Monday 9 December 2013

# Al-kisah

MARI BERKENALAN; INI KISAH SAYA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 1
*********************************************************************************

Nama glamor saya Jana. Ini panggilan dari kawan-kawan saya sejak saya di tingkatan 1. Masa tu baru masuk asrama MRSM, so dapat ramai kawan baru. Bila berkenalan, orang tanya nak panggil apa saya pun cakap; "buleh panggil saya Zana" tapi sekejap je, sedar tak sedar tak lama selepas itu jadi "Jana" pulak. Faham-faham lah orang Kelantan, dialek kami biasanya kalu huruf Z akan ditukar jadi J..boleh lah..ok what..tu lah asal-usul nama glamor saya.

Masa mula-mula masuk kerja, ntah camana boleh jadi bahan gossip lak dengan hamba Allah ni. Masa tu dia senior saya kat ofis, biasalah pergi lunch bersama ramai-ramai..itu pun kadang-kadang je. Kebetulan nama dia kat depan J bila sambung dengan nama saya jadi "Jana" jugak..kecoh jugak masa tu rasanya sebab diorang kata kami gabung nama. Alahai...Nak dijadikan cerita rupanya jodoh kami memang panjang..Sekarang dah nak masuk 7 tahun kami diijabkabulkan dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Alhamdulillah.

Sesuai dengan nama saya, saya adalah seorang penjana. Penjana pendapatan dari rumah. Bila dah resign, mula-mula je seronok pastu dah jadi mati kutu pulak jadinya duduk rumah. Maklumlah, dah biasa dengan dunia kerjaya yang sibuk, tiap-tiap hari sangkut dalam jem tetiba duk umah 24jam. Anak-anak pulak dah pandai buat hal sendiri, so duduklah saya dalam rumah dengan rutin harian; masak, mengemas, anak-anak, masak, mengemas, anak-anak...lama-lama benda tu dah jadi macam kacang, sekejap je dah settle. Pastu tercongok depan TV..aduhai..lama-lama boleh beku otak tau...Hingga lah pada suatu hari, dibukakan pintu hati saya untuk join member Shaklee. Saya fikir, apa salahnya bukan susah pun. Tunggu nak buat marketing je..Bila dah cuba, apa lagi..dapat jana income..ok what...duk umah pun boleh pegang duit sendiri..I LIKE


pengedar shaklee
Masters by August 2014

p/s: Jika berminat nak jana pendapatan dari rumah macam saya, meh sms 017-3125484 atau add friend kat facebook https://www.facebook.com/jana.hazana

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana