Tambah lagi, Omega Guard bukan diekstrak dari hati ikan. Kaedah penyulingannya juga berbeza dari pengeluar lain. Kaedah yang digunakan oleh Shaklee ialah kaedah penyulingan bergred farmaseutikal terkini dimana selain dapat mengekstrak Omega 3 yang paling tulen malah turut menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan lain-lain..Berikut ialah keistimewaan dan kebaikan Omega Guard untuk seisi keluarga yang perlu semua orang tahu
Omega Guard Shaklee membekalkan Omega 3 yang merupakan asid lemak perlu yang tidak boleh dibina secara semulajadi oleh tubuh manusia. Oleh itu, kita perlu mengambilnya untuk memastikan keperluan tubuh kita dapat dipenuhi.
Meh baca lagi keistimewaan dan kebaikan Omega Guard untuk seisi keluarga dan juga kesejahteraan hidup kita...
Kebaikan Omega Guard untuk perkembangan otak
DHA merupakan asid lemak yang membentuk struktur utama dalam sistem saraf tunjang dan retina manusia. Sebab itu, ia amat penting untuk pertumbuhan otak.
Wanita hamil dan menyusu amat disarankan mengambil Omega Guard yang mengandungi DHA setiap hari bagi memenuhi keperluan bayi dalam kandungan atau bayi yang sedang disusui. Kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen Omega 3 mempunyai daya pemikiran (IQ) yang lebih tinggi, perkembangan daya kognitif dan fizikal yang lebih baik dan daya penglihatan yang lebih baik.
Memandangkan DHA merupakan 40% binaan otak manusia, pengambilan Omega Guard dapat membantu mengatasi masalah pelupa dan menjauhi risiko penyakit Alzheimer.
Kebaikan Omega Guard untuk atasi kolesterol, penyakit jantung & strok
LDL dikenali sebagai lemak jahat kerana ia akan berkumpul dalam salur arteri lalu membentuk plak. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. Kehadiran plak pada dinding arteri sangat membahayakan kerana ia boleh menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan ia menggumpal. Ini akan meningkatkan risiko strok dan arteri mengeras dan pecah.
Dengan itu Omega Guard dapat merendahkan risiko penyakit jantung, strok dan arrhythmin (rentak jantung tidak normal).
Kebaikan Omega Guard untuk kuruskan badan
Pengambilan Omega Guard dengan konsisten membantu anda untuk kurus walaupun tanpa senaman kerana ia menggalakkan pembakaran lemak. Ini pernah dibuktikan dalam satu kajian dimana subjek mengambil 2g Omega 3 dalam masa 6 minggu. Hasilnya, mereka telah berjaya menurunkan sebanyak lebih kurang 0.9kg lemak dalam badan. Sepanjang kajian, subjek langung tidak melakukan senaman atau menukar diet mereka.
Omega Guard juga mencetuskan sejenis hormon yang berkaitan dengan selera makan yang dipanggil Leptin. Dengan kehadiran hormon Leptin ini, ia membantu menyekat nafsu makan. Oleh itu, ia sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.
Omega Guard juga membantu meminimakan lemak yang diambil daripada disimpan menjadi lemak. Ini kerana Omega Guard merangsang tahap sensitiviti insulin dalam darah kita. Lebih sensitif sel-sel tubuh kita terhadap insulin, lebih sukar untuk lemak-lemak yang dimakan disimpan. Sebab tu Omega Guard sangat membantu anda yang nak kurus.
Kebaikan Omega Guard untuk kulit cantik
EPA membantu mengawal penghasilan minyak bagi mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang pertumbuhan jerawat. Ia melambatkan kesan penuaan pada kulit wajah dengan menyeimbangkan asid lemak bawah kulit dan mengurangkan kedutan halus.Kajian pada tahun 2005 didalam Journal of Lipid Research telah menemui bahawa EPA membantu menghalang penghasilan sejenis enzim yang diransang oleh sinaran UV dimana enzim tersebut boleh memusnahkan kolagen dalam tubuh manusia. Kemerosotan kolagen dalam tubuh menyebabkan kedut dan kulit menggeleber.
Oleh kerana EPA juga merupakan agen antioksidan dan antikeradangan, maka ia berkemampuan memelihara dan melindungi kulit dari sinar matahari yang memusnahkan dan membantu memperbaiki semula tisu kulit yang rosak.
Kebaikan Omega Guard untuk masalah sakit sendi
Omega Guard melambatkan degradasi tulang rawan oleh itu ia mengurangkan gejala penyakit sendi. Ia juga bertindak sebagai pelincir dimana membantu melancarkan pergerakan sendi.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding mengambil glukosamina sahaja. Sebab bagi mereka yang masalah sakit lutut atau sendi-sendi lain amat disyorkan untuk mengambil Set Kesihatan Sendi yang terdiri dari Advance Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix.
Kebaikan Omega Guard untuk antidepression (tekanan mental)
Begitu juga dikalanan orang Jepun yang mengamalkan diet yang kaya dengan ikan, mempunyai purata penghidap tekanan mental yang sangat rendah.
Penyelidik di Belgium di Antmep's University Hospital telah menemui; pesakit mental serius mempunyai paras asid lemak perlu (Omega 3) yang sangat rendah berbanding pesakit mental sederhana.
Sumber rujukan;
http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids
Itu adalah sebahagian dari keistimewaan dan kelebihan Omega Guard. Banyak kan? Sebab tu ia amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Sekiranya anda mementingkan pengambilan Omega 3 untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga, Omega Guard Shaklee adalah yang terbaik. Dapatkan Omega Guard Shaklee hari ini dan nikmati kebaikannya sebagaimana mereka yang telah memilihnya.
Omega Guard adalah rahsia saya menangani masalah batuk & selsema pada anak-anak.
Bagaimana nak dapatkan Omega Guard Shaklee dan nikmati keistimewaan dan kebaikannya bersama seisi keluarga? Harga sebotol Omega Guard hanya RM136. Anda boleh terus order dengan klik pada butang order berikut
Atau anda boleh dapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar sah Shaklee. Jom hubungi saya ditalian berikut
No comments:
Post a Comment