Sunday 29 December 2013

# Al-kisah

TEMPAT MAKAN BEST

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 14
*********************************************************************************

Kriteria utama bagi saya kalu bab kedai makan ni ialah;
1. Makanan mesti sedap
2. Servis yang cepat
3. Tempat yang selesa untuk seisi keluarga
4. Tentulah harga yang berpatutan

Saya dan suami bukan lah jenis yang jalan-jalan cari makan. Bukan yang sanggup sesat untuk ke kedai makan yang tak pernah kami pergi. Bukan jenis yang sanggup menanggung risiko hidangan yang terlalu mahal atau tak sedap. Bila ada keluar dikaca TV rancangan makan-makan, biasanya kami akan pergi yang berhampiran je..

Bagi saya, kalau nak makan makanan Thai, tempat yang kami akan tuju ialah kedai Wira Seafood di Batu 8, Gombak. Jalan lama nk pergi Karak tu..Kat situ, pelayan dia pun cakap ada telo siam tau...Menu seperti Mangga Pulut, Kerabu Su'un (betul ke ejaan ni), Tom Yam Poktek, Ikan Masak Stim biasanya akan jadi pilihan kami..Yang lain seperti Tomyam, sup tulang, Ikan Masak 3 Rasa, Paprik pun sangat memikat selera.

Lagi, anak-anak saya suka kari. Saya dan suami pulak penggemar kari kambing. So, kalau nak makan tengahari makanan Mamak kami akan ke Sentul Curry House dekat Jalan Ipoh. Selain pilihan nasi putih biasa, nasi putih kukus India dan 3 jenis beriyani juga ada beraneka jenis lauk pauk. Memang rambang mata, memang mengiurkan..dan yang penting sedap.

Kalau bukan ke SCH, kami ke Deen kedai mamak dekat sebelah Public Bank Gombak Idaman. Kari kambing dia memang fuyyoo.....

Kadang-kadang bila teringin nak makan western kami akan ke Kampung Baru, HR Steakhouse. Kenapa kat situ best bagi kami? Sebab lebih murah, sedap dan hidangan dia penuh pinggan..Bukan macam sesetengah kedai yang sejemput-sejemput je hidangan dalam pinggan tu. Presentation katanya..No no no, kami tak kesah tentang presentation, yang paling penting bagi kami ialah kualiti dan kuantiti..

Banyak lagi tempat yang best nak makan makanan seperti sate, char koey teow, nasi lemak. Semua pun area KL ni je..Tapi kalau ada yang lebih baik yang menepati kriteria kami, saya akan cerita lagi. Setakat ni, belum jumpa lagi tempat seafood yang memuaskan hati saya.

2 comments:

  1. Hi! Blogwalking here! :)
    Nice! Post yang simple & jelas! :D

    ReplyDelete
  2. setuju sgt dengan 4 kriteria tu..
    licha suka dessert. so memng kalau sedap selalu je pergi

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana