Showing posts with label Al-kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-kisah. Show all posts

Monday, 13 January 2020

Bawa Anak-Anak Main Kolam Di Tingkat 18. Ada Berani?

January 13, 2020 0 Comments
Jana jumpa port baik punya jika nak bawa anak-anak main kolam dan agak berbeza dari yang lain dalam negeri Kelantan ni.. Kolam outdoor yang best, bersih dan berada di tingkat 18. Ada berani?

Sambil main kolam, boleh layan view sawah padi yang mempesonakan tu. Syok kan..

Nama port baek tu adalah Hotel H Design, Tunjung Kota Bharu. Baru mula beroperasi tahun 2019.

Bagi yang datang bercuti ke Kota Bharu, boleh cuba hotel ni.. dekat sangat dengan dengan pasaraya G-Orange, RTC Tunjung dan Wakaf Che Yeh.


Kami datang masa cuti sekolah hujung tahun..musim tengkujuh. Sebab tu cuaca agak mendung. Main kolam pun sekejap je dah biru mulut sebab sejuk

Hotel sediakan 3 jenis kolam untuk pengunjung. Kolam untuk dewasa, untuk kanak-kanak dan untuk bayi (indoor). Masa kami datang, kolam untuk kanak-kanak sedang dalam maintenance jadi terpaksa la main kat kolam dewasa je.

Kolam kanak-kanak best sikit sebab nampak ada gelongsor.. mungkin kedalaman pun berbeza. Sayang betul anak-anak takde peluang nak main kat situ.

Untuk baby pula, ni jana intai dari luar je.. Guna kolam getah tu dan ada banyak bola-bola kecil warna-warni. Baby mesti suka punya.. mak-mak boleh pegang baby sambil bersila je.



Walaupun kolam dewasa, ada area cetek dan bertangga. Anak-anak main situ je.. 

Kat sini, pelampung dan pistol air macam dalam gambar atas disediakan oleh pihak hotel. Tapi kena sewa lah. RM3 sahaja per item. Setiap bilik dapat 2 item je. Macam tuala mandi tu lah..nak ambil kena tulis nama dan nombor bilik. Tapi tuala tu free je, tak payah sewa tau.



Coach kecik



Sambil berendam boleh layan pemandangan yang indah kat belakang tu...




Berlatar belakangkan sawah padi.. ni kalau datang musim padi menghijau atau musim menuai mesti cantik sangat



Sementara menunggu check out kat lobi hotel level 4








Bilik dia.. cun... kami dapat level 9.

Suka la dia datang hotel...




Sayangnya sarapan pagi jana lupa nak nak ambil gambar.. Biasalah bila dah jumpa makanan, fon dah simpan dalam beg. Tangan dah ready nak pegang pinggan cedok makanan..

Ada nasi kerabu, mee bandung, mee goreng, sosej, roti bakar dan beberapa pilihan lagi. Nasi kerabu dan mee bandung tersangat la sedap.. memang jana puji.

Ada rezeki, jana bagi review hotel lain atau port baek lain pulak ya


SEMOGA APA YANG JANA SHARE NI BERMANFAAT
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH !!



Thursday, 9 January 2020

Kenangan Banjir Kuning 2014 Kelantan, Kg. Kerilla Part 2

January 09, 2020 0 Comments
Ini rumah mak. Masa ni dah dalam proses pembersihan.

Hari pertama dapat balik, itu lah yang paling rasa nak gugur jantung. Tak nampak macam rumah. Segenap sudut dah bertukar warna coklat lumput, barang-barang saling bertindih, tercabut.

Nak melangkah masuk pintu pagar pun dah sukar sebab banyak lumpur. Lumpur paras atas buku lali dewasa. Pakai selipar jepun, selipar tenggelam dan lekat terus. Hampir jatuh tertonggeng dibuatnya. Nak tak nak kena pakai kasut but.

Jana geledah barang hanyut dalam parit besar depan rumah cari kasut but. Ntah siapa punya, ntah hanyut dari mana.

Sekeliling rumah macam-macam ada yang hanyut ntah dari mana. Ada basikal, mainan, reban ayam, kerusi sofa. Kasut, baju, bekas plastik tak payah cerita lah, banyak.



Nak buka pintu pun susah sebab dalam rumah, segala perabot bergelimpangan. Banyak barang dari dapur hanyut dan terdampar di ruang tamu. Peti sejuk mujur tersangkut pada plug. Itu pun dah separuh jalan menuju ke ruang tamu.

Sofa yang berat pun boleh teralih. Almari hilang rupa almari. Semua warna lumpur. Tak boleh nak bayang macam mana deras arus banjir kuning ni. Allahuakbar.



Barang dah dibawa keluar dari rumah.. penat namateyy..barang yang bercampur air dan selut akan jadi berganda-ganda lebih berat dari biasa. Buku pun boleh angkat sebiji-sebiji je.. 

Lumpur dah hampir kering jadi tanah... bekalan air belum ada susah betul nak membersih

Satu-satunya almari yang masih teguh. Almari hiasan dari zaman nyanya (nenek mak). Almari yang zaman sekarang dah jadi macam biskut meri celup air milo. Hancur.

Bahagian dapur berhubung billik air. Lumpur tebal bukan main.

Dalam lumpur ada berjuta-juta cacing sebesar jari kelingking orang dewasa. Berjuta-juta ekor bergelimpangan. Geli oi...

Ada juga kaca pecah, ada selumbar, macam-macam benda tajam... jana tersilap letak tangan untuk ambil parang sedar-sedar tangan dah berdarah.


Lumpur kering kat siling. Air tenggelam lebih aras siling dapur.

Bukan senang nak cuci hingga tahap macam ni..Lumpur tebal sangat

Ini kisah kami. Lepas episod banjir, datang pula episod cirit birit dan batuk. Pasca banjir katanya.

Walaupun banyak kerugian harta benda dan wang, namun kami tetap bersyukur sebab kami semua selamat.



Friday, 3 January 2020

Kenangan Banjir Kuning 2014 Kelantan, Kg. Kerilla Part 1

January 03, 2020 0 Comments
5 tahun dah berlalu.. tapi kenangan banjir kuning 2014 di Kelantan tetap terpahat dalam memori kami sekeluarga. Lama dah simpan dalam fon dan facebook je, tetiba terfikir nak simpan dalam blog juga. Suatu hari nanti, bila anak-anak dan besar diorang boleh baca kisah ni.

Kejadian banjir kuning 2014, tak disangka-sangka kampung kami pun kena. Masa ni, semua kampung yang terletak tepi sungai Kelantan memang terjejas teruk kecuali beberapa tempat yang sangat tinggi.

Rumah mak cuma lebih kurang 600 meter dari sungai. Tak pernah kena banjir. Tapi kali ni, berbeza.


Isnin 22 Disember 2014


Pagi ada temujanji dengan pakar tulang di hospital daerah Tanah Merah untuk rawat tangan Hazim patah. Kami selamat pergi dan balik walaupun ada area yang terpaksa harung air.

Petang tu hujan lebat agak reda, cuma hujan rintik-rintik jadi kami bawa anak-anak naik kereta kononnya nak tengok air sungai di jeti Temangan. Hazim dan Haziq umur 4 tahun.

Dalam perjalanan pergi, lebih banyak tempat yang kami terpaksa harung air lintas jalan. Air sikit punya laju, hingga kan kadang tu terpercik ke tingkap. Orang ramai keluar tengok air dah macam pesta. Budak-budak lagi la seronok dapat main banjir.

Masa tu langsung tak terfikir, yang mengalir deras atas jalan tu sebenarnya adalah air sungai yang dah melimpah!

Di jeti Temangan, kami dapat pemandangan yang sangat luar biasa. Pondok di atas tangga jeti dah tak kelihatan! Dah tenggelam dek air sungai yang sangat besar. Beberapa rumah, pasar dan lot kedai tepi jalan pun dah tenggelam.


Selasa, 23 Disember 2014


Jalan nak keluar ke bandar dah tertutup sepenuhnya. Semua penduduk kampung dah terkepung.

Malam tu tengok berita banjir makin teruk di negeri Kelantan. Rantau Panjang, Gua Musang. Ada juga disebut tentang fenomena air pasang. Tapi kami sekeluarga tengok berita macam tengok drama je lah. Langsung tak terfikir nak bertindak sebagai langkah berjaga-jaga.

Mak cakap, kampung kita tak pernah kena banjir. Paling teruk pun banjir 1960-an, rumah Nyanya (nenek mak) naik paras tangga je. Lega.

Malam tu kami tidur lena. Tapi terjaga sebab hujat lebat kedengaran lain macam.


Rabu 24 Disember 2014


Dalam pukul 6 pagi, nenek saudara Tokcik Nab datang rumah bagitau cepat-cepat pindah, air sungai naik!! Rumah jiran kami ada yang dah dinaiki air. 

Mak cakap, polis ada call suruh pindah pergi pusat pemindahan banjir iaitu di sekolah. 

What!!!

Macam mimpi... serius rasa macam mimpi. Solat subuh pun tak boleh khusyuk.

Dalam fikiran, banjir sikit je ni kot.. mungkin paras betis je. Kawasan ni tinggi, mana mungkin banjir. Takde dalam sejarah tempat ni boleh banjir macam dalam berita semalam tu.

Jadi, kebanyakan barang-barang kami cuma angkat letak atas katil, atas kerusi. Stok Shaklee jana letak dalam kotak, atas almari. Baju ambil 2-4 helai sorang, berus gigi dan beberapa dokumen penting. Macam nak pergi vacation tu. Ya, betul-betul macam nak pergi melancong.


Jam 7 pagi. 


Air dah sampai ke pintu rumah. Jana terperasan, separuh bahagian air warna kuning macam air teh separuh lagi air warna kehijauan. Mimpi ke aku ni? Nak tanya orang tapi mulut macam terkunci. Sibuk pulak alih barang rumah.

Sekarang baru tau, air yang warna macam teh susu tu air sungai melimpah manakala air kehijauan tuh tu air hujan yang melimpah dari parit bertembung di rumah kami. SUBHANALLAH

Bahagian porch rumah. Air diluar paras buku lali orang dewasa

Tepi dapur.. air kehijauan dah bercampur dengan air kuning

Belakang rumah



Masa ni duk fikir macam mana nak selamatkan anak-anak. Anak-anak dah jadi perkara utama. Jadi rasa macam nak cepat-cepat keluar dan pergi ke tempat pemindahan sementara.


Depan rumah lebih kurang jam 8.. air paras betis orang dewasa


Jam 10 pagi 


Kami semua dah selamat sampai di tingkat 2 bangunan sekolah. Masa kami naik ke situ, cikgu tempatkan kami di surau. Alhamdulillah. Anak-anak selamat tapi fikiran serabut fikirkan rumah dan kereta pulak.

Jam 11 pagi hujan berhenti.Suami balik sekejap sebab nak ambil beberapa lagi barang penting, tengok-tengok air dah paras dada. Cepat betul air naik walaupun tak hujan.

Hingga ke jam 6 petang, air terus naik ke paras bumbung.

Masa ni kami baru sedar, banjir kali ni bukan banjir biasa. Tapi luar biasa belum ada dalam sejarah.


Kereta dan nampak bumbung je..



Kami tinggal di pusat pemindahan ni selama 4 hari, bab makan minum malas nak cerita detail. Sangat daif dan menyedihkan. Takde letrik dan bekalan air bersih. Air kuning itu lah yang kami guna untuk makan minum, mandi, berwuduk, bersuci dan gosok gigi... sanggup?

Allah memang nak uji kesabaran.

Kami sekeluarga dan beberapa keluarga lain sama-sama masak, makan apa yang ada. Bila ingat balik, banyak sangat nikmat yang Allah dah beri. Dia nak uji sikit je berbanding orang lain di negara-negara bergolak nun..


Bersambung PART 2 DISINI


Sunday, 5 March 2017

Ada apa dengan Mr.Bean?

March 05, 2017 0 Comments
Perasan tak, movie 'Mr. Bean Holiday' tu sebenarnya penuh maksud tersirat??

HazimHaziq minat nau-nau movie tu. Sehari dlm 2-3 kali duk ulang (masa tu pakai astro byond-boleh rekod). Maka jana pun terpaksa la jugak layan sekali. Berulang-ulang kali sebab tak boleh tengok channel lain.. 

Sekali dua tengok, macam takde apa pun. Lawak je. Lama kelamaan, dah tengok dengan mata hati baru nampak maksud yg dibawa tu.

Antara maksud tersirat tu:

📍 Sentiasa ada target terhadal apa yang diingini dan yakin boleh. Mr. Bean ni memang target nak 1st prize je masa charity tu, dia datang pun tepat masa nak announce hadiah utama dah iaitu percutian ke Cannes di Perancis, duit poket dan kamera video..YAKIN.

📍 Buat vision. Sebelum start trip ke Italy dia dah siap lukis peta & pantai Cannes dalam buku nota kecilnya yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Lengkap dgn train tracks dan tempoh masa perjalanan lagi.. WELL PREPARED

📍 Tidak berputus asa. Walau terpaksa jalan kaki, naik basikal, melencong ke tempat lain, Mr. Bean tak habis2 dengan kompas hala ke Cannes..orang tanya la apa pun, jawapan dia; Cannes.. takdenye nak berhenti atau patah balik. KEINGINAN TIDAK BERUBAH-UBAH, KUAT SEMANGAT.

📍 Luaskan network. Dari pergi sorang-sorang, akhirnya sampai Cannes bersama ramai kawan2 baru. ENJOY EVERY MOMENTS UP & LOW.

Movie Mr. BEAN'S HOLIDAY ni beri inspirasi pada jana supaya sentiasa berfikiran positif, jangan pernah berputus asa walau halangan bertimpa-timpa, luaskan network, mesti rajin buat vision board, jangan takut/malu nak cuba benda baru & banyak lagi...

Lawak memang lawak. Tapi lawak ada isi, ada nilai2 moral. Gitchu...

#tsunamishaklee
#adrenalinG3
#liveamazing
#kerjadarirumah
#bisnesonline

Sunday, 26 February 2017

Syurga itu mahal

February 26, 2017 0 Comments
Bila disebut syurga itu mahal, bukan bermakna syurga itu hanya orang yang kaya je yg boleh masuk. Tapi itu bermakna, syurga itu standardnya sangat tinggi. Bukan mudah untuk masuk syurga

Oleh itu kita sebagai manusia;

Jangan buat kerja/urusan cincai2
Jangan buat ibadah sambil lewa
Jangan keliru akan tanggungjawab sendiri
Jangan jalankan tanggungjawab ala kadar

Jom kita buat yg terbaik, kusyuk & usaha sungguh-sungguh dalam segala urusan hingga layak masuk syurga Allah.. aamiin

#liveamazing #tsunamishaklee #shakleeeffects #adrenalinG3 #bisnesonline #kerjadarirumah

Follow Instragram Jana_Hazana