Monday, 29 September 2014

# ESP # Ostematrix

MENGENAL PASTI DAN MENCEGAH PRAEKLAMPSIA SEMASA MENGANDUNG

Selalunya ramai customer datang pada saya untuk Set Kencing Manis Semasa Mengandung, tapi sejak kebelakangan ni, ada pula yang mula bertanyakan vitamin Shaklee untuk membantu mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi semasa mengandung atau secara spesifiknya praeklampsia. Jadi kali ni saya nak berkongsi tentang mengenal pasti dan mencegah tekanan praeklampsia semasa mengandung supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana yang mungkin sedang mencari jalan penyelesaian.

Sebab tu setiap kali pergi chekc-up tekanan darah ibu-ibu mengandung akan diperiksa. Ia penting untuk mengenal pasti sekiranya ada masalah dengan tekanan darah. Tekanan darah dengan bacaan 140/90 atau lebih, dicatat 2 kali dalam masa yang berbeza adalah dikira tidak normal.


praeklampsia


Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang praeklampsia, jom kenal pasti jenis-jenis tekanan darah tinggi semasa mengandung;
  • Hipertensi sedia ada ~ Tekanan darah tinggi yang sudah ada sejak sebelum kehamilan
  • Hipertensi Gestasi ~ Tekanan darah tinggi yang terjadi selepas 20 minggu kehamilan.
  • Pra-eklampsia 

Mengenal pasti praeklampsia

Praeklampsia adalah kompilasi semasa mengandung. Punca sebenar tidak diketahui namun pakar-pakar percaya ia bermula dari plasenta (uri). Pada awal kehamilan, salur-salur darah yang baru akan dibina untuk membekalkan darah kepada plasenta. Namun bagi mereka yang mengalami praeklampsia, salur-salur darah tidak dibina dengan sempurna. Lebih sempit dari salur darah normal dan memberikan tindak balas berbeza terhadap isyarat hormon. Keadaan ini menyebabkan jumlah darah yang dapat melaluinya adalah terhad.

Tanda-tanda utama praeklampsia ialah tekanan darah yang tinggi disertai dengan kehadiran protin dalam air kencing (protinuria) biasanya selepas 20 minggu kehamilan. Ia juga boleh melibatkan bengkak (sembap) yang berlaku secara tiba-tiba pada kaki dan tangan dan berat badan yang meningkat secara mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh dan protin dalam air kencing. Praeklampsia boleh mengganggu organ-organ penting seperti otak, buah pinggang, darah termasuk paru-paru. Sebab tu pesakit akan turut mengalami;

  • Sakit kepala yang teruk
  • Gangguan penglihatan termasuk sensitif pada cahaya
  • Sakit pada bahagian perut biasanya sebelah kanan bawah tulang rusuk 
  • Loya-loya dan muntah
  • Air kencing sedikit
  • Pernafasan yang pendek 
  • Pengurangan paras platelet dalam darah (agen pembekuan darah)

Risiko praeklampsia ialah:

Mengurangkan aliran darah ke plasenta maka ini akan menyekat bekalan oksigen dan nutrisi kepada bayi. Ini akan mengganggu tumbesaran bayi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang.

praeklampsia



Plasenta terpisah dari dinding uterus (placental abruption) sebelum sampai waktu bersalin. Ini boleh mengakibatkan kerosakan pada plasenta dan menyebabkan pendarahan.


praeklampsia


Jika dibiarkan tanpa rawatan rapi, praeklampsia boleh melarat menjadi eklampsia yang boleh menyebabkan sawan atau konvulsi yang boleh menjurus kepada koma dan meragut nyawa. Eklampsia lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.


Siapakah yang berisiko
  • Kehamilan pertama
  • Ibu mengandung berusia lebih 40 tahun
  • Mempunyai tekanan darah tinggi sebelum kehamilan
  • Mempunyai masalah kencing manis
  • Obesiti
  • Mempunyai sejarah praeklampsia pada kehamilan sebelum ini
  • Mempunyai sejarah keturunan yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Kehamilan kembar

Mencegah praeklampsia

Cara yang terbaik ialah pastikan ibu mengandung menghadiri temujanji antenatal sejak dari awal kehamilan. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dapat mengesan tanda-tanda awal praeklampsia.

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan manusia serta komponen utama kepada hormon. Kekurangan protin boleh menjurus kepada masalah penghasilan darah, organ dan hormon. 

Kalsium telah terbukti dapat membantu mencegah praeklampsia bagi sesetengah wanita.

Kebaikan ESP (Energizing Soy Protin)
  • Dihasilkan dari kacang soya yang tidak diubah genetik (non-GMO)
  • Satu-satunya produk soya dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Membekalkan asid amino yang penting untuk membina otot, darah, organ, kulit dan lain-lain.
  • Tidak mengandungi bahan sintetik, pewarna dan perasa tiruan.
  • Membekalkan tenaga
  • Rendah Indeks Glisemik
praeklampsia



Kebaikan Shaklee Ostematrix

  • Merupakan suplemen kalsium yang paling seimbang kandungannya dan memastikan penyerapan 99%.
  • Lengkap dengan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, boron, zink, kuprum dan mangan.
  • Membantu ibu hamil mengatasi masalah kejang kaki
  • Bagus untuk pembinaan tulang dan gigi janin
praeklampsia



Sekiranya anda dikalangan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat praeklampsia, adalah disarankan untuk mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee yang tersebut dari awal. Mencegah adalah jauh lebih baik dari merawat.

Untuk order atau pertanyaan sila wassap/sms/call saya disini. 

praeklampsia




1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana