Tuesday, 7 January 2014

# Al-kisah

CABARAN HARI KE 17; PERSONALITI

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 17
*********************************************************************************

3 things you are proud of about your personality

Adeh, apa lah tajuk ni..tak pasal2 nak kene perasan sorang-sorang pulak..

Camni lah, tukar sikit. Bukan bangga, tapi berjaya latih diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik yang dijanjikan syurga..

1. Menepati masa

Saya adalah seorang yang menepati masa. Lain lah kalau yang tetiba nak jumpa, atau tiba2 sms cakap nak COD Shaklee, urgent katanya...memang ada gap masa sikitlah untuk saya bersiap, siapkan bodyguards (chewaahh..2 orang tu), nak drive.. Tapi kalau yang dah memang buat temujanji, memang saya akan ON TIME!

Saya cukup tak suka orang yang tidak menepati masa. Sebab saya tidak suka menunggu!!! So, saya anggap jika saya tak suka menunggu, orang lain pun sama lah kan..diorang pun mesti tak suka menunggu jugak..Being emphaty is rule no.1..


2. Sentiasa berfikiran positif

Untungnya menjadi orang berfikiran positif ni ialah ia akan menarik aura-aura positif juga. Sebab tu saya suka..Jika ada apa-apa halangan, saya takkan mudah melenting. Takkan mudah fikir yang bukan-bukan. Saya cuma tersenyum, dalam hati sebut 'Alhamdulillah' dan dalam fikiran bayangkan yang baik-baik je. Jangan tak percaya, lepas tu atau esok atau minggu depannya saya dapat apa yang saya bayangkan tu, malah jauh lebih baik!
Contohnya plan nak masak ikan besar untuk makan tengahari tapi bila pegi pasar ikan tu dah habis, daging je ada. Takpe lah, beli je apa yang ada, boleh tukar menu. Tengok-tengok bila masak apa yang ada tu, punye la sedap suami dan anak-anak makan hingga menjilat jari. Seronok disitu. Bila waktu makan malam pulak tiba-tiba je suami ajak pegi makan ikan bakar kat kedai seafood..tengok! kan lagi seronok tu..

Sapa penah baca buku 'The Secret' dia tau lah pasal 'Undang-undang daya tarikan' tu..Sangat best. Sangat bagus untuk dipraktikkan.


3.  Mengutamakan kebersihan

Memang mak saya dah latih anak-anak dia dari kecil untuk amalkan kebersihan. Rumah mesti kemas, terutamanya dapur dan tandas. Duk rumah buruk pun takpe asalkan kemas, dan kalau ada masa hias lah bagi cantik. So saya dah terbiasa dengan cara hidup camtu. 

Saya takde maid, semua pun buat sendiri je. Cuma sekarang ni bila dah ada hero-hero yang sedang membesar, tak boleh dah nak sentiasa kemas tersusun 24 jam. Kena bertolak ansur sikit bab ni..Berterabur dengan barang mainan boleh lagi..Tapi bab toilet dan dapur memang saya kawal ketat..Lipas pun tak selesa dah nak menumpang kat rumah saya ni..

Lagi. Saya suka mencuci guna produk penjagaan rumah Shaklee Get Clean iaitu Basic-H dan Dish Wash. Jimat, mesra alam, BEBAS TOKSIK. Bahan-bahan pun semulajadi je dan yang bestnya tangan saya tak jadi kering dan mengelupas langsung lepas guna produk Shaklee Get Clean ni.

1 comment:

  1. Vivix ni klu org yg ada diabetes bole ambik ka juga?

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana