Kami fikir elok juga tu bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang. Sambil bawa anak-anak makan angin dan menziarah saudara boleh makan cendol dan pasembor sedap.
Di Alor Star, antara tempat yang kami pergi ialah Muzium padi, Galeri Sultan Abdul Halim dan Rumah Mahathir.
Muzium Padi
![]() |
Tangga macam gua tu. Kat atas tu kita boleh tengok view jelapang padi |
![]() |
Tengok lah latar belakang tu. Real kan? Lukisan je tau |
![]() |
Macam betul-betul. Siap ada pelangi |
![]() |
Ralit abang Haziq tengok pemandangan jelapang padi |
![]() |
Tempat kami berpijak ni berpusing sendiri tau. Kita boleh duk setempat je dan menikmati pemandangan sekeliling. |
![]() |
Anak-anak boleh timba pengalaman menjejakkan kaki ke sawah padi |
![]() |
Real kan? hahaha |
Gambar tak banyak tapi cukup sebagai kenangan manis. Maklum la, pakai kamera fon. Ada masa malas nak pegang fon simpan dalam beg, takde dah nak ambil gambar.
Tapi memang tak boleh dinafikan, Muzium Padi ni sangat best. Kita boleh tengok macam-macam jenis beras dari serata dunia. Lain-lain tau bentuk dan warna beras tu.
Galeri Sultan Abdul Halim
![]() |
Kasut dan aksesori klasik |
![]() |
Kena ingat tau, nanti nak belajar subjek sejarah kat sekolah |
![]() |
Kereta-kereta tu ada aircond tak? |
![]() |
kereta klasik. Selalu tengok dalam tv je. Ni real depan mata. Kagum |
![]() |
Dekat je dengan masjid Zahir. Lawa tau masjid ni |
Rumah kelahiran Dr.Mahathir
Dalam rumah tak dibenarkan ambil gambar. Siap ada guard lagi. Tu yang ada 1 ni je gambar. Anak-anak memang kagum habis. Selalunya diorang nampak dalam tv je. Versi dah beruban. Kat sini boleh tengok gambar-gambar zaman Tun masih muda segak bergaya.
Esoknya kami ke Pulau Pinang.
Naik feri. Yeayy. Lama tak naik feri. Part paling gayat ialah nak naik tangga. Aduhai. Memang curam. Kena pegang betul-betul. Hati-hati tau.
![]() |
Sorang pekena laksa, sorang pekena char kuey tiaw. Sedap! |
Mula-mula sampai cara makanan dulu. Kami pergi makan dekat stadium. Dekat pasar karat tu. Kami makan laksa, char kue tiaw & karipap gergasi. Memang sedap. Karipap tu nenyesal beli 1. Asalnya kitorabg beli 1 je sebab saiz dia besar. Risau tak habis. Tengok-tengok berebut laki bini.
Lepas tu kami pergi melawat Muzium pulau pinang. Biasa lah, konsep kami berjalan-jalan tambah ilmu pengetahuan. Tapi sayangnya tak ambil gambar. Sebab? malas nak pegang fon. Rugi betul. Nampak gaya memang kena melabur ongkos untuk beli kamera. Gantung kat leher terus senang nak ambil gambar.
Rumah P.Ramlee
![]() |
Excited tau terutamanya anak-anak. Kami memang peminat p.ramlee |
![]() |
Cantik rumah dia. Tapi ni versi galeri, memang dah renovate |
![]() |
Teringat dapur arwah nenek. Tiap kali masak, asap berkepul-kepul |
Kami ada juga melawat Aquarium. Takde gambar jugak nak dijadikan kenangan. Sayang betul. Anak-anak memang seronok dapat tengok ikan yang pelbagai saiz, bentuk & warna.
Waktu lunch kami singgah di restoran nasi kandar di Little India. Tapi lupa lak nama kedai dia. Memang takde yang boleh lawan lah. Sedap bangat! Mesti repeat!
Kemudian cari cendol di area Pantai Miami sambil menikmati keindahan pantai.
Kat sini ada cendol Haji yang sangat sedap. Cendol dah la sedap gila, banyak pilihan pulak tu. Ada cendol ori, cendol mangga, cendol durian (ikut musim) dan macam-macam lagi. Yang pasti memang tersangat puas hati. Hajat tercapai akhirnya. Alhamdulillah.
Terima kasih yang tak terhingga buat kakak & abang ipar yang sediakan accomodation, transportation malah bawa kami jalan-jalan pusing Alor Setar dan Pulau Pinang.
Layanan baik Kak Ti dan abang Mazlan sekeluarga memang sangat kami hargai.
Ada rezeki, jana nak repeat lagi trip ke Kedah dan Pulau Pinang ni. Tunggu adik Hasbi besar sikit. So kena usaha gemukkan tabung travel.
Masa ni pergi bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang ni jana pregnant 6 bulan. Tak sangka gagah jugak jalan sana sini, naik turun tangga. Kesihatan pun ok je. Yang penting badan cergas dan happy. Baru lah dapat enjoy the trip.
Lihat >> vitamin terbaik untuk ibu mengandung cergas
No comments:
Post a Comment