Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts

Sunday, 7 January 2018

Cegah serangan jantung dan arteri tersumbat dan cadangan vitamin

January 07, 2018 3 Comments
Bukankah lebih baik penyakit jantung dikesan lebih awal? Supaya kita boleh terus dapatkan nasihat doktor, mengubah tabiat cara hidup dan ikhtiar cara untuk mencegah serangan jantung .

Jauh lebih baik jika sakit jantung dicegah lebih awal. Sebelum tanda-tanda awal muncul.

vitamin untuk jantung



Serangan jantung

Jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba. Ini berlaku apabila otot jantung kekurangan bekalan oksigen lalu mati atau kekejangan.

Tahukah anda, tak semua penghidap penyakit jantung sempat mengesan tanda-tanda awal sakit jantung. Ada yang langsung tak mendapat apa-apa tanda hingga tiba-tiba rebah dan meninggal secara mengejut akibat serangan jantung.

Sebab itu lah serangan jantung turut dikenali sebagai pembunuh senyap nombor 1 di Malaysia.


Masalah penyakit jantung koronari

Merupakan antara punca serangan jantung. Terjadi akibat arteri tersumbat (arteriosklerosis).

Pada tahap ini, darah sudah tak boleh mengalir dengan lancar ke jantung lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada otot jantung. Serangan jantung terjadi apabila arteri yang sempit secara tiba-tiba tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.

vitamin untuk jantung


Macam mana nak tau tanda-tanda penyakit jantung?

Perhatikan jika anda mengalami keadaan berikut, kemungkinan anda sedang menghadapi tanda-tanda penyakit jantung:
  • Angina (Rasa berat atau sakit pada dada, rasa tak selesa atau sakit pada lengan, bahagian rahang, leher kiri, kepala dan kadangkala bahagian belakang.)
  • Rasa letih dan lesu
  • Jantung berdegup laju
  • Mual dan pening
  • Berpeluh dingin
  • Sesak nafas
  • Pedih ulu hati
Salur darah wanita lebih kecil dari lelaki. Oleh itu tanda-tanda penyakit jantung ada sedikit perbezaan..


Antara punca utama penyakit jantung ialah
  • Kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi disini merujuk kepada kolesterol jenis LDL (kolesterol jahat). Kolesterol LDL mengangkut partikel kolesterol ke seluruh tubuh dan menempel pada dinding arteri. Lebih tinggi kolesterol LDL, lebih banyak ia menempel dan menimbun pada dinding arteri.

  • Merokok
Menambah risiko 3 hingga 6 kali ganda mendapat serangan jantung. Kesan nikotin mengakibatkan darah pekat dan boleh membeku, menggalakkan pemendapan kolesterol pada dinding arteri (arterosklerosis), menyebabkan arteri mengeras dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.


  • Tekanan darah tinggi
Tekanan darah yang tak dikawal boleh menyebabkan keradangan arteri. Begitu juga dengan sindrom metabolik lain seperti obesiti, tinggi paras trigliserida dan kencing manis.

  • Faktor keturunan
Sejarah serangan jantung dalam keluarga terdekat meningkatkan faktor risiko. Individu itu mempunyai risiko yang tinggi jika bapanya mendapat penyakit jantung ketika usia sebelum usia 50 tahun atau jika ibunya mendapat penyakit jantung ketika berusia sebelum 55 tahun.

Risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung berganda lebih tinggi jika seseorang itu ada faktor keturunan, ada tabiat merokok, ada penyakit kencing manis dan masalah kolesterol tinggi.


Sekiranya anda ada tanda-tanda seperti diatas, perkara terbaik ialah dapatkan rawatan dan dengar cakap doktor. Makan ubat sakit jantung yang diberikan. Ikut rawatan yang doktor sarankan. Jika makan ubat sakit jantung yang bukan-bukan dikhuatiri masalah yang dihadapi tak selesai, datang pula masalah lain.



Mencegah penyakit serangan jantung


Seperti yang telah kita tahu, plak kolesterol yang menempel dan  menimbun dalam arteri (arterosklerosis) adalah punca utama penyakit jantung.

Boleh kah plak kolesterol yang menempel dan menyempitkan arteri disingkirkan? Boleh. Penyakit jantung adalah penyakit yang boleh dicegah. Amalkan gaya hidup sihat

  • Berhenti merokok
  • Kawal tekanan darah dan diabetes
  • Kawal berat badan
  • Bersenam
  • Kawal makanan tinggi lemak
  • Banyakkan pengambilan sayuran & buahan untuk serat.
  • Elak stress



Vitamin Shaklee untuk jantung sihat.


vitamin untuk jantung

vitamin untuk jantung



vitamin untuk jantung

Coq-trol

Mengandungi Coq10 yang berfungsi untuk menguatkan jantung dan merendahkan risiko penyakit jantung. Dilengkapi dengan resveratrol, tocopherol dan minyak zaitun.

Vivix

Memelihara dan melindungi sel-sel jantung melalui 4 mekanisme:
  • Melindungi sel-sel jantung dari serangan radikal bebas yang sebabkan kerosakan DNA.
  • Mengawal keutuhan genetik sel-sel dengan mencegah proses penuaan pramatang.
  • Menggalakkan biogenesis mitokondria yang menjana tenaga dalam sel-sel.
  • Menghalang penimbunan protin AGE (advanced glication end) yang memburukkan lagi gejala penyakit jantung.

Omega Guard

Sumber asid lemak omega 3 yang bekalkan kolesterol HDL (kolesterol baik) yang berfungsi mengangkut kolesterol LDL (kolesterol jahat) keluar dari arteri.

Phytocol-ST

Mengandungi 2,000mg fitosterol dari sumber tumbuhan yang berfungsi menghalang penyerapan kolesterol LDL ke dalam salur darah arteri dari makanan. 

Lihat >> Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan berkesan


Gabungan set vitamin untuk jantung ni akan membantu
  • menyingkirkan dan mengurangkan plak-plak kolesterol
  • mencegah keradangan arteri dan sel-sel otot jantung
  • merendahkan paras kolesterol tinggi
  • mengekalkan tekanan darah unggul
  • menguatkan jantung.


Set vitamin untuk jantung sihat ini adalah langkah ikhtiar untuk menjana jantung yang sihat. Dengan pengambillan yang konsisten, Inshaa Allah akan dapat mengatasi masalah arteri tersumbat dan mengatasi masalah sakit jantung. Malah menjadikan jantung lebih sihat dan bertenaga.

Jantung kita bekerja keras mengepam darah untuk memastikan seluruh tubuh mendapat bekalan oksigen dan nutrien secukupnya melalui sistem peredaran darah. Jantung sihat mengepam kira-kira 10,000 liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu lebih kurang 60 - 80 kali seminit.

Oleh itu hargai lah dan jaga lah jantung kita.

Harga bagi vitamin untuk jantung sihat;
Vivix (150 ml) RM503.50
Omega Guard (90 biji) RM144.43
Phytocol-ST (120 biji) RM209.35
COQ-trol (30 biji) RM157.68


Nak cuba vitamin Shaklee untuk jantung sihat?

Order segera secara online terus dari Shaklee anda boleh klik pada butang order Esell berikut




Atau boleh ikut langkah-langkah mudah berikut. Mana-mana pembelian dari blog ini akan diberi konsultasi eksklusif termasuk nasihat cara makan vitamin untuk dapatkan kesan yang optimum.

vitamin untuk jantung



Nak dapatkan vitamin Shaklee dengan harga ahli?
Lebih jimat & dapat kumpul point.
ATAU
Ingin jana pendapatan sampingan
dengan modal rendah & bimbingan penuh?

Thursday, 17 July 2014

Cara turunkan kolesterol dengan cepat dan berkesan

July 17, 2014 0 Comments
Amat merisaukan bila dapat tau paras kolesterol dalam darah yang agak tinggi kan? Ketahui cara selamat dan cepat untuk turunkan kolesterol tinggi dengan berkesan.

Kenapa perlu kawal paras kolesterol?

Kolesterol yang tinggi dalam darah adalah punca penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan serangan jantung. Tak semestinya orang-orang tua je yang perlu kawal dan turunkan kolesterol, orang-orang muda pun perlu jaga paras kolesterol dalam darah mereka tambah-tambah bagi mereka yang suka makan makanan berlemak.

Cepat-cepat turunkan masalah kolesterol.

Cuba tengok berapa jumlah kolesterol dalam setiap makanan kat bawah ni....Tahu tak? bagi mengekalkan kesihatan yang optimum kita hanya dibenarkan untuk mengambil tidak lebih 300mg kolesterol sahaja dalam sehari...


atasi kolesterol tinggi


Kolesterol ada 3 jenis iaitu jenis HDL, jenis LDL & Trigliserida
  • Kolesterol jenis LDL tu lah yang kita tak nak sebab ia membahayakan kesihatan. Ia boleh menempel pada salur arteri kita dan menimbun hingga salur arteri tu tersumbat menyebabkan suatu kejadian yang dipanggil 'artherosclerosis'. Bila dah tersumbat macamana darah nak mengalir kan? Itu lah yang menyebabkan tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok. Bahaya ni sebab dia tak bagi isyarat lampu merah ke oren ke..tup-tup terus tumbang..Nauzubillah...

  • Kolesterol jenis HDL adalah kolesterol baik yang berfungsi membawa keluar kolesterol LDL dari dalam salur darah ke hati untuk diproses dan disingkirkan. Lebih banyak kolesterol jenis HDL, lebih mudah untuk turunkan paras kolesterol jenis LDL dalam darah dan lebih mudah untuk mencegah penyakit darah tinggi, strok dan serangan jantung.

  • Trigliserida adalah sejenis lemak yang disimpan iaitu kalori yang tak digunakan dari makanan yang kita makan. Paras trigliserida yang tinggi disebabkan oleh berat badan berlebihan & obesiti, tidak aktif secara fizikal, merokok dan diet tinggi karbohidrat dan pengambilan alkohol. Mereka yang mempunyai tahap trigliserida yang tinggi akan turut mempunyai kolesterol LDL yang tinggi dan rendah kolesterol HDL.


Kolesterol tinggi dalam darah tidak semestinya dialami oleh mereka yang gemuk je, orang kurus pun boleh alaminya. Tanda-tanda paras kolesterol tinggi dalam darah ialah:
  • Sering mudah letih, penat dan mengantuk
  • Kebas-kebas pada kaki berikutan aliran darah yang kurang lancar
  • Timbul biji-biji putih disekitar mata, muka dan leher
  • Sering sakit kepala
  • Sering mengalami sakit dada iaitu 'angina' berikutan salur darah yang sempit dan halang aliran darah yang lancar.

Untuk turunkan paras kolesterol tinggi dalam darah, kita mesti mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat seperti:
  • Bersenam dengan kerap dan konsisten.
  • Kurangkan atau berhenti merokok.
  • Tingkat pengambilan serat, sayuran & buahan segar dan kurangkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat, lemak dan gula
  • Kurangkan stress
  • Amalkan pengambilan suplemen 


Cara selamat dan cepat untuk turunkan kolesterol

shaklee untuk kolesterol


Set Vitamin Shaklee untuk  turunkan kolesterol adalah cara selamat dan cepat untuk turunkan paras kolesterol tinggi dalam darah dengan berkesan tanpa risiko kesan sampingan buruk yang lain.

Vivix adalah suplemen resveratrol dari sumber semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan knotweed jepun. Ia tinggi dengan anthocyanins iaitu antioksidan, vitamin A, B, C, asid amino, carotenoid, tannin dan rutin yang berkesan mengurangkan penyakit koronari jantung, dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL, mengawal tekanan darah tinggi malah boleh membantu menurunkan berat badan.

Baca: Testimoni Vivix untuk berhenti merokok
Baca: Manfaat Vivix untuk penyakit darah tinggi


testimoni rendahkan paras kolesterol
Testimoni #1

rendahkan paras kolesterol tinggi dalam darah
Testimoni #2

Shaklee Pyhtocol-ST dari sumber phytosterol iaitu sterol dan stanol dari tumbuhan. Phytosterol ni mempunyai struktur kimia yang sama dengan kolesterol. Oleh itu ia akan berebut untuk mendapatkan tempat di tapak serapan di bahagian usus. Bila tempat serapan tu dah dapat kat pyhtosterol, kolesterol takde peluang lagi dah untuk menyerap ke salur arteri..Hasilnya, paras kolesterol dalam darah kita akan sentiasa terkawal...

Baca: Apa itu Phytocol ST Shaklee

rendahkan bacaan kolestrol dalam darah


Omega Guard pula adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL..Ia berfungsi untuk membawa kolesterol LDL keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran.. Dengan kata lain, ia bantu membersihkan salur arteri dari endapan kolesterol LDL. Hasilnya, paras kolesterol dalam darah kita akan menurun dengan sihat...

Baca: 7 kebaikan Omega Guard buat kita menyesal tak ambil dari dulu

rendahkan paras kolesterol tinggi


Dengan penurunan 10% tahap kolesterol LDL sudah pun boleh menurunkan 20% risiko penyakit jantung. Bayangkan kalau dapat turunkan 50% tahap kolesterol LDL..bagus bukan??

Untuk kekal dengan bacaan paras kolesterol yang sihat, pastikan bacaan:
  • Jumlah kolesterol BAWAH 5
  • Kolesterol LDL BAWAH 3
  • Kolesterol HDL mesti LEBIH dari 1

Jom kawal dan turunkan kolesterol dalam darah anda dan insan-insan tersayang dengan segera dan nikmati hidup yang lebih berkualiti hari ini.

Nak cuba vitamin ini untuk turunkan kolesterol?

Untuk mendapatkan Vivix, Phytocol-ST dan Omega Guard terus dari Shaklee, sila klik pada butang berikut (pembayaran melalui kad kredit & kad debit)

 Order Set Kolesterol Shaklee Online


Atau jemput hubungi jana untuk order, konsultasi, tip-tip dan nasihat cara makan yang berkesan untuk vitamin turunkan paras kolesterol.

atasi kolesterol tinggi


Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indoneis via POSLAJU & GDEX


Wednesday, 11 June 2014

FAQ: PHYTOCOL-ST SHAKLEE

June 11, 2014 0 Comments
Makanan berlemak adalah punca kolesterol tinggi dan kolesterol tinggi adalah punca kepada penyakit jantung dan serangan strok. Bagi mereka yang suka makan makanan berlemak, yang sedang mengalami masalah kolesterol tinggi dan ingin memelihara kesihatan, Phytocol-ST boleh membantu anda menangani masalah kolesterol. Saya percaya ramai yang mengalami masalah kolesterol tinggi cuma tak sedar je..jangan sampai terlambat, cegah sebelum parah!


phytocol-st shaklee untuk kolesterol tinggi


Apa itu Phytocol-ST?
Phytocol-ST ialah suplemen anti-kolesterol yang mengandungi phytosterols iaitu sebatian sterol dan stanol dari tumbuh-tumbuhan yang serupa dengan kolesterol. Sterol tumbuhan telah terbukti mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok termasuk masalah tekanan darah tinggi, penyakit hati dan masalah kesuburan.


Bagaimana Phytocol-ST berfungsi?

phytocol-st shaklee untuk kolesterol tinggi

Phytosterols (molekul hijau) akan membentuk lapisan disekeliling kolesterol (molekul kuning) lalu menghalangnya dari menyerap kedalam salur darah. Kolesterol yang tidak diserap ke salur darah akan disingkirkan dari tubuh.

Oleh itu, apabila kolesterol dalam salur darah berkurangan, paras kolesterol akan menurun dan penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok dapat dicegah. Masalah kegemukan akibat kolesterol juga dapat diatasi.

Ini adalah cara untuk mencegah masalah kolesterol secara semulajadi yang paling selamat.


Berapakah dos pyhtosterols yang disarankan?

Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) menyarankan pengambilan 2,000mg phytosterols kedalam diet harian bagi merendahkan paras kolesterol secara semulajadi.



Berapakah dos pyhtosterols yang disediakan oleh Phytocol-ST Shaklee?
Phytocol-ST membekalkan 2,000mg phytosterols setiap hari.



Adakah Phytocol-ST halal dan mempunyai kelulusan KKM?

Ya.


Adakah Phtocol-ST mempunyai perasa dan pewarna tiruan?
Tidak.


Bolehkah saya mengambil makanan lain bagi menggantikan Phytocol-ST?
Boleh. Untuk mendapatkan sejumlah 2,000mg phytosterols yang sama dengan Phytocol-ST setiap hari anda perlu mengambil :
♣  200 lobak merah
♣  70 keping roti gandum
♣  425 biji tomato 


order phytocol-st shaklee kolesterol tinggi


Harga sebotol Phytocol-ST ialah RM197.00 dengan kandungan 120 biji. 

Penyakit jantung koronari dan strok yang berpunca dari kolesterol adalah pembunuh diam. Ia tidak memberi sebarang tanda dan amaran sebelum menyerang. Anda boleh mencegah dan mengatasinya. Tiada yang lebih berharga dari nilai kesihatan anda... 

Untuk mendapatkan Phytocol-ST boleh hubungi saya sekarang

Jana Hazana (ID 908814)
017-3125484




Follow Instragram Jana_Hazana