Showing posts with label Coq-Trol. Show all posts
Showing posts with label Coq-Trol. Show all posts

Saturday, 13 January 2018

Coq-Trol Plus Shaklee terbaik untuk tenaga dan tingkat kecergasan

January 13, 2018 0 Comments
Ramai yang cari suplemen untuk tambah tenaga, tingkat kecergasan. Tak kira lelaki atau wanita. Maklum la sekarang saingan sangat sengit. Semua orang kena bekerja keras untuk hasil yang terbaik. Mesti konsisten. Tenaga mesti sentiasa tip top.

Tapi kita bukan robot kan?
Lama kelamaan kita akan rasa penat, lesu dan mudah mengantuk. Badan mudah letih, emosi mudah terganggu. Faktor usia, gaya hidup & pemakanan memainkan peranan. Contohnya seperti pencemaran alam sekitar, makanan tinggi gula dan lemak, stress dan kurang aktif.

Tingkatkan tenaga dan kecergasan dengan Coq Trol Plus Shaklee yang membekalkan coq10.

tingkat tenaga dan kecergasan



Mengenai coq10

Coq 10 ialah singkatan bagi Coenzyme Q10.
Coenzyme Q10 (coq10) adalah komponen didalam mitokondria iaitu penjana tenaga dalam sel-sel tubuh kita. Coq10 berfungsi sebagai:
  • Komponen penting dalam penghasilan tenaga.
  • Menukarkan lemak dan gula kepada tenaga untuk diguna sepanjang hari.
  • Antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan akibat serangan radikal bebas.

Jumlah Coq10 sangat tinggi pada sel-sel bahagian otak, jantung dan hati.

Namun, jumlah coq10 akan menurun mengikut pertambahan usia. Makin kita tua, coq10 makin kurang.



tingkatkan tenaga dan kecergasan



Menurut kajian, penggunaan ubat statin untuk turunkan kolesterol juga menyebabkan jumlah coq10 menurun sebanyak 40%!


Coq10 untuk tenaga yang berpanjangan

Lebih tinggi jumlah coq10, lebih banyak tenaga dihasilkan dan membekalkan tenaga ke seluruh tubuh dengan lebih cekap. Peningkatan coq10 membantu:
  • Tingkatkan kekuatan otot
  • Cepatkan pemulihan luka


Coq10 untuk peredaran darah yang sihat

Coq10 sangat banyak pada organ yang memerlukan lebih banyak tenaga seperti jantung. Jantung yang sihat dan kuat dapat memastikan peredaran darah yang baik. Penambahan coq10 akan membantu:
  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  • Meningkatkan tenaga bagi mereka yang mengambil ubat statin


Coq10 untuk tingkat sistem reproduksi (kesuburan)

Selain bertindak sebagai antioksidan yang melawan tindakbalas oksidatif, coq10 turut menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan tingkatkan tenaga dalam sperma dan ovum:
  • Meningkatkan jumlah bilangan sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum


Coq10 untuk kulit glowing berseri-seri

Coq10 terdapat pada permukaan luar kulit untuk melindungi kulit dari pancaran sinar UV yang merbahaya. Coq10 berfungsi dengan membekalkan tenaga kepada sel-sel kulit yang rosak untuk memperbaiki diri sendiri. Hasilnya kulit glowing dan awet muda. Peningkatan coq10 membantu:
  • Anjalkan kulit dan kurang kedutan.
  • Baikpulih tekstur kulit.


Coq10 untuk fungsi kognitif

Sebagai antioksidan yang melindungi saraf, coq10 bantu mengurangkan pembentukan plak amiloid. Dipercayai plak amiloid adalah salah satu punca penyakit alzheimer (nyanyuk). Coq10 membantu:
  • Pelihara kesihatan sel-sel otak
  • Tingkat daya memori, tumpuan dan minda.
  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Tingkat daya fokus dan fungsi sel-sel otak.


Menurut kajian, setiap hari kita memerlukan 100mg coq10. Walaupun tubuh manusia dapat menghasilkan coq10 secara semulajadi namun penghasilannya akan merosot seiring dengan usia dan gaya hidup bermula seawal usia 20 tahun.

Untuk memastikan kita mendapat 100mg coq10, kita boleh dapatkannya dari:

makanan untuk tingkatkan tenaga dan kecergasan


Mampu?

Cara paling mudah nak cukup 100mg coq10 setiap hari ialah dengan mengambil makanan diatas dalam portion yang sesuai berserta 1 tablet Coq Trol Plus Shaklee.



Keistimewaan Coq Trol Plus Shaklee berbanding produk coq10 lain ialah, ada tambahan polifenol.


Polifenol bina stesen janakuasa.
Coq10 adalah pekerja.

Apabila lebih banyak stesen janakuasa dibina, lebih ramai pekerja boleh bekerja. Maka lebih banyak tenaga dihasilkan.

Selain itu, Coq Trol Plus Shaklee turut dikuasakan dengan 2mg tocopherol serta minyak zaitun untuk penyerapan unggul.

Shaklee Coq-Trol Plus adalah suplemen paling bagus untuk tenaga dan tingkat kecergasan lelaki mahupun wanita. Tengok ni, baru ambil dalam seminggu. Ada yang 4 hari je tapi dah dapat kesan yang best.

Testimoni Coq Trol Plus Shaklee

coq trol shaklee


tingkat tenaga dan kecergasan

coq trol plus shaklee

coq trol baru shaklee untuk apa





Bila pulang dari mencari rezeki, normal la badan rasa penat. Sepatutnya bila selesai bersihkan diri dan berehat buat seketika badan rasa segar sikit. Dah boleh sambung uruskan rumahtangga pula.

Tapi walaupun dah rehat badan tetap rasa lesu, atau buat kerja sikit dah rasa penat, itu tanda vitamin tambah tenaga diperlukan. Jangan biar lama-lama. Cepat cari cara untuk mengatasi badan lesu dan mudah penat. Jom dapatkan Coq Trol Plus Shaklee ni.

Nak cuba Coq Trol Plus Shaklee?
Jom cuba dan rasai perbezaannya.

Harga sebotol Coq Trol Plus Shaklee hanya RM157.68. Sebotol ada 30 biji.

Order Coq Trol Plus segera dari Shaklee secara online dengan klik pada butang order berikut.

 Order disini


Atau order Coq Trol Plus Shaklee dengan ikut langkah-langkah mudah berikut

tingkatkan tenaga dan kecergasan


Nak beli produk Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Ingin menjana pendapatan sampingan
dengan modal rendah?




Disclaimer: Vitamin bukan ubat. Ia bukan tujuan merawat tetapi digunakan untuk meningkatkan prestasi kesihatan.

Sunday, 7 January 2018

Cegah serangan jantung dan arteri tersumbat dan cadangan vitamin

January 07, 2018 3 Comments
Bukankah lebih baik penyakit jantung dikesan lebih awal? Supaya kita boleh terus dapatkan nasihat doktor, mengubah tabiat cara hidup dan ikhtiar cara untuk mencegah serangan jantung .

Jauh lebih baik jika sakit jantung dicegah lebih awal. Sebelum tanda-tanda awal muncul.

vitamin untuk jantung



Serangan jantung

Jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba. Ini berlaku apabila otot jantung kekurangan bekalan oksigen lalu mati atau kekejangan.

Tahukah anda, tak semua penghidap penyakit jantung sempat mengesan tanda-tanda awal sakit jantung. Ada yang langsung tak mendapat apa-apa tanda hingga tiba-tiba rebah dan meninggal secara mengejut akibat serangan jantung.

Sebab itu lah serangan jantung turut dikenali sebagai pembunuh senyap nombor 1 di Malaysia.


Masalah penyakit jantung koronari

Merupakan antara punca serangan jantung. Terjadi akibat arteri tersumbat (arteriosklerosis).

Pada tahap ini, darah sudah tak boleh mengalir dengan lancar ke jantung lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada otot jantung. Serangan jantung terjadi apabila arteri yang sempit secara tiba-tiba tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.

vitamin untuk jantung


Macam mana nak tau tanda-tanda penyakit jantung?

Perhatikan jika anda mengalami keadaan berikut, kemungkinan anda sedang menghadapi tanda-tanda penyakit jantung:
  • Angina (Rasa berat atau sakit pada dada, rasa tak selesa atau sakit pada lengan, bahagian rahang, leher kiri, kepala dan kadangkala bahagian belakang.)
  • Rasa letih dan lesu
  • Jantung berdegup laju
  • Mual dan pening
  • Berpeluh dingin
  • Sesak nafas
  • Pedih ulu hati
Salur darah wanita lebih kecil dari lelaki. Oleh itu tanda-tanda penyakit jantung ada sedikit perbezaan..


Antara punca utama penyakit jantung ialah
  • Kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi disini merujuk kepada kolesterol jenis LDL (kolesterol jahat). Kolesterol LDL mengangkut partikel kolesterol ke seluruh tubuh dan menempel pada dinding arteri. Lebih tinggi kolesterol LDL, lebih banyak ia menempel dan menimbun pada dinding arteri.

  • Merokok
Menambah risiko 3 hingga 6 kali ganda mendapat serangan jantung. Kesan nikotin mengakibatkan darah pekat dan boleh membeku, menggalakkan pemendapan kolesterol pada dinding arteri (arterosklerosis), menyebabkan arteri mengeras dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.


  • Tekanan darah tinggi
Tekanan darah yang tak dikawal boleh menyebabkan keradangan arteri. Begitu juga dengan sindrom metabolik lain seperti obesiti, tinggi paras trigliserida dan kencing manis.

  • Faktor keturunan
Sejarah serangan jantung dalam keluarga terdekat meningkatkan faktor risiko. Individu itu mempunyai risiko yang tinggi jika bapanya mendapat penyakit jantung ketika usia sebelum usia 50 tahun atau jika ibunya mendapat penyakit jantung ketika berusia sebelum 55 tahun.

Risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung berganda lebih tinggi jika seseorang itu ada faktor keturunan, ada tabiat merokok, ada penyakit kencing manis dan masalah kolesterol tinggi.


Sekiranya anda ada tanda-tanda seperti diatas, perkara terbaik ialah dapatkan rawatan dan dengar cakap doktor. Makan ubat sakit jantung yang diberikan. Ikut rawatan yang doktor sarankan. Jika makan ubat sakit jantung yang bukan-bukan dikhuatiri masalah yang dihadapi tak selesai, datang pula masalah lain.



Mencegah penyakit serangan jantung


Seperti yang telah kita tahu, plak kolesterol yang menempel dan  menimbun dalam arteri (arterosklerosis) adalah punca utama penyakit jantung.

Boleh kah plak kolesterol yang menempel dan menyempitkan arteri disingkirkan? Boleh. Penyakit jantung adalah penyakit yang boleh dicegah. Amalkan gaya hidup sihat

  • Berhenti merokok
  • Kawal tekanan darah dan diabetes
  • Kawal berat badan
  • Bersenam
  • Kawal makanan tinggi lemak
  • Banyakkan pengambilan sayuran & buahan untuk serat.
  • Elak stress



Vitamin Shaklee untuk jantung sihat.


vitamin untuk jantung

vitamin untuk jantung



vitamin untuk jantung

Coq-trol

Mengandungi Coq10 yang berfungsi untuk menguatkan jantung dan merendahkan risiko penyakit jantung. Dilengkapi dengan resveratrol, tocopherol dan minyak zaitun.

Vivix

Memelihara dan melindungi sel-sel jantung melalui 4 mekanisme:
  • Melindungi sel-sel jantung dari serangan radikal bebas yang sebabkan kerosakan DNA.
  • Mengawal keutuhan genetik sel-sel dengan mencegah proses penuaan pramatang.
  • Menggalakkan biogenesis mitokondria yang menjana tenaga dalam sel-sel.
  • Menghalang penimbunan protin AGE (advanced glication end) yang memburukkan lagi gejala penyakit jantung.

Omega Guard

Sumber asid lemak omega 3 yang bekalkan kolesterol HDL (kolesterol baik) yang berfungsi mengangkut kolesterol LDL (kolesterol jahat) keluar dari arteri.

Phytocol-ST

Mengandungi 2,000mg fitosterol dari sumber tumbuhan yang berfungsi menghalang penyerapan kolesterol LDL ke dalam salur darah arteri dari makanan. 

Lihat >> Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan berkesan


Gabungan set vitamin untuk jantung ni akan membantu
  • menyingkirkan dan mengurangkan plak-plak kolesterol
  • mencegah keradangan arteri dan sel-sel otot jantung
  • merendahkan paras kolesterol tinggi
  • mengekalkan tekanan darah unggul
  • menguatkan jantung.


Set vitamin untuk jantung sihat ini adalah langkah ikhtiar untuk menjana jantung yang sihat. Dengan pengambillan yang konsisten, Inshaa Allah akan dapat mengatasi masalah arteri tersumbat dan mengatasi masalah sakit jantung. Malah menjadikan jantung lebih sihat dan bertenaga.

Jantung kita bekerja keras mengepam darah untuk memastikan seluruh tubuh mendapat bekalan oksigen dan nutrien secukupnya melalui sistem peredaran darah. Jantung sihat mengepam kira-kira 10,000 liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu lebih kurang 60 - 80 kali seminit.

Oleh itu hargai lah dan jaga lah jantung kita.

Harga bagi vitamin untuk jantung sihat;
Vivix (150 ml) RM503.50
Omega Guard (90 biji) RM144.43
Phytocol-ST (120 biji) RM209.35
COQ-trol (30 biji) RM157.68


Nak cuba vitamin Shaklee untuk jantung sihat?

Order segera secara online terus dari Shaklee anda boleh klik pada butang order Esell berikut




Atau boleh ikut langkah-langkah mudah berikut. Mana-mana pembelian dari blog ini akan diberi konsultasi eksklusif termasuk nasihat cara makan vitamin untuk dapatkan kesan yang optimum.

vitamin untuk jantung



Nak dapatkan vitamin Shaklee dengan harga ahli?
Lebih jimat & dapat kumpul point.
ATAU
Ingin jana pendapatan sampingan
dengan modal rendah & bimbingan penuh?

Follow Instragram Jana_Hazana