Friday 13 December 2013

# Al-kisah

5 LAGU EVERGREEN BERPUAKA SAYA..

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 5
*********************************************************************************

Evergreen berpuaka ye..itu maksud nya ngetop lah..berpuaka tu sebab suka sangat-sangat. Tak kira la orang kata dah lapuk ke dah basi ke, akak tetap suko...

Ini dia My top 5 songs of all time

No. 5; Bencinta (Faizal Tahir)
Ntah kenapa saya suka dengar lagu ni..mula-mula ingatkan import dari seberang, rupanya orang kita aje, Faizal Tahir...

No. 4; Terukir di Bintang (Yuna)
Saya suka lagu ni.... Siap buat ringtone khas untuk sang suami.

No. 3; Lagu raya..semua lagu raya yang klasik-klasik tu...oleh Saloma, Hail Amir, Tan Sri P.Ramlee dan ramai lagi..aura semacam je bila dengar lagu-lagu ni terutamanya bulan puasa! Sebelum raya, waktu on the way balik kampung ke, tengah kemas rumah ke mesti pasang lagu-lagu raya evergreen ni..baru rasa happening nak sambut raya..

No. 2; Bagaikan Sakti (M.Nasir & Siti Nurhaliza)
Bagi saya lagu ni memang bagaikan sakti..hingga menusuk ke kalbu gitu. Feeling habis plus menenangkan...Lagipun saya minat dengan M.Nasir dan Siti Nurhaliza ni..suara diorang memang sedap. 

No. 1; Black or White (Michael Jackson)
Saya peminat tegar Micheal Jackson. Saya suka semua lagu-lagu dia. Suka tengok dia kat TV, suka dengar kat radio, suka tengok dia menari, suka dengar dia bercakap, suka tengok dia, suka..suka..sukaa... Dari kecil, bila Michael Jackson keluar TV memang saya takkan berganjak la dari depan TV tu. Sampai sekarang pun.. memang minat habis. He is always my no. 1 singer of all time.. Takde sapa boleh celen lagi setakat ni...(Bergenang air mata sattt...)

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana