10 MAKANAN ELAK ARTERI TERSUMBAT

Arteri tersumbat ni kita perlu jauhi sebab ia boleh membawa penyakit jantung, darah tinggi, strok dan juga maut! Arteri kita akan tersumbat apabila lemak2 LDL terlalu banyak dalam darah lalu menempel pada dinding salur darah. Bila dah menempel lama kelamaan ia akan semakin banyak dan menimbun lalu mengeras. Bila dah sampai tahap ni, memang bahaya kerana darah tak boleh mengalir dengan lancar.

Itu yang kene strok, koma sebab salur darah tu dah tersumbat dan boleh pecah! Darah yang tak boleh mengalir dengan lancar pun sudah cukup untuk mengundang pelbagai jenis penyakit...Inikan pula bila salur darah pecah..

Oleh itu, amat penting untuk menjaga pemakanan kita supaya perkara2 ini boleh dielakkan.

cegah dan atasi strok, penyakit jantung


Jom tengok 10 makanan yang membantu untuk mengelakkan arteri tersumbat;

1. Bawang putih
Bawang putih diketahui telah digunakan sejak zaman purba bagi merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan pada kajian, bawang putih mampu menghalang salur darah dari mengeras dan menjadi tempat pembentukan plak.

2. Anggur
Anggur sangat kaya dengan flanovoids, quercetin dan resveratrol. Flanovoid ditemui dapat menghalang proses okdidasi kolesterol jahat (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding salur arteri. Ia juga merendahkan risiko darah tersumbat yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.

3. Bayam
Bayam sangat kaya dengan potassium dan asid folik dimana ia bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, sejenis carotenoid yang mampu menghalang serangan jantung dengan melindungi arteri bebas dari pembentukan kolesterol.

4. Ikan
Satu kajian dari Southampton University telah menemui bahawa minyak Omega 3 yang terdapat pada ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pembentukan lemak dalam arteri. Asid lemak ini menghalang oksidasi kolesterol dan tragedi darah tersumbat.

5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksidasi akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.

6. Tomato
Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Korea, lycopene, kompaun dalam tomato yang memberikan ia warna membantu menghalang arteri dari mengeras.

7. Buah delima
Jus dan buah delima yang sangat tinggi dengan antioksidan bukan sahaja dapat menghalang arteri dari mengeras dan rosak malah dapat mengundurkan semula progres penyakit ini.

8. Kiwi dan cantaloupe (kalu kat pasaraya nama dia rock melon)
Makanan yang kaya dengan antioksidan ini mengurangkan kesan toksik kolesteol LDL, yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Kiwi dan cantaloupe ni mampu menghapuskannya malah menghalangnya dari merebak. Makanlah secawan cantaloupe atau kiwi sehari untuk mengawal masalah darah tersumbat.

Rock melon a.k.a Cantaloupe

9. Jus kranberi
Ia meningkatkan kebolehan sel-sel tubuh untuk menukarkan lemak kepada tenaga sekaligus menghalang ia dari menimbun dalam salur darah.

10. Oat
Oat mengandungi serat yang akan melekatkan dirinya pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem tubuh kita. Kajian menunjukkan, dengan memakan 1setengah hingga 2setengah cawan oat setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20%.


Vitamin Shaklee yang boleh bantu elak dan atasi masalah arteri tersumbat ialah


vitamin shaklee untuk strok

Nak tau kenapa rakyat perancis paling sedikit terkena serangan penyakit strok, jantung dan penyakit kardiovaskular walaupun makanan utama mereka ialah daging dan lemak?
Sebab mereka suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah peram yang mengandungi resveratrol yang boleh mencegah penyakit2 tersebut. Tapi, takkan orang islam nak minum wain kan? Haram wo...

Vivix kan ada..setiap hidangan (1 sudu teh) menyediakan 100mg resveratrol iaitu sama dengan 100 gelas wain. Tambah lagi kandungan resveratrol dalam vivix turut diperkayakan dengan poliphenol yang diekstrak dari sumber anggur muscadine yang menjadikan ia suplemen anti-penuaan yang terbaik didunia.

Vivix turut mengandungi carrot ungu, elderberry dan knotweed jepun yang menjadikan ia tinggi antioksidan yang mampu memberi perlindungan terhadap kolesterol tinggi, penyakit jantung dan strok selain meningkatkan sistem imun tubuh.

shaklee vivix


Baca: Manfaat resveratrol dalam Vivix untuk mengawal penyakit darah tinggi
Baca: Penangan Vivix hantu rokok insaf



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk mendapatkan VIVIX atau vitamin-vitamin Shaklee dan hindari penyakit-penyakit akibat arteri tersumbat, sila hubungi saya ditalian berikut.





Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju dan GDEX

1 comment:

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...