Resipi ayam goreng kunyit dengan kacang panjang

Uolls masak apa hari ni? Jana macam biasa masak yang simpel sempoi je. Yang penting dapat pukau perut suami cukup lah. Pukau okeh.. haha. Kita tak main yang syirik-syirik ni, tak dapat masuk syurga nanti kang.. jangan kan nak masuk, nak ciom bau pun tak dapat tau! Nauzubillah...

Nak pukau, nak ikat suami guna layanan dan skil masakan kita je ye... Masakan bekas air tangan isteri ni unik tau. Kalu dia pergi mana-mana pun, mesti akan teringat-ingat kat masakan kita. Bila ingat kat masakan kita tentulah dia akan ingat kita juga.. betul tak?

Ni jana nak kongsi resepi ayam goreng kunyit dengan kacang panjang. Simple, sempoi tapi sangat menyelerakan.



Masak ni senang je. Mula-mula kita sediakan bahan-bahan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1/4 ekor ayam. Nak letak banyak pun boleh. Kalu nak guna daging pun boleh
  • Kacang panjang. Suka hati lah nak banyak mana.
  • 2 biji bawang besar. Kalu tak suka letak 1 pun boleh.
  • 3-5 ulas bawang putih.
  • Cilipadi. Suka hati nak letak banyak mana
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kering yang dah dikisar. Kalu taknak letak pun takpe

Cara-cara memasak:
1. Mula-mula bersihkan ayam dan potong kecil-kecil. Perap dengan sedikit garam dan kunyit untuk beberapa minit.

2. Potong kacang panjang. Jika nak campur sayur lain pun boleh contohnya carrot, bunga kubis, brokoli. (Jana campur jagung muda)



3. Goreng ayam hingga masak. Minyak tu sikit je, sebab minyak yang sama nanti nak guna untuk tumis bawang.

4. Bila ayam dah masak, ketepikan.

5. Guna minyak yang sama tumis cili kering kisar dan bawang hingga naik bau wangi.

6. Masukkan gula, garam (sikit je sebab ayam goreng tadi tu dah diperap dengan garam) dan sos tiram.

7. Masukkan setengah cawan air dan tunggu hingga mendidih.

8. Masukkan cilipadi, sayur dan kacau rata hingga sedikit layu.

9. Masukkan ayam dan kacau rata

Siap ayam goreng kunyit dengan kacang panjang! Sepanjang memasak tu jangan lupa baca bismillah dan berselawat ye.

Selamat mencoba darlingss!!

Love, Jana

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...