Orang-orang yang pernah alaminya je lah yang tahu betapa sakitnya bila gout menyerang. Kita tengok pun dah tau kan, betapa seksanya pesakit-pesakit gout bila mana mereka nak bergerak, bangun tidur, nak solat dan sebagainya. Ada yang jenis gout akut iaitu hanya menyerang satu sendi sahaja dalam satu masa, ada juga yang kronik iaitu menyerang beberapa sendi-sendi tubuh..Aduh, akak memang tak nak bayangkan betapa ia menyakitkan..
So, untuk mengelak dan mengatasi masalah penyakit gout ni, kita mesti tahu apakah ia, bagaimana ia terjadi, cara untuk mengelakkannya, pantang larangnya, tip-tip dan rawatannya.
***********************************************************
Macamana penyakit gout terjadi?
Ia terjadi apabila kandungan asid urik yang tinggi dalam darah lalu membentuk kristal dan seterusnya berkumpul dibahagian-bahagian sendi. Pada kebanyakan kes ia terjadi pada sendi ibu jari kaki namun, ada juga yang terjadi pada bahagian-bahagian lain seperti jari-jemari tangan.
Mana datangnya asid urik ni?
Asid urik merupakan bahan kumuh dari protin jenis purina. Protin ni ada dalam kebanyakan jenis makanan harian kita, cuma bezanya adalah tahap ketinggian kandungan purina tersebut. Makanan yang tinggi purina adalah seperti organ (hati), daging merah, kekacang dan alkohol.
Amalan diet sihat untuk pesakit gout ialah;
- Buah-buahan segar. Amat disarankan pengambilan buah ceri dan strawberi yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.
- Sayur-sayuran segar.
- Pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh kekurangan air. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu merendahkan paras asid urik melalui pembuangan air kecil.
- Mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dan B complex.
- Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi tinggi purina iaitu daging, kekacang, cendawan, bayam, asparagus dan kubis bunga.
Jika anda merupakan pesakit gout, kat sini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu;
- Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
- Elak dari menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
- Kekalkan berat badan yang sihat.
- Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
- Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.
Selain ubat-ubatan dari klinik anda juga disarankan untuk mengambil suplemen semulajadi bagi membantu tubuh mendapatkan nutrisi-nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu tubuh untuk lebih sihat. Vitamin Shaklee untuk penyakit gout ialah;
Vivix ~ Memberi impak 4 mekanisme utama selular. Tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas.
Alfalfa ~ Menurunkan tahap asid urik.
BComplex ~ Asid folik penting untuk memetabolisme nukleoprotin.
Vitamin C, E ~ Untuk menurunkan asid serum, dan memberi tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas dari merosakkan sel-sel tubuh.
Omega Guard ~ Anti radang dan mengelakkan bengkak yang teruk.
Jemput baca >> Testimoni: Ayah sembuh dari penyakit gout yang dideritai selama 20 tahun
Jemput baca >> Testimoni: Ayah sembuh dari penyakit gout yang dideritai selama 20 tahun
Untuk pertanyaan atau berminat mendapatkan vitamin Shaklee untuk penyakit gout beserta konsultasi sila hubungi saya disini.
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX
adakah performande drink sesuai untuk pesakit gout?
ReplyDeleteYe, sesuai. kalau ada bajet lebih memang disarankan amik performance drink juga
DeleteKalau amik vivic saja dah ckp ker jana?
ReplyDelete