Thursday, 1 August 2013

# Gemuk

INFO: GEMUK ~

Kali ni saya nak cerita pasal pengumpulan lemak yang mengakibatkan GEMUK. Mungkin ada yang tak tau, so lepas baca entry ni boleh jadi tau..Tambah ilmu pengetahuan..

Tahukah anda setiap manusia dijadikan dengan lemak diseluruh tubuh?
Lemak ini dipanggil tisu adipos dan ia berada pada seluruh tubuh. Tisu adipos ni merupakan tisu-tisu yang berada di:
  • Bawah kulit
  • Yang menyeliputi organ-organ
  • Sum sum tulang 
  • Payudara

Tisu tersebut dibina dari sel-sel lemak yang berfungsi menyimpan tenaga tetapi dalam bentuk lemak.  Pendek kata, lemak berada diseluruh tubuh kita. Bukan pada perut atau paha atau bawah dagu sahaja..Untuk makluman, penyimpanan lemak pada bahagian-bahagian tubuh adalah berbeza pada setiap individu.

Oleh itu bila menyebut tentang membuang lemak dikawasan tertentu contohnya pada bahagian perut sahaja itu berbunyi agak janggal dan mungkin hanya boleh dilakukan melalui pembedahan kosmetik.


PENGUMPULAN LEMAK

Pada wanita kebiasaannya lemak mudah terkumpul pada bahagian punggung dan paha yang menghasilkan bentuk tubuh seperti buah pear.

Pada lelaki kebiasaannya lemak mudah terkumpul pada bahagian perut

Pengumpulan juga terjadi dikawasan-kawasan spesifik lain seperti
  • Bahagian atas lengan
  • Abdomen iaitu disekitar pusat
  • Pinggul
  • Dada
Kajian ada menunjukkan kegemukan dipengaruhi faktor jantina dan etnik. Sebagai contoh, lelaki mempunyai peratusan lemak yang lebih rendah berbanding wanita. Golongan dewasa di Asia lebih cenderung untuk mengalami pengumpulan lemak pada organ tubuh dan obesiti pada bahagian tengah tubuh.



CARA UNTUK MENGHILANGKANNYA

Setiap individu yang gemuk boleh menghilangkan lemak dan menurunkan berat badan tetapi memerlukan komitmen dan keinginan yang tinggi. Ia juga memerlukan cara yang betul supaya mendapat hasil yang memuaskan dan dalam pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

Walaubagaimanapun, menghilangkan lemak hanya pada bahagian-bahagian tertentu adalah mustahil.



KURUS CARA SHAKLEE

Shaklee ada menyediakan beberapa set plan yang bergantung pada keperluan seseorang itu. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, kena tahu jenis-jenis gemuk anda. Contohnya, gemuk akibat suka makan makanan berlemak, atau gemuk akibat hormon, ataupun gemuk akibat rendah metabolisme atau kurang aktiviti fizikal.

Bila dah tau akar umbi baru lah mudah untuk menetapkan set yang mana lebih sesuai.

Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee untuk kurus atau turunkan berat badan boleh hubungi saya


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana