Friday, 13 December 2013

# B-Complex # Diabetes Semasa Hamil

KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG RISIKO TERHADAP IBU DAN BAYI

Kencing manis semasa mengandung kalau boleh kita tak nak ye..
Mengapa? Sebab ia memudaratkan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan dan boleh berterusan hingga bersalin dan hingga bayi itu membesar! Susah la kan..kita ni seboleh nya inginkan yang paling selamat dan sempurna bukan?? Kencing manis ketika hamil tinggi risikonya terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan semasa dan selepas kelahiran sebab tu tak boleh diambil ringan. Mencegah dan mengatasi kencing manis ketika mengandung adalah perlu.

Sebab tu masa mengandung ramai ibu-ibu kene minum AIR GULA! Sebab doktor nak tau toleransi tubuh kita terhadap gula...itu salah satu cara nak kesan masalah kencing manis semasa mengandung supaya senang nak mengawal dan merawatnya.

Kencing manis ketika mengandung turut dipanggil GDM. Jom tengok antara risiko dan kesan penyakit kencing manis semasa mengandung terhadap ibu dan bayi ~~~

Kesan kencing manis semasa mengandung pada ibu hamil;
  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.
Kesan kencing manis semasa mengandung pada bayi;
  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.

diabetes ketika hamil


Sebelum kita menjurus ke arah cara mencegah dan mengatasi kencing manis semasa mengandung, jom tambah ilmu pengetahuan terlebih dahulu mengenai bagaimana kencing manis semasa hamil (Diabetes Gestasi) boleh berlaku.

Semasa hamil, tubuh sepatutnya akan menghasilkan insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Jika tubuh gagal menghasilkan insulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Itu lah yang menyebabkan kencing manis dikalangan ibu-ibu mengandung.

Ni dia gambaran camana saiz bayi boleh membesar didalam kandungan jika ibu hamil menghidap kencing manis tidak mengawal masalahnya kencing manisnya.

kencing manis ketika mengandung


Eh, apakah insulin ni?????
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang berfungsi mengawal dan memetabolisme kan gula dalam darah (blood glucose). 

Dalam kebanyakan kes, kencing manis semasa hamil ni akan hilang selepas bersalin. Tapi jangan terlalu sedap hati ye, sebab anda berisiko untuk menghidap kencing manis tahap 2 pulak...naik pangkat gitu.

Siapa yang berisiko untuk mengalami kencing manis semasa mengandung??
  • Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan. Makan untuk 2 orang katanya...
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg atau lebih.
  • Sejarah penyakit kencing manis dalam keturunan.
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu yang hamil ketika berusia lebih 35 tahun.

Tanda-tanda kencing manis semasa mengandung???
  • Sering keletihan
  • Acapkali membuang air kecil
  • Sering dahaga yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka atau lebam yang lambat sembuh


Cara untuk mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung ialah dengan mengawal diet dan lakukan senaman. Diet yang disarankan ialah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik (HDL)

Dalam 10-20% kes kencing manis semasa mengandung, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu ibu perlu ambil suntikan insulin untuk kawal tahap gula dalam darah.

Vitamin Shaklee yang boleh membantu ibu-ibu hamil mencegah dan mengawal kencing manis semasa mengandung adalah Set Hamil. Namun jika ibu-ibu inginkan yang lebih bajet, boleh lah ambil vitamin shaklee untuk kencing manis semasa mengandung seperti berikut

diabetes semasa hamil

  1. ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin berkualiti tinggi rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu ibu mengawal pemakanan dan mengawal paras gula.
  2. BComplex (120 biji ~ RM53.75) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.
  3. Vitalea (120 biji ~ RM88.75) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka, zat besi untuk pembinaan sel darah merah.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


Testimoni pengguna vitamin shaklee untuk kencing manis semasa mengandung
#1

diabetes semasa hamil

Testimoni #2

diabetis semasa hamil


Bagaimana nak dapatkan vitamin yang bantu pemakanan ibu hamil seterusnya mencegah dan mengawal kencing manis semasa hamil ni? Anda boleh order terus melalui Shaklee dengan klik pada butang order dibawah. Tapi jangan lupa untuk hubungi saya untuk dapatkan cara makan dan konsultasi secara ekslusif.


Baca: Mengenal pasti dan mencegah praeklampsia semasa hamil

Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Sila hubungi saya ditalian berikut

pengedar shaklee gombak dan sentul



Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via Poslaju & GDex



**************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kencing manis @diabetes bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah ! Mari kita
    lihat bagaimana masalah diabetes ini boleh terjadi dan apakah cara terbaik untuk
    mengatasinya.
    Tips Atasi Masalah Kencing Manis

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana