Tuesday 7 August 2018

# Alfalfa Complex # B-Complex

21 jenis makanan milkbooster banyakkan susu ibu

Mommy tengah cari cara untuk tambah susu ibu? Bagus tu. Tapi mommy kena ingat, perkara paling penting untuk banyakkan susu ibu ialah mesti menyusukan bayi. Ini syarat paling utama.

Nak rangsang susu keluar mesti susukan bayi.
Nak banyakkan susu mesti susukan bayi.
Nak susu ibu pekat pun mesti susukan bayi.

Sebab menyusu itu sendiri merupakan perangsang susu ibu yang paling mujarab. Fokus untuk baiki cara pegang baby ketika menyusu dan cara baby latch terlebih dahulu ye.



Sebelum mommy skrol kebawah lagi untuk baca tentang makanan untuk banyakan susu badan, WAJIB tengok video ni dulu.

5 tip penting untuk menjayakan dan banyakkan susu ibu. Ikut tip-tip dalam ni Inshaa Allah menjadi.






Bila dah konsisten menyusu bayi baru boleh fokus kepada perkara kedua iaitu makanan milkbooster untuk banyakkan penghasilan susu ibu.

Ini dia senarai teratas makanan milkbooster yang boleh membantu banyakkan susu ibu serta kebaikan-kebaikan lain


1. Oatmeal

milkbooster cara banyakkan susu badan


Oat bukan hanya milkbooster ibu menyusu tapi juga bagus untuk ibu-ibu sejak dari dalam pantang lagi. Oat tinggi serat bagus untuk sistem penghadaman, bekalkan tenaga serta beri rasa kenyang tanpa perlu makan banyak.

Maklum la ibu dalam pantang mana boleh makan banyak. Nanti sembelit susah pula.

Oleh itu, ibu menyusu pastikan oat ada dalam rak dapur anda.


2. Jintan manis

milkbooster tradisional


Tingkatkan kuantiti susu ibu. Dalam masa yang sama mudah dihadam dan sangat membantu meredakan kolik bayi akibat kembung.

Boleh ditaburkan dalam hidangan, atau tambah dalam minuman teh atau susu. Boleh juga dimakan begitu sahaja untuk sensasi menyegarkan.


3. Halba

milkbooster tradisional


Boleh dikunyah begitu sahaja, rebus untuk di minum atau campur dalam nasi. Apa yang pasti rumah akan semerbak bau wangi serta menaikkan selera disebabkan bau macam masak nasi dagang.


4. Betik muda

makanan penambah susu ibu


Sapa suka makan somtam?

Untunglah ibu-ibu menyusu yang suka makan somtam betik muda sebab betik muda juga antara milkbooster tambah susu ibu. Betik kaya dengan protin, vitamin termasuk beta-karotena.

Betik sering digunakan sebagai sedatif semulajadi berupaya bantu berikan ibu rasa relaks dan bantu penyusuan.

Tak semestinya somtam je, ada cara lain lagi untuk makan betik muda ni seperti celur cicah sambal belacan atau masak lemak cili padi.



5. Bayam

cara tambah susu ibu


Mengandungi tinggi zat besi, kalsium dan asid folik. Bayam sangat bagus diamalkan oleh ibu-ibu semasa mengandung, berpantang dan menyusu kerana ia membantu ibu-ibu atasi masalah low hb.

Bayam juga mengandungi bahan yang membantu mencegah kanser payudara serta agen detoksifikasi.

Tapi awas, makan terlalu banyak bayam mungkin boleh menyebabkan cirit-birit pada bayi.


6. Bawang putih

cara tambah susu ibu milkbooster


Boleh dikatakan makanan milkbooster paling bagus untuk banyakkan susu ibu. Bawang putih secara semulajadi mengandungi kompaun kimia yang sangat bagus untuk laktasi.

Kebaikan bawang putih ia berupaya meningkatkan sistem imun serta mencegah kebanyakan jenis kanser.


7. Lobak merah

cara banyakkan susu ibu


Sama seperti bayam, lobak merah juga merangsang laktasi. Ia kaya vitamin A yang meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.


8. Air dan jus buah segar

Bantu banyakkan jumlah penghasilan susu ibu. Air dan jus bantu mengelakkan ibu dari terdihidrasi (badan kering air) dengan menggantikan cecair yang hilang semasa penyusuan.

Sentiasa sediakan air di sebelah ibu menyusu setiap masa.


9. Barli

Bukan sekadar banyak susu ibu tetapi juga bantu elak tubuh kekeringan air.


10. Asparagus

natural milkbooster


Asparagus boleh dikatakan makanan WAJIB bagi ibu-ibu menyusukan bayi kerana selain berfungsi sebagai milkbooster ia juga sangat kaya dengan serat, vitamin A dan K.

Ia bantu rangsang hormon ibu menyusu yang penting untuk proses laktasi.


11. Beras perang

makanan milkbooster susu ibu


Menurut kertas kajian 'Increase Breast Milk Supply with Herbal Galactagogues' terbitan World Journal of Pharmaceutical & Life Sciences, beras perang membantu banyakkan susu ibu.

Ia mempunyai stimulan yang merangsang hormon penyusuan susu ibu.

Beras perang juga bantu beri ibu menyusu tenaga tambahan, tingkatkan selera dan membolehkan ibu makan makanan berkhasiat.


12. Kurma dan aprikot

makanan milkbooster susu badan


Kurma telah pun dikenalpasti sebagai makanan yang sangat berkhasiat. Ia bagus untuk tambah tenaga, mudah dihadam serta banyakkan susu ibu.

Semasa mengandung dan ketika berpantang, ibu-ibu akan mengalami masalah hormon tak stabil. Aprikot kering mengandungi bahan kimia tertentu yang mengembalikan dan mengekalkan paras hormon stabil. Aprikot kaya dengan kalsium dan serat dan bantu banyakkan susu ibu.


13. Ikan

milkbooster yang banyakkan susu badan


Ikan seperti ikan salmon, ikan siakap mengandungi sumber EFA serta Omega 3 yang sangat berkhasiat dan penting untuk ibu menyusu.

Ikan menjadikan susu ibu sangat berkhasiat bagus untuk perkembangan kornea dan otak bayi.


14. Jintan putih

Jintan putih turut bantu tingkat selera makan dan membakar lemak. Ia membantu elak pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut.


15. Susu segar asli

Susu mengandungi kalsium dan EFA. Secara fakta, ibu-ibu menyusu yang minum susu akan membantu elak anak dari mengalami alergi susu lembu.


16. Alfalfa

Alfalfa telah digunakan sebagai herba perubatan sejak berkurun lamanya sering digunakan terhadap haiwan tenusu bagi banyakkan penghasilan susu.

Alfalfa mengandungi sangat tinggi serat, protin termasuk vitamin, mineral dan antioksidan.


17. Kekacang

makanan tambah susu ibu


Kacang seperti almond, cashew nut, macadamia, soya sangat bagus untuk banyakkan susu ibu. Kekacang selalunya kaya dengan Omega 3, vitamin E, protin, serta serat.




Kesemua makanan milkbooster diatas telah diamalkan secara tradisional sejak sekian lama. Ada yang disokong secara saintifik, ada yang tidak.

Walaubagaimanapun amalkan secara optimum jangan sampai berlebih-lebihan.



Mengikut pengalaman jana sendiri, selain dari makanan milkbooster diatas berikut ada beberapa lagi milkbooster yang sangat berkesan mudah didapati;

18. Jantung pisang

19. Sayur sawi

20. Lobak putih

21. Set Ibu Menyusu Shaklee

set ibu menyusu shaklee


Set ibu menyusu Shaklee bantu untuk cukupkan keperluan nutrisi dalam diet harian ibu-ibu menyusu.

Ibu-ibu menyusu bukan setakat perlukan susu badan yang banyak serta pekat untuk bayi tetapi juga perlu memelihara kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri.

Kebaikan Set Ibu Menyusu Shaklee
  • Atasi sembelit
  • Atasi kelesuan melampau
  • Atasi bengkak susu
  • Beri badan cergas bertenaga
  • Atasi lenguh-lenguh badan serta kekejangan otot
  • cegah stress sekaligus jauhi meroyan
  • Bantu kawal berat badan
  • Atasi masalah kulit
  • Kuatkan sistem imun


Dan banyak lagi.


Ibu-ibu menyusu perlu ingat, apa yang kita makan akan turut memberi kesan terhadap anak yang disusui.

Jika baik dan berkhasiat makanan itu maka anak juga mendapat faedahnya.

Jika tidak bagus untuk kesihatan seperti tinggi gula, banyak kesan pencemaran seperti logam merkuri, racun dan baja kimia maka anak juga akan dapat akibatnya untuk jangka masa panjang.



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


milkbooster susu ibu


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana