Orang dewasa pun boleh terkena jangkitan HFMD. Orang dewasa pun tetap ada risiko terutamanya mereka yang menguruskan ahli keluarga yang sedang dijangkiti HFMD dan mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah.
Dikatakan sekiranya orang dewasa terkena jangkitan HFMD, simptomnya 2kali ganda lebih teruk. Jadi tolong jangan ambil ringan tentang penyakit HFMD ni.
HFMD atau Penyakit Tangan Kaki dan Mulut adalah wabak serangan virus jenis coxsackie dan enterovirus. Ia sangat mudah terjangkit melalui cecair badan pesakit seperti bersin, muntah, air liur, najis serta cecair biji-biji gelembung.
HFMD turut boleh berjangkit melalui sentuhan terus permukaan objek yang telah dicemari seperti barang mainan, kerusi makan bayi di restoran, troli pasaraya dan lain-lain.
Simptom HFMD pada orang dewasa
Hari pertama:
Selalunya bermula dengan tekak rasa tak selesa, kurang selera makan atau demam ringan.
Hari ketiga hingga kelima:
Muncul biji-biji gelembung atau lepuhan pada tapak tangan, kaki serta dalam mulut. Lepuhan ni pada awalnya gatal-gatal akan mula bertukar jadi menyakitkan.
Selepas seminggu:
Lepuhan dan kesakitan mula reda secara semulajadi. Walaupun lepuhan dan kesakitan sudah reda, tak semestinya anda telah benar-benar bebas dari HFMD.
Pastikan sepanjang tempoh dijangkiti anda berehat dirumah. Elak dari keluar ke tempat awam atau menziarahi ke rumah orang lain. Beri masa 2 minggu untuk pastikan anda benar-benar sembuh.
Pastikan juga anda mengamalkan kebersihan yang sebaiknya seperti mencuci tangan dengan sabun atau antiseptik setiap kali keluar tandas atau bersin.
Berhati-hati dengan lepuhan yang pecah kerana cecair yang keluar boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain pula.
Jika terkena jangkitan HFMD apa yang perlu dilakukan?
- Dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor.
- Bahagian lepuhan mungkin gatal. Pastikan kuku anda sentiasa dipotong pendek untuk elak luka garu.
- Berehat sahaja dirumah.
- Minum air kosong secukupnya
- Jaga kebersihan. Basuh tangan dengan sabun atau antiseptik setiap kali keluar tandas, bersin atau batuk.
- Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh tingkatkan sistem imun.
Tingkatkan sistem pertahanan tubuh dengan Set HFMD Shaklee untuk dewasa
Vivix
Merupakan minjman botani yang diperbuat dari 4 bahan utama iaitu anggut muscadine, purple carrot, elderberi dan herba knotweed jepun.
Salah satu kebaikan anggur muscadine mengandungi asid ellagik berkepekatan tinggi menunjukkan ciri-ciri antivirus.
Anthocynanins dari ekstrak purple carrot serta elderberi pula menjadikan vivix berkesan sebagai anti radang dan tinggi antioksidan serta berupaya mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
Vita C
Vitamin c yang turut dilengkapi dengan bioflanovoid dimana fungsinya adalah untuk tingkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh kita.
Vita C bantu melegakan keradangan, menentang jangkitan dan melawan radikal bebas. Vita C bantu percepatkan proses penyembuhan.
Garlic Complex
Dibuat dari bawang putih premium, bebas racun perosak ditanam secara organik pada musim panas. Dihasilkan secara eksklusif tanpa haba bagi memastikan kandungan allicin aktif 100% terpelihara.
Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan berkesan untuk tingkat sistem imun tubuh dan halang penyakit berjangkit termasuk kulat serta yis.
Hati-hati wabak HFMD turut boleh menjangkiti ibu mengandung. Simptom-simptom HFMD mungkin sangat menganggu keselesaan dan sangat menyakitkan.
Ibu mengandung pastikan sentiasa berwaspada dan amalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari dijangkiti penyakit HFMD.
Order
===========================
Hubungi
Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
No comments:
Post a Comment