Monday, 12 February 2018

# Collagen Powder # Kecantikan

7 Tanda-tanda kekurangan kolagen dalam tubuh

Ada yang beranggapan, "saya tak kisah pun pasal kecantikan kulit, so buat apa nak telan kolagen?"

Jangan begitu. Tanggapan kolagen hanya untuk kecantikan semata-mata adalah tidak benar.

tanda tubuh tak cukup kolagen


Kolagen bukan je penting untuk awet muda, kulit licin, tegang dan anjal. Tetapi penting untuk kebanyakan fungsi tubuh juga seperti fungsi sendi, mata, rambut, otot termasuk tulang. Tak kira lelaki atau perempuan, semua manusia memerlukan kolagen. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.



Camana nak tau tubuh kekurangan kolagen?

7 Tanda-tanda tubuh kekurangan kolagen


1. Kulit berkedut

Kolagen menyokong struktur dan memberi kekuatan pada sel-sel kulit. Ini menjadikan kulit tegang dan anjal.

Bila kekurangan kolagen pada kulit, struktur dan sel-sel kulit menjadi lemah dan mula kendur. Itu lah yang menjadi punca liang pori besar, eye bag ketara, kedut halus dan kulit kusam.

tanda kekurangan kolagen

Lihat >> Tip memilih kolagen yang terbaik untuk kulit cantik dan awet muda



2. Sakit sendi

Kolagen adalah komponen penting bagi binaan tulang rawan. Tulang rawan berfungsi seperti 'kusyen' yang menyerap hentakan dan geseran antara tulang sendi.

Bila tubuh kekurangan kolagen, tulang rawan makin haus, semakin nipis dan akhirnya tulang bergesel sesama sendiri. Ini menjadi antara punca sakit sendi.

tanda tubuh tak cukup kolagen


Tulang rawan juga membentuk telinga, hidung dan tisu-tisu yang menyambungkan tulang dan otot.




3. Rambut gugur dan nipis

Kolagen penting untuk regenerasi dan pertumbuhan rambut. Kolagen juga berfungsi melawan radikal bebas yang dihasilkan secara semulajadi akibat perbezaan proses metabolik tubuh.

Kolagen yang mencukupi akan memastikan folikel rambut kuat dan tingkat pertumbuhan rambut. Kolagen yang mencukupi menjadikan diameter rambut lebih lebar menjadikan rambut kelihatan lebat dan tebal.

Apabila tubuh kekurangan kolagen menyebabkan folikel rambut jadi lemah dan musnah. Hasilnya rambut gugur, menipis, tampak kurang berupaya dan botak.




4. Otot lemah dan mudah tercedera

Kolagen merangsang penghasilan kreatinin semulajadi tubuh yang penting untuk pembinaan otot-otot. Tanpa disedari kolagen sangat penting untuk tingkat prestasi atlit dan jisim tubuh tanpa lemak.

Kolagen sangat membantu dalam membina dan membesarkan otot dan dalam masa sama memberi kan ton otot. Kolagen juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan.

tanda tubuh kekurangan kolagen


Kekurangan kolagen menyebabkan otot lemah, bentuk badan menggeleber, sakit-sakit badan dan otot mudah tercedera.




5. Tidur tak lena

Ini mungkin sesuatu yang paling kita tak jangka kan?

Satu kajian telah dijalankan bagi mengetahui kesan pengambilan kolagen terhadap pola tidur. Menurut kajian tersebut, mereka yang mengambil kolagen sebelum tidur dilaporkan mempunyai kualiti tidur ysng lebih baik.

Subjek lebih mudah lena dan cepat sampai ke fasa 'deep sleep'. Hasilnya, pada waktu siang mereka tak rasa keletihan dan mempunyai prestasi mental yang sangat baik.

Fasa deep sleep ialah dimana tubuh mengalami situasi rehat dan rawat. Ia penting bagi memastikan hari esok yang cergas dan bertenaga.

"Patut lah bila amal kolagen sebelum tidur, tiap-tiap pagi jana rasa badan ringan dan ceria je"




6. Masalah katarak dan glaukoma

Kajian di India telah menunjukkan kekurangan kolagen akibat penuaan boleh menyebabkan masalah katarak.

Para pengkaji turut percaya bahawa, kekurangan kolagen pada mata menyebabkan bebola mata tak dapat disokong dengan seimbang dan cecair tak dapat dikeluarkan dengan baik lalu menyebabkan tekanan.

Masalah katarak dan glaukoma jika tak dibendung secara efektif boleh menyebabkan buta.




7. Masalah gigi

Kolagen turut berperanan melekatkan gigi pada gusi dengan kuat.

Kekurangan kolagen menyebabkan gusi surut dan gigi jadi longgar. Akibatnya seperti sakit gigi, gigi sensitif dan mudah tercabut.




Sekarang dah jelas?
Betapa kolagen penting bukan je untuk kecantikan malah untuk fungsi tubuh juga.



Kolagen merupakan protin yang mengikat sel-sel tubuh supaya sentiasa teguh dan berada dalam bentuk yang sepatutnya. 25% protin dalam tubuh manusia ialah kolagen.

Bila usia bertambah, kolagen makin berkurangan. Selain usia ada juga faktor lain yang boleh memusnahkan kolagen dalam tubuh iaitu sinar uv, radikal bebas dari alam sekitar, rokok dan penyakit autoimun.


Cara untuk meningkatkan kolagen dalam tubuh ialah dengan:

  • Mengambil makanan yang menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi vitamin c. Contohnya buah oren, bayam dan bawang putih.
  • Mengamalkan suplemen kolagen yang berkualiti. Lihat >> Ciri-ciri kolagen yang paling berkesan




Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

20 comments:

  1. Tanda-tanda ni semua macam ada pada saya. Saya dah berhenti consume collagen sejak 2 tahun lepas disebabkan kekangan kewangan. Nampaknya saya kena start consume collagen semula lepas ni, demi kesihatan bukan sahaja kulit tetapi juga tubuh badan.

    ReplyDelete
  2. Selama ni ingat kolagen hanya akan effect kulit je rupanya lebih dari tu ye. Sampai boleh ganggu mata dan sendi. Bahaya tu. Kena jaga lah tahap kolagen lepas ni nampaknya. Sambil2 maintain awet muda.

    ReplyDelete
  3. Kena get prepared dah ni , dah makin meningkat usia. Thank you for the info

    ReplyDelete
  4. kena topup kolagen ni.. ehhhheee. sejak masuk 3 series ni.. macam2 hal kulit ni

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan info tentang collagen diatas, collagen bukan untuk kecantikkan semata- mata..tapi lebih untuk kesihatan..SA pun sedang menjaga dan makan segala apa yang boleh menyumbang pembentukkan collagen..almaklumlah umur dah makin meningkat

    ReplyDelete
  6. i rasa i kekurangan kolagen dalam badan sebab kulit cepat betul rasa kering, nampaknya nak kena beli kolagen la ni untuk kembalikan tubuh yang cantik awet muda balik huuuu

    ReplyDelete
  7. alamak.. tak adalah lengkap semua tapi satu dua tanda tu buat kita rasa was-was pula. hihi. apapun terima kasih atas perkongsian ni! memang penting pengambilan kolagen yang berkualiti untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  8. Semakin berumur kita, memang semakin kurang kolagen. Buat pulak kalau yang jenis tak jaga makan tu.

    ReplyDelete
  9. baru tahu sakit sendi ni ada kaitan dengan kekurangan kolagen. dulu tak kisah sangat pasal pengambilan kolagen ni sebab dulu ingat kolagen ni untuk jadi cantik je..

    ReplyDelete
  10. huhu.. TB baru tahu apa simptom-simptom kalau kekurangan kolagen.. rupanya macam tu yea.. TB ingatkan takde kaitan semua diatas.. memang TB ada je lalui simptom2 yang dinyatakan diatas ni.. thanks yea atas info ini..

    ReplyDelete
  11. Good info nd article untuk dikongsikan. Merawat sebelum parah lebih baik kan. Bnyk2 tand tu saya da masalah rambut gugur huhu

    ReplyDelete
  12. memang penting kolagen ni... i nak hilangkan semua tanda tanda ni.. dan stay young always!

    ReplyDelete
  13. Macam menarik je ni. Semua ciri2 masalah kat atas tu macam nak mula menerjah kat Yaya dah hahaha

    ReplyDelete
  14. Kekurangan kolagen bukan boleh dilihat dalam jangka masa pendek kan. Bila dah berumur baru sedar kekurangan kolagen. Jadi masa muda ni la nak kena topup kolagen dalam tubuh bagi cukup.

    ReplyDelete
  15. Menakutkan ya kesan2 kekurangan kolagen ni. Nak kena jaga pemakanan dan kesihatan untuk sentiasa awet muda

    ReplyDelete
  16. fuhhh terasa kesemuanya ada tu. kena makan vitamin lebih2 la lepas nie.

    ReplyDelete
  17. Hahaha tidur tak lena tue, kenkadang ada... kenkadang lena tak sedar apa-apa dah.... umur pun dah makin tua.. jiwa je muda lagi

    ReplyDelete
  18. Wah I feel that i had those signs of aging also. Going to check this product soon.

    ReplyDelete
  19. Tumpang bertanya...jika ambil supplemen kolagen ni, ada kesan tak pada buah pinggang?

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana