Dulu jana boleh dukung mereka serentak, kiri & kanan. Sekarang jangan kan nak dukung, riba sorang pun rasa kemek dah paha. Walaupun kurus, Alhamdulillah mereka telah membesar bagai juara! Hehehe...Tapi risau jugak bila fikirkan adakah Hazim&Haziq dah capai tahap perkembangan yang sewajarnya? Membaca pun belum pandai apatah lagi nak menulis?
Kali ni jana nak kongsi milestone untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Apa yang anak-anak perlu bersedia untuk menghadapinya dan sebagai panduan kepada ibubapa supaya dapat pastikan perkembangan anak-anak tak ketinggalan jauh dan tak terlalu memaksa anak-anak untuk capai tahap perkembangan tertentu.
Perkembangan bentuk fizikal
- Pada usia 6 tahun mereka akan dapat gigi baru; tumbuh gigi geraham. Kadang-kadang nak tumbuh gigi ni boleh membawa demam. Itu normal asalkan demam tak melarat dan ada-ada simptom-simptom lain.
- Gigi susu mula tanggal. Walaupun gigi susu tu masih elok, ia tetap akan tanggal untuk beri laluan kepada gigi tunggal tumbuh.
- Pertambahan ketinggian dan berat badan
Ketika ini ibubapa perlu menitikberatkan pemakanan anak-anak yang sihat & seimbang. Pastikan anak-anak mengambil cukup nutrisi seperti kalsium, zink, vitamin dan mineral lain untuk galakkan tumbesaran yang sihat. Latih mereka untuk mengutamakan makanan sihat dari rumah berbanding makanan segera.
Perkembangan kemahiran berfikir (kognitif)
- Faham konsep bilangan dan boleh mengira.
- Boleh beritahu umurnya sendiri
- Mula pandai meluahkan sesuatu dengan baik melalui percakapan. Keinginan, rasa marah, rasa ingin tahu dan sebagainya.
- Mula faham konsep sebab dan akibat contohnya tidur lewat malam akan mengakibatkan mengantuk untuk bangun awal pagi.
- Belajar menulis
- Faham konsep masa
Apabila si 6 tahun sudah mula pandai bercerita, meluahkan sesuatu, suka bertanya kita sebagai ibubapa mesti berperanan sebagai pendengar dan pemberi jawapan yang efektif. Beri respon dan tunjukkan minat untuk mendengar apa yang mereka ceritakan. Ini sangat membantu perkembangan kognitif mereka dan merapatkan anak-anak dengan ibubapa.
Lagi satu, jika anak-anak umur 3-5 tahun sangat liat nak belajar menulis dan mengira jangan la kita terlebih risau ye. Itu normal tambahan lagi budak lelaki.
Perkembangan emosi dan sosial
- Masih rasa takut benda yang sama ketika usianya 5 tahun ke bawah seperti takut binatang besar, takut serangga, takut ditempat asing, takut ditinggal keseorangan di dapur.
- Ingin mak & ayah bermain bersama mereka.
- Bermain menggunakan fantasi dan imaginasi.
- Menganggap diri sebagai abang/kakak yang bertanggungjawab menjaga adik kecil.
- Lebih gemar bermain dengan rakan sepermainan sama jantina.
- Mula faham perasaan orang lain (empati), dengan dorongan dan tunjuk ajar dari ibubapa dan cikgu. Namun mereka masih fokus terhadap diri sendiri.
- Mula pandai berlawak jenaka. Suka tengok & buat aksi jenaka.
Sebagai ibubapa, pastikan dapat luangkan masa sebanyak mungkin dengan si 6 tahun seperti bermain bersama, membaca buku bersama, berkelah dan sebagainya. Sekali sekala sertai imaginasi mereka ketika bermain. Raksasa perosak pokok, puteri elsa, anggota robocar. Jangan lupa semaikan nilai-nilai murni dan harga diri pada mereka. Jangan terlalu memaksa, jangan terlalu tegas dan jangan biarkan mereka terlalu banyak luangkan masa lapang keseorangan.
Perkembangan daya bercakap
- Kebanyakan anak-anak berusia 6 tahun mampu menceritakan semula rancangan tv kegemaran yang telah ditonton, aktiviti yang telah dijalankan di sekolah dengan baik.
- Mampu bertutur dengan baik. Tidak pelat, penggunaan ayat yang betul.
- Boleh mengeja nama sendiri, menulis beberapa abjad dan nombor.
- Boleh membaca beberapa perkataan mudah.
Ibu bapa berperanan untuk beri pendedahan yang baik untuk si 6 tahun. Tunjukkan contoh yang baik seperti menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan, rajin belajar dan bercakap menggunakan bahasa yang betul.
Tugasan mudah di rumah yang sesuai untuk anak-anak umur 6 tahun:
Umur 6 tahun, dedahkan mereka dengan amalan membaca al-quran, berpuasa, solat berjemaah, amalan sedekah, rajin memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Tekankan konsep belajar dalam keriangan supaya anak-anak dapat membesar dengan riang ria sambil jiwanya penuh dengan perkara positif.
Biasakan mereka dengan amalan berjimat cermat dan menghargai apa yang ada..
Tahun depan Hazim & Haziq dah 6 tahun. Manjanya bukan main lagi. Makan bersuap, tidur kena peluk, naik kereta duk atas riba. Pening jugak kami dibuatnya. Hampir 100% orang yang jana jumpa bagitau, ubat untuk kurangkan manja mereka adalah; beri adik
Salam sayang, Jana
Tugasan mudah di rumah yang sesuai untuk anak-anak umur 6 tahun:
- Mengutip sampah,
- Lipat selimut dan kemas katil
- Membantu membersihkan halaman rumah
- Siram pokok
Umur 6 tahun, dedahkan mereka dengan amalan membaca al-quran, berpuasa, solat berjemaah, amalan sedekah, rajin memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Tekankan konsep belajar dalam keriangan supaya anak-anak dapat membesar dengan riang ria sambil jiwanya penuh dengan perkara positif.
Biasakan mereka dengan amalan berjimat cermat dan menghargai apa yang ada..
Tahun depan Hazim & Haziq dah 6 tahun. Manjanya bukan main lagi. Makan bersuap, tidur kena peluk, naik kereta duk atas riba. Pening jugak kami dibuatnya. Hampir 100% orang yang jana jumpa bagitau, ubat untuk kurangkan manja mereka adalah; beri adik
Salam sayang, Jana
No comments:
Post a Comment