Showing posts with label Elak Arteri Tersumbat. Show all posts
Showing posts with label Elak Arteri Tersumbat. Show all posts

Sunday, 7 January 2018

Cegah serangan jantung dan arteri tersumbat dan cadangan vitamin

January 07, 2018 3 Comments
Bukankah lebih baik penyakit jantung dikesan lebih awal? Supaya kita boleh terus dapatkan nasihat doktor, mengubah tabiat cara hidup dan ikhtiar cara untuk mencegah serangan jantung .

Jauh lebih baik jika sakit jantung dicegah lebih awal. Sebelum tanda-tanda awal muncul.

vitamin untuk jantung



Serangan jantung

Jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba. Ini berlaku apabila otot jantung kekurangan bekalan oksigen lalu mati atau kekejangan.

Tahukah anda, tak semua penghidap penyakit jantung sempat mengesan tanda-tanda awal sakit jantung. Ada yang langsung tak mendapat apa-apa tanda hingga tiba-tiba rebah dan meninggal secara mengejut akibat serangan jantung.

Sebab itu lah serangan jantung turut dikenali sebagai pembunuh senyap nombor 1 di Malaysia.


Masalah penyakit jantung koronari

Merupakan antara punca serangan jantung. Terjadi akibat arteri tersumbat (arteriosklerosis).

Pada tahap ini, darah sudah tak boleh mengalir dengan lancar ke jantung lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada otot jantung. Serangan jantung terjadi apabila arteri yang sempit secara tiba-tiba tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.

vitamin untuk jantung


Macam mana nak tau tanda-tanda penyakit jantung?

Perhatikan jika anda mengalami keadaan berikut, kemungkinan anda sedang menghadapi tanda-tanda penyakit jantung:
  • Angina (Rasa berat atau sakit pada dada, rasa tak selesa atau sakit pada lengan, bahagian rahang, leher kiri, kepala dan kadangkala bahagian belakang.)
  • Rasa letih dan lesu
  • Jantung berdegup laju
  • Mual dan pening
  • Berpeluh dingin
  • Sesak nafas
  • Pedih ulu hati
Salur darah wanita lebih kecil dari lelaki. Oleh itu tanda-tanda penyakit jantung ada sedikit perbezaan..


Antara punca utama penyakit jantung ialah
  • Kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi disini merujuk kepada kolesterol jenis LDL (kolesterol jahat). Kolesterol LDL mengangkut partikel kolesterol ke seluruh tubuh dan menempel pada dinding arteri. Lebih tinggi kolesterol LDL, lebih banyak ia menempel dan menimbun pada dinding arteri.

  • Merokok
Menambah risiko 3 hingga 6 kali ganda mendapat serangan jantung. Kesan nikotin mengakibatkan darah pekat dan boleh membeku, menggalakkan pemendapan kolesterol pada dinding arteri (arterosklerosis), menyebabkan arteri mengeras dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.


  • Tekanan darah tinggi
Tekanan darah yang tak dikawal boleh menyebabkan keradangan arteri. Begitu juga dengan sindrom metabolik lain seperti obesiti, tinggi paras trigliserida dan kencing manis.

  • Faktor keturunan
Sejarah serangan jantung dalam keluarga terdekat meningkatkan faktor risiko. Individu itu mempunyai risiko yang tinggi jika bapanya mendapat penyakit jantung ketika usia sebelum usia 50 tahun atau jika ibunya mendapat penyakit jantung ketika berusia sebelum 55 tahun.

Risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung berganda lebih tinggi jika seseorang itu ada faktor keturunan, ada tabiat merokok, ada penyakit kencing manis dan masalah kolesterol tinggi.


Sekiranya anda ada tanda-tanda seperti diatas, perkara terbaik ialah dapatkan rawatan dan dengar cakap doktor. Makan ubat sakit jantung yang diberikan. Ikut rawatan yang doktor sarankan. Jika makan ubat sakit jantung yang bukan-bukan dikhuatiri masalah yang dihadapi tak selesai, datang pula masalah lain.



Mencegah penyakit serangan jantung


Seperti yang telah kita tahu, plak kolesterol yang menempel dan  menimbun dalam arteri (arterosklerosis) adalah punca utama penyakit jantung.

Boleh kah plak kolesterol yang menempel dan menyempitkan arteri disingkirkan? Boleh. Penyakit jantung adalah penyakit yang boleh dicegah. Amalkan gaya hidup sihat

  • Berhenti merokok
  • Kawal tekanan darah dan diabetes
  • Kawal berat badan
  • Bersenam
  • Kawal makanan tinggi lemak
  • Banyakkan pengambilan sayuran & buahan untuk serat.
  • Elak stress



Vitamin Shaklee untuk jantung sihat.


vitamin untuk jantung

vitamin untuk jantung



vitamin untuk jantung

Coq-trol

Mengandungi Coq10 yang berfungsi untuk menguatkan jantung dan merendahkan risiko penyakit jantung. Dilengkapi dengan resveratrol, tocopherol dan minyak zaitun.

Vivix

Memelihara dan melindungi sel-sel jantung melalui 4 mekanisme:
  • Melindungi sel-sel jantung dari serangan radikal bebas yang sebabkan kerosakan DNA.
  • Mengawal keutuhan genetik sel-sel dengan mencegah proses penuaan pramatang.
  • Menggalakkan biogenesis mitokondria yang menjana tenaga dalam sel-sel.
  • Menghalang penimbunan protin AGE (advanced glication end) yang memburukkan lagi gejala penyakit jantung.

Omega Guard

Sumber asid lemak omega 3 yang bekalkan kolesterol HDL (kolesterol baik) yang berfungsi mengangkut kolesterol LDL (kolesterol jahat) keluar dari arteri.

Phytocol-ST

Mengandungi 2,000mg fitosterol dari sumber tumbuhan yang berfungsi menghalang penyerapan kolesterol LDL ke dalam salur darah arteri dari makanan. 

Lihat >> Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan berkesan


Gabungan set vitamin untuk jantung ni akan membantu
  • menyingkirkan dan mengurangkan plak-plak kolesterol
  • mencegah keradangan arteri dan sel-sel otot jantung
  • merendahkan paras kolesterol tinggi
  • mengekalkan tekanan darah unggul
  • menguatkan jantung.


Set vitamin untuk jantung sihat ini adalah langkah ikhtiar untuk menjana jantung yang sihat. Dengan pengambillan yang konsisten, Inshaa Allah akan dapat mengatasi masalah arteri tersumbat dan mengatasi masalah sakit jantung. Malah menjadikan jantung lebih sihat dan bertenaga.

Jantung kita bekerja keras mengepam darah untuk memastikan seluruh tubuh mendapat bekalan oksigen dan nutrien secukupnya melalui sistem peredaran darah. Jantung sihat mengepam kira-kira 10,000 liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu lebih kurang 60 - 80 kali seminit.

Oleh itu hargai lah dan jaga lah jantung kita.

Harga bagi vitamin untuk jantung sihat;
Vivix (150 ml) RM503.50
Omega Guard (90 biji) RM144.43
Phytocol-ST (120 biji) RM209.35
COQ-trol (30 biji) RM157.68


Nak cuba vitamin Shaklee untuk jantung sihat?

Order segera secara online terus dari Shaklee anda boleh klik pada butang order Esell berikut




Atau boleh ikut langkah-langkah mudah berikut. Mana-mana pembelian dari blog ini akan diberi konsultasi eksklusif termasuk nasihat cara makan vitamin untuk dapatkan kesan yang optimum.

vitamin untuk jantung



Nak dapatkan vitamin Shaklee dengan harga ahli?
Lebih jimat & dapat kumpul point.
ATAU
Ingin jana pendapatan sampingan
dengan modal rendah & bimbingan penuh?

Monday, 6 January 2014

10 MAKANAN ELAK ARTERI TERSUMBAT PUNCA PENYAKIT JANTUNG

January 06, 2014 5 Comments
Arteri tersumbat ni kita perlu jauhi sebab ia boleh membawa penyakit jantung, darah tinggi, strok dan juga maut! Arteri kita akan tersumbat apabila lemak2 LDL terlalu banyak dalam darah lalu menempel pada dinding salur darah. Bila dah menempel lama kelamaan ia akan semakin banyak dan menimbun lalu mengeras. Bila dah sampai tahap ni, memang bahaya kerana darah tak boleh mengalir dengan lancar.

Itu yang kene strok, koma sebab salur darah tu dah tersumbat dan boleh pecah! Darah yang tak boleh mengalir dengan lancar pun sudah cukup untuk mengundang pelbagai jenis penyakit...Inikan pula bila salur darah pecah..

Oleh itu, amat penting untuk menjaga pemakanan kita supaya perkara2 ini boleh dielakkan.

cegah dan atasi strok, penyakit jantung


Jom tengok 10 makanan yang membantu untuk mengelakkan arteri tersumbat yang menjadi punca penyakit jantung;

1. Bawang putih
Bawang putih diketahui telah digunakan sejak zaman purba bagi merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan pada kajian, bawang putih mampu menghalang salur darah dari mengeras dan menjadi tempat pembentukan plak.

2. Anggur
Anggur sangat kaya dengan flanovoids, quercetin dan resveratrol. Flanovoid ditemui dapat menghalang proses okdidasi kolesterol jahat (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding salur arteri. Ia juga merendahkan risiko darah tersumbat yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.

3. Bayam
Bayam sangat kaya dengan potassium dan asid folik dimana ia bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, sejenis carotenoid yang mampu menghalang serangan jantung dengan melindungi arteri bebas dari pembentukan kolesterol.

4. Ikan
Satu kajian dari Southampton University telah menemui bahawa minyak Omega 3 yang terdapat pada ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pembentukan lemak dalam arteri. Asid lemak ini menghalang oksidasi kolesterol dan tragedi darah tersumbat.

5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksidasi akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.

6. Tomato
Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Korea, lycopene, kompaun dalam tomato yang memberikan ia warna membantu menghalang arteri dari mengeras.

7. Buah delima
Jus dan buah delima yang sangat tinggi dengan antioksidan bukan sahaja dapat menghalang arteri dari mengeras dan rosak malah dapat mengundurkan semula progres penyakit ini.

8. Kiwi dan cantaloupe (kalu kat pasaraya nama dia rock melon)
Makanan yang kaya dengan antioksidan ini mengurangkan kesan toksik kolesteol LDL, yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Kiwi dan cantaloupe ni mampu menghapuskannya malah menghalangnya dari merebak. Makanlah secawan cantaloupe atau kiwi sehari untuk mengawal masalah darah tersumbat.

Rock melon a.k.a Cantaloupe

9. Jus kranberi
Ia meningkatkan kebolehan sel-sel tubuh untuk menukarkan lemak kepada tenaga sekaligus menghalang ia dari menimbun dalam salur darah.

10. Oat
Oat mengandungi serat yang akan melekatkan dirinya pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem tubuh kita. Kajian menunjukkan, dengan memakan 1setengah hingga 2setengah cawan oat setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20%.


Vitamin Shaklee yang boleh bantu elak dan atasi masalah arteri tersumbat ialah


vitamin shaklee untuk strok

Nak tau kenapa rakyat perancis paling sedikit terkena serangan penyakit strok, jantung dan penyakit kardiovaskular walaupun makanan utama mereka ialah daging dan lemak?
Sebab mereka suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah peram yang mengandungi resveratrol yang boleh mencegah penyakit2 tersebut. Tapi, takkan orang islam nak minum wain kan? Haram wo...

Vivix kan ada..setiap hidangan (1 sudu teh) menyediakan 100mg resveratrol iaitu sama dengan 100 gelas wain. Tambah lagi kandungan resveratrol dalam vivix turut diperkayakan dengan poliphenol yang diekstrak dari sumber anggur muscadine yang menjadikan ia suplemen anti-penuaan yang terbaik didunia.

Vivix turut mengandungi carrot ungu, elderberry dan knotweed jepun yang menjadikan ia tinggi antioksidan yang mampu memberi perlindungan terhadap kolesterol tinggi, penyakit jantung dan strok selain meningkatkan sistem imun tubuh.

shaklee vivix


Baca: Manfaat resveratrol dalam Vivix untuk mengawal penyakit darah tinggi
Baca: Penangan Vivix hantu rokok insaf



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk mendapatkan VIVIX atau vitamin-vitamin Shaklee dan hindari penyakit-penyakit akibat arteri tersumbat, sila hubungi saya ditalian berikut.





Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju dan GDEX

Follow Instragram Jana_Hazana