikesan berpunca dari penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.


Di Malaysia, 1 dari 20 penduduk mengalami penyakit berkaitan dengan hati. Tabiat suka makan lewat malam, makan makanan berminyak, tidak bersenam dan merokok adalah antara penyebab. Selain dari faktor gaya hidup, perubahan pada enzim hati yang tidak normal menyebabkan metabolisme tidak seimbang.

Mengenali simptom-simptom hati berlemak pada peringkat awal:
  • Lesu
  • Sering keletihan
  • Hilang berat badan
Simptom-simptom pada peringkat lebih kronik penyakit hati berlemak:
  • Jaundice (demam kuning)
  • Bengkak perut (busung)
  • Kekeliruan
  • Muntah darah
  • Saluran darah dalam esofagus membengkak

Gejala hati berlemak jika tidak ditangani lebih awal akan menyebabkan hati membengkak dan menular menjadi fibrosis seterusnya sirosis dimana fungsi hati akan terjejas dan susah untuk dirawat dan pulih seperti sediakala.

vitamin untuk fatty liver hati berlemak


Menangani penyakit hati berlemak

Cara yang paling berkesan untuk menangani hati berlemak (fatty liver) ialah dengan mengawal gaya hidup kita dan membekalkan nutrien yang secukupnya kepada organ hati.

Liver Aid Program Shaklee menawarkan penjagaan organ hati dengan gabungan eksklusif DTX Complex dan Nutriferon hanya dari Shaklee.


DTX Complex dengan formula yang dipaten mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed), dandelion, articok, kunyit, ling zhi dan schizandra berfungsi:
  1. Menyokong penjanaan semula sel-sel hati
  2. Melindungi hati
  3. Menangani masalah seperti hepatitis dan sirosis
  4. Mengekalkan aliran hempedu
  5. Membantu meningkatkan fungsi hati
  6. Merangsang sistesis protin, tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi dan perlahankan pembentukan toksin

Nutriferon mengandungi ekstrak biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflower berfungsi:
  1. Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan.
  2. Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  3. Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj bagi menentang pencerobohan dan memusnahkan virus dan kuman

vitamin untuk hati liver


Mencegah lebih baik dari merawat. Kos mencegah juga jauh lebih rendah dari kos merawat. Ayuh! Atasi masalah hati berlemak dan tingkatkan kesihatan hati anda sekarang.

Macamana nak kawal kolesterol tinggi dengan berkesan
Mengatasi masalah penyakit 3 serangkai

Masalah hati berlemak jika tidak diatasi pada peringkat awal boleh mengakibatkan penyakit hati yang lebih teruk seperti barah hati. Pada peringkat ini organ hati tidak lagi dapat membaiki dan membina sendiri dan rosak. Salah satu cara untuk merawatnya ialah melalui pemindahan hati.

Jom order DTX Complex dan Nutriferon terus dari shaklee hari ini dengan klik butang order dibawah

 Order via Shaklee


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut untuk order dan dapatkan konsultasi secara berterusan sepanjang pengambilan vitamin secara percuma.

pengedar shaklee machang


Wednesday, 11 March 2015

Cara mudah berhenti merokok agar dapat cegah kanser

March 11, 2015 0 Comments
Tahniah buat mereka yang ada keinginan untuk berhenti merokok. Setinggi-tinggi tahniah lagi buat anda yang sedang berusaha untuk berhenti merokok dan giat mencuba pelbagai cara untuk berhenti merokok. Sesungguhnya orang yang berjuang sehabis-habisan untuk meninggalkan perkara yang haram menuju ke arah yang lebih baik umpama sedang berjihad. Saya TABIK anda !

Ada banyak cara yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok. Salah satunya adalah dengan mengamalkan suplemen iaitu Vivix Shaklee. Vivix telah terbukti berkesan bantu perokok berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Penangan Vivix telah berjaya membantu ramai hantu-hantu rokok berhenti merokok dengan jayanya dan salah seorang dari mereka ialah abang Uzir. Sebelum ni banyak cara dah yang dia telah cuba berhenti merokok seperti mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, guna pelekat nikotin tetapi gagal.

Tapi, bila cuba Vivix, sesuatu telah berubah. Jom tengok apa terjadi setelah dia mencuba Vivix Shaklee. Testimoni vivix berhenti merokok dengan mudah dan berkesan.





Apa itu Vivix

Vivix adalah gabungan resveratrol dan polifenol semulajadi yang diektrak dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberry dan knotweed jepun yang tinggi kandungan fitokimia dan antioksidannya.

Vivix merupakan satu-satunya suplemen semulajadi didunia yang boleh bertindak dari peringkat sel untuk
  • Membaiki dan melindungi sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan pembentukan baru mitokondria
  • Melambatkan pembentukan protin AGE
  • Melindungi dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga tahap sellular dan kesejahteraan.

Camana Vivix bertindak dalam membantu anda berhenti merokok dengan mudah dan berkesan?

1. Vivix mengurangkan kesan ketagihan nikotin. Anda akan rasa malas merokok malah ada yang berhenti merokok serta-merta.

2. Kandungan antioksidan yang tinggi.
Merokok menyebabkan pembebasan radikal bebas di dalam tubuh yang akan merangsang pengaktifan sel-sel kanser. Antioksidan berfungsi melawan radikal-radikal bebas tersebut.

3. Vivix membantu membaikpulih sel-sel, sistem dan organ yang rosak akibat penimbunan bahan-bahan kimia berbahaya dan toksik daripada rokok dari peringkat DNA.

4. Vivix menggalakkan pembentukan mitokondria yang menjana tenaga dari tahap sel. Dengan itu, sel-sel perokok yang telah lemah akan diaktifkan semula.

Rokok dah rosakkan tubuh dari peringkat sel, so bila nak baiki balik kerosakan-kerosakan tersebut mesti baiki dari peringkat sel juga. Tapi ingat, VIVIX Shaklee bukanlah ubat atau air jampi tetapi suplemen yang dicipta oleh saintis yang membantu meng'upgrade'kan sistem badan kita. Lama kelamaan bila dah sistem tubuh kita semakin baik, antibodi kita sendiri yang akan melawan radikal-radikal bebas, sel-sel kanser dan kuman yang merebak.

Testimoni Vivix Shaklee dari isteri-isteri yang gembira setelah suami mereka berjaya berhenti merokok.




Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah membazirkan duit. Pesanan buat adik-adik yang baru nak berjinak dengan rokok, nak bermula hisap rokok sangat mudah tapi nak berhenti merokok adalah sangat sukar. Sikit pun tak macho, nampak lagi hodoh dan bodoh ada sebab merokok ni umpama 'membazirkan duit untuk membunuh diri sendiri serta orang-orang disekeliling'.

Buat suami yang merokok, ketahuilah bahawa isteri anda pasti lebih suka jika anda tidak merokok. Tiada lagi bau-bauan busuk dan hapak dari mulut dan tubuh suami tercinta.

Jangan bertangguh lagi, hargai setiap saat yang masih ada dan bertindaklah segera untuk berhenti merokok sebelum kanser datang menyerang, sebelum jantung berhenti berdegup.

Harga sebotol Vivix ialah RM475.00

Baca: Khasiat bawang putih untuk tingkatkan kesihatan seksual lelaki

Bagaimana nak dapatkan Vivix Shaklee dan berhenti merokok? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut




Inginkan sesuatu yang lebih menjimatkan malah lebih menguntungkan? 
Promosi Vivix 2016



Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan secara eksklusif




Thursday, 5 June 2014

7 MAKANAN ANTI KANSER

June 05, 2014 0 Comments
Sapa suka makan? Mesti la semua orang suka makan..Kalu tak, takde la kat pasar malam dan kedai-kedai makan tu sentiasa ramai orang. Lagipun makanan ialah sumber tenaga kita. Tapi berhati-hati, setiap jenis makanan ada yang boleh dijadikan ubat namun ada juga yang boleh menjadi punca penyakit berbahaya seperti kanser. So, biarlah makanan yang kita pilih adalah makanan yang boleh dijadikan penawar dan menyihatkan. Jom tengok 7 makanan anti kanser yang boleh membantu kita mencegah penyakit kanser.



cegah kanser

1. Tomato - kaya dengan lycopene yang tinggi sifat antioksidan boleh melawan radikal bebas. Turut mengandungi vitamin C yang boleh menghalang kemusnahan sel punca kanser. Kajian menunjukkan lycopene membunuh sel kanser mulut. Pengambilan tomato yang banyak boleh mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, pankreas dan kolon.




2. Lobak Merah (carrot) - Mengandungi tinggi beta-carotene yang boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru, mulut, tekak, perut, usus, prostat dan payudara. Menurut fakta, lobak merah mengandungi falcarinol yang boleh menghalang kanser. Kajian dari Danish Institute of Agricultural Science telah menunjukkan pertumbuhan sel kanser menjadi perlahan apabila terdedah pada falcarinol. Walaubagaimanapun, bahan ini amat mudah termusnah oleh suhu tinggi.



cegah kanser

3. Kubis, kubis bunga, brokoli - Mengandungi komponen kimia yang dipanggil indole-3-carbinol yang memerangi kanser payudara.



cegah kanser

4. Bawang putih - Mengandungi bahan yang meningkatkan imun tubuh untuk melawan kanser. Bahan ini juga menghalang carsinogen (radikal bebas) dari memasuki sel-sel dan melambatkan pertumbuhan tumor.



cegah kanser

5. Kunyit  - Boleh menyekat pertumbuhan kanser terutamanya kanser usus dan kolon.



cegah kanser

6. Teh hijau - Mengandungi bahan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai polyphenol (catechins) yang menghalang sel-sel kanser dari membahagi dan merebak.



cegah kanser

7. Cili/lada - bahan kimia, capsaicin meneutralkan beberapa bahan punca kanser (nitrosamines) dan boleh mencegah kanser perut.


Saturday, 24 May 2014

10 PILIHAN TOP PRODUK SHAKLEE UNTUK PESAKIT KANSER

May 24, 2014 0 Comments
Pemakanan yang seimbang dan bernutrisi lengkap sangat penting untuk semua orang terutamanya pesakit kanser. Amalan pemakanan yang baik dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sel-sel yang rosak semasa pembedahan, radioterapi, kemoterapi dan rawatan perubatan lain. Ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membekalkan tenaga.

Bagi pesakit kanser yang bercadang untuk mendapatkan makanan tambahan, disini saya nak kongsikan dengan anda 10 pilihan top produk Shaklee untuk pesakit kanser.


shaklee untuk kanser


1. Alfalfa Complex
Sel-sel kanser tidak akan tumbuh atau membesar dalam tubuh yang beralkali. Alfalfa Complex adalah makanan yang sangat beralkali. Ia membantu meneurtralkan ph tubuh yang berasid supaya menjadi lebih beralkali dan ia boleh memperlahankan dan/atau menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.


2. NutriFeron
Produk unik dari Shaklee ini membantu meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi oleh tubuh manusia. Ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan ia mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan  yang berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.

Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin yang melawan sel-sel kanser dan tumor. Selain itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan ketika rawatan kemoterapi.


3. DTX
Oleh kerana hati sangat penting untuk mencuci darah dan sistem perkumuhan , ia perlu bekerja keras terutamanya ketika penyakit sedang menyerang bagi menghalang penyakit tersebut merebak. DTX berfungsi untuk membersih, merangsang dan menghasilkan semula sel-sel hati apabila diperlukan.

Apabila ubat-ubatan dari kemoterapi dimasukkan, ia akan memaksa hati untuk bekerja dengan lebih keras. Ramai pesakit kanser meninggal bukan disebabkan oleh kanser tetapi dari kegagalan hati.


4. Carotomax
Mengandungi gabungan komplex karotenoid, Beta Carotena, likopena, lutien dan sebagainya yang sangat kaya dengan sifat antioksidan. Ia mengukuhkan sistem pertahanan tubuh, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.


5. Vitamin C
Pengambilan sejumlah besar vitamin C iaitu 10,000mg atau lebih sehari sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Linus Pauling Clinic mempunyai kesan yang dramatik terhadap tubuh yang sedang melawan penyakit. Ia merangsang penghasilan sel-sel darah putih dan sel-sel tubuh yang mengandungi ekstra vitamin c mempunyai peluang yang lebih besar untuk tumbuh semula tanpa termutasi. Kanser adalah disebabkan pertumbuhan sel yang tak terkawal semasa proses pertumbuhan semula.


6.Soy Protein
Elakkan protin dari sumber haiwan sebaliknya gunakan protin dari sumber sayur-sayuran kerana ia lebih mudah dihadam. Malah ia tidak mengandungi sebarang kesan antibiotik dan sebagainya yang boleh menjadi punca penyakit!

Protin juga merupakan kunci sumber tenaga dan penghasilan semula sel-sel sihat.


7. Herb Lax
Sesetengah ubat-ubatan boleh mempengaruhi pergerakan otot pada kolon. Ubat-ubatan tersebut akan memperlahankan proses pembuangan najis dan ini akan menyebabkan masalah sembelit. Proses pembuangan adalah sangat penting dalam penyembuhan kerana ia turut akan menyingkirkan sisa-sisa toksik berbahaya.


8.Performance Drink
Merupakan minuman untuk mengelakkan dihidrasi. Walau hanya mengalami 1% dihidrasi sudah cukup menganggu inikan pula bagi mereka yang sedang  melawan penyakit. Oleh itu, anda mestilah sentiasa minum air dengan mencukupi. Dengan Performance Drink, ia turut mengandungi trace minerals yang sangat penting untuk proses penyembuhan.


9. VIVIX
Kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular. 

Salah satu kandungannya ialah resveratrol yang merupakan perubatan semulajadi yang mempunyai bukti kukuh dapat menghalang dan menghentikan pelbagai peringkat kanser. Ubat terapi kemo tidak spesifik ketika menyerang sel: ia menyerang sel-sel kanser dan turut menyerang sel-sel sihat. Resveratrol tidak merosakkan sel-sel sihat bahkan melindunginya ketika membunuh sel-sel kanser.

Turut melindungi DNA sel, menghalang kimia dan radiasi yang menyebabkan kanser serta melawan radikal bebas dan inflamasi. Ia juga bantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, tingkatkan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap selular.


10. Produk Get Clean
Penggunaan produk pencuci rumah pernah dibuktikan boleh membawa kepada banyak penyakit termasuk kanser. Get Clean merupakan produk pembersihan dan penjagaan rumah yang bebas bahan toksik punca penyakit dan kanser. Bertukarlah kepada Get Clean hari ini dan lindungi kebersihan rumah dan kesihatan anda.

Ingin saya ingatkan kesan & jangka masa penggunaan produk-produk diatas adalah berbeza mengikut individu kerana setiap orang adalah unik. Namun janji Allah, tiada penyakit yang diturunkan tanpa penawarnya kecuali mati..Oleh itu kita sebagai manusia digalakkan untuk terus berusaha dan jangan sesekali berputus asa.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee berserta konsultasi dan cara makan sila hubungi saya

ajen shaklee

COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Gombak Prima, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Indonesia & Brunei via Poslaju dan Gdex




Follow Instragram Jana_Hazana