Friday, 20 November 2015

# Set Berpantang # Tip Keibubapaan

Cuti bersalin: 5 persedian WAJIB sebelum kembali bekerja

Persediaan untuk kembali bekerja selepas habis tempoh cuti bersalin amat penting terutamanya bagi ibu dan bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar. Tidak dapat dinafikan, kehadiran orang baru dalam rumah tangga sedikit sebanyak akan mengubah rutin harian tambah lagi jika ibu merupakan seorang yang berkerjaya. Persediaan yang wajib dilakukan sebelum kembali berkerja akan dapat membantu ibu & bapa dalam merancang kewangan & ekonomi keluarga.




5 persediaan WAJIB sebelum kembali bekerja
  1. Tempat jagaan bayi
    Tentukan dimana atau siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga bayi kita sepanjang kita keluar bekerja. Jika di rumah pengasuh, pastikan; kita kenal pengasuh dan keluarganya dengan baik, struktur keluarga yang baik, pentingkan kebersihan, tiada penyakit bahaya seperti sawan & hiv dan bilangan bayi jagaannya tidak lebih 3 orang termasuk bayi kita. Jika pusat penjagaan bayi, sila pastikan: ada sijil dan diiktiraf jkm, mempunyai pekerja yang terlatih, tidak terlalu padat,

  2. Gajet penyusuan susu ibu.
    Bagi ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu, tambah ilmu pengetahuan tentang cara mengumpul dan menyimpan susu ibu. Sediakan kelengkapan seperti pam, pakaian mesra penyusuan, beg/tempat penyimpan susu yang mudah alih yang sesuai untuk dibawa ke pejabat dan botol untuk ditinggalkan bersama bayi. Beritahu pengasuh tentang niat untuk memberikan bayi susu ibu sepenuhnya. Sediakan susu ibu dalam botol mengikut sukatan dan jika menggunakan alat pemanas jangan lupa ajar pengasuh untuk menggunakannya dengan betul.

  3. Sokongan suami.
    Berbincang dan beritahu suami dengan jelas tentang tugas-tugas harian dirumah
    yang perlu dikongsi bersama seperti siapa yang akan mengambil & menghantar bayi, membasuh & menjemur pakaian, bergilir-gilir berjaga malam jika baby menangis & banyak lagi. Jika perlu sediakan jadual supaya dapat membantu melancarkan urusan seharian. Saling bantu membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain amat penting bagi mengelakkan stress, salah faham dan sebagainya.

  4. Berlatih menjalani rutin baru sekurang-kurangnya untuk 2-3 kali.
    Kepentingan latihan menjalani rutin baru adalah supaya ibu dan bapa dapat membiasakan diri dengan suasana baru agar tidak kelam kabut pada minggu-minggu pertama yang boleh menyebabkan stress. Suami juga perlu terlibat sama dalam menjayakan rutin baru ini.Contohnya, bangun lebih awal untuk menyediakan baby dan diri sendiri, menyediakan sarapan, barang bayi yang perlu dibawa, membiasakan diri memandu di jalan ke tempat penjagaan bayi dan seterusnya ke tempat kerja, jam berapa perlu keluar supaya tak terlambat masuk pejabat dan banyak lagi.

  5. Bersedia dari segi mental dan fizikal.
    Ibu mungkin akan rasa bersalah dan sangat risau untuk tinggalkan bayi dalam jagaan orang lain. Ingat, perasaan begini cuma untuk sementara. Percayalah, dalam beberapa waktu semuanya akan menjadi semakin baik. Pastikan kita jalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh anak supaya kita akan rasa lebih terjamin.
    Dari segi fizikal, selepas berehat lebih kurang 2 bulan otot-otot kita mungkin agak lemah lalu menyebabkan badan cepat penat dan kurang bermaya. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 20minit sehari. Kebaikannya selain dapat merangsang otot, dapat juga melancarkan aliran darah sekaligus menjadikan badan rasa lebih sihat dan bertenaga. Badan yang sihat dan cergas membawa minda yang tenang. Tip atasi badan lesu, letih dan mudah penat

Sentiasa lah belajar untuk seimbangkan antara kerjaya dan keluarga. Sebaiknya berbincang dengan ketua di tempat kerja jika perlukan sedikit kelonggaran.

Berhenti kerja selepas bersalin? Sila jangan terburu-buru buat keputusan ye darlingss.. Ada senarai yang sangat panjang yang perlu diambilkira jika awak rancang nak berhenti kerja. Fikirkan untuk jangka masa panjang, jaminan masa depan diri sendiri dan jaminan masa depan anak. Mungkin kita merancang untuk bergantung penuh pada suami tapi bukankah kita sebagai manusia hanya boleh merancang? Tak siapa boleh menduga apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Bak kata pepatah, 'sediakanlah payung sebelum hujan'.

Dulu, bos jana pernah kata, "jika nak masa depan anak yang cerah, pastikan jaminan masa depan kita terlebih dahulu". 

Set berpantang terbaik luka cepat sembuh, badan bertenaga

Jangan lemah semangat, jangan cepat putus asa. Segala yang kita miliki adalah rahmat dan tak patut dipersiakan. Kita wanita & kita adalah istimewa. Susah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Apa-apa pun, jana nak ucapkan Tahniah & selamat menjadi supermak!

Love, Jana

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana