Baru ni kecoh dimedia pasal isu meroyan yang telah meragut nyawa seorang ibu yang baru 10 hari bersalin. Ketika ini, jika ada yang buka mindanya akan sedar bahawa meroyan bukan sekadar masalah kecil yang boleh dilupakan atau disembunyikan sendirian, tetapi ia boleh melibatkan nyawa! Pada jana, jangan duk seronok sangat judge orang lain. Meroyan adalah sesuatu yang diluar jangkaan.
Apa itu meroyan
Kebanyakan ibu baru bersalin akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan emosi. Perasaan bercampur baur seperti rasa gembira, ada rasa takut, ada rasa trauma, ada rasa penat dan macam-macam lagi. Biasanya mereka akan mengalami perubahan mood, keliru, sering muram, tak lena tidur, hilang selera makan dan kadangkala menangis tanpa sebab. Ini biasanya akan berlaku sehari dua selepas bersalin dan hilang dalam masa yang singkat. Ini lebih dikenali sebagai baby blues.
Namun sesetengah mereka ada yang mengalami tekanan perasaan yang lebih teruk dan berpanjangan. Ini lah yang dipanggil meroyan atau postpartum depression. Ia sama macam baby blues tapi lebih parah hingga menganggu kemampuan ibu untuk menjaga bayi sendiri.
Simptom-simptom meroyan
Biasanya bermula seawal beberapa minggu selepas bersalin. Namun boleh juga bermula lebih lewat iaitu hingga ke 6 bulan selepas melahirkan.
- Tekanan perasaan dan perubahan mood yang keterlaluan
- Sering menangis dengan teruk
- Sukar/tak boleh bersama bayi yang baru dilahirkan
- Mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan
- Hilang selera makan. Atau terlalu berselera makan lebih dari kebiasaan.
- Tak boleh tidur. Atau terlalu banyak tidur lebih dari kebiasaan.
- Rasa teramat letih, fatigue
- Makin kurang berminat atau menikmati perkara-perkara yang sebelum ni amat digemari
- Mudah berasa kecewa, mudah marah dan mengamuk
- Perasaan takut tak mampu jadi ibu yang baik terlalu berleluasa
- Memikirkan perasaan diri tak berguna, malu, rasa bersalah, tak mampu jadi ibu yang baik
- Kebolehan untuk berfikir dengan jelas, fokus dan membuat keputusan mula semakin lemah.
- Kekeliruan yang teruk dan serangan panik.
- Cenderung untuk mencederakan bayi dan diri sendiri.
- Sering memikirkan tentang kematian dan bunuh diri
Gejala meroyan jika tak dirawat dengan sempurna boleh berlarutan hingga kebeberapa bulan, malah lebih lama.
Ada juga keadaan yang dikenali sebagai depression psychosis yang terjadi dalam masa seminggu selepas melahirkan anak. Situasi ini jarang berlaku namun ia jauh lebih parah dari meroyan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:
- Keliru dan keadaan mental tak stabil
- Terlalu obses memikirkan tentang bayi yang dilahirkan
- Berhalunisasi dan percaya sesuatu yang tidak benar. Contoh: ada orang nak ambil baby dia
- Gangguan tidur
- Paranoia
- Cuba mencederakan diri sendiri dan bayi
Depression psychosis boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berlarutan dan memerlukan rawatan dengan segera.
Meroyan boleh terjadi pada mana-mana kelahiran, tak semestinya pada ibu yang melahirkan anak pertama saja. 11 fakta risiko meroyan dikalangan ibu-ibu baru bersalin:
- Ada sejarah masalah tekanan mental. Samada semasa hamil atau sebelum.
- Ada masalah bipolar diorder.
- Pernah mengalami masalah meroyan ketika kelahiran sebelum ini.
- Ada ahli keluarga terdekat yang mengalami meroyan atau masalah mental/mood tak stabil.
- Pernah mengalami stress yang melampau sebelum ini seperti kompilasi ketika hamil, penyakit, kehilangan kerja
- Anak yang dilahirkan mengalami masalah kesihatan atau cacat.
- Mengalami kesukaran menyusukan bayi.
- Mengalami masalah rumahtangga atau dengan pasangan hidup.
- Tidak mempunyai sokongan yang sewajarnya.
- Sedang mengalami masalah kewangan
- Kelahiran yang tidak dirancang atau tidak diingini.
Tidak diketahui punca khusus mengapa atau bagaimana meroyan terjadi. Namun, emosi dan perubahan fizikal sedikit sebanyak turut memainkan peranan
- Emosi. Bila seseorang mengalami masalah tak cukup atau terlebih tidur, ia akan mengganggu keupayaan mereka untuk menangani walaupun masalah kecil. Mereka akan keliru tentang keupayaan sendiri untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan. Mereka ini juga merasakan diri tidak lagi menarik, bergelut dengan perasaan sendiri dan rasa hilang kawalan dalam kehidupan.
- Perubahan fizikal. Selepas melahirkan bayi, akan berlaku perubahan hormon (progesteron dan estrogen) yang mendadak, hormon-hormon lain yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid mungkin turut menurun dengan mendadak sekaligus menyebabkan rasa letih dan lesu, tidak bertenaga seterusnya mengundang rasa tertekan.
Nasihat jana, jika ada ibu-ibu bersalin yang rasa tertekan atau mengalami simptom-simptom tadi, segera lah dapatkan bantuan. Berbincang lah dengan suami, ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja yang terdekat atau berjumpa doktor. Jangan malu untuk berterus terang. Suami dan keluarga juga perlu faham keadaan ibu yang baru bersalin adalah sangat fragile emosi dan fizikalnya.
Baca: Tip luka bersalin cepat sembuh
Baca: Tip luka bersalin cepat sembuh
Pastikan ibu-ibu berehat dan tidur secukupnya. Ada pentingnya mengapa ibu-ibu perlu berpantang dalam segala benda, tak boleh itu tak boleh ini. Tak perlu lah menyibukkan diri dengan facebook atau media social lain yang mungkin boleh menyebabkan ibu-ibu rasa tersinggung atau tertekan.
Akhir sekali yang paling penting, jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita miliki seadanya. Bangga lah kerana memiliki, tak perlu tunggu orang puji.
Salam sayang, Jana
Salam sayang, Jana
bagus perkongsian ini.. seharusnya sentiasa menjaga emosi agar sentiasa positif walau apa pun ujian yang menimpa.. bahaya jika biarkan diri dalam kesedihan, macam-macam boleh berlaku..
ReplyDeletesebab tu masa pantang kena jaga ibu tu elok2. bukan lama mana pun kena jaga dia. 44 hari sepanjang tempoh berpantang je kan. ibu yang berpantang tu sendiri pun kena extra jaga diri :)
ReplyDeleteTQ atas perkongsian ni sis... tempoh berpantang memang kena extra jagai diri kan... org2 sekeliling kena memahami..terutama suami sendiri.... :)
ReplyDelete